H20

Crime Series 45700

Hari keempat perkahwinan Ezhar. Dafika ambik keputusan untuk membuka kedai makan kembali.

Seharian tak melakukan apa-apa, rasa tak selesa pulak.

Nasib dia sudah sah menjadi cucu menantu rumah ni. Tidak lah malu sangat dia menumpang disini.

"Apa lah kau ni Fika, inai tu masih merah dah ajak aku bukak kedai balik."


Dafika yang sedang memotong bawang hanya mampu melirik Salwa dengan hujung matanya.


Jari yang masih merah ditatap sebentar.

Masih tak percaya yang diri sudah menjadi isteri kepada lelaki pilihanya sejak dulu.

"Kalau tak bukak kedai, kau dengan aku takde gaji la jawabnya."

"Hish! Kau dah jadi cucu menantu Wan pun, masih fikir pasal gaji ke?"

Dafika tidak menjawab soalan Salwa, sebenarnya sejak dulu, duit hasil kedai makan ni diuruskan oleh Dafika. Namun tidak sedikit pun dia menipu, semua keuntungan diberi kepada Hajah Salhah.

Kemudian wanita itu akan memberi kembali duit kepada Dafika untuk pusingan modal dan upah wanita itu.


Seminggu sebelum perkahwinannya, Hajah Salhah telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Dafika untuk menguruskan kedai ini.

Dia cuba menolak namun Hajah Salhah menyatakan ini sebagai hadiah perkahwinannya.

Dafika hanya membisu, dia tak mahu dilimpah dengan kebahagiaan yang berlebihan takut merana suatu hari nanti.

"Fika.. boleh aku tanya sesuatu?"

Salwa bersuara setelah agak lama mereka berdiam.

"Apa dia?"


Salwa menarik kerusi plastiknya dan merapati Dafika yang masih mengupas bawang untuk dikisar.

"Tapi kau jangan marah tau..."


Keluhan Dafika hela sebelum menoleh rakan disebelahnya.
"Kau nak tanya pasal bapak Arsyad kan?"

Dia faham.

"Err.. aku bukan apa, sebab satu kampung tahu cerita yang Har tu bapak Arsyad. Laki kau sendiri yang mengaku."

"Dah kalau Har yang mengaku, maksudnya betul lah tu.."

Jawab Dafika kembali.


7 tahun kisah Dafika mengandung tanpa suami sudah mula lenyap, dan kini kisah itu kembali, bila perbalahan dengan Ezhar berlaku dihadapan rumah sewa wanita itu sebulan yang lalu.


Jika dulu Dafika rasa malu, rasa tertekan, namun kini dibiarkan perasaan itu bagai angin. Jika dia diikutkan sudah tentu dia kembali merana. Cuma Dafika sentiasa berdoa agar anaknya tidak terkena tempias.

"Baguslah kalau Har nak bertanggungjawab, bukan senang nak jumpa lelaki macam tu. Terus terang aku tengok Har tu dah berubah sejak dia keluar penjara. Dulu aku pun takut bila orang kampung heboh yang Har kembali semula ke kampung ni. Sepatutnya penduduk kampung kena kenal betul-betul Har sebelum menuduh sebarangan."


Dafika hanya membisu, pendapat Salwa sudah lama sebati dalam dirinya. Hanya Dafika je yang tahu Ezhar bukan penjenayah, hanya Dafika seorang sahaja tahu Ezhar tak pernah bersalah selama ni.

"Hei! Abang Har mana?"


Serentak Dafika dan Salwa menoleh ke arah pintu bahagian dapur.

Ezreen berdiri sambil menyilangkan tangan memandang tajam kepada mereka berdua.

"Reen... bila sampai?"

Lembut Dafika bertanya walhal bukan dia tak perasan muka ketat wanita itu.

"Tak payah tahu lah, saya tanya ni. Mana abang Har? kat rumah Wan takde, Kat kedai ni pun takde."

"Har ambik.."

"Abang ambik Arsyad dari sekolah tadi, Kenapa Reen tak call nak datang?"


Belum sempat Dafika menjawab, soalan Ezreen, Ezhar masuk dan menghampiri adiknya.


Pantas wajah Ezreen yang kelat tadi berubah ceria, Tubuh abangnya diraih dan memeluk erat.
"Miss you abang.."

"Apa hal clingy sangat ni?"

Ezhar membalas pelukan adiknya, muka sedikit cuak dengan perangai Ezreen.

"Eh salah ke Reen nak ngada-ngada dengan abang sendiri. Takkan Fika je boleh clingy dengan abang"


Hello... Aku tak pernah CLINGY dengan Ezhar walaupun dan berkahwin. Berpeluk pun tak pernah, paling rapat pun bila dia mencium tangan Ezhar akad nikah selesai.

Tak de yang lebih dari tu.

Dah kenapa, Ezreen nak banding-banding bagai?!

Dafika hanya mampu membebel dalam hatinya.

"Reen... bukan Fika.. Kak Fika.. dia kan kakak ipar Reen.."

Ujar Ezhar mengingati adiknya.

"What ever lah bang.. So today, Reen datang dengan Kak Wana. Dia cakap nak jumpa abang. Nak tanya sesuatu."


Wana? Harwana?
Teman sekolah Ezhar yang juga seorang peguam tu? Untuk apa datang nak jumpa laki aku?

Dafika mengemas gengaman pada pisau pemotong bawang ditanganya. Kalau takde undang-undang nak je di potong lidah Ezreen yang sengaja ingin merapat kan Wana dengan Ezhar.

"Jom bang... kita cakap kat luar, panas lah kat dapur ni.."


Ezreen menarik lengan abangnya dan kembali untuk melangkah keluar namun terhenti sebentar lantas berpaling semula kepada Dafika.

"KAK FIKA. boleh buatkan milo ais dua. Untuk Reen dan Kak Wana"

Sengaja Ezreen menekan ayatnya seraya senyum senget.

"Kak fika kan tengah buat kerja, takpe lah Reen duduk dulu dengan Wana. Nanti abang buatkan."

Cadang Ezhar. matanya sempat menitip wajah keruh Dafika.

Dia tahu wanita itu terasa dengan sikap adiknya. Tapi apa Ezhar boleh buat? Jika dia menyebelah Dafika, sudah tentu terjadi pergaduhan antara dia dan Ezreen.

Sudah lah Ezhar hanya ada Ezreen sahaja.

"Apahal adik ipar kau macam tu Fika? Tak hormat kau langsung, mentang-mentang lah dia orang bandar. Kaya raya pulak tu, suka hati je nak perli-perli kau."


Dafika terus membisu, hanya tangannya ligat menyambung kerja. Segala perasaan dibiar beku.

"Kalau aku lah, Dah lama aku sekeh perempuan tu. Tak sedar ke abang dia tu laki kau."


Adooii... masih tak habis lagi ke Salwa?
Hah... lantak kau la..

******

"Fika.. apahal kau diam je dengan aku hari ni?

Siap mengunci kedai, Ezhar berjalan seiring dengan Dafika untuk pulang kerumah.

"Diam? Mana ada.. biasa je.."

Jawab Dafika mendatar.

Rasanya sejak mereka berkahwin, jarang juga Ezhar ingin bergurau senda dengan dia seperti sebelum ni. Tak tahu kenapa.

"Kau.. terasa dengan Reen tadi?"


Ye! memang saya terasa, Kalau boleh saya nak awak lempang mulut adik awak tu sebab terlalu kurang ajar!

Boleh ke Dafika jawab macam tu.
mmmm... Perlahan dia gelengkan kepala.

"Fika.. aku tahu Reen tak suka kau, tapi kau jangan ambik hati sangat. Mungkin benda ni tiba-tiba. Lama-lama okay lah tu."


Tahu pun!

"Siapa yang buat perkara ni tiba-tiba? Awak kan?"

Dafika menghentikan langkah, badan dipusing menghadap suaminya.

"Laa.. takkan kau masih salahkan aku melamar kau"

Kaki Ezhar turut membeku di lantai tanah, wajah sedikit tunduk memandang Dafika.

"Bukan setakat melamar, tapi awak pun mintak perkahwinan kita tergesa-gesa. Mana lah orang tak pandang serong pada saya. Entah-entah orang ingat saya ni mengandung sebab tu nak kahwin cepat-cepat."

"Mengandung apanya, lepas kahwin pun aku tak pernah sentuh kau Fika."

Errg..
Ezhar membasahkan bibirnya, terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya sendiri.


Dafika turut beku, matanya menatap pandangan kuyu si suami.

"Dah lah.. aku gurau je.. Kau tak payah lah dengar apa orang kampung cakap. Kita hidup ni bukan nak puaskan hati orang lain."

Ezhar melarikan pandangan, langkah kembali diatur namun terhenti ketika nama dipanggil lembut oleh Dafika.

"Har... berdosa ke saya sebab tak layan awak.."


Tubuh tegap Ezhar berpaling. Dafika yang tunduk memandang tanah ditatap seraya langkahnya kembali menghampiri wanita itu.

"Aku tak layak nak cakap pasal dosa pahala sedangkan aku sendiri pun buta agama. Yang penting kau kena tahu, Aku tak pernah salah kan bila kau taknak bersama aku. Aku tahu kau masih trauma. Dan jangan kau ingat aku kahwin dengan kau sebab nafsu semata."


Perlahan wajah Dafika diangkat, sekali lagi mata kelabu suaminya dititip.

Ingin sekali tubuh itu didakap biar dia dapat lepaskan segala rindu yang terbuku selama ini.

Namun Dafika masih takut.

"Har.. boleh saya tanya sesuatu?"


Ezhar mengangguk sekali.

"Apa hubungan awak dengan Wana? Kenapa dia datang cari awak tadi?"

"Oo.. Wana tu kawan baik aku masa sekolah dulu, sebelum aku pindah kesini. Kan aku pernah cerita pada kau dan Wan dulu. Tadi dia datang sengaja nak tanya khabar."

Cerita Ezhar tanpa selindung.

"Boleh je dia tanya Reen kan? Kenapa mesti sampai nak datang sini."

Soal Dafika lagi. Wajah dikerut, tak puas hati.

"Eh. Jap! Aku rasa kau ni jelouse kan?"

Duga Ezhar sambil menyenget senyum

"Je.. jelouse? Mana ada? Salah ke saya tanya?"

Hah! tergagap kau nak jawab Dafika? Liur ditelan kelat. Pandangan tajam Ezhar cuba dilarikan.


Bibir Ezhar melorek senyum ketika melihat wajah kelam kabut isterinya. Ah sungguh cantik. Kenapa dia perasan selama ni?

Wajah ditundukan lagi seraya mendekati Dafika.

"Muka kau merah apahal? memang kau jelouse kan?"

Usik Ezhar lagi. Sejak berkahwin dia agak malu untuk bertegur dengan Dafika. Entah kenapa perasaan itu timbul.

Dan ketika dia merapati wanita itu jantung akan terus berlari pantas. Adakah Ezhar Iqbal jatuh cinta pada isterinya sendiri? Entah lah!

"Jangan nak merepek lah Har, Salah ke saya tanya. Sebagai isteri, saya berhak nak ambik tahu hal awak kan. Lagi-lagi kalau awak berjumpa perempuan lain dibelakang saya."

Amboi Dafika Awanis, nak jadi queen control ke?

"Tapi Aku jumpa Wana kat kedai, depan kau lagi. Pulak tu ada Reen bersama. Salah ke?"


Eh! Eh!
Menjawab ye...
Arrgghh! kecik besor kecik besor je aku tengok kau ni Ezhar!


"Ye! tak salah! Awak boleh jumpa mana-mana perempuan yang awak suka. Tak payah nak inform dengan saya."

Rengus Dafika geram! Ekor mata menjeling si suami sebelum langkahnya diatur kembali.

"Dafika Awanis..."

Laju Ezhar menyambar lengan isterinya sehingga langkah wanita itu mati.

Nafas dihela sebelum Ezhar berdiri dihadapan Dafika.

"Kau ni dah lah tak bagi aku tidur sama, sekarang kau nak jeling-jeling aku pulak, Kau sedar tak aku ni suami kau?"

"Har.. tadi awak sendiri kata yang awak tak salahkan saya sebab saya tak layan awak, Sekarang awak nak jatuhkan dosa pada saya pulak."

Dafika menghentikan langkah lagi, Kedua tangan dah mencekak di pinggang kurusnya umpama mak enon.

"Fika... Maksud aku, jangan lah jeling-jeling aku macam ni. Kau tahu tak sehari kita tak bercakap, terseksa aku tahu. Aku ni bukan pandai nak pujuk perempuan."

"Terseksa konon... Wana kan ada. Pergi lah bercakap dengan dia. Awak pun kalau bercakap dengan dia, pijak semut pun tak mati. Kalau dengan saya macam nak ajak berperang."


Mendengar bebelan Dafika serta reaksi 'mak-mak' yang ditonjolkan wanita itu membuatkan Ezhar tergelak besar, hingga kepalanya tertunduk menahan tawa.

"Okay cara aku bercakap dengan kau macam nak berperang, Biar riuh sikit. Barulah orang kampung tahu yang kau isteri aku."

"Har!"

Dafika merengus, lengannya yang digengam Ezhar ditarik keluar.

Mamat ni tak pernah nak serius kalau bercakap!

"Fika.. kau je yang tahu, aku ni agak kasar. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila bersama kau. Kau ingat aku selesa bila menjadi orang lain? Kalau kau tengok aku lembut bercakap dengan perempuan lain tak semestinya aku suka. Kalau boleh aku pun nak blah dari situ. Lebih baik aku berperang dengan kau "

Ezhar menerangkan lagi walaupun tawanya masih bebaki.


Dafika pula sudah mengherot bibir sambil ekor matanya kembali menjeling si suami.

"Hah! Jeling lah.. Kau nak aku bukak buku tiga lima ke? Senaraikan dosa kau pada aku? Yang pertama kau halau aku tidur bilik Arsyad yang kedua kau tak bagi nafkah ba... urrghhh"

Belum sempat Ezhar menghabiskan ayatnya. Dafika menjinjit kaki seraya menerkup mulut lelaki itu.

"Har.. Cakap perlahan sikit tak boleh tak? Kalau orang dengar macam mana?"

Aish! Kalau Dafika sekeh kepala Ezhar, makin bertambah ke senarai dosa dia?


Ezhar menarik tapak tangan Dafika dari mulutnya. Bibir nipis mengorak senyum. Dah lama dia tak bergurau dengan Dafika macam ni. Rindu.


Melihat senyum di wajah petak Ezhar makin membuak rajuk Dafika. Walhal dia tahu Ezhar takkan pernah untuk memujuk. Tak Macho katanya.. Huh!

"Dah lah.. jom balik, Aku dah janji nak mandi dengan Arsyad. Nak ajak kau mandi sama, memang kau akan tolak awal-awal."

"Har!"

Sekali lagi Dafika menjerit nama suaminya. Tangan sudah bertalu-talu memukul sisi lelaki itu. Geram betul!


Dan Ezhar terus senyum bila dapat menyakat isterinya lagi.

Sedang Dafika menampar bahunya, Ezhar mengambil jemari wanita itu dan dikait rapat dengan jemari kasarnya.


Reaksi Dafika terhenti. Atau mungkin terkedu seketika saat jemari mereka bertaut rapat. Sungguh hangat.

"Kita balik ye.. tak elok bergurau senda kat luar macam ni. Nanti banyak pulak makcik bawang yang memerhati."

Tanpa menunggu jawapan Dafika, Ezhar menarik lengan wanita itu dan terkoncoh-koncoh isterinya mengekor langkah panjang si suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience