BAB 37

Other Completed 58987

Pada malam sedang elok Ain tidur dia terdengar bunyi loceng dari luar membuatkan dia tersedar.Ain bangun sambil menggosok matanya dia melihat jam di dindingnya menunjukkan pukul 11 malam.Ain turun dari katil dan membuka pintu biliknya.

"Sape pula datang malam malam ni"kata Ain sendirian lalu dia membuka lampu dan terus membuka pintu.Terkejut Ain bila melihat seseorang di hadapannya dengan wajah yang agak pucat dan lemak

"Sha kau buat apa kat sini dengan beg besar besar macam ni"tanya Ain dengan cemas

Aishah tidak menjawab soalan Ain dia lalu memeluk Ain dan menangis sepuas puasnya.Baju Ain basah dengan air mata kawan baiknya itu.Ain terkejut bila Aishah menangis.

"Sha kau kenapa ni..kenapa kau nangis cuba bagitahu aku"kata Ain

"Khalish di...dia ta..tak sayang aku dah"kata Aishah dengan gagap

Ain menarik Aishah masuk ke dalam rumah dan Aishah menceritakan semuanya apa yang berlaku padanya.

"Aku tak kuat Ain...kenapa dia buat aku macam ni"kata Aishah sambil menangis

"ini semua takdir sha..kau kena kuat hadapi semua ni masa ni lah kau kena berani"kata Ain

"Tapi aku sayangkan dia kenapa dia buat aku macam ni"kata Aishah lagi

"Kau jangan nangis sha..aku kan dah cakap semua ni takdir"kata Ain memujuk

"Aku nak pergi luar negara dengan anak aku dalam kandungan..aku nak tenangkan fikiran"kata Aishah sambil mengusap perutnya.

"Maksud kau..kau mengandung"tanya Ain,Aishah hanya mengangguk

"takpelah aku booking tiket kau untuk esok pergi luar negara"kata Ain

"Kalau mak aku tanya kau cakap jelah apa yang berlaku"kata Aishah

Aishah terus menaik tangga dan terus merebahkan tubuhnya di atas katil sambil memegang frame kahwin dia bersama Khalish airmatanya mengalir di pipi dengan deras.

"Saya benci awak Khalish ini semua salah awak"kata Aishah dan meleparkan frame itu di lantai dengan kuat habis kaca di frame itu pecah dan frame itu terkoyak.

"Jangan risau sayang mummy ada untuk sayang"kata Aishah airmata mengalir di pipi.

Keesokannya,,

Aishah menarik bagasinya dan menuruni anak tangga dan terus melangkah ke arah kereta.Ain membawa Aishah ke Airport dan kereta milik Ain meluncur di atas jalan raya.

Sesampainya di Airport Aishah dan Ain keluar dari kereta perut kereta dengan serentak.Ain menolong mengeluarkan bagasi di dalam bonet itu.Mereka melangkah pergi ke arah kapal terbang.

"Sha jaga diri kau baik baik tau..ingat kau bawa dua nyawa.."kata Ain

"Ain aku tak tahu bila aku akan balik..tapi lepas aku boleh lupakan Khalish aku akan balik ke sini...kalau dia tanya kau jangan cakap aku kat mana..aku tak nak jumpa dia lagi dia dah buat aku bencikan dia"kata Aishah

"Baiklah..ingat jangan buat kerja berat berat tau..jaga kesihatan kau..kalau ada apa apa call aku tau"kata Ain

"Baik...aku pergi dulu Assalamualaikum "kata Aishah

"Waalaikumsalam"kata Ain

Sungguh Ain sedih apa yang ditimpa oleh kawan baiknya.Baru sahaja Aishah bahagia bersama orang yang dicintainya dan sekarang harus berpisah dengan orang dicintainya.Inilah namanya takdir dan ia juga tidak boleh tukar.

SELEPAS 2 BULAN

Selepas Aishah pergi meninggalkan Khalish,Khalish sering menghabiskan masa di kelab malam dan dia sering mengamuk pada orang.Dia juga sudah berkurang pergi ke kerja seperti biasa dia merasakan ada kekurangan dalam kehidupan.Tipulah kalau dia tidak merindui isterinya itu,isterinya pergi neninggalkannya disebabkan dia juga.

"yeayyy aku menang aku dah pisahkan diaorang..sekarang aku boleh lah dapat Khalish"kata Tina dengan gembira

"kau tahu tak kau dah buat apa..kau fitnah dan hancurkan rumah tangga orang..aku menyesal kawan dengan kau tau tak"kata Lily

"Ehh kau diamlah..suka hati aku lah nak buat apa pun..kau jangan nak busy body sangatlah..dah lah aku nak pergi mandi"kata Tina lalu masuk ke dalam bilik air Lily hanya menggelengkan kepala

Setelah Tina sudah masuk ke dalam bilik air cepat cepat Lily mengambil telefon Tina dan mencari nombor Khalish.Setelah mendapat nombor milik Khalish tak tunggu lama laju dia menekan nombor Khalish di telefonnya dan menekan butang save dan dia meletakkan telefon Tina di tempat asalnya.

Happy reading :))

Share this novel

SHA
2021-06-02 23:03:05 

welcome sis.. haah betul tu padan muka Khalish tak nak percaya sangat kat Aishah..hihihi

YAZNI-ERNIE
2021-06-02 22:58:05 

nite dear.tqvm best. padanmuka khalish


NovelPlus Premium

The best ads free experience