Chapter 17

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.17 Sorrow

Normal POV

"Sabar guys , mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni.." Dira memujuk member Olala yang nampak betul-betul terpukul dengan kejadian yang berlaku.

"Tapi kenapa Ainaa mesti bunuh diri!?" tanya Yana yang masih tidak percaya dengan kenyataan.

"Kami tak tahu." kata Mira sambil menenangkan Alyn yang berada di dalam pelukannya.

Flashback

Ketika semua orang sedang sibuk mencari , Asyiqin dan Ain berehat sebentar di bawah salah sebuah pokok berdaun lebat di kawasan pantai. Mereka tidak tahu ingin mencari 'senior' mereka itu di mana lagi..

"Syiqin , kau rasa Kak Ainaa dekat mana?" tanya Ain.

"Entahlah , aku pun tak tahu. Kak Ainaa tak pernah buat kecoh. Tiba-tiba pulak hari ni dia hilang.." kata Asyiqin.

"Kau nampak tak muka Kak Olyn tadi? Pucat semacam je kan?" Ain menyatakan apa yang dia nampak pada Olyn tadi.

"Kesian Kak Olyn. Kalau apa-apa terjadi mesti dia disalahkan sebab dia yang ajak kita join vaca-!!.." ayat Asyiqin terputus apabila dia terlihat sekujur tubuh di atas pokok yang mereka sedang duduk itu.

Dia terpaku. Tidak mampu bersuara. Ain yang pelik melihat tingkah Asyiqin langsung mengikut arah pandangan rakannya itu.

"Ya Allah.." Gumamnya. Dia menarik Asyiqin bangun dan pergi mencari kakak senior mereka yang lain.

Semua kumpulan tiga berpecah mencari member kumpulan lain setelah melihat apa yang dua orang budak tingkatan satu itu kata dengan mata kepala mereka sendiri. Nabihah dan Inder ternampak Alyn berserta member kumpulan dua sedang bertanya kepada pekerja dan pengunjung hotel tentang Ainaa.

"Korang!" Panggil Inder. Kumpulan dua mengalihkan pandangan mereka kepada dua orang sahabat baik itu.

"Ada apa? Korang dah jumpa Ainaa ke?" tanya Faezah.

"Kami jumpa Ainaa! Di..dia tergantung dekat atas pokok. Dah tak bernyawa.." kata Inder perlahan. Dia dan Nabihah menunduk.

"AINAAAAAAAAA!!!!" Alyn menjerit apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Inder. Dengan pantas , dia berlari keluar dari hotel dan menuju ke arah pokok yang dipenuhi orang ramai.

Air matanya gugur melihat tubuh gadis yang menjadi rakannya sejak mereka sekolah rendah lagi tergantung di dahan sebuah pokok. Daun-daun rimbun menutupi tubuh gadis itu. Patutlah mereka tak nampak semasa mereka di pantai tadi.

Bunyi langkah yang laju terdengar dari arah belakang.

"Maafkan kami , tumpang lalu.." Ketibaan kumpulan empat yang mereka nantikan. Yasmin dan Ani menolak tubuh orang ramai yang berkumpul di situ dengan perlahan.

"Ai..naa..?" wajah Put nampak sangat terkejut. Dia jatuh melutut di atas pasir.

Olyn pula tidak mampu berkata apa-apa. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Walaupun dia nampak tenang , namun matanya sudah berkaca-kaca.

End Flashback

"Macam mana dengan mayat Ainaa?" Engku bertanya kepada pengurus hotel yang mereka inap.

"Maafkan saya , tapi mayat rakan awak belum boleh di hantar ke hospital. Buat masa ni , tubuh dia akan kami tempatkan dekat bilik mayat special hotel ni untuk dilakukan siasatan. Maafkan saya sekali lagi.." Put mengacak rambutnya.

"KENAPA MESTI CHECK DEKAT SINI? KENAPA TAK CHECK MAYAT AINAA TU DEKAT HOSPITAL JE!? KAMI PUN NAK BALIK!" bentak Put.

Pengurus hotel itu menggeleng perlahan. "Tak boleh. Awak semua pun belum boleh balik. Baki percutian awak masih ada 7 hari lagi. Kalau nak balik awak kene habiskan 7 hari di sini dulu.." dia berkata dengan tenang.

"Kenapa pulak!?" tanya Yana tidak puas hati.

"Sebab percutian ni ditaja. Awak tak boleh lari macam tu je. Awak pilih , lari atau saman?"

Yana duduk di sofa dengan perasaan tidak puas hati.

Olyn berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu orang lain melihat dirinya.menangis.

Rakan-rakannya panik melihat Olyn. Engku , Faezah dan beberapa orang lagi rakannya ingin mengejar Olyn tetapi ditahan Yasmin.

"Biar aku dengan Ani yang pergi ," Mereka semua mengangguk.

Yasmin menarik Ani bersamanya. Kini mereka tiba di kawasan swimming pool yang sunyi. Mereka lihat Olyn sedang duduk memandang kolam. Sesekali , dia terlihat sedang mengesat pipinya.

Yasmin berjalan mendekati Olyn. Dia berhenti sebentar apabila melihat Ani tiada di sebelahnya. "Ani?" dia memusingkan badannya.

Yasmin lihat Ani tidak berganjak dari tempatnya. Dia hanya memandang bawah.

"Kenapa ni Ani?" Yasmin bertanya.

"Aku takut Olyn marah aku lagi.." gumam Ani.

"Kau kene faham Ani , tadi Olyn tengah risau." Ani terdiam. "Sekarang Olyn tengah sedih. Kau sendiri tahu dia tak suka orang tengok dia menangis kan? Dia pun pernah cakap kita je yang pernah nampak dia menangis kan?" Ani mengangguk perlahan. "Kita je yang boleh tenangkan dia sekarang. Now , jom.." Yasmin tidak menarik tangan Ani. Dia ingin Ani sendiri yang mendekati Olyn.

Ani melangkah setapak demi setapak mendekati Olyn. Yasmin tersenyum kecil. "Olyn..?" panggilnya perlahan. Olyn mengesat air matanya. Dia tidak mengangkat kepalanya.

"Olyn ," Yasmin mengambil tempat di sebelah kiri Olyn. Dia duduk tidak menghadap kolam seperti Olyn (Tahu kan position tu macam mana? Kalau tak tahu.. Bayang kan jelah macam mana korang suka :3). Ani memilih untuk berdiri sahaja.

"Olyn , aku tak tahu macam mana nak tenangkan kau sebenarnya. Aku pun tak jangka semua ni akan terjadi. Kau tak boleh macam ni , Olyn. Kau tak boleh lari dari kenyataan. Ainaa dah tak ada , kau kene terima tu.."

Olyn sob perlahan , "Aku tak boleh Yas , kenapa mesti Ainaa? Kenapa mesti gantung diri?" rintihnya.

"Olyn , dah ajal dia tertulis macam tu. Kau kene sabar Olyn. Walaupun Ainaa dah tak ada , kau masih ada kawan kau yang lain. Put , Yaya , Yana , Nad , Alyn.. Olala masih ada."

"Dalam masa 7 hari ni , aku akan kehilangan dorang jugak!" tangisan Olyn menjadi-jadi.

Yasmin dan Ani terkedu. "Don't say that.." Ani menutup mulutnya.

"Yes , Ainaa bukannya bunuh diri. Semua ni dah terancang. Aku tak tahu lepas ni siapa pulak ," Olyn berkata dengan perlahan tetapi masih mampu didengari Ani dan Yasmin. Dua orang gadis itu hanya terdiam sambil memandang gadis yang sedang menangis itu.

*
*

"Mana yang lain?" tanya Yasmin kepada Engku dan Faezah. Kini hanya mereka berempat sahaja sedang duduk di lobi.

"Masuk bilik , biarlah dorang berehat dulu. Kesian tengok dorang. Satu hari ni asyik menangis je.." Engku berkata perlahan.

"Macam tak percaya kan?" tanya Faezah. Engku , Yasmin dan Ani memandangnya. "Ainaa yang nampak easy&free tu bunuh diri tiba-tiba ," Yasmin dan Ani tidak menjawab.

"Betul tu , aku tak pernah nampak dia stress sebelum ni. Pandai dia tutup masalah dia. Last-last bunuh diri jadi penyelesaian masalah."

"Umh , korang tak penat ke? Dah pukul berapa dah ni. Jom lah balik bilik.." ajak Yasmin.

"Jomlah , aku dah penat ni.." Ani berdiri.

"Jom ," Engku dan Faezah turut berdiri. Mereka berempat menuju ke arah lif.

"Macam mana dengan Olyn tadi?" tanya Faezah.

"Teruk ," jawab Ani ringkas.

Faezah mengangguk-angguk. "Kesian dia , baru je berkawan balik , dah jadi macam ni.." Engku sigh.

"Cabaran friendship.." kata Yasmin.

-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience