BAB 6

Family Completed 4130

Dengan ucapan Bismillah berserta memulakan langkah dengan kaki kanan, Maroz melangkah keluar dari penjara itu. Senyumannya juga sudah lebar. Udara yang segar dihirup sedalam-dalamnya.

Alhamdulillah ya Allah, aku masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar ini. Insya Allah aku akan menjadi insan yang lebih baik dengan ajaran-ajaran Islam yang tulus. Hatinya lebih tenang. Sekarang, tujuannya hanya adalah satu. Pusat Pendidikan Al Barakah di Ipoh, Perak.

Sejak beberapa tahun yang lalu, nama Ustaz Kazim Elias penjadi sumber inspirasinya untuk meneruskan hidup dan mendalami agama Islam. Dia mahu pergi ke pusat pendidikannya untuk belajar lebih lanjut. Kalau hendak menjadi anak muridnya juga dia sanggup. Kalau disuruh mengikuti ia ke mana-mana dia memberi ceramah juga dia sanggup. Kalau disuruh menjadi tukang pembersih dipusat pendidikan tersebut juga dia sanggup.

Kakinya sudah sampai ke jalan besar. Tidak jauh daripada situ ada perhentian bas telahpun disediakan. Dalam sejam menunggu bas, bas yang ditunggu sudah pun tiba. Bila dia melihat arah tuju bas itu, senyumannya sudah semakin lebar.

Insya Allah, perjalanan ke Ipoh, Perak akan berjalan dengan lancar. Impiannya untuk menjejaki Ustaz Kazim Elias juga akan tercapai jikalau mereka ada jodoh. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience