BAB 4

Romance Completed 49595

“Saya tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni. Cuba Cik Fitri jelaskan pada saya. Dari A hingga Z,” kata Samser dengan wajah yang serius. Aku tahu dia buntu dengan reaksi spontanku sebentar tadi.

Aku mencari alasan yang terbaik. Yang sejujurnya aku juga sudah kehilangan kata-kata dan idea di kepala. Apa aku nak jelaskan pada mamat ni?

“Macam ni Sam, awak kena menyamar yang kita nak kahwin.” Kataku dengan nada yang mendesak. Eh, macam terhegeh-hegeh. Aku harus rendahkan egoku kali ini. sangat aje? Memang sangat

‘’Apa?!’’teriak Samser dengan pandangan yang tajam. Aku tahu dia terkejut. Ah, tapi aku peduli apa? Bukan aku suruh dia jadi suami aku pun. Menyamar aje!

“You have to help me this time Samser. For the human sake. Saya janji saya akan suggest awak jadi pengurus kewangan saya. Tambahan pula, saya baru aje pecat pengurus saya tu. Dia memang tak berkaliber. If you willing to help me in this, saya akan lantik awak.” Aku menggunakan kuasaku bagi memikat perhatian Samser.

Sebagai timbalan pengarah dan juga pengurus di bahagian sumber manusia di syarikat ini, aku mempunyai kuasa untuk memecat sesiapa sahaja di dalam syarikat ini. Dalam erti kata lain, aku sudah menjadi anak angkat Dato’ Hisham, oleh sebab itu dia memberikan aku kuasa. Dan oleh sebab itu jugalah aku dipaksa menjadi menantu mereka!

Oh! Relakah aku? Tak! Memang aku tak sanggup. Melihat gambarnya yang berpelukan dengan wanita yang bukan muhrim di laman sesawang /Fac/ sahaja sudah membuatkan aku jelek memandangnya. Lelaki macam tu ke nak dijadikan suami aku? Oh, please!

“Tapi kalau Dato mahupun Datin dapat tahu yang kita menipu mereka , macam mana? Saya pasti kena pecat. Saya tak nak macam tu Cik Fitri. Menjadi impian saya untuk bekerja dengan syarikat ini. Dah lama saya berusaha.” Samser sudah mulai mengeluh. Huh!

“Tentang tu awak jangan risau Samser, kita tak akan ditangkap menipu melainkan salah seorang dari kita bukak mulut. Jangan tergedik-gedik beritahu dekat Dato’, faham?” Aku memberikannya keyakinan. Aku tahu dia ingin membantuku, tapi dalam masa yang sama dia ragu-ragu.

‘’Baiklah. Deal. So, what should we do now?” soalnya. Aku mengangkat kedua belah bahuku. Semestinya aku tidak tahu apa langkah seterusnya! Tiba-tiba aku teringat kembali pesanan Dato’ Hisham sebentar tadi.

‘Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni.’ dan kata-kata itu seumpama pita yang asyik memainkan dirinya sendiri di dalam mindaku. Tension!

“Now, next step kita kena pergi daftar kursus perkahwinan. Sebab saya tahu, after this mesti Dato’ Hisham nak tengok sijil kursus kita.” aku memberi cadangan. Samser mengangguk-angguk dan aku sudah anggap dia menyetujui cadangan aku. Cantik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience