AKU tersenyum sendiri melihat wajahnya di sebelah ku yang sedang enak tidur lantas ku mengelus lembut pipinya. Perlahan-lahan dia membuka mata sambil mendengus lembut ke arahku.
“Abang… bangun solat subuh.” Sapaku, agar dia bangun.
Matanya masih terpejam tetapi sudah sedar sambil tersenyum, dia hanya berkata.
“Erm…”
Pantas dia merangkul tubuhku ke dalam dakapannya yang hangat itu. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan berkata padaku...
“Baiklah sayang…”
Aku turut tersenyum manja lantas hidungnya yang mancung aku cuit. Terasa bagaikan mimpi yang indah jika berlaku setiap hari seperti ini.
•••
TANGAN aku pantas menyiapkan sarapan untuk pagi ini. Kopi sudah siapku bancuh. Buah pisang dan sandwich diletakkan di sebelah pinggan.
Mudah. Langsung tidak istimewa sarapan ini tetapi itulah kesukaan suami ku yang bernama Muhammad Malik. Malik bermaksud Raja, cukuplah dia menjadi Raja di hatiku.
Tiba-tiba aku rasa seperti ada orang memeluk ku dari belakang. Aku mengabaikannya kerana aku tahu itu pasti dia. Pipi ku dikucup pantas. Dia masih memeluk ku. Tangannya seperti tidak mahu melepaskan aku pergi dari dakapannya.
“Abang, duduklah dulu. Dah nak siap ni, sabar ya.” Kata ku perlahan dan manja.
“Tak nak.” Balasnya perlahan dengan nada suara yang manja dan nakal.
“Abang nak selalu dengan sayang setiap hari.” Katanya lagi kepadaku. Aku ketawa kecil mendengar ayat manisnya itu.
“Yalah tu, abang bukan sayang sangat dekat saya betul tak?" Aku bersuara sekadar menguji suamiku.
Tiba-tiba wajahnya berubah. Keningnya berkerut. Pelukkannya menjadi lebih erat.
“Kenapa sayang cakap macam tu?”
Aku diam. Dia memeluk ku lebih erat dari tadi dan aku rasakan sangat selesa dalam pelukkannya.
“Abang tak pernah ada yang lain selain sayang. Sayanglah nyawa abang buat selama-lamanya."
Hatiku berdegup kencang. Aku sungguh terharu mendengar kata-katanya itu.
‘Hanya Tuhan yang tahu betapa sayangnya saya dekat abang.’ Kata ku dalam hati.
Aku terasa sebak ingin sahaja air mata ini mengalir tetapi ku tahan. Kami berdua terdiam. Pelukannya masih tidak terlepas dari tubuhku.
“Yeah, dah siap sarapan.” Ujarku dengan wajah kembali ceria.
Kini, barulah dia lepaskan pelukan yang erat tadi.
Kami berdua menuju ke meja makan dan duduk di atas kerusi makan. Pantas sandwich itu masuk ke dalam mulutnya. Dia mengunyah mulut separuh terbuka sambil memandang ke arah ku. Dia senyum lantas ketawa kecil.
Aku membalas ketawanya dengan mataku tidak pernah terpejam daripada memandangnya.
“Sedap.” Balasnya ringkas.
“Sugar cube?” Dia meminta aku untuk menambah gula ke dalam kopinya. Aku terus memasukkan
seketul gula berbentuk empat segi ke dalam cawannya lalu aku kacau supaya sebati.
"Thanks." Ujarnya.
Aku hanya tersenyum sambil menongkat dagu memandang ke arahnya.
•••
SETIAKU menunggunya di hadapan halaman rumah. Apron merah jambu masih lagi tidak ku tanggalkan. Sambil-sambil itu aku memandang ke arah taman yang indah menghijau di rumah agam ini, rama-rama berwarna warni mula menghisap madu dari bunga yang ada di taman. Aku senang melihat rama-rama yang melebihi seratus ekor ini sedang terbang di hadapan mataku.
Cuaca pagi sangat elok tidak panas tidak sejuk. Sekali lagi ada orang yang merangkul tangan aku. Kedua-dua belah tangan ku dipegangnya. Aku terpaksa mendongak ke atas kerana suami ku terlalu tinggi orangnya. Aku pula paras bahunya sahaja.
“Tunggu abang balik ya sayang.” Ujarnya perlahan di tepi cuping telingaku.
Dahi ku dicium. Aku memejamkan mata ini dengan tenang. Rasa bahagianya aku sahaja yang tahu. Rasa seperti akulah orang yang paling bertuah di dalam dunia ini. Setelah dia berhenti mencium dahi ku, aku terus membuka mata secara perlahan-lahan. Tangan kanan ku memegang pipinya yang putih itu, lantas aku mengangguk faham.
Senyuman dari bibirnya itu tidak pernah lekang langsung. Malah, tidak pernah sekali pun aku
melihat dia marah. Wajahnya sentiasa tersenyum dan terus tersenyum hari ini.
Sedikit demi sedikit keretanya hilang dari pandangan ku. Aku masih lagi tidak berganjak walaupun bayangnya sudah tiada...
•••
MALAM kian menjelma, aku menoleh ke arah jam di dinding. Sudah jam 7.13 malam. Dia masih belum pulang aku cuba mencari-cari bayangnya jika sudah masuk ke dalam rumah tetapi tidak kelihatan. Aku teruskan memasak dan memasak.
Aku setia menantinya.
Makanan di atas meja sudah terhidang. Dia masih belum pulang. Aku menoleh lagi pada jam di dinding sudah jam 8.30 malam. Aku masih lagi tunggu dah terus menunggu tanpa rasa jemu.
“Ehem!”
Aku tersentak lantas terus memandang ke arah suara itu. Aku melihat ke arahnya yang tidak berhenti-henti tersenyum walaupun kelihatan letih amat.
“Kenapa lambat?” Tanya ku sambil tersenyum.
“Maaflah abang lambat sikit. Nanti kita makan sama-sama ya? Abang nak mandi dan solat dulu." Ujarnya perlahan sambil melonggarkan tali lehernya.
Aku mengangguk pantas.
•••
TAPAK KAKI jelas kedengaran menuruni anak tangga. Sekejap sahaja dia sudah sampai ke sini. Segak dia memakai baju Melayu berwarna biru tua dan dikenakan dengan kain sarung.
Tanpa membuang masa, aku menyedok nasi lantas aku letak di sebelahnya. Dia sudah duduk di sebelah ku. Satu bauan yang amat harum menusuk ke dalam hidung ku.
Wanginya, sangat wangi.
Kami makan bersama-sama sambil berbual-bual kosong. Mulut ku asyik berceloteh tidak henti-henti kerana sangat gembira melihatnya.
Rindu ku bagaikan seribu tahun tidak bertemu. Dia asyik mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut ku. Aku mula mengemas meja makan dan dia masih lagi duduk di situ tidak berganjak.
Kopi dalam cawannya dihirup sikit demi sedikit sambil matanya melihat aku mencuci pinggang dari jauh.
Aku mengeluh kecil, tangan ku sudah membuka air. Baru sahaja aku ingin menggosok pinggan lantas dia berkata kepada ku.
“Mari sini abang tolong.”
Aku memandang ke arahnya.
“Eh, tak payahlah. Abangkan penat baru balik kerja. Tak apa pergilah berehat.”
“Tak apa, biar abang yang buat. Kasihan melihat sayang penat.”
Dia sudah sentengkan baju Melayunya hingga ke paras siku. Aku rasa terharu. Betapa sayangnya dia kepada ku. Aku tidak menghalang. Aku membiarkan dia menolong.
“Kita buat sama-sama ya?”
Dia mengangguk.
Sekejap sahaja semuanya beres.
“Fuhh…” Dia mengelap dahinya.
“Itulah saya dah cakap jangan tolong tapi degil.” Aku ketawa kecil.
“Alah, bukan banyak sangat pun.” Dia ketawa kecil. Pipi dicuitnya.
•••
MATAKU kian layu, kepala ku disandarkan ke bahunya. Lengannya yang keras berotot aku jadikan sebagai bantal. Televisyen masih terpasang. Aku dapat rasakan dia menoleh ke arah ku tetapi mata ini sudah tiada daya untuk dibuka.
“Sayang…”
“Ermm…” balas ku lemah.
Suasana sepi seketika. Tiba-tiba aku rasakan tubuhku seperti terapung. Satu pelukan yang panas jelas dapat dirasakan. Perlahan-lahan aku membuka mata. Dia mengendongku dengan berhati-hati sekali. Anak tangga dipijak satu demi satu tanpa ada sebarang bunyi.
Pintu kamar dibuka perlahan. Tubuhku diletakkan dengan berhati-hati. Selesa ya amat. Lampu dimalapkan.
Dia mula tidur di sebelah ku. Perlahan-lahan tangannya memeluk ku. Ya Allah hangat sekali pelukannya. Dahi ku dikucup.
“Sayang tidur ya. Tidur nyenyak.”
Suaranya serak perlahan.
Aku juga mengeluh perlahan.
“Abang…” aku masih lagi boleh bersuara tetapi mata aku masih terpejam rapat. Aku langsung tidak terdaya untuk membuka kelopak mataku di saat ini.
“Ya?” balasnya.
“Abang sayangkan saya tak?”
“Ya, abang sayangkan Lydia.”
Aku terdiam sebentar.
“Jangan tinggalkan saya ya?” Ucapku perlahan.
Aku terus melelapkan mata. Sudah tidak tertahan lagi. Tidak lagi aku mampu untuk membuka mata. Segalanya bertukar gelap dan nyaman.
•••
CAHAYA putih seakan-akan menusuk ke dalam mata aku ini. Perlahan-lahan aku gagah membukanya. Kepala aku pening seakan-akan siling yang aku pandang ini berpusing dengan sendirinya. Aku menoleh ke kiri. Ibu ? Apa ? Apa ibu buat dalam bilik aku? Eh? Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Ini bukan bilik aku? Ini… macam…
“Alhamdulillah, kamu dah sedar syukur ibu.”
“Apa maksud ibu?” aku langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh ibu.
Bukankah semalam aku berada di atas katil rumah aku?
Kenapa pagi ini aku berbaring di atas katil hospital? Penuh wayar-wayar melekat di badan aku. Kepala aku masih berdenyut-denyut sakit.
“Lydia, kamu kemalangan teruk. Sudah seminggu kamu koma tidak sedarkan diri.”
Aku terdiam sambil memandang muka ibu.
Kemalangan? Koma? Semua itu menambahkan pening di kepala ku.
“Abang Malik mana ibu? Mana dia?” aku mencari-cari bayangan lelaki ini. Jantung ku jadi tidak enak.
“Malik?” Ibu menanyakan kembali pertanyaan itu kepada aku.
“Yalah suami Lydia? Takkan ibu lupa?”
Setitis air mata ibu gugur ke pipi. Aku menjadi hairan. Aku perhatikan sahaja ibu tanpa bersuara.
“Kamu ni kenapa Lydia? Kamu belum berkahwin pun lagi! Sudahlah!”
Aku terdiam seribu bahasa. Lama aku terdiam. Mata aku hanya tertumpu pada ibu. Aku jadi lebih tidak mengerti.
“Ibu tipu! Ibu tipu! Baru semalam Lydia bersama dengan Abang Malam! Baru semalam!" Aku marah ibu dengan kasar.
"Takkan Lydia nak tipu pula?” aku meracau-racau seperti orang gila. Aku jadi tidak keruan. Perasaan marah, keliru sedih semua bercampur.
“Semalam kamu koma! Sudah seminggu kamu koma! Faham tak!"
“Habis mana Abang Malik?!” aku terus meronta-ronta. Ibu memegang kedua-dua belah tangan aku sambil menjerit meminta tolong. Tiba-tiba adik aku datang. Aku terus menanyakan soalan.
“Adik, mana Abang Malik? Mana dia? Dia tak melawat akak ke? Akak kan isteri dia?” Tanyaku sambil tersenyum. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku tersenyum. Mataku tercari-cari susuk tubuh Malik, ya Malik suami aku itulah! Siapa lagi?!
“Apa akak merepek ni? Masa bila akak kahwin?” Adik ku katakan itu kepada ku dengan wajah kehairanan.
Setelah aku mendengar kata-kata adik aku, aku terdiam. Tubuhku berhenti daripada mengganas. Aku termenung jauh. Air mata setitik demi setitik jatuh berderai.
“Akak, akak kemalangan pada hari majlis perkahwinan Abang Malik. Mujur akak selamat. Mungkin akak bermimpi je? Dia dengan isteri dia ada datang dua hari lepas melawat akak tapi sekejap sahajalah.” Kata adik aku bernama Luna lalu dia duduk di sebelah aku.
Adik aku menggosok-gosok bahu ku. Aku termenung terus. Adakah itu hanya khayalan aku? Aku hanya bermimpi? Itu semua tidak nyata dan tidak berlaku? Adakah itu semua angan-angan aku? Aku tidak siuman kah?
“Tinggal aku sendirian.” Kata aku setelah sekian lama berdiam.
"Tapi..." Ucap ibu dengan wajah risau.
"Aku kata pergi!" Jerit aku sekuat hati seakan-akan aku ini anak derhaka.
Tanpa membantah lagi, lalu mereka tinggallah aku sendirian di dalam ruangan cerah ini.
“Ahhh!!!” Aku mencampakkan gelas kaca yang berada di sebelah aku, lalu jatuh ke lantai pecah berderai.
Air mata ini tidak berhenti mengalir. Aku membiarkan sahaja, tidak mampu aku menghalang ia. Hati aku sangat remuk! Adakah aku ini gila? Aku tak dapat nak hadam dengan apa yang tengah berlaku sekarang ini. Aku memeluk tubuhku di tepi bucu katil dan menangis semahu-mahunya.
•••
SATU TAHUN masa berlalu, perlahan-lahan aku cuba untuk menerima hakikat.
Hati terluka? Ya masih terluka.
Mimpi aku bersamanya masih segar di ingatan. Segala-galanya, tidak satu pun aku lupa. Semua aku catatkan ke dalam sebuah nota berwarna merah dan aku abadikan ke dalam jiwa yang gelora.
Aku amat mencintai Malik, cuma dia tidak dapat merasai cinta aku ini. Realiti tidak seindah mimpi.
Aku sangat cintakan Malik. Setiap hari aku akan berjumpa Malik untuk melepaskan rindu. Aku sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menggadaikan maruah aku demi cintanya tetapi Malik baik orangnya, dia langsung tidak pernah mengambil kesempatan ke atas nafsu aku sendiri.
Sudah tiada jodohnya aku dengan dia apa yang boleh aku lakukan lagi. Aku mencintai Malik, tapi Malik sebaliknya, dia lebih sayangkan Alisa. Aku tidak dapat menerima hakikat yang dia berkahwin dengan Alisa dan aku cuba untuk membunuh diri setelah dapat tahu perkara ini.
Kini aku ditempatkan di pusat pemulihan mental. Aku tertekan tinggal di sini! Aku tertekan! Aku inginkan kebebasan bukan tempat ini! Lepaskan aku pergi dari sini!
Hampir satu tahun aku sabar tinggal di tempat suram ini tetapi tidak lama lagi mungkin aku akan dibebaskan?
Kenangan manis mainan minda aku itu akan aku semadi kan buat selama-lamanya hingga ke hujung nyawa aku sendiri…
Malik, aku harap kau menjadi milik aku seperti seindah mimpi aku setahun lalu...
Malik, I love you..
-TAMAT-
Share this novel
syok