BAB 39

Romance Completed 65433

"Thia.Janganlah mcm ni!Thia tak dengar lagi jwpan Faqih.Give him chance to explain.Don't jump to the conclusion."Pujuk Fazreen

Dia tahu betapa bercelarunya otak dan hati adiknya itu.Adoilah..Emylia...emylia kau pnya pasallah ni.

"Tapi..."Fathia menangis.Diusap perutnya yang masih belum nampak lagi itu.

Ya,dia mengandung!Berita yang patutnya dikongsi dengan suaminya tapi...

"Lagipun yo're pregnant.Balik rumah,cari Faqih give him chance to explain.Dah."Fazreen memujuk lembut.

Fathia akhirnya patuh juga.Tapi hatinya masih tawar untuk berjumpa dengan suaminya.Entahlah.Kenapa dia rsa suaminya akn berkata Ya sahaja?

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk merayau di sekitar bandar Kuala Lumpur dahulu.Tenangkan fikiran.

Bunyi deringan telefon bimbit menyebabkan Fathia berhenti berjalan.Dia mencari telefon di dalam beg tangan berjenama Gucci kesayangannya.

Faqih!Fathia berfikir dua tiga kali sama ada mahu jawab atau tidak.Dia mengambil kwputusan untuk tidak menjawab.

Langkah diteruskan melihat kek di Secret Recipe.Hmm,tiba-tiba rasa nak makan kek pulak.

"Hai,Miss.May i help you?"Tanya wanita itu sambil tersenyum Fathia membalas.

"Hmm,give me one slice of Black Forest and one slice of Chocolate Indulgence."Kata Fathia sopan.Wanita itu mengangguk dan mula membungkus kek itu.

"Here you go Miss."Kata Wanita itu.Fathia mengangguk sambil mengeluarkan dompet dan membayar sebelum keluar dari kedai itu.

Hampir magrib baru dia pulang ke rumah ibu mertuannya.Sebaik sahaja sampai Datin Farah yang menyambutnya.

"Thia?Thia pergi mana?Lama tahu tak mummy tunggu."Datin Farah sedikit risau melihat wajah pucat menantunya.

"Hmm,Thia keluar jalan-jalan kejap My.Boring."Fathia menjawab sambil tersenyum.Tawar dan hambar.

"Faqih dia keluar sekejap.Katanya nak ambil dokumen di pejabat.Lama betul.Sejak dari pukul 4.30 ptg sampai 7.00 mlm tak nampk lagi."Datin Farah membebel.

Fathia tidak menjawab.Dia hanya diam sambil mendengat bebelan ibu mertuanya.

"Hmm,my.Thia naik dulu.Nak rehat."Kata Fathia.Datin Farah mengangguk.

"Ah,lupa nak cakap malam ni mummy dengan papa pergi Dubai.Relax kejap sambil tengok Mak Ngah Faqih tu.Dia masuk Hospital."Kata Datin Farah.

"Oh ya ke?Hmm tak apalah my."Fathia membalas.Dia kemudian naik ke atas.Penat!

Naik sahaja di bilik dia terus merebahkan badan ke atas katil.Dia tertidur sehingga ke pagi.

Fathia membuka mata apabila terasa ada cahaya mentari yang menyilaukan matanya.Dia melihat jam di dinding.Pukul 11 pagi.Lamanya!

Nasib dia tak boleh solat.Fathia mengeluh.Dia mencari suaminya namun hampa.Tiada.Bilik itu seperti semalam tidak berusik walau seinci.

Fathia mencapai telefon bimbitnya.Ah,24 missed call.Dari siapa lagi kalau bukan suaminya.Huih,dahsyat aku tidur.24 missed call kut.

Tanpa menelefon kembali suaminya dia mencapai tuala lalu mandi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Wahh,tahniah Thia!Happynya aku nak ajdi aunty!"Jerit Hani teruja.Hai seronoknya.

"Hmm.Kau jangan bagitahu org lain.Yang tahu ni cuma kau dan kakak aku aja tahu!"Kata Fathia.Dia menceritakan pada Hani tentang semuanya.

"Kau ni.Aku pasti Tengku tu dia setia.Kau mcm tak kenal.suami kau.Punyalah dia sayg kau!"Hani memujuk sahabatnya itu.

"Aku thu tapi entahlah.Aku rasa dia akan ckp ya aja."Fathia menyuarakan apa yg terbuku di hati.Hani menggeleng.

"Kau jangan nak main rasa-rasa Thia!Benda ni serius kau tahu.Macam fitnah!Kau dengar dulu pnjelasan dia.Baru kau decide.Ni kau sedp aje buat conclusion sendiri!"Bebel Hani.

Seriau Fathia mendengar perkataan Fitnah itu.Ah,rasa insaf menyerap masuk ke hati.Abang leesya minta maaf.

"Tapi dia tak ada kat rumah!"Fathia menambah.Hani mengerutkan dahi.

"Kau tak tahu ke?"Hani menyoal.Fathia mengangkat wajah.

"Pasal?"Dia bertanya kembali.

"Semalam Haiqal call aku.Dia cakap dia dan Faqih akan attend meeting dekat Singapore selama 1 minggu.Dia tak call kau ke?"Hani bertnya pelik.

Setitis mutiara jernih mengalir dipipi Fathia.Perasaan bersalah menjalar di setiap sudut hati.

"Dia ada call.Tapi aku tak angkat.Ada yg aku tak sdr "Kata Fathia lirih.Hani memeluk sahabatnya itu.

"Kau cubalah call dia.Kau kata mentua kau tak ada kan.Takkan kau nak duduk.sorang.Baliklah rumah mama kau."Hani memujuk.

"Ok.Thank Ni."Fathia membalas pelukan sahabatnya itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hai,teringat kat bini ke?"Haiqal mengusik.Faqih yang masih mengelamun itu tersentak

"Dah tu aku nak ingat kat siapa?Kau?"Faqih mencebik.Haiqal tergelak.

"Ni aku nak tanya.Kau cakap tak dekat Fathia yang kau datang Singapore ni?"Haiqal bertanya.

"Hmm,Aku try call.dia.Dia tak jawab."Kata Faqih sedikit kecewa.Haiqal datang menghampiri.Ditepuknya bahu sahabatnya itu.

"Cubalah call lagi.Mungkin time kau call tu dia tidur ke.Ataupun dia tertinggal fon ke?"Haiqal memujuk.

"Aku dah call Qal.28 missed call.Topup aku pun dah habis.Nak call mcm mana?"Faqih tertawa kecil.

"Meh,sini aku tolong.Kau turun bawah,kau cari public phone.Kalau tak de duit syiling aku bawak!Jom!"Kata Haiqal.

"Hampeh punya kawan!"Faqih mengetuk kepala Haiqal.Terjerit Haiqal.Kemudian mereka sama-sama ketawa.

Faqih tersangat rindukan isterinya.Tapi dia tidk boleh balik.Baru 2 hari dia di sini.Menyuarat pun belum tamat.Faqih mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience