BAB 4

Romance Series 15460

BAB 4

“ Kau buat apa sampai basah kuyup macam ni?” Damia berlari mendapatkan Hanisha yang duduk di kerusi panjang. Sempat matanya mengerling ke arah Hariz yang duduk berteleku tidak jauh dari situ memerhatikan tingkah laku mereka berdua.

“ Aku berenang tadi..” Hanisha sengaja membesarkan nada suaranya agar jelas di pendengaran Hariz.

“ Kau berenang? Kau kan tak pandai berenang, kenapa kau nak berenang?” Damia terpinga-pinga.

“ Saja je. Suka-suka. Nak tahu air dalam kolam tu dalam ke tak” Sindiran Hanisha membuat Hariz menunduk. Geram pulak rasanya bila di sindir sedemikian rupa. Memang dia akui dia besalah, namun yang patut di persalahkan sebenar-benarnya adalah Hanisha. Kenapa dia harus berbohong. Kalau dirinya jujur, perkara itu tidak akan berlaku.

“ Kau ni pelik lah” Getus Hanisha sambil menggelengkan kepalanya.

“ Keringkan kepala kau dulu. Nanti kau demam pulak. Lepas tu pergi tukar baju. Ada tandas kat hujun sana tu” arah Damia sambil memuncungkan mulutnya ke arah yang Hanisha sendiri tak pasti.

“ Masa aku on the way ke sini tadi, aku terserempak dengan Encik Ameer..” Damia bersuara semula selang membisu untuk beberapa saat.

Saat nama Ameer meniti di bibir Damia, Hariz yang leka memerhatikan telefon bimbitnya, mengangkat wajahnya memandang ke arah Hanisha. Wajah yang tadisnya mencuka, kini berubah ceria. Senyumnya hingga ke telinga sebaik sahaj nama itu di dengarnya.

“ Kau terserempak dengan dia?” Hanisha inginkan kepastian.

“ Hmm.. dia tanya pasal kau”

“ Dia tanya pasal aku? Dia tanya apa?” Hati gadis itu kembali berbunga.

Hariz memandang geram. Apa hebatnya seorang Ameer Reza sehingga gadis itu tidak menoleh ke arahnya? Sapa Ameer Reza hingga dirinya ditolak mentah-mentah? Apa yang kurang pada dirinya? Agaknya Hanisha buta! Tidak pintar untuk menilai ciri-ciri lelaki yang sempurna.

“ Dia tanya kau free tak malam ni. Ni nak bawak kau keluar” Damia memberitahu.

“ Malam ni? Kau ada tanya tak pukul berapa?” Hanisha tampak gugup. Mana tak nya, lelaki yang di minatinya mengajak dirinya keluar malam itu. Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya. Nak keluar kat mana? Dengan siapa? Berdua je ke? Nak pakai baju apa? Nak bersiap pukul berapa? Aghh! Semuanya menjadi kalut tiba-tiba.

“ Aku tak tahu. Dia cakap dia akan text kau nanti” Damia menutup kepala Hanisha yang masih bertudung dengan tuala yang di bawanya.

“ Kau mandi dulu lepas ni. Bibir kau pucat tu” arah Damia.

“ Tengku Hariz? Kami pergi dulu” Damia sempat meminta izin sebelum berlalu meninggalkan Hariz yang masih memandang ke arah Hanisha tajam.

“ Kalau Encik Tengku nak saya terjun ke kolam lagi, Encik Tengku tunggu esok ye. Malam ni saya nak pergi dating dengan mata air” sengaja Hanisha bersuara riang untuk menyakiti hati Hariz. Biar pemuda itu tahu yang dirinya sudah punya pilihan hati. Jangan asyik nak ajak orang kahwin je tanpa sebab.

Hariz senyum sinis. Sekadar menghantar kelibat Hanisha gingga menghilang di balik dinding dengan pandangan matanya yang sepertinya menahan geram.

“ Zarul?” Hariz menekap telefon ke telinganya usai menekan nombor telefon yang di ingininya.

“ Ada apa Tengku?” suara itu kedengaran tertib.

“ Saya nak awak ikut Hanisha. Beritahu dekat saya dia jumpa dengan siapa. Dekat mana. Saya nak awak perhatikan dia. Pastikan dia selamat. Ingat! Jangan sampai dia tahu awak ekori dia” Hariz memberi arahan. Panggilan itu di matikan tanpa menunggu jawapan balas dari Zarul, pengawal peribadi merangkap pemandunya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Mama? Nampak happy je?” Hazwani menegur wanita yang bernyanyi kecil di meja makan sambil menggubah jambangan bunga ros segar di dalam pasu yang di sediakan di atas meja makan.

“ Baru balik?” Tengku Fauziah tidak mengendahkan pertanyaan anak daranya itu.

“ Hmm.. ada banyak kerja kat butik tu tadi”

“ Kenapa tak tutup je butik tu? Kan elok kalau Wani kerja dengan papa dan abang Hariz” Tengku Fauziah mengerling ke arah anaknya.

“ Wani tak minatlah mama. Mama sendiri tau yang Wani minat dunia fesyen. Takkan la Wani nak ceburi bidang perhotelan. Bidang yang Wani belajar kat U dulu pun tentang fesyen” Hazwani mengambil tempat duduk di sebelah Tengku Fauziah. Tangannya sempat membelek kuntuman bunga yang masih terbaring di atas meja.

“ Mama cakap satu, sepuluh yang Wani jawab kan” Tengku Fauziah mendengus.

“ Mama ada kemana-mana tak malam ni?” soal Wani selang beberapa saat.

“ Tak. Kenapa?”

“ Nak ajak mama and papa keluar makan”

“ Makan kat mana?”

“ Adalah”

“ Dengan tunang Wani?” Tengku Fauziah menoleh sesaat ke arah anaknya.

“ Taklah. Fattah outstation. Lagi seminggu baru dia balik” Jawab Wani malas.

“ Mama letih la Wani” Tengku Fauziah menolak.

“ Apa yang mama letihkan? Duduk rumah je pun” Wani mendengus.

“ Mama dan papa ke rumah Pak Ibrahim tadi”

“ Pak Ibrahim? Bekas driver kita tu?” Wani mengambil masa untuk mengingat.

“ Hmmm” Jawab Tengku Fauziah hanya berdengung.

“ Buat apa mama ke sana? Mama nak ambik Pak Ibrahim kerja dengan kita lagi ke?”Teka Hazwani.

“ Taklah. Mama dan papa meminang anak dia untuk Hariz”

“ What?” Hazwani terkejut. Matanya membulat.

“ Ye.. bakal isteri abang kamu, Hanisha Sofea namanya” Tengku Fauziah senyum lebar.

“ Bukan ke perempuan tu yang mama cerita masa mama pergi ke resort dengan papa tempoh hari?” Hazwani bagaikan pernah mendengar mamanya menyebut nama itu selepas pulang dari bercuti dengan papanya tidak lama dulu.

“ Ye.. perempuan tu yang bakal jadi kakak ipar kamu walaupun umur dia lebih muda dari umur Wani” Beritahu Tengku Fauziah.

“ Abang Hariz setuju ke?” Wajah Hazwani berubah.

“ Kalau tak setuju, mama dan papa tak kan pergi meminang Hanisha” Tengku Fauziah tampak berpuas hati dengan gubahan yang di hasilkannya.

“ Tapi Abang Hariz masih tak dapat move on dengan Bella”

“ Sudah-sudahlah cakap pasal perempuan tu Wani. Dia bukan siapa-siapa lagi dalam keluarga kita. Takpayah nak sebut. Naik muak mama mendengarnya” Marah Tengku Fauziah.

“ Wani bukan sengaja nak cakap pasal Bella. Mama pun tahu yang Wani pun tak suka dengan Bella. Masalahnya sekarang, bahagia ke abang dengan pilihan mama tu nanti?” Wani menyatakan apa yang terpendam di hatinya.

“ Wani tak payah risau dengan Abang Hariz. Mama bukan pilih orang yang sembarangan. Mama tahu apa yang mama pilih. Dan mama yakin pilihan mama adalah pilihan yang tepat untuk anak mama” Tengku Fauziah memberi kata putus sebelum beredar dari situ tanpa menunggu lama. Enggan berbicara lebih panjang dengan anak bongsunya itu.

Hazwani mengeluh berat. Dia bukan sahaj bimbangkan Hariz, tapi dia turut bimbangkan bakal isteri abangnya itu. Dia tahu benar dengan abangnya. Cinta yang di semai dengan Bella hamoir bertahun-tahun mana mungkin dapat di lupuskan dari ingatan begitu sahaja. Dia yakin abangnya masih belum bisa melupakan bekas isterinya. Hariz tampak kuat dari luar tapi hatinya tidak sekuat luarannya. Cintanya begitu utuh untuk insan bernama Bella. Jadi bagaimana bisa dia melupakan bekas isterinya itu? Apa nasib bakal isterinya nanti?

~~~~~~~~~~~~~

“ Hanisha?” Panggil satu suara dari belakang. Suara itu amat di kenali oleh Hanisha hinggakan gadis itu menguntum senyuman sebelum menoleh ke belakang.

“ Encik Ameer?” Senyum itu makin lebar. Mencecah ke telinga.

“ Dah lama tunggu?” Ameer menyoal.

“ Baru je sampai” Hanisha membalas ringkas.

“ Dah sejam kot kau tunggu kat situ. Baru sampai apa nya?” Ada suara dengki yang berbisik ke cuping telinga Hanisha.

“Maaf. Jalan jem tadi” Ameer menaiki anak tangga menuju ke arah Hanisha yang berada di atas lantai restoren.

“ Eh tak apa Encik Ameer. Saya okey je” Hanisha membalas ramah.

“ Okey konon! Kalau untuk dia, tunggu satu hari pun kau saanggup kan?” Suara itu menyindir lagi.

“ Jum. Kita masuk dulu” pelawa Ameer menyusun langkah terlebih dahulu mencari tempat duduk yang lebih sesuai untuk mereka berdua.

“ Tak handsome mana pun si manager tu” Hariz berbicara sendiri dari dalam kereta yang di parkir tidak jauh dari restoren yang di masuki oleh Hanisha dan Ameer.

“ Muka biasa-biasa je. Tang mana yang kacaknya” Hariz menambah lagi. Pemuda itu menutup tingkap gelapnya lalu menyandarkan tubuhnya.

“ Nak balik dah ke?” Zarul yang duduk di tempat duduk pemandu menyoal.

“ Tak! Tunggu sampai dia balik” Hariz mengeluh.

“ Tengku suka dengan dia?” Zarul memberanikan diri untuk bertanya.

“ Kenapa awak tanya? Awak spy mama ke?” Hariz berkerut.

“ Taklah, cuma hairan je. Tengku tak pernah nak buat macam ni sebelum ni. Even masa dengan Cik Bella dulu..” Agak berhati-hati Zarul menyusun ayatnya, apatahlah lagi saat nama Bella di petik. Bimbang nanti dia tersalah bicara.

“ Saya takut.. takut kalau perkara lama jadi balik..” Hariz menoleh semula keluar. Melontarkan pandangan matanya ke arah Hanisha dan Ameer yang sudahpun mengambil temoat duduk di restoren itu.

“ Jadi Tengku sukakan Cik Hanisha?” Zarul ingin kepastian.

“ Suka? Adalah sikit..” Hariz senyum penuh makna.

Zarul yang memandang raut wajah Hariz dari cermin pandang belakang turut menguntum senyuman.

“ Lama-lama nanti tu sukalah..” Zarul membalas.

“ Insya ALLAH” Hariz menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbitnya di keluarkan lalu di buka. Matanya ligat memerhatikan skrin telefon itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Sesekali kepalanya di picit.

“ Kalau Tengku rasa tak sihat, kita boleh balik ke resort dulu” Zarul perasan akan tindak tanduk Hariz.

“ Tak perlu. Kita tunggu kat sini je. Saya cuma pening kepala sikit” Hariz pantas menolak.

“ Tengku rehat la dulu. Nanti kalau Cik Hanisha keluar, saya bagitahu Tengku” Ujar Zarul agak bimbang.

“ Hmmm.. ye lah!” Hariz akur. Telefon bimbit yang ada di tangannya di lontar ke tepi, sebelum kedua belah matanya di pejam rapat.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Awak okey ke? Nampak pucat je” Ameer perasan akan raut wajah Hanisha yang tak seperti biasanya.

“ Saya okey. Nampak macam tak okey ke?” Hanisha meraba wajahnya. Agak panas! Hanisha juga agak terkejut. Kiranya mukanya agak hangat dek dadanya yang berdegup pantas kerna berduaan dengan Ameer. Namun hangat itu lain. Berbeza dengan kehangatan tatkala dia bertentang mata dengan pemuda yang ada di hadapannya.

“ Ini memang sebab mamat perasan handsome tu. Kalau dia tak tolak aku dalam kolam tadi, aku tak kam jadi demam macam ni. Eeeeee! Geramnya aku” desis hati kecil Hanisha menahan marah.

“ Kalau rasa tak sehat, kita boleh tunda makan malam kita ke hari lain” Ameer menyatakan kegusarannya.

“ Eh! Saya ok.. saya sehat” dengan laju Hanisha memintas.

“ Takkan lah aku nak lepaskan peluang untuk makan dengan dia. Rugi tau” bisik Hanisha lagi.

“ Saya tak kesah kalau kita makan hari lain. Saya cuma bimbangkan awak. Muka awak tu nampak macam awak tu sakit. Ke awak nak saya hantarkan awak ke klinik” cadang Ameer tiba-tiba.

“ Eeeeeee.. kita nak dating berdua dengan dia. Bukan nak jumpa dengan doktor” gumam Hanisha di dalam hati.

“ Saya okey. Saya dah makan ubat dah tadi” Hanisha berbohong. Tidak mahu Ameer terus berbicara mengenai kesihatannya. Ianya akan membantut sesi temu janji mereka nanti.

“ Okeylah kalau macam tu. Saya cuma risaukan awak” Bicara Ameer perlahan.

“ Saya dengar awak jadi private helper untuk Tengku Hariz..” Ameer tiba-tiba menukar topik perbualan.

“ Ye.. untuk sebulan je”

“ Kenapa dia buat macam tu?” Ameer ingin tahu.

“ Entah!” Hanisha menjongket bahu.

“ Dia nak buang boring kot” sambung Hanisha.

“ Pelik!” Ameer membalas sepatah.

“ Apa yang peliknya? Dia ada duit. Dia boleh buat apa yang dia nak”

“ Apa kerja yang dia bagi kat awak?” Rasa ingin tahu Ameer menebal.

“ Teman dia jogging. Teman dia berenang” Gadis itu membalas acuh tak acuh. Kenapa pulak Ameer sibuk akan hal Hariz?

“ Tu je?”

“ Setakat ni tu je lah. Tak tahu pulak esok. Entah-entah dia suruh saya panjat gunung Everest” Hanisha ketawa kecil.

“ Awak ni suka sangat nak buat saya gelak” Ameer turut ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulut Hanisha.

“ Encik Ameer baru balik dari kursus kan?” gadis itu menyoal, sekaligus mengubah topik perbincangan mereka berdua.

“ Ye.. sebab tu la saya terus nak jumpa dengan awak. Tapi terkejut pulak bila Cik Mona cakap yang awak kerja under Tengku Hariz. Nasib baik saya terserempak dengan Damia , kalau tak, tak terlepaslah rindu saya kat awak”

Usai Ameer menghabiskan ayatnya, Hanisha terbatuk kecil. Agak kaget dengan ayat yang keluar dari mulut pemuda itu.

“ Dia rindu aku ke? Yahuuuuuuuuu!” Hanisha bagaikan ingin melompat tinggi ke udara tika itu.

“ Awak okey ke?” Ameer sepantas kilat menghulurkan tisu yang kebetulan ada di atas meja kepada Hanisha.

“ Saya okey..” Hanisha cuba menyembunyikan senyum keriangannya di balik tisu yang di gunakannya untk mengelap bibirnya tika itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Amboi, lamanya dia melepak dengan jantan muka tak siap tu” Hariz melontarkan pandangan tajamnya ke arah pasangan yang di perhatikannya sedari tadi.

Zarul yang mendengar bicara Hariz tersenyum geli hati. Sempat pemuda itu menggelengkan kepalanya melihat memek muka Hariz yang agak lucu baginya tika itu.

“ Agaknya ada banyak benda yang nak di bualkan” Zarul sengaja menambah api cemburu di dalam diri majikannya itu.

“ Benda apa yang nak dibualkan sampai tak boleh nak tunggu esok? Langit pun dah macam nak hujan tu. Dah tak reti nak balik ke?” Hariz mendongak ke langit. Kilat memancar sesaat tadi, di selangi dengan guruh yang berpukulan di ruang angkasa.

“ Kejap lagi balik lah tu. Dorang pun dah selesai makan tu Tengku” Zarul cuba menenangkan resah di hati Hariz.

“ Issk! Dh tahu sendiri pakai motor, takkan la nak tunggu hujan baru nak balik” Gumam Hariz lagi.

“ Haaaa.. tu! Keluar pun dorang” Zarul mengunjuk ke arah pasangan yang di perhatikan mereka sejak tadi.

“ Awak okey tak? Larat tak nak bawak motor nanti. Awak nampak tak sehat tu” Ameer kedengaran risau saat Hanisha memakai topi keledarnya.

“ Insya ALLAH saya okey. Lagipun rumah saya tak jauh mana pun”

“ Bukan pasal jauh ke tak jauh. Masalahnya awak tu tak sehat. Tambah pulak dengan langit yang nak hujan tu. Saya risau kalau jadi apa-apa kat awak”

“ Belum hujan lagi” Hanisha sempat mendongak ke langit.

“ Awak ni memang tak nak dengar nasihat oranglah” Keluh Ameer berat.

“ Apa lagi lah yang di borakkan tu?” Hariz membebel sendirian di dalam kereta.

“ Tengku cemburu ke?” Zarul menduga.

“ Saya buka cemburu. Saya cuma risaukan dia. Kalau tak sebab mama, saya tak ada masa nak perhati ke mana dia pergi. Dengan siapa dia cakap. Dengan siapa dia jumpa” tempelak Hariz sekaligus menolak kata-kata Zarul keras.

“ Saya gerak dulu Encik Ameer” Hanisha meminta diri.

“ Hmmm.. balik cepat. Jangan nak melencong ke tempat lain. Esok kita jumpa kat resort” Ameer memberi pesan.

Hanisha hanya membalas dengan senyuman sebelum membonceng motornya meninggalkan perkarangan restoren itu. Ameer hanya mampu menghantar dengan pandangan matanya hinggalah gadis itu menghilang.

“ Nak ikut ke Tengku?” Zarul bertanya.

“ Ikut je” Balas Hariz.

“ Ikut yang mana satu Tengku?”

“ Hanisha lah. Yang nak kahwin dengan saya tu Hanisha. Bukan mamat muka tak siap tu. Buat apa awak nak ikut lelaki yang tahu jaga diri dia sendiri” Ujar Hariz menekan nada suaranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Isk! Lebat pulak hujan ni” ujar Hanisha perlahan. Rintik hujan mula menggila memukul pelindung muka topi keledarnya. Baju yang di kenakannya basah dalam sekelip mata. Rasanya dia tidak dapat terus membonceng motorsikalnya dalam keadaan yang sebegitu apatah lagi jalan raya tampak begitu putih dek tempias hujan yang semakin lebat itu. Hatinya melinjak riang saat terpandang sebuah perhentian bas yang berada tidak jauh dari situ. Lampu isyarat untuk membelok ke kiri segera di hidupkan. Dengan berhati-hati, Hanisha memberhentikan motorsikalnya di situ. Enjin di matikan. Langkahnya melaju menuju ke bawah atap yang di terangi lampu yang agak malap itu.

Rasa sejuk mulai terasa. Angin kuat yang bertiup membuat gadis itu menggosok-gosok lengannya yang kebasahan dengan tujuan untuk menghangatkan tubuhnya. Namun perbuatan itu sia-sia cuma. Apa gunanya berbuat demikian kalau dia sendiri kebasahan.

Topi keledarnya di buka lalu di letakkan atas kerusi simen yang di sediakan di situ. Gadis itu melabuhkan punggungnya. Tubuhnya menggigil. Bibirnya bergetaran. Giginya berlaga sesama sendiri. Hanisha mendongak ke langit. Langit itu masih menghitam. Kilat masih lagi berpancaran. Tiada tanda yang hujan akan berhenti. Berapa lama lagi dia harus berada di situ.

“ Saya nak awak panggil grab” Hariz yang memberhentikan keretanya tidak jauh dari situ memberi arahan.

“ Grab? Untuk Cik Hanisha ke?”

“ Bukan”

“ Habis tu untuk siapa Tengku”

“ Untuk awak?”

“ Kenapa saya?” Zarul menyoal kehairanan.

“ Sebab saya nak hantar Hanisha balik”

“ Saya boleh hantarkan Tengku. Tak ada masalah” Zarul cuba berlagak tenang walaupun dirinya menjadi sedikit pelik dengan permintaan majikannnya itu.

“ Tak ada masalah buat awak, tapi masalah buat saya” Hariz mendengus.

“ Masalah buat Tengku?” Zarul mengulang ucapan Hariz.

“ Yelah! Saya nak berdua dengan dia. Bukan bertiga termasuk awak. Takkan awak nak jadi nyamuk masa saya nak bawak Hanisha nanti” beritahu Hariz tanpa berselindung.

“ Alahhh Tengku ni. Saya sporting laa.. saya bukannya jenis yang kacau daun. Saya janji saya tak akan buat sebarang bunyik pun dekat depan ni” Zarul ketawa kecil. Kepalanya mulai memikirkan apa yang akan terjadi sebentar saja lagi.

“ Awak tengah fikirkan apa?” Hariz mengerutkan dahinya memandang ke arah Zarul menyinga.

“ Tak ada apa-apalah Tengku” Zarul cuba mengawal lebar bibirnya.

“ Tak payah nak fikir yang tak elok boleh tak. Saya tahu batas-batas antara diri saya dengan dia” Hariz menyepak tempat duduk pemandu dengan hujung kasutnya.

“ Maafkan saya Tengku” Zarul menyembunyikan wajahnya. Enggan Hariz menangkap reaksi wajahnya ketika itu.

“ Awak tunggu apa lagi? Keluarlah” Asak Hariz geram.

“ Alahh.. bagilah saya payung Tengku. Takkan Tengku nak saya basah bawah hujan lebat ni” Zarul mengeluarkan nada suara seakan meminta belas dari Hariz.

“ Awak ni memang banyak songeh kan?” Hariz sempat memerli sebelum melemparkan payung lipat yang di selitkan di pintu kereta tempat duduknya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Siapa pulak ni?” Hanisha memandang ke arah BMW hitam yang berhenti di hadapannya. Dadanya agak cemas tika itu. Maklumlah sejak kebelakangan ini ada banyak kes penculikan yang terjadi di kalangan gadis-gadis sebaya dirinya pada lewat malam. Cermin hitam kereta diturunkan perlahan. Hanisha menunduk kepala, cuba mengamati pemandu kenderaan itu dengan teliti.

“ Awak buat apa sorang-sorang kat sini?” Nada suara itu seperti di kenalinya.

“ Encik Tengku?” Hanisha bangun. Sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki yang menghuru-harakan hidupnya baru-baru ini.

“ Tak elok kalau awak duduk sorang-sorang kat sini” Hariz bersuara semula setelah soalannya tadi tidak mendapat balasan dari Hanisha.

“ Encik Tengku buat apa kat sini?” Hanisha tidak memperdulikan kata-kata Hariz.

“ Saya tak buat apa. Kebetulan saya lalu dekat kawasan ni tadi” Hariz bersuara agak lantang, bimbang suaranya tidak kedengaran oleh Hanisha.

“ Kebetulan? Pelik!” Hanisha berbicara sendiri.

Hariz keluar dari perut kereta. Berlari anak menuju ke arah Hanisha di bawah atap perhentian bas itu. Wangian pemuda itu menusuk ke rongga hidung gadis itu.

“ Malam-malam pun nak pakai minyak wangi ke? Nak kemana mamat ni? Nak ke kelab malam ke? Naik sumbat hidung aku” Hanisha berbisik.

“ Awak dari mana?” Hariz bertanya soalan bodoh padahal dia tahu keberadaan gadis itu tadi.

“ Keluar makan” Hanisha menjawab acuh tak acuh.

“ Makan? Dengan siapa?”

“ Ehhh mamat perasan kacak ni. Sibuk je nak tahu” Hanisha memandang dalam wajah Hariz.

“ Dengan Encik Ameer” Hanisha sengaja menekan bait ayatnya. Dia mahu meletakkan noktah hubungannya bersama Hariz. Biarlah hanya sebatas majikan dan pekerja. Dia tidak mahu Hariz membangkitkan hal yang tidak masuk akal. Hal mengenai perkahwinan! Pelik dan tak pernah di buat oleh orang yang normal!

“ Dengan mamat muka tak seberapa tu?” Hariz seakan memerli.

“ Amboi dia ni. Sedap mulut dia je kata Ameer aku tu muka tak seberapa. Dia ni memang ada masalah kecelaruan identiti agaknya” Hanisha memalingkan wajahnya ke arah yang bertentangan. Bibirnya menjuih mengutuk Hariz dari belakang.

“ Kalau je pun muka dia tak seberapa, apa masalahnya Encik Tengku?” Hanisha berpeluk tubuh.

“ Banyak masalah! Satu! Saya tak suka awak keluar dengan dia. Dua! Saya tak nak awak sebut nama dia depan saya. Ke tiga! Awak tu bakal isteri saya. Saya tak nak awak keluar dengan lelaki lain di belakang saya” Hariz berbicara bersungguh-sungguh.

“ Tunggu-tunggu! Encik Tengku ni dah salah faham ni” Hanisha terkesima dengan ayat Hariz yang baginya bernada begitu serius itu.

“ Salah faham? Apa maksud awak?”

“ Kalau pasal apa yang saya cakap tempoh hari, saya mintak maaf. Memang salah saya sebab saya tak oandai nak jaga mulut saya. Sesuka hati je cakap yang saya ni nak kahwin dengan Encik Tengku. Saya saja je cakap macam tu. Tak ada niat pun nak kahwin dengan Encik Tengku. Lepas ni saya janji saya akan beli insuran untuk mulut saya yang tak pandai nak cover ni” Ucap Hanisha dengan Harapan Hafriz akan mempercayai kata-katanya. Dengan itu Hariz tentu tidak akan membangkitkan rancangan gilanya itu untuk mengahwini dirinya.

“ Saya tak anggap pun apa yang awak cakap tu salah faham. Saya anggap benda tu sebagai benda yang serius” Balas Hariz bersahaja.

“ Serius? Encik Hariz serius ke?”

“ Ye” Hariz balas sepatah dengan senyuman.

“ Jangan senyum!” Hanisha spontan mengunjuk wajah Hariz dengan senyuman.

“ Kenapa? Saya tak di benarkan untuk senyum ke?”

“ Kalau kau senyum nanti aku akan cair. Aku tak nak cair masa ni. Aku tak nak jatuh ke perangkap dia. Aku tahu mamat perasan kacak ni sengaja nak tackle aku. Bukan aku ni tak pernah tengok drama melayu petang-petang tu. Mana ada mamat kaya raya, handsome segak bergya macam dia boleh minat kat minah kampung macam aku ni kalau tak bersebab. Memang ada niat tak baik jantan ni” Hanisha tiba-tiba memandang Hariz tajam. Pandangan itu umpama kilat yang menyabung di angkasa.

“ Kenapa awak pandang saya macam tu? Apa yang awak tengah fikirkan?” Hariz bagaikan dapat membaca apa yang ada di kotak fikiran gadis di hadapannya itu.

“ Tak ada apa” Hanisha cuba menyangkal.

“ Habis tu?”

“ Encik Tengku ada niat tak baik ke?” Hanisha memberanikan dirinya menyoal pemuda di hadapannya.

“ Apa maksud awak?” Dahi Hariz berkerut.

“ Yelah! Mana tahu Encik Tengku bertaruh dengan mana-mana geng Encik Tengku…”

“ Bertaruh? Awak ingat ni slot samarinda ke? Nak main taruh-taruh? Saya tak ada masa untuk benda macam tu. Ada banyak lagi kerja yang boleh saya buat daripada buat benda yang tak berfaedah tu. Nasihat saya dekat awak sebagai bakal suami awak, tolong jangan percaya drama yang awak tengok tu bulat-bulat. Saya tak nak awak terpengaruh” nasihat Hariz panjang lebar.

“ Boleh tak Encik Tengku jangan sebut lagi pasal bakal suami, bakal isteri dan yang sekutu dengannya. Telinga dan otak saya ni tak dapat nak menerimanya” Hanisha kegeraman.

“ Kalau telinga dan otak awak tak dapat terima, awak boleh guna mata awak untuk tengok bakal suami awak” Hariz senyum lagi.

Serentak dengan itu Hanisha menutup wajahnya dengan telapak tangannya. Menghalang kedua belah matanya untuk bertatap mata dengan Hariz.

“ Jangan tergoda dengan senyuman itu Hanisha. Kau nak menduakan Ameer ke? Perempuan jenis apa kau ni Sha sampai dua lelaki kau nak rembat sekaligus. Tetapkan hati kau dekat Ameer Sha. Dah 2 tahun kau simpan perasaan kau dekat dia. Takkan kau nak musnahkan rasa cinta tu dekat lelaki yang baru kau kenal 2 3 hari” Hanisha mengingatkan dirinya sendiri.

“ Kenapa nak tutup muka awak? Awak tak nak bagi saya tengok muka awak ke?” Hariz menolak lembut telapak tangan Hanisha dengan hujung jari telunjuknya. Hanisha tergamam. Namun gadis itu cepat-cepat menyedarkan dirinya. Tidak mahu terus terlena dengan tingkah laku romantis Hariz padanya sebentar tadi

“ Saya nak balik! Hujan dah tak lebat sangat tu” Hanisha kedengaran tergesa-gesa. Ya! Dia tergesa-gesa untuk melarikan diri dari Hariz yang di anggapnya tidak waras tika itu. Pasti ada yang tak kena dengan otaknya. Perlu di baiki dengan kadar yang segera.

“ Nak balik? Hujan masih lebat tu” Hariz kalut melihat Hanisha menarik topi keledarnya lalu menuju bagaikan lipas kudung menuju ke motosikalnya.

“ Mana ada lebat” Hanisha cuba menidakkan fakta.

“ Tak payah nak degil. Hujan masih lebat tu!” Hariz menarik pergelangan tangan Hanisha naik semula di bawah atap perhentian bas itu.

Hanisha menarik tangannya pantas menyedari Hariz memegang lengannya.

“ Maaf. Saya tak sengaja. Saya cuma tak nak awak bawak motor awak tu dalam keadaan hujan lebat macam ni” Ucap Hariz perlahan.

“ Saya dah biasa kena hujan” Hanisha berkeras.

“ Saya yang tak biasa.. saya tak biasa tengok awak dalam keadan macam ni” ujar Hariz penuh makna. Tatapan matanya begitu dalam, hingga membuat Hanisha bungkam.

“ Matilah kau Shaaaa”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sekejap je kan. dah bab 4.. kena uplod 3 bab malam ni.. hehehe.. supoaya korang feel lebih sikit.. hihi.. jangan lupa komen tau.. love u :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience