TH-3

Romance Completed 994023

Mata beriris hazelnya bergerak-gerak memerhati keadaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur yang sedikit lenggang itu. Matanya sibuk mencari kelibat seseorang yang bakal tiba sebentar lagi di balai ketibaan. Tiba-tiba dia jadi merengus geram. Geram kerana teringat perbualan dengan ibu saudaranya semalam.

"Raz~ Aunty nak minta tolong boleh ?~"

Harraz bangkit dari pembaringannya. Dia menguap seketika sambil menatap kosong telefonnya itu. Dia melekap semula telefon di telinga.

"Tolong apa tu Aunty ? And why called me time dah malam buta ni ? Raz nak tidur esok kerja." jawabnya sambil menggosok matanya yang mula berair.

"Ala u take off day lah esok. Sekejap pun tak apa."

"Can you straight to the point, please?" soalnya tidak mahu berbasa-basi. Sudahlah ngantuk, boleh minta nak tolong macam-macam. Sabor jelah.

"Look, esok ma baby sunshine dah balik. So--"

"So aunty nak Raz jemput dia ?" tiba-tiba saja, matanya yang mula kuyu itu mula segar apabila mendengar perkataan 'sunshine'. Air liur diteguk kelat. Fikirannya mula menjadi kacau.

"YES MA DEAR~ YOU KNOW ME RIGHT AHAHAHA!"

Damn it. Itu saja yang mampu keluar dari kata hatinya sekarang ini. Dia berdiam diri menunggu bicara ibu saudaranya itu.

"Listen Raz, esok you ambil dia dalam tengah hari macam tu. Pukul 12 ke 1 macam tu dia sampailah sebab dia ambil flight pagi. So, aunty minta tolong sangat-sangat dengan you untuk ambil dia. Boleh ?"

"Ermm your husband ?"

"Busy, sayang. Bolehlah ya ? Don't worry kalini je aunty minta tolong dengan you. Bolehlah~ lagipun, you guys cousin paling rapat right ? Takkan tak boleh jemput cousin sesekali ?~"

Dia mengeluh kesal. Sibuk ? Dia pun sibuk esok. Cousin paling rapat ? Heh, entahlah dia pun tak tahu rapat ke tidak. Dia menggaru-garu kepala yang terasa gatal.

"Hm yelah-yelah. Raz jemput dia esok." dia memberi kata putus. Dia menjarakkan telefonya apabila suara nyaring milik ibu saudaranya itu membingit di hujung talian. Sukalah tu ada orang jemput anak dia.

"Alright, nanti aunty dia inform kat dia okay ? Dia mesti suka you yang nak jemput dia hohohoho omaigadddd. Okaylah okaylah kita jumpa lusa nanti k ? K bye~~~"

Panggilan dimatikan. Dia terus merebahkan badannya semula di atas katil. Terpaksalah dia masuk ke lambat esok.

"Just where the hell is that narcissistic ?!" soalnya dengan nada kuat sehingga kesemua orang yang ada disitu tertumpu ke arahnya. Kawannya yang sedang tidur dalam keadaan duduk tersedar dari lena. Terkejut dia bila suara garau bak guruh kilat menyetir di pendengaran telinganya. Dia mengeluh pasrah terhadap kawannya yang sedang merungut entah bahasa apa pun tak tahu.

"Rileklah Raz. Dia tak jumpa jalan nak keluarlah tu."

"Kepala otak dia tak jumpa keluar. Kalau tak pandai sangat, mati je senang Izz. Lagi bagus."

"Uish marah benar." katanya perlahan sambil menjeling Harraz yang sedang bercekak pinggang. Dalam 5 minit kemudian, yang dinanti tiba jua. Izzyan menyenggol lengan Harraz sambil menjuih-juih ke arah seseorang yang berpakaian serba putih dengan menggayakan cermin mata berwarna hitam.

Dia berjalan dengan lagak gaya seperti seorang model fesyen terkenal sambil melambai-lambaikan tangannya pada gadis-gadis yang ada disitu. Makin melebar sengihannya apabila gadis-gadis itu melirik manja ke arahnya. Untuk kali keberapa, dia bersyukur kerana mempunyai rupa paras yang cukup kacak.

Dalam pada dia seronok berlagak diva, dia tidak sedar bahawa ada kilat guruh sambar menyambar di hujung sana menanti kedatangannya. Kawannya pula awal-awal sudah berundur kebelakang. Tak mahu masuk campur dalam perbalahan yang akan berlaku sebentar lagi.

"ADRIAN KHALID !!!!"

Itu dia. Bagaikan ada awan mendung serta bunyi guruh berdentum berkali-kali di kawasan lapangan terbang itu. Si empunya nama terus berhenti melangkah dan melorotkan cermin matanya. Terkejut dibuatnya apabila si mata hazel tajam seperti mata helang itu sedang mara ke arahnya dengan laju.

"H-Hai~ Mah cousin-- UFF!!!"

Terbongkok badannya apabila sebuah penumbuk padu dari sepupunya itu hinggap di perutnya. Habis terjatuh cermin mata hitam kebanggaannya. Harraz pula mendengus geram. Puas hatinya apabila dapat melayangkan sebiji penumbuk pada sepupunya yang dari dulu perangai tak pernah berubah.

Perah santan melebih-lebih.

"Aku terpaksa masuk office lambat sebab nak ambil kau, kau boleh pula berjalan lenggang kangkung macam ni ?! Ha ?! Tinggal kau kat sini kang !" marahnya sambil memandang sepupunya itu kecil-besar kecil-besar.

Tapi kalau nak dibandingkan pun, memang badan si perah santan tu kecil sedikit berbanding dia yang agak tegap.

Adrian mengusap-usap perutnya yang terasa sedikit senak itu sambil mengambil semula cermin mata hitamnya. Hm sempat lagi nak bergaya tengah kena marah. Dia memandang ke arah Harraz.

"Kau ni, aku baru balik kan ? Bagilah aku feeling-feeling diva kejap. Kau pun satu, sampai hati sambut aku dengan penumbuk kau tu. Sakit tau~" katanya dengan nada suara gedik di akhir kata. Harraz menjelingnya. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Adrian dari atas hingga bawah.

"Jadi kau nak aku sambut kau dengan bentang karpet merah, lepas tu ada tabur-tabur bunga ha lepastu apalagi oh ! ada sepanduk 'Adrian the most handsome man in the world has comeback' macam tu ?"

Adrian dengan penuh yakin mengangguk. "Absolutely. Yes !"

"Eiiii tak kuasa aku ! Dah cepatlah ! Menunggu kau sampai pun lambat lagi nak berlagak diva apa semua." katanya dan terus melangkah menuju ke parkir kereta. Adrian mencebik dan terus menolak troli bagasinya. Izzyan yang dari tadi duduk menunggu bangun semula apabila nampak kelibat sahabatnya itu.

Baru saja mahu membuat 'brotherhood greeting' , Harraz menghalang.

"Nak sembang ke nak menangis ke kat dalam kereta. Aku dah lambat dah ni. Kau masukkan barang-barang kau cepat."

Adrian sekali lagi berdecit geram. Dia menyenggol lengan Izzyan. "Banyak sangat ke kerja office tu ?" soalnya sambil melangkah ke bonet kereta. Untung bagasinya tidak sebesar alam dan barangnya tidak banyak. Kalau tidak, mengamuklah singa tu. Izzyan yang turut menolongnya tergelak kecil.

"I think you know already Ian, CEO. Of course banyak kerja." balasnya. Adrian tersenyum nipis. Baru teringat, sepupunya itu baru saja menggalas jawatan yang sangat besar dalam syarikat keluarga mereka.

"Hahh Tok Daddy..." keluhnya perlahan. Selesai saja memasukkan barang ke dalam bonet, mereka berdua meloloskan diri ke dalam perut kereta.

***

"Hah ?! M-Ma-Mak Ngah dah bayarkan rm20 ribu ?!"

Dari duduk bersandar, terus berdiri Stella dibuatnya. Terkejut dan tak percaya mendengar apa yang dikata oleh ibunya di hujung talian. Dia menggigit bibir.Dia duduk semula di kerusinya.

"Ya ke ? Hmm tak apalah kalau Mak Ngah dah bayarkan Stella tak boleh nak kata apalah. Cakap dengan Mak Ngah, terima kasih sangat-sangat sebab sanggup tolong. Ha ? Ha tak apa yang lagi 80 ribu tu Mama jangan risau. Itu biar Stella yang uruskan. Tahulah Stella nak buat apa nanti. Cuma Stella nak Mama nasihatkanlah Abah tu." dia menunduk sambil menghela nafas. Skrin komputer yang penuh maklumat data itu ditatap kosong.

"Tak ada susahkan pun. Cuma Stella minta benda ni takkan terjadi lagi itu je. Stella sayang Mama dengan Abah tau. Iya ma~ janganlah nangis. Tak apa macam ni, hujung minggu nanti, kalau tak ada apa-apa Insya Allah Stella balik okay ? Okay. Bye. Assalamualaikum~" Stella mematikan panggilan tersebut.

Dia bersandar semula ke kerusi sambil melorotkan sedikit badannya ke bawah. Terasa ringan sedikit bebannya untuk mencari wang sebanyak rm100 ribu apabila mengetahui ibu saudaranya sudahpun membayar sedikit. Tak apalah kalau sedikit pun. Sekurang-kurangnya dia tak adalah terbeban sangat.

Dia mengeluh sambil menekup wajahnya. Tak pernah terfikir yang ayah dia ada hutang sebanyak itu tanpa pengetahuannya. Bukan nak kata mereka hidup susah, semua cukup. Tapi entahlah. Dia sendiri pun tak tahu nak kata apalagi. Nak marah pun tak boleh.

"Stella ?"

Dengar namanya disebut, dia membuka kedua kelopak matanya lalu melirik ke arah gerangan yang memanggilnya. Terus dia bangun dan merapikan duduknya apabila melihat Kak Ida menghampiri ke mejanya. Kerusi di hadapan meja ditarik oleh wanita itu.

"Ya Kak ? Ada apa-apa ke ?" soalnya sambil merapatkan diri ke meja. Kak Ida tersenyum sambil menggeleng.

"Tak ada apa~ Saja akak melawat kawasan. Kebetulan tengok kau macam free je nak kacaulah kejap hehe." Kak Ida tersengih sambil mengusik sedikit barang-barang milik Stella yang ada dimeja kerjanya. Stella tergelak kecil.

"Melawat kawasan eh ? Akak tak takut ke kena tangkap dengan bos ?" ugutnya namun perempuan berusia 30an itu tersenyum sinis.

"Nak takut apa~ Bos tak masuk lagi." katanya dengan angkuh. Membulat bola mata Stella apabila mendengar pernyataan itu. Patutlah dia rasa macam aman semacam siap ada bunga-bunga disekelilingnya lagi. Rupanya si guruh kilat tak datang lagi. Dia mengangguk faham.

"Jangan suka sangat. Lepas waktu lunch dia masuklah."

"Eh saya tak saya suka. Saya cuma lega je tak masuk lagi. Tak adalah tiap masa tulang otot saya nak tercabut sebab menggigil dengan aura bos kita tu. Tapi kan kak, kenapa pula dia tak masuk ? Bukan dia pentingkan 'masa' ke ?" soal Stella hairan.

Ya lah, orang lain dah masuk, dia tak masuk lagi. Ah well, bos kan ? Suka kepala bapa dialah nak masuk pukul berapa.

"Oh tak silap akak, Han kata Tuan pergi jemput cousin dia dekat airport." balas Kak Ida sambil mengusap-usap dagunya. Stella sekali mengangguk faham. Suasana menjadi sepi semula. Secara tiba-tiba, Kak Ida menepuk meja menyebabkan gadis itu hampir saja mahu melatah.

"Akak terdengar tadi Stella macam ada masalah. So, mind to share with me ?" soalnya sambil merapatkan diri ke meja. Gaya Kak Ida tak ubah seperti Suri yang suka membawang. Memang- kat office wajib ada ya spesis ni ?

Stella mengerdip-ngerdipkan mata sambil mengemam bibir. Dia menggeleng laju. Sebolehnya dia tak mahu sesiapa pun tahu yang dia ada masalah untuk mencari wang sejumlah rm80 ribu sekarang ni.

"T-Tak ada apalah. Ta-tadi tu Mama call. Dia kata saya dah lama tak balik itu je. Akak salah dengar kot hahahaha ha." katanya diselang ketawa yang sedikit kekok. Peluh-peluh kecil mula merinik di dahinya. Kak Ida mengecilkan matanya memandang Stella lama. Tak lama kemudian, wanita mengangguk perlahan sambil bersandar semula di kerusi.

"Oh gitu~ Akak bukan apalah tapi kalau kau ada masalah ke apa ke bagitahulah akak. Mana tahu akak boleh tolong. Sikit-sikit pun jadilah." kata Kak Ida sambil memberikan senyuman hangat kepada Stella. Stella membalas senyuman itu sambil mengangguk kecil.

"Thanks Kak tapi kalau boleh masalah saya, biarlah saya uruskan sendiri. Saya tak nak susahkan sesiapa." katanya. Kak Ida menghela nafas sambil mengangguk faham.

"Well, if you say so then who am I to force you right ? Okaylah. Akak nak balik ke kawasan akak. Kang sekejap lagi Tuan masuk, dia nampak akak borak dengan kau ha tak ke kubur kita berdua ?"

"Hahaha tadi bukan main berani kata tak takutlah apalah."

"Belakang yelah akak berani. Depan-depan akak tak berani dik oi. Kalau akak mati, siapalah nak jaga laki dengan anak akak nanti wiihh takutlahhhh." Kak Ida menggeleng-geleng kepala tanda seram apabila terbayang nasibnya berdepan dengan bos mereka yang sumpah garang itu.

Stella tergelak kecil. Dia melambai kecil kepada Kak Ida yang sudahpun keluar dari bilik pejabatnya. Dia melepaskan keluhan. Ada bagusnya, dia pergi berehat sebentar melupakan sekejap masalahnya sebelum kembali bekerja.

To Be Continue...

Share this novel

neko_95
2023-11-18 07:25:44 

Banyak typo dan tertinggal perkataan. tolong proofread sebelum upload.

Aria Najmina
2020-11-21 08:51:52 

HAHAHA PI ALAM BRAZZER TERUIH

Aria Najmina
2020-11-21 08:49:56 

MANA2 PUN ADA JAA SPESIES BWG SYGKU


NovelPlus Premium

The best ads free experience