Episode 13

Adventure Series 25852

episode 13-eyka_aqua

DI KAFE RIANO,

Suasana di kafe Riano berkonsepkan elegen dan kemewahan. Bunga lily berwarna putih disusun di dalam pasu yang dihias cantik disetiap meja. Tingkap kafe tersebut dibuat oleh kayu jati berkualiti tinggi dan diukir indah oleh pereka dalaman profesional. Bunga-bunga dihias disekeliling kafe tersebut menaikkan lagi kecantikan kafe Riano.

Meja-meja yang berkilat dan dihias cantik oleh pemilik kafe tersebut serta bau roti dan manisan yang baru dibakar dan dihias serta sos iton yang menjadi kegemaran penduduk planet Aqua mengharumkan kafe tersebut. Kafe tersebut dipenuhi dengan pengunjung tetap mahupun yang baru.

Di meja Las, Arsh dan Sabrina.

"Bagi saya kopi moka satu dan roti daging iton 1 set." Kata Arsh sambil memandang menu.

"Korang nak apa?" Tanya Arsh sambil menutup menu.

"Saya nak sepotong kek marina dan kopi moka satu." Jawab Las selepas beberapa minit memikirkannya.

Las meletakkan menunya diatas buku menu Arsh.

Mereka menunggu Sabrina membuat pesanan. Sebaik sahaja mereka berdua memandang Sabrina mereka terkedu dengan raut wajah Sabrina yang berkerut-kerut macam tahan marah yang amat dasyat.

“Dah kenapa macam nak terberak mukanya?” Bisik hati mereka.

"Sabrina?" Tegur Las.

"Diam! Saya tengah fokus ni."

"Huh??" serentak Arsh dan Las bertukar pandangan.

Lama juga mereka mendiamkan diri menanti Sabrina membuat keputusan.

"GRRRR!!! Mana satu aku nak pilih ni! Nak ni ke nak tu? Yang ni nampak sedap tapi ni pun nampak mengliurkan. EH? Ini pon macam sedap. Mana satu ni!" Sabrina bermonolog dengan wajah berkerut.

"Sabrina?" Las dan Arsh menegur Sabrina yang bagaikan sedang berperang.

"Huh? Ya?" Sabrina mengangkat wajahnya yang sedang kebingungan.

"Apa kata kau pilih ja apa-apa?" Cadang Las.

"Ya. Kami nak nak hantar pesanan ni." Arsh bersetuju sambil menunjuk butang penghantaran pesanan di hujung meja mereka.

"Ok! Tapi jangan terkejut eh kalau saya pilih pape pun?" Sabrina cuba meminta kepastian.

Mereka berdua mengangguk kepala serentak.

"Saya nak macaroon ros 1 set, sepotong kek marina, kek keju manga, kek coklat leleh, roti scord epal 1 set, roti scord rendah kolestrol perisa rambutan 1 set, roti bakar 2 set... Urmm apa lagi ya? Oh! Bagi sos iton tapi kasi masam sikit eh dan akhir sekali saya nak air ais gunung 3 layer! Ok tu saja!" kata Sabrina sambil menutup menu dan menekan butang hantar.

Pesanan yang dilakukan oleh Sabrina membuatkan Las dan Arsh terkedu. Las dan Arsh saling berkomunikasi sesama sendiri dengan mata.

"Uish! Perut dia ada 10 ke apa?" Las menanya.

"Aku tak tahu. Memang orang perempuan melantak macam ni ke?"

"Ntah. Perut dia tak senak ke makan banyak-banyak tu?"

Arsh menganggkat bahu tanda tak tahu.

"Kita tengok sahajalah pasti tak habis nanti mesti dia suruh kita makan." kata Arsh melalui mata.

Las mengangguk.

“Saya makan habis ok!” Ujar Sabrina bagaikan faham dengan muka kerut mereka berdua.

"Sambil tunggu tu baik kita buat kerja sekolah." Cadang Arsh sambil mengeluarkan buku latihan Sains dan Pengiraan Matematik Angkasa.

Mereka berdua bersetuju dengan cadangan Arsh. Sabrina mengeluarkan buku yang sama manakala Las mengeluarkan buku Sejarah Kuno.

Mereka mula menyepi dan membuat kerja sekolah masing-masing.

Selepas 20 minit berlalu, pesanan mereka pun sampai.

Tetapi mereka tidak mengendahkan kehabiran makanan tersebut. Sabrina tidak menyedari mereka bergitu menyerlah sehingga menjadi perhatian oleh pengunjung disitu. Walau bagaimanapun, Arsh dan Las menyedari pandangan tersebut dan hanya tidak mengendahnya.

Suasana yang dilepaskan oleh mereka bertiga bagaikan suasana yang elegen walaupun mereka hanya fokus melakukan kerja sekolah. Bagaikan ada bulan khas yang sedang memancar-mancar disitu. Walaupun macam hiperbola tapi itulah keadaannya.

"Errr.." Sabrina mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Kenapa?" Tanya Las yang memandang ke arah Sabrina.

"Apa fomula nak kira jarak dan keliling bulan sekali?"

"Huh? Kira jarak dan keliling bulan sekali? Ada ke? Setahu aku, aku hanya belajar pengiraan keliling bulan dan jarak bulan adalah berasingan dan tak boleh campur. " Pengunjung sekeliling bertutur dalam hati serentak.

"Oh? Senang ja. Kau buat macam ni, pastu buat macam ni, kemudian kau masukkan nombor ni dan siap." Ajar Las.

"Oh! Kau memang pandai Las." puji Sabrina.

"Taklah ni Arsh ajar aku tadi dekat sekolah." Las berterus terang.

“Eh? Bila masa pulak aku ajar?” Ujar Arsh terkebil-kebil.

"Lagipun soalan ini senang ja." Arsh tersenyum apabila nama dia disebut walaupun tiada kaitan.

"Lagipun kita perlu buat pengiraan yang tepat untuk pastikan kita mampu mengaktifkan pentagram atau sihir pada kelajuan dan kedudukan yang tepat." Terang Arsh lagi dan Sabrina hanya mengangguk.

"Senang? Nampak gaya pelajar sekolah ksyatria bukan calang-calang orang." Pengunjung kafe Riano masih memerhatikan mereka dan berbicara sesama sendiri.

"Ok siap." kata Arsh sambil menutup buku lalu menyimpannya.

"Huh?! Kau dah siap? Bukan ke cikgu bagi 50 soalan ke? Dan kau siapkan dalam masa 20 minit sahaja?" tanya Las terkejut.

"Betul tu! saya masih tinggal 21 soalan lagi nak siap." sokong Sabrina.

"Dah siap." Kata Arsh semula dengan tenang.

"Tak apa. Sambung sahajalah aku tunggu korang." Kata Arsh sambil menyuap roti daging iton ke mulutnya.

"Siap 50 soalan dalam masa 20 minit?" Pengunjung berbicara sesama sendiri.

Akan tetapi ada sekumpulan pelajar lelaki di meja panjang terasa menjengkelkan dan mengatakan kumpulan Arsh sedang menunjuk-nunjuk. Maka, ketua kumpulan tersebut pergi ke meja Arsh lalu cuba menghentak dengan laju ke arah meja tersebut tetapi Arsh berjaya menahan penumbuk lelaki tersebut dari terkena meja.

"Jangan hentak nanti tumpah air ais gunung 3 layer perempuan ni dan kopi moka laki ni dekat buku diaorang." Kata Arsh dengan melemparkan padangan helang manakala Sabrina dan Las hanya memerhati sahaja.

Lelaki tersebut kecut perut dengan pandangan Arsh tetapi masih berlagak berani.

"Korang hanya menunjuk-nunjuk! Korang berlagak pandai! Mustahil kau boleh buat 50 soalan dalam masa 20 minit sahaja! Mungkin soalan tu hanya ada 5 sahaja tapi korang cakap 50 soalan!" Lelaki tersebut berkata sinis. Walaupun dia bagaikan mahu terkencing melihat mata Arsh yang tajam tersebut.

"Memang betul soalan tu ada 50 soalan." Kata Las sebelum mengambil buku Sabrina untuk menunjukkan bukti.

Lelaki tersebut mengambil buku Sabrina dan menyelak sehelai demi sehelai. Lelaki tersebut tergamam sememangnya betul apa yang diperkatakan oleh Las.

"Eleh! Soalan senang~ Lagipun kau mesti dah buat dekat sekolah dulu baru bukak buku tu sekarangkan?" Lelaki tersebut masih ego dan tidak mahu mengalah sambil menunjuk jari telunjuk ke hidung Arsh.

"Apa kata kau cuba jawab?" Cadang Arsh. Terasa mahu mengusik budak-budak elit dihadapan mereka ini.

"Jawab?".

Sabrina mengeluarkan kertas dan pensel dan menghulurkan kepada lelaki tersebut

"Kau boleh panggil kawan kau untuk menjawab soalan tersebut bersama." Kata Arsh sambil menunjuk ke arah sekumpulan pelajar dari sekolah yang tidak dikenali.

"Huh! Kau cuba cabar Sekolah Elit Matahari?" tanya salah seorang kawan lelaki tersebut yang memakai spek mata dengan sedikit angkuh.

Arsh dan lain-lain hanya memerhati sebelum mengangguk serentak.

"Supaya tiada penipuan berlaku! Saya nak semua pengunjung menjadi saksi." Kata Sabrina.

"Hohohoho! Bagus-bagus semangat orang muda!" tiba-tiba seorang lelaki muncul di tepi mereka.

"Huaaaa~" Semua pelajar kumpulan lelaki tersebut terperanjat.

"Siapa pak cik ni?"

"Bila masa dia muncul?"

"Tak perasan pun!"

Sekumpulan pelajar tersebut mengomel semasa sendiri.

"Saya dah sediakan meja untuk kamu menjawab soalan tersebut dan kertas jawapan itu akan kami hantar kedua-dua sekolah untuk menanda!" Kata pak cik yang tidak mengetahui namanya.

"Sedia?!" semua sekumpulan pelajar tersebut sudah duduk di kerusi yang disediakan. setiap pelajar diberi kertas dan pensel.

"Tunggu!"

Semua perhatikan lelaki yang memakai cermin mata berpusar. Hodoh! Itu yang terpacul diotak mereka semua.

"Cikgu Bess!" serentak Sabrina , Las dan Arsh berkata apabila menyedari tuan badan.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience