BR 05

Romance Series 4386

Usai mandi, Mia keluar dari bilik air. Fuhh...lega dapat mandi selepas berasak-rasak di Mydin mall tadi. Meski hatinya masih tidak tenang mengenangkan peristiwa di mall, Mia cuba untuk berfikiran positif. Selesai memakai baju, Mia menuju ke meja makan menyertai Syahira dan Bella yang sedang bersedia untuk menjamu selera.

Kaira asyik duduk di hadapan televisyen yang menayangkan drama siri Zehra yang bertajuk Zahira. Gigih dia menanti drama Zahira setiap minggu demi melihat lelaki pujaannya, Adi Putra. Taste lelaki melayu laa katakan. Heeee..

Kaira memang jarang menyertai yang lain untuk makan malam kerana jaga badan. Nak badan slim gituu..

"Erkh."

"Alhamdulillah kenyang."

"Basuh pinggan."

"Tahulah." balas Bella.

Bella dan Syahira beriringan ke singki untuk membasuh pinggan masing-masing diikuti Mia.

"Hah, Mia apa cerita masa dekat Mydin tadi. Kau cari siapa? Kau kejar siapa sampai langgar minah kerek tadi. Tak pasal-pasal buat drama TV3 jap. Nasib takde adegan tarik-menarik rambut." soal Syahira sambil tangannya membilas pinggan makannya.

"Takda siapa-siapa, Syeira." balas Mia acuh tak acuh.

"Oh my god, Mia. Pleaselah jangan cakap takda siapa-siapa. Kau ingat aku budak kecik yang boleh kau kelentong. Eh eh eh dia ni kang. Kau macam nampak hantu tadi okey. Cuba cerita. Telinga aku terbuka luas untuk kau. Aku baru korek telinga tau."

Bella menyiku Syahira kerana loyar buruknya itu.

Mia gelisah dan cuba mengelak daripada berbincang.

Namun, Bella pantas menangkap lengan Mia untuk menghentikan niat Mia yang cuba melarikan diri.

"Mia kalau kau pendam, makin terseksa kau Mia. Tak salahkan kalau kau kongsi masalah kau dengan kita orang." Bella cuba memujuk meski dia tahu Mia agak keberatan. Luahkan Mia, agar kau tenang.

Mia mengeluh.

"Aku tak pasti. Aku keliru. Aku... Aku."

"Aku apa?" Time-time cam ni la tetiba nak gagap pula si Mia ni.

"Aku rasa aku nampak someone tadi." keluh dihelah perlahan.

"Siapa someone kau ni Mia?"

"Itulah masalahnya sekarang, aku sendiri pun tak tahu." rintih Mia. Dia tidak tahu bagaimana harus dia gambarkan perasaan dia kala ini.

"Aku rasa aku macam nampak orang yang aku rasa aku kenal." luah Mia yang masih ragu-ragu dengan apa yang berlaku.

Hah?

"Apa maksud kau, macam orang yang kau rasa kau kenal tu?" soal Syahira dan Bella yang kebinggungan. Serentak pula.

"Korang ingat tak pasal lelaki dalam mimpi aku yang aku selalu ceritakan tu?"

"Ingat. Kenapa? Eh! Dia ke?" pertanyaan Bella dibalas dengan anggukkan Mia.

"Eh! Apa ni? Mimpi apa? Asal aku tak tahu ni." Syahira mencelah.

"Ish mimpi yang Mia pernah cerita tu la?" geram Bella dengan sikap pelupa Syahira.

"Oh! Okay, lelaki misteri tu kan? Wow dia betul-betul wujud ke? Kau nampak dia ke Mia?" bertalu-talu Syahira bertanya.

"Entahlah korang tapi masa dekat Mydin tadi, aku rasa aku macam dengar suara lelaki misteri tu dan aku rasa macam aku nampak wajah dia." Mia berteka-teki dengan mindanya sendiri. Banyak betul rasa dan macam dia nih.

"Aik, bukan kau selalu cakap yang kau tak ingat ke rupa laki tu macam mana?" Bella minta kepastian.

"Tak..tak. Yang tu tak kesah lagi. Yang kau sampai berair mata macam kena tinggal siang tadi kenapa? Musykil aku tengok. Ke kau ada rahsia yang kau tak cite habis ni Mia?" Syahira mula bersikap jarang. Macam ada yang tak kena pula. Ada yang tak lengkap disitu. Apa ya?

"Entahlah weh, aku pun pelik. Aku pun tak faham dengan apa yang aku rasa." Tanpa sedar air mata Mia mula memenuhi ruang matanya.

"Tapi tadi aku rasa macam aku berada dalam mimpi dan ada orang panggil aku. Aku tak tau nak kata apa tapi dada aku rasa sakit sangat." Mia menekan dadanya dengan kedua belah tangannya.

Air mata turun tanpa dipinta membasahi pipi. Sungguh dia benci dengan apa yang dia rasa. Rasa sakit yang tidak tahu puncanya. Mia melorot perlahan-lahan ditepi singki.

"Mia!"

Bella dan Syahira segera menerpa Mia. Bella diam membiarkan Mia meluahkan beban yang disimpan dengan harapan ia berkurangan sikit demi sikit. Syahira pula kelu hendak memujuk Mia kerana ini kali pertama Mia berkeadaan sebegitu di sepanjang perkenalan singkat mereka.

Bagi Syahira, Mia gadis yang tabah dan jarang menunjukkan kelemahan dirinya sesuka hati. Tangannya mengusap lembut tubuh Mia bagi melegakan rasa sendu yang tersisa.

"Mia, kalau kau perlukan teman aku dengan budak-budak rumah kitakan ada untuk teman kau. Cerita je pada kita orang kalau kau nak luahkan apa-apa. Jangan simpan sensorang sebab dah banyak dugaan yang kau hadapi. Jadi kongsilah dengan kita orang biar beban kau hilang. Okey. Takmoh sedih-sedih dah." ujar Bella lalu memeluk Mia yang semakin reda tangisnya.

"Nak peluk juga." kata Syahira yang mendepakan tangannya untuk memeluk Mia dan Bella.

"Betul tu Mia. Walaupun kau kuat tapi tak salah kalau kau kongsi masalah dengan kita orang kan. Kitakan kawan." Pelukan dieratkan.

"Woi, buat drama air mata apa korang ni? Kat dapur pula tu." pandang Humaira yang kehairanan dengan gelagat mereka bertiga berpelukan di dapur. Yup geng rumah yang kelima ini, memunculkan dirinya juga akhirnya.

"Hah? Apa yang berlaku? Kenapa, kenapa?" terkocoh-kocoh Kaira membuntuti Humaira sambil menjinjit beg makanan Humaira. Banyak jajan ooi..

Kaira kebingungan melihat apa yang berlaku.

"Rasanya baru aku tinggal kejap tadi." gumam Kaira. Alamak! Aku terlepas gosip la nii...cis!

Mana taknya tengah syok tengok drama ada suara memberi salam. Rosak moodnya yang tengah feeling-feeling tadi. Ternyata yang memberi salam itu ialah Humaira yang baru tiba dari KL.

"Dah-dah takyah sedih sangat. Aku dah balik sini dah. Alah mucuk-mucuk. Rindu aku ke?" Humaira turut memeluk Mia yang kelihatan mendung sahaja. Hendak ditanya takut menganggu emosi Mia yang seakan mulai stabil. Tak apalah.

Disebabkan dia baru tiba, nanti-nantilah dia korek cerita. Bukan susah pun sebab geng rumahnya jenis tak boleh simpan cerita. Jarang ada rahsia antara mereka. Pi mai pi tang tu jugak!

Suka membawanglah katanya. 

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience