BAB 7

Romance Completed 7963

Wah!! Akhirnya!! Aku dapat tawaran sambung belajar di luar Negara. Peluang inilah yang aku tunggu-tunggu lamanya. Seronoknya..

Orang pertama yang aku kongsikan adalah dengan keluargaku. Mereka turut gembira jika aku gembira.

“ akak.. tak bagitaw abang Adham ke?” pertanyaan Ashraf buat aku tersentak dari lamunan.

“ buat apa? Lagipun dia bukan orang penting pun.” Ujarku selamba.

“ akak..tak baik cakap macam tu. Kalau akak nak tahu, dia sangat cintakan akak. Cuma akak je yang tak layan. Buat endah tak endah je.. kalau Ashraf jadi abang Adham. Dah lama Ashraf lari cari perempuan lain. Tapi abang Adham setia kat akak tahu tak?” aku terdiam.

“ biarlah dia. Siapa suruh dia setia kat akak. Macam akak nakkan dia. Kalau Ashraf nak tahu akak ni susah nak jatuh cinta. Apatah lagi dengan mamat sengal tu. Eh? Kau kecil lagi mana tahu soal cintan cintun ni?” ku lihat dia tersengih.

“ tak padan dengan budak SPM.”

“ akak ingat kita ni kecil sangat ke sampai tak faham itu semua. Orang dah besarlah. Jauh lebih matang dari akak tahu tak?” aku mencebik.

“ perasan… belahlah kau.” Aku angkat punggung dan menuju ke luar rumah. Hatiku membuak-buak ingin keluar melihat pemandangan petang di hadapan rumahku.

“ akak..” langkahku terhenti. Aku menoleh.

“ kenapa?” Ashraf memuncungkan mulutnya ke kiri. Ada apa?

Aku turut menoleh ke kiri. Alangkah terkejutnya aku kerana Adham berada di situ.

“ erk.. apa yang awak buat di sini?” soalku separuh terkejut. Takkan dia dengar apa yang aku katakan tadi. Argh! Lantaklah. Buat apa aku nak rasa bersalah pula.

“ betul ke awak nak pergi sambung belajar di luar Negara?” soalnya dengan muka yang muram.

Aku tersenyum lalu mengangguk

“ ya.. dan untuk pengetahuan awak khamis ni saya akan bertolak ke sana. Kenapa? Ada apa-apa masalah?” aku menjeling Ashraf supaya masuk ke dalam rumah. Dia pun menurut.

“ sampai hati awak tak beritahu saya. Kenapa awak?” aku terdiam mendengar suaranya yang sayu itu.

“ sekalipun awak tak sukakan saya tapi janganlah rahsiakan perkara itu daripada saya. Saya sedih tahu tak?” aku menoleh ke arah lain apabila mendapati dia merenungku.

“ saya tahu awak susah jatuh cinta. Dan awak takkan suka mamat sengal macam saya ni. Tapi hargailah saya. Anggap ajalah saya ni seperti kawan. Susah sangat ke?” aku terkedu. Dan kenapa hatiku tiba-tiba rasa sedih akan kata-katanya.

“ baiklah. Kalau itu yang awak mahu. Selepas ini saya takkan ganggu awak lagi. Saya tahu awak rimas akan kehadiran saya. Mungkin apabila awak pergi ke luar Negara, hati awak akan tenang. Saya pun tak akan telefon dan ganggu awak lagi selepas ini. Tapi ingatlah yang saya akan tetap mencintai awak sampai bila-bila tidak kira di mana awak berada. Itu janji saya. Saya harap awak dapat habiskan pengajian di sana dengan tenang.”

Usai dia berkata, dia pun melangkah pergi. Mukanya cukup kecewa. Ya Allah kenapa aku rasa sebak je ni. Kenapa juga aku rasa nak nangis je ni. Sepatutnya aku gembira kerana dia tidak akan ganggu aku lagi. Aku pun kan tak lama lagi akan ke luar Negara. Jadi apa lagi yang perlu aku risaukan.

Arghh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience