BAB 22

Romance Completed 497

Dato’ Erman memandang Azalea penuh kebencian. “ Bercinta?”

“ Ya, pa.. Tadi boyfriend dia datang serang Dina.. Dina tak tahu apa-apa pun, pa. Dia serang Dina in public, pa. Dina malu! Ni mesti pompuan ni yang dah mengadu macam-macam kat boyfriend dia tu..”

“ Kau dah pandai mengadu sekarang ya?” Dato’ Erman memulas tangan Azalea. Tidak dipedulikan bila gadis itu mengaduh kesakitan. “ Apa lagi yang kau cakap kat dia tu?? Kau nak burukkan nama aku? Burukkan keluarga aku?? Hah?? Kau ni tak habis-habis menyusahkan hidup aku!” tubuh Azalea dipukul. “ Dari kau lahir sampai sekarang kau tak pernah senangkan hidup aku!” kakinya menyepak tubuh gadis yang lemah itu.

Azalea cuba untuk bangkit tapi gagal bila kaki itu masih lagi bekerja menyepak tubuhnya bertalu-talu.

“ Sama macam mak kau! Menyusahkan hidup aku!”

“ Erman, stop it! You nak bunuh budak tu ke?” Datin Suzanne menarik suaminya sekaligus menghentikan segala perbuatan Dato’ Erman. “ Pukul sikit-sikit dahlah. I tak nak you jadi pembunuh pulak nanti.”

Dada Dato’ Erman turun naik, menahan kemarahan. Kemarahan yang sentiasa akan bangkit bila dia melihat Azalea. Walaupun Azalea tidak berbuat apa-apa salah sekalipun, baginya Azalea tetap menimbulkan kemarahan.

Azalea mengambil peluang itu untuk berdiri. Dia mengetap bibir, menahan sakit. Matanya tajam merenung satu persatu wajah di hadapannya.

“ You tengok! Tengok macam mana mata dia tengok kita. Budak ni makin kurang ajar dah sekarang ni!”

Datin Suzanne sekali lagi menahan suaminya sebelum tangan atau kaki lelaki itu hinggap lagi di tubuh Azalea.

“ Dia dengan mak dia sama je!”

“ Mak aku yang kurang ajar, yang menyusahkan tu jugak yang kau tidurkan. Kau tak ingat ke?”

“ Kurang ajar..sini kau!!”

“ Jangan sentuh aku.” Azalea melangkah setapak ke belakang.

Tiga pasang mata masih mencerlung memandangnya, mungkin tidak percaya bila Azalea yang selama ini hanya mendiamkan diri sudah pandai melawan.

“ Kalau kau tak gatal, tak mengorat mak aku, aku tak akan ada kat depan mata kau sekarang ni.”

“ Diam, Azalea !!”

“ Aku ni memang kesilapan kau yang paling besar. Aku pun sebenarnya tak ingin nak lahir sebagai anak kau. Lebih baik ada bapak yang papa kedana tapi penuh dengan kasih sayang, daripada ada bapak yang duit banyak tapi perangai macam binatang!”

Tersungkur Azalea bila tangan Dato’ Erman sudah hinggap di pipinya.

“ Kau keluar dari rumah ni!” suara Dato’ Erman bergema.

Azalea pantas melangkah keluar dari banglo mewah yang tidak pernah memberi kebahagiaan kepadanya. Tidak dipedulikan hujan lebat yang sudah menimpa diri. Dia mahu cepat-cepat meninggalkan rumah itu. Langkah terhenti di pagar banglo. Dia berpaling sekali lagi.

Aku tak akan pijak lagi rumah ni. Tak akan.

Dan dia kembali menapak.

Syairi & Azalea

Syairi merenung baju-T merah jambu yang diletakkan di atas meja kopi dihadapannya. Baju-T yang dihadiahkan kepada Azalea, tapi dipakai oleh gadis lain. Dia berjaya paksa gadis itu untuk tanggalkan baju-T masa kat Duncan tadi. Nasib baiklah gadis tu pakai singlet kat dalam, kalau tak, tak tahulah macam mana. Tapi, padanlah dengan muka dia. Memandai pakai baju orang lain.

“ Syairi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience