DBSS 2 -Otak Miring

Romance Completed 524827

Papppp....

Dengan hati yang sedang memuncak menahan kemarahan , tangannya terus menghentak meja makan dengan pukulan yang sangat kuat. Pandangannya yang sungguh berbisa sebesar sekeping gobang juga terlancip tepat pada wajah Lufian.

"YOU ni memang betul-betul dah melampau kan! Ikutkan hati i,i nak je tarikkkkk rambut you tu! Tak pun tumbuk je muka you!eeee...geramnya!!" Aisya terusan menggenggam kepalan jari-jemarinya , menahan diri daripada bertindak lebih gila.

"Buatlah kalau berani. You jangan nak kurang ajar dengan i.I ni SUAMI you tahu tak? I boleh buat apa je yang i nak." jawab Lufian bersahaja sambil menuang susu kotak ke dalam gelas. Dihirupnya perlahan dengan gaya yang sungguh nikmat.Tidak sedikitpun mempedulikan wanita yang sedang mengamuk di hadapannya.

"Cubalah i jampi je makanan tu tadi,biar terseksa you makan! Biar sakit perut you makan. Tak pun ,biar gemuk bergempol you makan..Huhhh...geram..geram..!"

"Jampilah!Jampi...jampi cepat!! Cubalah ikhlaskan hati tu sikit , benda yang you masak tu bukan banyak mana pun. Sedap pun tak.Kalau i tak lapar,jangan harap i nak makan! Satu lagi, pinggan mangkuk ni jangan lupa cuci..Jangan malas.."Lufian menunjuk ke arah singki yang sudah dipenuhi dengan pinggan mangkuk kotor yang telah digunakan sebentar tadi. Tangannya dicuci, sebelum bergerak ingin meninggalkan dapur.

"Cucilah sendiri! Pemalas!!Pandai makan ,pandailah cuci! Orang penat-penat masak, dia senang-senang makan sampai habis. Melampau !! Tak padan dengan tua!!"

"Habis you ingat you tu muda sangat?!"Lufian yang tadinya ingin bergerak pergi,lantas mematikan kaki.Dia paling pantang jika digelar tua oleh wanita itu.

"Memang i muda pun! Jauh lebih muda daripada you!!"Pekik Aisya kuat.Tepat di hadapan Lufian.

"Jauh lebih muda daripada you....!!"Lufian mengajuk dengan sengetan bibirnya.

"Lufian ! I benci dengan you!Benci..benci..benci!! I doakan semoga you gemuk biar tak ada seorang perempuan pun nakkan you!"

"Cakap elok sikit ek,tua-tua i berderet perempuan nakkan i tahu tak.."Lufian menayang wajah bangga kerana memang itu hakikatnya . Semua menyangka yang lelaki itu masih lagi memegang status seorang duda.

"Perempuan bodoh otak miring je nak buat you jadi laki!" Bentak Aisya dengan riak menyampah.

"Youlah perempuan tu! Perempuan bodoh otak miring!" Lufian ketawa nyaring.

"Lufian...!! ." Aisya menjerit kuat apabila lelaki itu dengan selamba sahaja menjentik dahinya.

"Bagus i naik,daripada melayan perempuan gila otak miring macam you ni.."Lufian terus berlalu dengan gelak sinis dan jahatnya tanpa menoleh ke belakang lagi. Puas hatinya melihat Aisya menahan hati.
'Memang padan muka kau,si otak miring!'

"I hate you!!"Jeritan yang keras dan lantang dari mulut Aisya hanya membuatkan Lufian semakin menguatkan gelak tawanya.

*****"

Aisya menyandarkan tubuh lelahnya pada bahu katil.Perut yang lapar tadi hanya sempat terisi dengan sebungkus maggi curry. Malas lagi mahu memasak.
Nafasnya dibuang perlahan.Matanya tiba-tiba teracu pada foto yang disusun kemas di atas meja sisi di sebelahnya itu.
'Kakak...'Rintihnya sayu.Hatinya menggila rindu kepada insan yang sudah pergi menjauh itu.Biarpun bukan sedarah,tetapi kasih sayang mereka dua beradik amat kuat.
Hanim dan Aisya diambil dari rumah anak yatim semasa Hanim berusia 10 tahun,manakala Aisya pula berusia 3 tahun ketika itu,lalu dijaga dengan baik oleh keluarga Tuan Salleh.Namun ,Tuan Salleh dan isterinya meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.Waktu itu,Hanim masih belum berkahwin tetapi sudah bekerja di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur sementara Aisya pula masih belajar di sekolah menengah.
Hanim sangat menyayangi Aisya, semua kebajikan Aisya terjaga dengan sangat baik olehnya.
Azamnya ingin menjadi orang yang berjaya dalam hidup dan berkahwin dengan orang kaya kerana sewaktu tinggal di rumah anak yatim dia sering dibuli oleh rakan-rakannya di situ.

"Mama....Mya nak susu.." Aisya laju menyeka air matanya ketika menyedari kemunculan anak perempuan berambut tocang dua di kamar tidurnya itu.Dia bingkas bangun lalu memeluk seketika tubuh kecil Mya.Melihat Mya dan Aliff , kerinduannya kepada Hanim,sedikit sebanyak terubat juga.

"Mya tunggu sini kejap. Mama buatkan Mya susu ya.." Arah Aisya lembut sambil mengukirkan senyuman manisnya.

"Mya nak ikut mama.."Rengek anak itu manja sambil menarik tangan kanan Aisya.

"Ok sayang...jom.."Aisya menarik lembut tangan Aisya seiring dengannya untuk berjalan menuju ke tingkat bawah.

"Adik mana?" Soal Aisya ketika mereka menuruni anak tangga. Dari tadi tingkat atas itu sunyi sahaja tanpa jeritan Aliff seperti selalu.

"Adik tidur.. "Jawab Mya sambil memeluk patung teddy bearnya.

"Ohh...ermmm..Daddy..?"

"Hahhh..apasal nak cari i? Rindu??" Satu suara angkuh memecahkan halwa telinga wanita itu. Aisya terus mendengus marah.

"Of course i rindu...Rindu nak berperang dunia kesepuluh dengan you..!"Jawab Aisya lantang. Wajahnya dibuang jauh dari lelaki itu.Tak senonoh!Geram hatinya melihat Lufian yang dengan muka selamba sahaja tidak berbaju duduk di ruang tamu itu.Tak ada rasa malu langsung!! Adab mana adab??

"Mya...Ikut daddy dulu ya..Mama buatkan susu.."

"Jom sayang...ikut daddy..kita tengok tv..biar mama buatkan Mya susu..daripada mama terperuk malas ,berangan tak sudah dalam bilik tu.." Sempat Lufian menghamburkan perlian berbisa kepada isterinya itu.Dan dia ketawa sinis ketika melihat wanita itu memasang wajah ketatnya sambil berketap bubir menahan marah.

"Suka hati i lah..Yang you nak dengki sangat ni dah kenapa?"Luah Aisya sambil mendengus geram.Rasa gatal sahaja tangannya mahu menumbuk muka lelaki itu.

"You nak dengki sangat ni dah kenapa?"Lufian mengajuk kata-kata Aisya seperti biasa.

"Satu hari kalau ditakdirkan mulut you tu bengkang-bengkok,i lah wanita yang paling bahagia Lufian!"Aisya membentak lantang sambil berjalan menuju ke dapur.Tidak betah rasanya menghadap perangai hantu Lufian dan dia sempat lagi menyuakan penumbuk kecilnya ke arah lelaki itu.

Diam-diam Lufian tersenyum sendiri.Suka hatinya menyakat isterinya itu. Marah-marah pun cantik.
Isteri? Lufian sendiri ragu-ragu layakkah seorang Aisya digelar seorang isteri. Mungkin untuk menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya,Aisya sudah pasti layak tetapi untuk menjadi pemaisuri di hatinya,sesuatu yang sangat mustahil.Lufian sendiri tidak pasti sejauh mana perhubungan mereka akan bertahan.
Jika ditanya,seperti apa perasaannya kepada Aisya,sudah pasti dia tidak mampu menjawab kerana dia sendiri juga ragu-ragu.
Jika hendak dibandingkan antara arwah Hanim dengan Aisya, arwah Hanim jauh lebih romantik, pandai mengambil hatinya dan sangat berdikari.Silapnya cuma wanita itu terlalu mengagungkan kerjayanya.Aisya pula yang dulunya lemah lembut,berubah drastik menjadi wanita kasar apabila berdepan dengannya.Aisya hanya akan berpura-pura menjadi seorang isteri mithali apabila berhadapan dengan Tan Sri Zaril dan Puan Sri Malika. Dan di atas permintaan wanita itu juga,sehingga kini mereka masih sahaja tidur berasingan.

"Apahal you biarkan Mya tidur macam tu? Sakit leher budak tu nanti!"Bebelan Aisya tiba-tiba mematikan lamunan Lufian.
'Bila masa pula nenek lampir ni memunculkan diri??'

"Dia tunggu you buat susu,lama sangat!You buat susu ke you buka kilang susu??" Lufian memerli pedas.Wajahnya diketatkan untuk membuang perasaan malu kerana tertangkap mengelamun oleh wanita itu tadi.

"I jawab telefon tadi.Ada hal penting."Jawab Aisya dengan sengihan.

"Habis tu,susu ni macam mana?"Soal Aisya lagi sambil mengaru kepalanya.Susah-susah dia turun ke dapur untuk membuat susu untuk anak itu,alih-alih dah tertidur pula.

"You bawa bilik you.Lepas tu you sendiri yang minum!"Perli Lufian dengan senyuman sinisnya.

"Lufian! I makin hari makin menyampah je tengok muka tua you ni tahu tak!!"Jerkah Aisya sambil mengepal kedua genggaman tangannya seperti selalu. Kalau tidak memikirkan status Lufian kepadanya, mahu sahaja dia menumbuk pipi lelaki itu.Biar lebam ,biar hilang semua kehensemannya.
Eh jap, hensem ke?? Uweekkkkk!!!

Cepat-cepat Lufian mengangkat tubuh kecil anaknya masuk ke bilik tanpa memperdulikan Aisya yang sedang memandang tajam ke arahnya.Dalam diam,dia takut juga sebenarnya dengan wajah garang Aisya.

"Heeeee......"
Alyssa mendengus geram.Remote tv dicapai,butang off ditekan.

'Buka je tv, tengoknya tidak. Kata orang berangan,dia sendiri berangan macam dah tak ingat dunia. Entah-entah kalau bom meletup pun dia tak kan sedar!'

Mulut Alyssa masih terkumat kumit membebel. Botol susu Mya diletakkan sahaja di atas meja ruang tamu itu.
Kemudian, dia meniti anak tangga dengan langkah yang tergontai- gontai menuju ke dalam biliknya.
Dari duduk,dia lalu membaringkan tubuhnya. Mata yang berasa berat dari tadi dipejamkan dan dia terlelap dengan lena akhirnya di atas katil itu.

"Mama...mama...!" Aliff tadinya terlena meraung tiba-tiba. Lufian yang sedang menatap laptop kelam kabut mendapatkan anaknya. Paha Aliff ditepuk lembut,kepala anaknya juga diusap-usap agar anaknya dapat terlena semula.

"Takkanla dah bangun,belum sejam pun tidur.. Daddy banyak kerja ni ..."Bebel Lufian perlahan.
Namun semakin menjadi-jadi pula raungan Aliff membuatkan Lufian semakin panik.
Tiba-tiba muncul Aisya dengan gaya rambut yang sedikit serabai.Matanya antara tertutup dan terbuka.
Laju -laju dia mendapatkan Aliff yang sedang meraung itu.

"Syhhhh..mama ada sayang...mama ada..Aliff tidur ya...."Aisya menepuk lembut paha Aliff dan tak lama,anak itu terlena semula.

"Mesti you ingat you hebat kan?"Perli Lufian sinis walau jauh di dasar hati,dia benar-benar terpegun dengan cara Aisya memujuk anak-anaknya.

"Kalau you berniat nak cari pasal dengan i,nanti-nanti je la . I mengantuk sangat ni.."Aisya dengan selamba membaringkan tubuhnya di atas katil Lufian dan tidak sampai lima minit,wanita itu sudahpun terlena semula.

"Tidur balik??" Lufian mengelengkan kepala sambil tersenyum sendirian sebelum kembali ke meja kerjanya semula.
Dalam serabut menyiapkan kerjanya,sempat juga mata Lufian merenung ke arah wajah isterinya. Wajah itu kelihatan redup dan tenang sahaja ketika berpejam mata,sama seperti yang dulu sebelum menjadi isteri kepadanya.
Seorang Aisya yang dulunya selalu memanggilnya abang, menghormatinya dengan baik kini hilang mendadak sejak saat akad dilafazkan dan Lufian hanya mengikuti sahaja rentak kedinginan Aisya. Bukan dia tak pernah cuba untuk berbaik, tetapi malah dituduh mahu mengatal oleh wanita itu.Cakap lembut sikit pun dikata mahu mengoda. Dan akhirnya Lufian menyerah sahaja. Membiarkan wanita itu terus bermain dengan dunianya.
Jauh sungguh beza seorang Aisya dengan arwah Hanim.

Arwah Hanim , seorang wanita yang bekerjaya,boleh dikatakan dia wanita hebat,selalu penuh dengan jadual kerja.Azamnya hanya satu,ingin berjaya dalam hidup dan kerjayanya. Baginya,duit adalah sesuatu yang paling berharga.Dengan duit,semuanya mampu dia miliki. Tugas menjaga anak-anaknya diserahkan bulat - bulat kepada Aisya. Disebabkan hal itu,anak-anaknya lebih rapat dengan Aisya. Kadangkala,tugas sebagai seorang isteri kepada Lufian juga dia tidak perduli.Makan pakai Lufian,Aisya yang uruskan.

Segala perbelanjaan persekolahan Aisya pula ditanggung sepenuhnya oleh arwah Hanim. Mungkin disebabkan hal itu juga, Aisya sangat terasa terhutang budi dengan jasa kakaknya itu.
Sehingga dia sanggup mengorbankan hatinya dan bersetuju untuk berkahwin dengan Lufian biar tanpa ada sedikit perasaan pun.
Dan satu perjanjian telah terikat tanpa pengetahuan sesiapapun termasuk orang tua Lufian, Aisya tidak mahu ada orang lain tahu yang dia sudah berkahwin.

Sebulan sebelum kepergian arwah Hanim, sikap wanita itu semakin berubah mendadak. Kadangkala tidak balik sehingga dua tiga malam, dengan alasan kerja diluar. Duitnya juga seringkali tidak mencukupi sehingga seringkali bertengkar dengan Lufian untuk meminta duit.
Bukannya Lufian mahu berkira,tetapi baginya arwah isterinya benar-benar sudah melampau. Dalam sehari beribu-ribu duit poop p dia habiskan ,atas tujuan apa,Lufian sendiri tidak pernah tahu kerana jika ditanya,wanita itu akan mengamuk besar. Beberapa hari selepas itu, mereka kemudiannya dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan arwah Hanim bersama seorang lelaki yang mereka tidak kenali langsung. Mya dengan Aliff sedikitpun tidak menangisi pemergian ibu kandung mereka. Mereka hanya memeluk Aisya sepanjang pengkebumian ibu mereka tanpa air mata,juga tanpa bicara. Sehingga kini mereka masih tidak mengetahui apa hubungan arwah Hanim dengan lelaki misteri itu.

TBC thanks utk comments and support. Happy reading. Follow iG n FB utk teaser next episode.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience