Bab3:Angkara Jasmine

Romance Completed 204114

Hancur luluh hatinya saat menerima satu sampul surat yang berisi dengan gambar-gambar intim Tengku Que Iskandar bersama seorang gadis seksi dan menghairahkan,tidak seperti dirinya yang kepala bertutup tudung,dan tidak pandai mewarnai wajah dengan makeup..Hanya bedak baby johnson menjadi kegemarannya untuk ditepek diwajahnya..bibir dan pipinya memang semulajadi memerah dengan hidung kecilnya yg sedikit mancung,matanya besar membundar dengan anak mata light brownnya.Mungkin kerana anak matanya namanya dimulai dengan nama Hazel.Arwah Tengku Que Izham juga suka mengusiknya kerana wajahnya masih kelihatan keanak-anakan walaupun umurnya sudah 25tahun.

"You like a babydoll my dear",terngiang-ngiang bicara romantis dan gurauan arwah dialam pertunangan mereka dulu.Semuanya hanya tinggal kenangan terindah yang akan disimpan kemas dalam lipatan diari hidupnya.

Rasa takut kehilangan buat kali kedua menguasai diri Hazel apabila seminggu kemudian dia menerima pula panggilan telefon dari seorang perempuan yang mengaku sebagai Jasmine.Jasmine mengugut akan membunuh diri kerana tidak sanggup menanggung malu dengan mengandungkan anak luar
nikah.Jasmine juga memberitahu keluarganya sudah membuang dan menghalaunya dari rumah demi mempertahankan maruah familynya.Masih terngiang-ngiang suara sedih Jasmine merayu-rayu kepadanya supaya melepaskan Tengku Que Iskandar kerana lelaki itu benar-benar mencintainya bukan Hazel Haufa.

Setitis demi setitis airmata gugur tatkala cuba menerima percaturan hidupnya.Seberapa rumit hidupnya dia tidak boleh mementingkan dirinya sendiri,dia perlu belajar redha dan menerima ketentuanNya.Sungguh hatinya memerlukan Tengku Que Izham yang selalu memujuk dan menenangkannya bagi berkongsi seribu satu masalah.

****end of flashback

"Hazel,wake up sayang!...Hazel"!.....sedikit kuat suara Sharifah Mariah mengoncang badan menantunya yang tenggelam dan karam dalam lamunannya tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya.

Hazel yang bagaikan baru tersedar dari lena memandang sekelilingnya yang sudah berselerakan.Kelihatan gambar-gambar tadi yang bersaiz 4R menjadi cebisan kerana dikoyak oleh Que.Kelihatan juga kaca bertaburan dilantai bersama buah-buahan dan kuih,satu pembaziran.Baru dia tersedar terlalu jauh dia mengelamun sehingga suaminya mengamuk sakan pun dia masih boleh hanyut dan berangan.

"Ya Allah" ...Dia beristigfar di dalam hati bila menyedari kelalaian menguasai dirinya.Tiba-tiba tanpa bersedia Tengku Que Iskandar datang didepannya dengan wajah yang menyinga,tangannya yang dipenuhi darah kerana menumbuk meja kaca mencengkam kuat dagu Hazel memaksa gadis itu memandang ke wajahnya.Gerun Hazel memandang wajah bengis itu,aura yang mengelilingi Tengku Que Iskandar membuat bulu romanya merinding kerana takut.

"Dengar sini baik-baik Hazel Haufa,aku takkan sesekali lepaskan kau sampai aku mati sekalipun,you belongs to me"!

"Engkau hak aku,luar dan dalam kau semua milik mutlak aku,kau rela atau tidak,kau akan tetap jadi isteri aku sampai bila-bila!"...bergetar suara Que melafazkan kata.

"Remind yourself Hazel,kita takkan berpisah selagi nyawa dan roh aku masih terkandung dalam badan,hanya takdir boleh pisahkan aku dengan kau!"....begitu bersungguh-sungguh Que menuturkannya.

"Ikhlaskah Tengku Que Iskandar menuturkan ayat itu atau hanya berpura-pura untuk menutup salah diri sendiri tapi tak semudah itu aku akan mempercayainya".Hatinya sudah dibulatkan,Tengku Que Iskandar perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran perbuatannya.

"Apa pun jadi pada kita berdua,awak perlu menikahi Jasmine Que"!...Tegas kata-kata Hazel sambil melawan pandangan tajam suaminya.Walaupun sebenarnya dia takut dan gerun dengan perangai baran Tengku Que Iskandar yang susah dikawal jika sedang marah.Membulat mata Que memandang wajah polos Hazel namun nampak berani melawannya.

"That's baby is not mine!"....tempik Que kuat kerana amarahnya sudah sampai ke kepala.Matanya merah,segala urat timbul menahan rasa.

Tengku Benjamin Adame dan Sharifah Mariah mula risau dan cuba menenangkan Tengku Que Iskandar yang semakin mengamuk seperti kerasukan.Bimbang jika sisi gelap anaknya terbias didepan anak menantunya.Namun Hazel tidak mahu mengalah kali ini,dia bangkit melawan lagi tanpa menyedari aura gelap semakin menyelubungi mereka.

"Saya bukan budak kecil Que,saya tahu Jasmine dipihak yang betul,awak penipu,awak pengecut!"...jerit Hazel kuat bila dia merasakan Que cuba memperbodohkan dirinya.

"How dare you"!!!....serentak itu tangan sasa Tengku Que Iskandar laju melempang pipi gebu milik Hazel.Hazel tidak sempat mengelak terus terduduk,terasa otaknya bergegar kuat,hidungnya terasa panas dan cairan berwarna merah mengalir perlahan melalui hidung kecilnya.
Mata cantiknya berpinar-pinar seperti ada taburan cahaya pada pandangan yang kabur dan lima saat kemudian Hazel sudah tidak tahu apa lagi yang berlaku.Dia hanya mendengar suara panik orang memanggil namanya sebelum dia benar-benar pengsan tidak sedarkan diri.

Share this novel

awer
2022-10-10 09:22:03 

dayus gak que...ingat bgs sngt...


NovelPlus Premium

The best ads free experience