DIA 05

Romance Completed 131781

Seperti malam-malam lain, Hazzar pasti akan pergi ke 'syurga' pujaaannya. Kelab malam. Cocktail menjadi pilihan utama. Hazzar melihat sekeliling, tiada apa-apa yang menarik minatnya. Tiba-tiba sahaja ada seorang perempuan mendekatinya. Hazzar angkat kening.

"Alone?" Soal perempuan tersebut.

Hazzar berpura-pura melihat sekeliling kemudian menggeleng ke arah perempuan tersebut.

"Ernie?" Soalnya lagi.

Dengan spontan Hazzar mengangkat perempuan tersebut lalu diletaknya dia atas riba. Perempuan tersebut ketawa kecil lalu memeluk leher Hazzar.

"Ernie dah takde. U, nama siape? Boyfriend tak marah ke kalau I buat macam ni?" Soal Hazzar.

"Nama I, Qisstina. Panggil Qiss je. Boyfriend? I'm single..." Ujar perempuan tersebut sambil tangannya membelai rambut Hazzar.

"Ohh... Qiss. Kalau I kiss U nak?" Sakat Hazzar lalu tersenyum nakal.

Perempuan tersebut memukul dada Hazzar perlahan. Didekatnya dahi mereka berdua. Anak mata Qisstina menusuk ke dalam anak mata Hazzar. Tangan Hazzar sudah mula meraba Qisstina. Tangan Qisstina berjaya menahan tangan Hazzar. Hazzar mengerutkan dahi.

"Not here." Ujar Qisstina.

Hazzar mengangguk faham lalu bangun dari duduk. Pinggang Qisstina dirangkul dan mereka berjalan keluar dari kelab malam tersebut. Langkah Hazzar terhenti apabila sampai di depan kelab malam. Tangnnya diseluk ke dalam poket. Beberapa keping wang 50 berada di dalam tangannya.

Tangan Qisstina di ambil lalu diletaknya wang tersebut. Tangan Qisstina dilepas kasar. Berkerut dahi Qisstina. Hazzar memandangnya dati atas ke bawah dan keluhan dilepaskan.

"Kau tak payah mimpi nak dapatkan aku. Duit tu, kau sewalah mana-mana jantan lain. Rupa macam ni, ada hati nak layan aku." Ujar Hazzar dengan nada kasar lalu bergerak ke arah keretanya.

Qisstina merengus geram. Duit tersebut digenggam kuat. Matanya langsung tidak lari dari memandang Hazzar sehingga hilang dari pandangan.

"Kau ingat nilai diri aku, cuma... 250? Wah! Tak guna betul. Kau tunggu, Hazzar Iskandar." Ujarnya dengan nada marah.

Seorang lelaki tiba-tiba memeluk Qisstina. Qisstina tolak lelaki tersebut lalu dilemparnya wang tersebut ke wajah lelaki tersebut. Qisstina melangkah meninggalkan kelab malam.

---

Ke hulu ke hilir sahaja Hanis, sibuk mengemas rumah sebelum kehadiran Syaza. Lara sudah rimas melihanya.

"Hanis... Sudahlah tu, bawa bertenang. Tak payah nak sibuk kemas semua benda." Ujar Lara.

Hanis berhenti lalu memandangnya. Jari telunjuk digoyangkan depan muka Lara. Lara mengeluh lalu bertongkat dagu dan memandang ke tempat lain. Hanis kembali menyibukkan dirinya.

Dia berhenti lagi apabila melihat telefonnya di atas meja. Tangannya mencapai telefon tersebut. Punat ON ditekan. Masih tiada panggilan dari babahnya. Hanis mengeluh.

"Assalamualaikum!" Laung Syaza dari luar rumah.

"Waalaikumusalam!" Balas Hanis dan Lara serentak.

Hanis mencapai selendangnya yang digantung pada kerusi lalu menyarungnya di kepala. Hanis menguntum senyuman apabila melihat Syaza yang sedang melangkah ke arah mereka. Lara pula melihat pakaianyang digunakan oleh Syaza.

"Cik Syaza kan?" Sapa Hanis.

"Tak payahlah nak bercik bagai. Panggil Syaza je. Ni mesti Hanis kan?" Ujar Syaza dengan nada lembut.

Hanis mengangguk.

"Aku Lara." Celah Lara.

Terangkat kening Hanis apabila mendengar Lara menggunakan gelaran 'aku' terhadap Syaza. Syaza mengangguk.

"Eh Syaza masuklah." Pelawa Hanis.

Syaza mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia terpegun melihat hiasan didalam rumah. Kemas, tersusun. Dia melabuhkan punggung di atas sebuah sofa satu tempat duduk. Lara dan Hanis mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan Syaza.

"Sebelum ni, Syaza tinggal mana?" Soal Hanis.

"Sebelum ni Syaza tinggal dengan parents. Sebab tak lama lagi Syaza ada majlis dekat syarikat area ni. Sebab itulah Syaza pindah sini. Lagipun..." Ujarnya separuh jalan.

"Lagipun ape?" Soal Lara pula.

"Lagipun... Syaza dah nak bertunang. Jadi nak cuba berdikari." Ujarnya dengan nada malu.

Hanis dan Lara mengangguk serentak.

"Oh nama penuh korang berdua ape eh?" Soal Syaza.

"Aku Lara Kasih." Balas Lara ringkas.

"Saya, Hanis Adawiyah." Balas Hanis pula.

Riak wajah Syaza berubah apabila mendengar nama penuh Hanis. Anak matanya tidak beralih dari memandang Hanis.

(Flashback)

"Bie... Nama penuh Hanis eh? Saya cuma tahu Hanis je." Soal Syaza.

"Perlu ke sayang tahu? Tak penting pun kan?" Balas Nazrul.

"Alaa... Nak tahu je. Mana tahu kalau kut-kut terjumpa dia boleh sayang warning dekat dia supaya tinggalkan bie." Ujar Syaza dengan nada manja.

Tergelak Nazrul dibuatnya.

"Okay... Nama penuh dia, Hanis Adawiyah. Nama bapak dia tak payah tahu." Ujar Nazrul.

Syaza mengangguk perlahan.

(End flashback)

"Kenape tengok saya macam tu? Ada... Ape-ape ke?" Soal Hanis hairan.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma nak tanya, Hanis ada boyfriend?" Soal Hanis lagi.

Hanis memandang Lara. Lara mengangkat bahu.

"Ada... Tapi sekarang saya tak tahu dia ada dekat mana. Entah masih ingat atau tidak dekat saya." Ujar Hanis.

Syaza terkelu. Perempuan sebaik ni pun kena tinggal, apatah lagi aku nanti, desis hati Syaza. Syaza mengangguk faham.

"Hanis... Macam mana kalau boyfriend awak curang belakang awak lepas tu dia bercinta dengan kawan awak. Apa yang... Awak akan buat?" Soalnya takut-takut.

"Kenape tanya soalan macam tu?" Soal Lara hairan.

"Tanya je. Yelah sayakan dah nak bertunang, takut-takut kalau kena macam tu." Ujar Syaza.

"Saya... Terima seadanya dan cuba untuk lepaskan dia dari hati saya. Saya berdoa, dia akan lebih bahagia kalau bersama dengan orang yang dia pilih untuk bina masjid bersama."

Ujaran Hanis menyentuh hati Syaza. Macam mana kalau Hanis tahu yang dia ada hubungan dengan Nazrul? Betul ke dia akan terima seadanya. Hanis bangun lalu mengajak Syaza untuk melihat biliknya. Syaza mengangguk lalu melangkah naik ke atas. Lara menyiku lengan Hanis.

"Aku rasa dia macam- "

"Tak baik buruk sangka tau! Kita baru kenal dia hari ni." Celah Hanis.

"Tak la... Tak pelik ke tiba-tiba tanya kau ada boyfriend ke? Lepas tu soal pasal apa yang kau buat kalau boyfriend kau curang. Kan pelik tu." Ujar Lara.

"Shutt! Jangan cakap macam tu. Biarlah dia nak tanya dia ada mulut kan? Tak macam kau, asyik nak buruk sangka je kerjanya. Haish!" Marah Hanis lalu mendekati Syaza di tingkat atas.

Kata-kata Hanis langsung tidak mengubah apa yang difikirkan oleh Lara.

---

Mata Hazzar hanya tertumpu pada pada drama bersiri pukul tujuh. Bebelan bondanya hanya dibiarkan. Langsung tidak memberikan sebarang respon. Tak ada cerita lain, jodoh, johoh, jodoh.

"Hazz! Dengar tak apa yang bonda cakap ni?" Soal bondanya.

"Bonda, kak Jann pun belum kahwin nak suruh Hazz kahwin pulak. Takkan nak langkah bendul?" Ujar Hazzar.

"Jannah kan dah pernah berkahwin tapi cerai. Kiranya dah kahwin lah tu." Balas bonda.

Hazzar mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience