BAB 5

Humor Completed 16697

Asyiqin tidak sedar bila masanya dia terlena semalam. Jam loceng di sebelah katil di pandang mahu tak mahu. Hurm, relekslah, baru pukul tujuh pagi kut.

“What?! Pukul 7 dah? Shucks, lewat lagi nampaknya.”

Dia bangkit dari katilnya seperti kilat. Shower sekali dengan memberus gigi. Entah sabun ke tidak badan tu. Rambut pun tak basah, macam mandi P Ramlee pun ada.

Kurang dari lima minit Asyiqin keluar dari bilik mandinya. Pecah rekod, tak pernah dia mandi secepat itu. Sejak kebelakangan ni, memang dia kena masuk awal pejabatnya, ada banyak sangat kerja. Plus, bos baru dia yang dia sudah tahu namanya itu minggu lepas, Shahid tu, teramatlah particular.

Tak boleh ada kesalahan langsung, kena buat balik. Asyiqin pun tak sangka dia mampu bertahan selama dua minggu dengan Shahid tu. Cepat betul masa berlalu, dua minggu dah pun Encik misai tu jadi bos dia.

Dan, setiap hari di dalam dua minggu itulah Shahid tu merungut tentang pakaian dia. Too skimpy lah, too transparent lah, too tightlah. Hello bhai, body siapa ni, suka hatilah tuan body nak pakai apa sekali pun.

Asyiqin teringat ada adegan semalam, dia ke pejabat dengan memakai dress berwarna putih, berlengan panjang tetapi agak ketat dan ikut body shape. Kain lace tau, tapi si Syiqin ni pakai dah macam kulit kedua pun ada. Si Shahid tu entah dari mana munculnya, dan pandang Syiqin atas bawah.

“Encik Shahid ada masalah ke dengan saya hari ni?”

Selamba Asyiqin bertanya. Hampir semua yang ada di cubicle itu berhenti dari membuat kerja, dan menumpukan perhatian kepada scene drama yang bakal berlaku itu.

“Masuk bilik saya.”

Selamba saja Encik Misai tu bagi arahan kepada Asyiqin. Nak tak nak Asyiqin kena ikut. Dia mendaratkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Shahid.Shahid memandangnya tajam.

“Awak duduk dengan parents lagi ke?”

Asyiqin mengangguk, walaupun soalan itu agak personal.

“Good. Now, may I borrow your cellphone?”

Aik, Asyiqin pun hairan. Boleh pula berlemah lembut Encik Misai ni? Entah apa yang memukau Syiqin ketika itu, dia turutkan sahaja kehendak Shahid. Shahid tu dah tunjuk muka bangga dia, ajaib hari ni, tak ada banyak soal. Kalau tak asyik nak bertengkar saja.

Shahid membuka contacts Asyiqin dan mencari nama Mama ke, Daddy ke, namun, dia terjumpa nama Ammi, dan dia rasakan itu nombor Mama Syiqin. Butang dail ditekan. Shahid bangkit dan berlalu ke tandas. Asyiqin pula sudah ternganga, mamat tu nak buat apa dengan telefon aku?

Di dalam tandas, Shahid menunggu panggilan untuk di jawab. Eh, penuh kut bar Celcom dalam toilet ni, bagus betul.

“Chandni! Nak apa ni call Ammi siang-siang?”

Ammi Asyiqin sudah mengangkat. Shahid tahan nafasnya, ‘Chandni’, bermakna bulan. Nama manja bakal isteri dia ni dekat rumah ya? Comel.

“Ammi, this is Shahid. Shahid Shahran.”

Selamba Shahid bertutur. Dah ayah dia kata Ammi dan daddy Asyiqin ni dah kenal Shahid. Memang kenal pun, hari itu jumpa dekat house party, Asyiqin saja yang tak datang. Ammi Syiqin ni siap ambil gambar dia lagi kut dengan I-pad.

“Accha!Shahid, bakal menantu Ammi? Ni macam mana boleh guna phone si kepala batu tu?”

Amboi Ammi, senang hati saja panggil anak dara dia tu kepala batu. Shahid nyaris tergelak. Memang fikiran dia dengan Ammi Syiqin ni sama.

“Yes, that’s me. Shahid minta dengan dia. Senang pula dia bagi. Listen Ammi, Shahid nak minta favour dari Ammi, boleh?”

Shahid berkata dengan hemah. Dah dekat dua minggu dia tahan dengan Asyiqin yang terlampau seksi itu. Dua minggu, dah tak tahan tau. Ingat dia suka tengok bakal isteri dia display badan macam tu dekat semua orang?

Ingat dia tak perasan macam mana staff lelakinya memandang Asyiqin atas bawah setiap kali dia lalu di sebelah mereka? Even Shahid sendiri pun tak boleh larikan matanya, orang lain pun entahlah, mungkin lagi teruk duduk imagine dalam kepala otak mereka itu.

“Zaroor! Tentu sekali. Selagi Ammi mampu, Ammi tolong.”

Shahid rasa nak bersorak. Dia kena ambil suatu tindakan drastik. Memang, sebagai bakal suami, Shahid rasa posessive ke atas Asyiqin itu. Walaupun Asyiqin masih tak tahu yang Shahid ni bakal suami dia, lambat-laun mesti dia akan tahu juga.

“Ammi tolong pergi buang semua mini-mini skirt minah tu. Shahid dah tak boleh sabar dah Ammi, panas rasa tau. Baik ubah sekarang, nanti kahwin, nak ubah dia ni, ambil masa pulak. Nanti dayus pula Shahid ni. Lagi bagus, Ammi gantikan wardrobe dia tu dengan jubah ke, slacks longgar ke, punjabi suit ke, anything appropriate. Cost, Ammi jangan risau, kejap lagi juga Shahid suruh my secretary bank-in kan some amount into your account.”

Hah! Amek kau. Drastik tak drastik Encik Misai ni sorang. Shahid memandang sekilas wajahnya di dalam cermin. A’ahlah. Dulu masa jumpa Ammi Syiqin ni, dia tak pakai misai lagi, entah kenapa dia rasa nak cuba pakai misai. Nampaknya, betul apa yang Syiqin cakap, tak berapa sesuai la misai ni dengan wajah dia. Macam baru keluar dari Army pun ada.

“Itu saja? Boleh sangat. Ammi pun panas hati dengan budak tu. Tapi nak buat macam mana, Daddy dia buat senyap saja. Sekarang Shahid dah fikir macam Ammi, sekarang juga Ammi pergi bakar.”

Ammi berkata penuh semangat. Shahid mengangguk sambil bermain dengan misainya. Jari telunjuk diletakkan atas misai itu, dia pandang lagi cermin. Hurm, kalau buang misai, baru si Syiqin tu rasa nak pandang wajah dia. Macam Shahid Kapoor apa muka si Shahid Shahran ni. Nama pun dah sama, dan mungkin dia ni tinggi sikit saja pada Shahid Kapoor tu. Dan lagi cerah, haha.

“Shukria Ammi. Thanks. Okaylah, Shahid kena return phone ni dekat anak Ammi ni, nanti dia syak apa pulak.”

Shahid membuka perlahan pintu bilik air itu.

“Okay okay.Kirim salam parents kamu pun nanti. Allah hafiz.”

“Khuda hafiz, Ammi.”

Kata Shahid sambil mematikan panggilannya. Kemudian, dia memandang Asyiqin yang sudah bercekak pinggang di hadapannya itu. Ewah ewah, macam mem besar dah gaya Syiqin tu.

“Amboi, cantik muka encik. Kemain lagi guna phone saya, ingat murah saya bayar bil bulan-bulan?”

Sinis, Syiqin memerli Shahid. Shahid tayang muka selamba sahaja. Yang penting, esok mesti Asyiqin ni mengamuk gila dengan dia.

“Terima kasih. Muka saya memang cantik pun.”

Loyar buruk dah mamat ni pun. Asyiqin mendengus. Geram tahu, dia macam tunggul tunggu malaun ni nak keluar, si Shahid tu pula syok-syok borak dengan entah siapa. Hello, nak borak pun tak perlulah nak guna telefon employee tahu. Tak logik.

“Eih! Gila saya kalau layan encik hari-hari.”

Asyiqin merungut. Telefonnya dirampas dari tangan Shahid.

“Makin gila agaknya awak ni bila kita kahwin.”

Shahid berkata perlahan. Asyiqin yang terdengar itu buat muka paling hodoh yang boleh dia buat.

“Scusi, encik nak kahwin dengan saya? Sorry sikit! Saya tak suka lelaki bermisai.Buruk tahu.”

Dah mula dah debat perdana mereka ni. Shahid hanya tergelak. Benda tak lucu pun nak gelak ke bhai?

“Sah, encik ni gila. Saya pun boleh jadi gila lawan cakap dengan encik. Encik Shahid, even you are the last person on earth, jangan harap saya nak kahwin dengan awak. I am not Eve, and you tak akan jadi my Adam.”

Shahid mematikan tawanya. Muka diseriuskan. Tangan Syiqin dicapai dan dia menarik Syiqin rapat ke dadanya. Asyiqin terkelu. Shahid sudah ingin bersorak dalam hati.

Dia merapatkan wajahnya ke wajah Asyiqin. Matanya menikam mata Asyiqin. Tahu pun nak cuak budak ni.

“We will see about that. I dah cakap dengan your Ammi tadi. She approves of me, Chandni.”

Mati kutu Asyiqin apabila mendengar kata-kata yang baru dilafazkan Shahid itu. Chandni? Memang sah Shahid cakap dengan Ammi dia ni, hanya Ammi dia yang panggil dia Chandni dalam telefon, ataupun masa Ammi dia rasa nak panggil gelaran itu. Asyiqin telan liur.

Kenapa Ammi boleh terima Shahid macam itu sahaja. Ammi kenal ke Shahid ni? Iyalah, parents Shahid, Ammi dengan Daddy kenal, rapat pula tu. Wajah Shahid ditelitinya. Sumpah pernah nampak sebelum ni lagi tau. Jarinya didekatkan pada misai Shahid dan dia tutup misai itu.

‘Eh! Inikan mamat I-pad dulu tu? Yang Ammi beria-ia sangat tu.’

Sah, ni lah lelaki yang Ammi tunjuk dalam I-pad dulu. Aiya! Kan dia dah reject hari tu, Ammi ni keras kepala lah. Setelah itu, tanpa sebarang kata, dia memboloskan dirinya dari bilik Shahid itu. Tetiba rasa macam nak letak jawatan dan lari ke negara lain. Lari dari Shahid, dan lari dari Ammi yang meroyan nak menantu. Alangkah indah jika hidup sebegitu senang.

Asyiqin kembali ke situasi sekarang. Semalam, dia balik rumah, langsung tak bercakap dengan sesiapa, baju pun tak salin, dan dia terus mengurungkan dirinya di dalam bilik. Sedar-sedar dah terlena, baju kerja hari ini pun tidak digosok lagi.Semua ni Encik Misai tu dengan Ammi punya pasal lah! Hilang dah mood tahu.

Setelah mandi ala kadar, Asyiqin membuka almarinya dan dia rasa ingin menjerit biar satu dunia dengar.

“AMMI! AMMI!”

Asyiqin menjerit dengan nyaring. Tangan dilarikan pada rambutnya. Pintu almari dihempas. Ini dia, memang rasa nak mengamuk sepuas hati. Amminya pula membuka pintu bilik sambil bercekak pinggang.

“Kya hua? Apa jadi? Pagi-pagi menjerit macam nampak hantu. Sungguh tak sopan. Bakal mak mertua kamu tengok terus kena reject tahu.”

Asyiqin memandang Ammi dia kecil besar. Rasa nak cekik pun ada tahu, Ammi dia ni memang pandai buat muka tak bersalah. Semalam dia pergi kerja, semua koleksi bajunya masih ada, still intact, hari ni buka almari, hanya ada baju kurung, slacks, blouse entah berapa saiz besar dari dia, dan tentunya, pakaian nasional Ammi dia, Punjabi freaking suit! Siapa tak marah kalau wardrobe tetiba ditukar? Saja Ammi dia ni nak buat prank. Dahlah sudah lewat ni.

“Oh cut the nonsense Ammi. Syiqin dah lewat ni, now tell me, mana baju-baju Syikin?”

Asyiqin bercekak pinggang di hadapan Ammi dia. Ammi pula tayang muka tak tahu. Lagi berasap anak daro sorang tu.

“Itukan almari Syiqin, semua baju dalam tu baju Syiqin lah. Buat lawak pula Syiqin pagi ni.”

That’s it! Ammi ni pandai berlakon ya?

“Syiqin tahula itu almari Syiqin, Ammi. Tapi dalam tu semua bukan baju Syiqin. Mana Syiqin ada pernah pakai baju kurung pergi pejabat? I beg you Ammi, what did you do to my clothes?”

Ammi sudah mula pandang kiri kanan. Ha, nak cari helah lah tu kan? Anak Ammi ni kenal sangat dengan Ammi ni tau. Boleh baca Ammi macam buku tau. Sepandai mana tupai lompat, jatuh ke tanah juga tahu.

“Sebenarnya, sachi bhaat hai, Ammi dah bagi baju Syiqin tu dekat goodwill semalam. Ammi sudah dapat greenlight dari your bakal suami, so Ammi buatlah apa yang patut. Ha, ini, tengok punjabi suit ni, cantik sangat tahu, kain pun cantik, apa salahnya Syiqin pakai? Tutup aurat pun, kurang daddy kamu tu tanggung dosa. Kita Asian, chandni, buat cara kita. Dah, nashta tayaar hai, breakfast dah siap, get ready and come and eat. Ingat, Ammi buat semua ni untuk kebaikan kamu juga.”

Mahu tak ternganga Syiqin. Panas hati pun jadi sejuk apabila Ammi dia buat muka sedih macam tu. Hurm, Ammi cakap tu betul juga, Asian buatlah cara Asian. Be proud of who you are. Kita ada culture tersendiri, buat apa nak ikut budaya pelik orang lain? So not original.

Syiqin mengambil nafas dalam-dalam dan lepas. Relaks Syiqin, ikut saja Ammi cakap apa. Perihal menantu dia tu, KIV dulu. Kita selesaikan masalah satu persatu. Hal menantu, kau consult Encik Misai tu sendiri. Ini mesti semua arahan Encik Misai itu kan? Dia yang call Ammi dengan fon aku semalam, adalah tu dia cucuk Ammi. Kalau tak, jangan harap Ammi nak bertindak sedrastik ini.

Asyiqin meletakkan punjabi suit itu ketepi dan memilih baju kurung yang sesuai. Hurm, ada satu yang menarik perhatiannya. Baju kurung warna pink muda, dan kain batik warna putih pink. Sweet.

Namun, setelah memakai baju, Syiqin lagi sekali nak pengsan apabila melihat ke dalam cermin. Apa sudah jadi pada rambutnya? Ammi ni, memang terlampau drastik! Buang baju tahan lagi, rambut pun kena potong ke? Dahlah potong pun tak sekata. Macam mana Syiqin nak pergi pejabat ni? Rambut pun disaster! Lagi sekali dia menggeledah almari dan mencari selendang, selendang dari punjabi suit pun jadilah, asal tiada siapa nampak rambut dia yang macam orang gila tu. Ammi ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience