chapter 2

Short Story Series 540

Faizul berjalan seorang diri. Dia melalui bangunan blok D untuk melihat sama ada ada pelajar yang tidak turun rehat atau tak. Seperti biasa tugasnya meronda sekolah waktu rehat dan sebelum waktu pembelajaran bermula diwaktu pagi.

Satu tempikan kuat membuatkan dia berlari laju kearah suara itu. Seorang pelajar perempuan duduk tersimpuh ditanah.

"Awak okey ke?" soal Faizul. Gadis itu angkat muka dan angguk kecil.

"Humairah...." sebaris nama itu terkeluar dari bibir pinknya.

"Hmmm.."

"Awak okey ke? Macam mana boleh jatuh ni?" soal Faizul kerisauan

"Saya okey. Awak takpayah risau, saya terlanggar batu tadi, takperasan ada batu besar depan saya ni ha. tu yang gedebuk jatuh."

Faizul ketawa kecil. Lucu dengan penjelasan Humairah. Humairah memandang Faizul tajam.

"Kenapa awak gelak? saya tak buat lawaklah!"

Faizul diam. dia tersengih sengih.

"Sengih sengih. Tepilah saya nak bangun."

"Nak saya tolong tak?" dihulurkan tangannya untuk membantu

"Gatal! orang boleh bangun sendiri lah. pergi sana, takpayah sibuk."

"Amboi sombong ya. orang nak tolong taknak. jual mahal. patutlah takde kawan, padahal dah sekolah dekat sebulan lebih dah. sebabnya sombong dengan orang. patutlah jatuh takde siapa nak tolong. kira okeylah saya nak tolong awak tau. kalau tidak, saya biarkan aje awak dekat sini sorang diri. biar kena culik."

Humairah memandang Faizul sepi, hatinya terusik. hatinya koyak, dia terasa hati dengan kata kata yang baru saja dilontarkan dari mulut lelaki dihadapannya ini.

Matanya bertakung. Hanya menunggu masa untuk jatuh membasahi pipi sahaja. yaAllah tahan Humairah, kau kuat.

Humairah diam. dia bangun perlahan lahan sebelum melangkah pergi tanpa menghiraukan lelaki itu membebel seorang diri disitu.

"Tengoklah tu, orang cakap dia pergi macam tu je. hey tunggulah." Faizul mengejar Humairah.

"Hey tunggulah! Humairah!"

Humaira berhenti, dia menoleh. Air matanya jatuh kepipi. dia menangis, hatinya pedih dengan kata kata itu.

"Awak nak apa?" soal Humairah keras. Faizul terpempan, dia dibelenggu perasaan serba salah. Apa dia dah buat sehinggakan gadis dihadapannya ini mengalirkan air mata. Adakah dengan kata katanya?

"Humairah...sa, saya minta maaf. kalau apa yang saya cakap tadi buat awak terasa hati. saya betul tiada niat pun nak cakap macam tu. saya minta maaf Humairah. i'm so sorry. please."

Humairah mengesat air matanya. Dia berlalu pergi tanpa membalas jawapan lelaki berbaju biru itu. Walaupun wajahnya betul betul menyesal, Humairah tetap terasa hati dengan kata kata lelaki itu. sakit! sangat sakit!

*****

Faizal berlari masuk kedalam kelas. orang yang dicari masih belum munculkan diri. begnya masih tiada. apakah gadis itu tidak hadir?

dengan perasaan serba salah, Faizul duduk ditempatnya. sesekali dia menoleh kebelakang. jikalau gadis itu masuk ikut belakang hanya kerana tidak mahu melihat wajahnya.

10 minit lagi waktu pembelajaran sudah bermula. tetapi batang hidung gadis itu masih tidak kelihatan. sesekali dia mengerling jam ditangan kirinya.

ah! gadis itu tidak pernah hadir lewat selewat ini. adakah benar gadis itu tidak hadir? tapi kenapa? adakah sebab dirinya? aduuu cari pasallah Faizul. digaru kepalanya yang tidak gatal. serabut fikirkan hal itu ini! tapi salah dirinya jugak!

jam hampir 6.55 am, Faizul bangun untuk mulakan tugasnya menjaga pagar. saat dia ingin keluar kelas, mereka bertembung dimuka pintu. sangat terkejut pada Faizul tetapi tidak pada Humairah. wajah gadis itu masih seperti biasa, macam mencuka sejak semalam lagi.

"Humairah...." sebaris nama itu terkeluar dari mulut Faizul. perlahan, ya sangat perlahan.

Humairah tidak hiraukannya, dia masuk kekelas dan mengeluarkan bukunya. diarynya yang ditulis semalam dibaca buat kali keduanya.

*****

9.2.2015

Hari yang paling menyakitkan! ya, dia dah hancurkan hati aku. cukup sakit! hati aku dikoyak habis, direnyuk sehingga lunyai.

Faizul! Aku baru saja cuba nak terima kau sebagai kawan aku. Tapi aku taksangka. kau serupa saja macam orang lain. tak ikhlas pun kan? tahu nak sakitkan hati aku je.

ah! kau dah diblacklistkan tau tak! aku benci kau Faizul! jangan pernah cuba berkawan dengan aku lagi!

kau silap Faizul! apa yang kau cakap tu semua salah! kau silap! aku bukan jenis yang macam tu. aku jadi macam ni sebab aku taknak orang yang aku sayang dan sayangkan aku, akan rasa kehilangan aku.

aku taknak! biarlah aku macam ni daripada melibatkan perasaan orang lain.

sudah lah! korang tak faham keadaan aku dan takpernah faham pun! cukuplah, aku dah taknak kawan dengan kau! taknak dan taknak! muktamad!

*****

Dijeling Faizul yang masih berada dimuka pintu. Matanya masih menatap wajahnya. Ah! semaklah mamat ni. blah lah! jerit hati Humairah.

perlahan lahan, Faizul menundukkan wajahnya dan berlalu pergi. biarlah dia beri masa untuk gadis itu reda dari marahnya.

dia sedar, semuanya punca cari dia. kalaulah dia taklontarkan kata kata pedih itu semalam. pasti gadis itu baik dengan dia kerana membantunya semalam.

ah! dah ada peluang, kau hancurkan. padan muka kau Faizul. dah ada peluang, kau cari pasal pulak. hm nasib badanlah! hadaplah ya Faizul. hadap sampai kau betul betul putus asa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience