Bab 49

Romance Series 114022

"Papa!" jerit Aniq bila melihat Tan Sri Mokthar sudah jatuh melurut ke bawah.

"Abang!" jerit Puan Sri Sally lalu berlari ke arah Tan Sri Mokthar.

Yus pula yang lihat keadaan itu terus keluar memanggil jururawat di luar untuk bantuan. Tidak lama datang beberapa orang jururawat dan Doktor Aiman. Setelah pemeriksaan ringkas dijalankan, Doktor Aiman minta jururawat membawa Tan Sri Mokthar ke bahagian kecemasan dengan segera. Puan Sri Sally pantas mengikut dari belakang.

"Abang.." panggil Yus.

"Abang salah ke sayang?" soal Aniq.

"Shh..." Yus lantas memeluk Aniq untuk menenangkannya.

"Dah, abang jangan risau. Nanti sayang tanya pada Doktor Aiman mengenai papa. Okey." pujuk Yus.

Hampir satu jam Yus dan Aniq menunggu berita dari Doktor Aiman mengenai Tan Sri Mokthar. Tidak lama masuk seorang jururawat.

"Tuan Aniq, Doktor Aiman minta saya sampaikan pesanan. Katanya ayah Tuan dah stabil cuma masih dalam wad pemerhatian kerana jantungnya masih lemah. Kalau Tuan nak melawat, silakan. Ni nombor wadnya" kata jururawat tersebut lalu menyerahkan keratan kertas yang mengandungi nombor bilik.

"Terima kasih nurse" balas Aniq lalu mengambil kertas tersebut dan lama kertas itu direnung.

"Abang.." panggil Yus sambil perlahan belakang Aniq diusap.

Aniq menoleh seketika dan menyambung pandang pada kertas tadi.

"Sayang boleh temankan abang" ucap Yus.

Aniq hanya mengangguk tanpa menoleh.

Yus kemudian membantu Aniq duduk di kerusi roda dan perlahan ditolak menujuk ke wad Tan Sri Mokthar. Sepanjang perjalanan, tiada suara Aniq kedengaran.

Sampai sahaja di hadapan pintu, perlahan Yus menolak. Dilihat Puan Sri Sally berada di tepi katil dengan menggenggam tangan Tan Sri Mokthar. Apabila sedar dengan kehadiran Aniq dan Yus pantas Puan Sri Sally dapatkan Yus lalu tubuh itu dipeluk.

"Ini dah kali ketiga papa diserang sakit jantung. Doktor bagitahu jika ada lagi selepas ini, bimbang akan mengancam nyawa papa" ngongoi Puan Sri Sally pada Yus.

Yus hanya mampu menenangkan Puan Sri Sally dengan menggosok perlahan belakang wanita itu.

"Mummy, maafkan Qib" tutur Aniq perlahan.

"Tak.. Bukan salah Qib tapi kesihatan papa memang kurang memuaskan sejak akhir-akhir ni. Sebelum ni dah dua kali papa dimasukkan ke hospital. Daniel dan Mona mama dan maklumkan tadi. Daniel dalam perjalanan, Mona pula esok baru sampai ke Malaysia. Dah dua minggu Mona balik sana." bagitau Puan Sri Sally sambil mengesat air matanya.

"Mummy, kita duduk dulu." ajak Yus lalu memimpin Puan Sri Sally duduk di sofa. Kemudian Yus menolak kerusi roda Aniq rapat di tepi katil Tan Sri Mokthar. Yus seakan faham apa yang Aniq mahu. Aniq menoleh sekilas pada Yus dan tersenyum.

"Thanks sayang" ucap Aniq.

Lama Aniq memandang wajah Tan Sri Mokthar yang dipasang alat bantuan pernafasan. Masih ada rasa marah dalam dirinya tetapi melihatkan keadaan Tan Sri Mokthar pada waktu ini seakan perlahan-lahan marah itu pergi walaupun masih bersisa.

Perlahan jemari tua itu dipegang. Sudah lama tangan ini tidak disentuh. Menitis air mata Aniq di atas jemari tua itu.

"Papa, maafkan Qib. Qib cuma rasa kecewa dan terkilan dengan papa yang lupakan Qib dan mama. Kenapa papa tidak datang cari Qib dan mama?" tutur Aniq perlahan dengan kepalanya menunduk di atas tangan Tan Sri Mokthar.

"Papa yang bersalah Qib. Papa tidak sepatutnya halang apa yang Qib inginkan sedangkan selama ini Qib turutkan semua kemahuan papa tanpa bantah. Papa yang tidak fahami Qib" tutur Tan Sri Mokthar lemah dengan alat bantuan pernafasan yang sudah dibuka untuk memudahkannya bercakap.

Pantas Aniq mengangkat kepala mendongak memandang Tan Sri Mokthar.

"Papa minta maaf nak.. Maafkan papa. Papa dah tua, papa dah tak perlukan apa-apa lagi. Yang papa perlukan keluarga papa." perlahan suara Tan Sri Mokthar berbunyi.

"Qib juga minta maaf pa. Papa rehat, nanti Qib datang melawat lagi." perlahan tangan papa di tepuk. Aniq kemudian memasang semula alat bantuan pernafasan papanya.

Puan Sri Sally dan Yus yang melihat keadaan tersebut memanjatkan syukur. Menitis air mata kedua-dua mereka kerana gembira.

"Terima kasih Qib, terima kasih" kata Puan Sri Mokthar.

+++

Malam itu sementara menunggu mata untuk mengantuk, Aniq dan Yus menonton tv.

"Sayang.." panggil Aniq pada Yus yang sedang duduk di sofa

Pantas Yus bangun dapatkan Aniq.

"Kenapa abang, abang nak ke tandas ke?" soal Yus.

"Tak.."

"Dah tu?"

"Abang rindu sayang..."

Yus pamer muka pelik.

"Aik, hari-hari sayang ada dengan abangkan. Rindu apanya ni.." soal Yus.

"Sayang sini la" panggil Aniq sambil menepuk tilam di sebelah kanannya.

"Duduk situ?" soal Yus. Ish, pelik-pelik la dia malam-malam gini.

"Sini la baring sebelah abang. Lama tak peluk sayang" pinta Aniq dengan muka kesian.

"Abang.. Esok dah nak balik rumah. Esok kat rumah, katil besar sikit. Ha.. Abang peluk puas-puas okey. Sini katilnya muat-muat je. Lagipun bahu abang tu belum sembuh lagi. Jatuh nanti, tak pasal-pasal sayang pulak yang masuk hospital" ucap Yus.

"Tak nak tak pe lah" muncung mulut Aniq.

Alo lo... Merajuk pulak.. Huduh orang tua merajuk. Payah betul lah.

"Ye lah.. Ye lah.." ucap Yus sambil memanjat perlahan katil itu. Hai, kalau jatuh ni, tak pasal-pasal je..

Suka Aniq bila Yus mengikut katanya. Aniq mengesot sedikit memberi ruang pada Yus. Perlahan Yus baring dan meletakkan kepalanya di atas lengan kanan Aniq.

Tipulah kalau Yus cakap dia tak rindu untuk memeluk tubuh ini. Tapi rasa itu ditahan memandangkan keadaan yang tidak sesuai. Malam ini, mudah pula kantuk datang bertandang. Akhirnya, kedua-dua pantas sahaja melelapkan mata.

+++

Hari ini Aniq sudah boleh pulang ke rumah. Amy sudah ambil maklum tetapi dia tidak dapat datang kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Mama dan Pakcik sudah sampai dan sedang meguruskan urusan discharge Aniq.

Yus pula sibuk mengemas barang-barang Aniq dan juga barangnya untuk dibawa pulang.

"Sayang.. Temankan abang melawat papa sebelum kita balik boleh?" tanya Aniq.

"Hm.. Kita berdua sahaja atau dengan mama dan Pakcik sekali?" soal Yus.

"Nanti abang tanya mama" jawab Aniq dan kebetulan waktu itu Puan Sakina dan En Nasari masuk.

"Qib, Yus, dah siap kemas. Boleh la kita gerak?" soal Puan Sakina.

"Dah siap mama" jawab Yus.

"Mama.." panggil Aniq.

Mama menoleh pada Aniq sambil tangannya meneruskan membantu Yus.

"Hm.. Papa ada di hospital ni. Papa masuk wad semalam, serangan jantung" kata Aniq.

Terhenti tangan mama yang sedang membantu Yus mengambil beg.

"Qib ingat nak melawat papa, kalau mama nak ikut, kita boleh gerak sekali" perlahan tutur Aniq, tidak mahu Pakcik salah sangka.

"Boleh juga, ziarah orang sakit ni dapat pahala" Pakcik membalas sambil tersenyum memandang mama.

Mama membalas senyuman Pakcik lalu mengangguk perlahan. Keempat-empat mereka beriringan menuju ke bilik Tan Sri Mokthar.

Sebaik sampai, perlahan pintu bilik ditolak Pakcik lalu Aniq masuk dengan kerusi roda yang ditolak Yus dan akhir sekali mama di belakang.

Pada ketika itu Tan Sri Mokthar sudah tidak menggunakan bantuan pernafasan sedang berbual dengan Daniel yang berada di kanannya manakala Puan Sri Sally berada di kiri sedang menyuapkan buah. Ketiga-tiga pasang mata terus tertumpu pada tetamu yang masuk.

"Assalamualaikum" ucap Pakcik lalu menghampiri Tn Sri Mokthar dan berjabat tangan kemudian bersama Daniel pula.

Yus kemudian menolak kerusi roda Aniq ke sebelah kanan Tan Sri Mokthar apabila Daniel berundur memberi ruang pada Aniq. Sempat Aniq berjabat tangan dengan Daniel. Puan Sri Sally pula mendapatkan Puan Sakina yang masih tercegat di depan pintu.

"Kina.." ucap Puan Sri Sally lalu memeluk tubuh Puan Sakina.

"Kina sihat. Masih cantik macam dulu" ucap Puan Sri Sally.

"Saya sihat, Sally macam mana?" soal Puan Sakina pula sebaik pelukan dilepaskan.

"Alhamdulillah.."

Puan Sri Sally kemudian menarik tangan Puan Sakina untuk rapat ke katil Tan Sri Mokthar.

"Apa khabar Kina?" soal Tan Sri Mokthar.

"Patutnya Kina yang tanya sebab bukan Kina yang baring atas katil" gurau Puan Sakina.

Terpancar gembira di wajah Aniq dengan penerimaan mama. Mungkin mama telah lama maafkan papa. Biarlah, itu urusan mereka. Yang penting dua keluarga sudah bersatu. Hari itu lama mama dan papa berbual bersama mummy dan Pakcik. Daniel pula sudah pulang ke pejabat kerana ada perkara perlu diselesaikan.

"Nasari, terima kasih kerana menjaga Qib dan Kina dengan baik" ucap Tan Sri Mokthar pada En Nasari sambil peralahan tangan itu ditepuk semasa berjabat.

En Nasari mengangguk perlahan.

Aniq kemudian mencapai tangan Tan Sri Mokthar lalu disalam dan dicium tangan tua itu.

"Papa, Qib balik dulu. Ada masa nanti Qib datang jumpa papa dan mummy"

"Terima kasih Qib" ucap Tan Sri Aniq.

Setelah selesai bersalaman, Aniq, Yus, Puan Sakina dan En Nasari beransur pulang. Aniq juga perlu rehat kerana masih belum sihat sepenuhnya.

Aniq bersyukur, mungkin ada rahmat disebalik semua kejadian ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience