Topeng muka di capai lalu di pakai untuk menutupi bibirnya yang bengkak akibat sengatan lebah kelmarin. Dia tidak tahu bahawa itu adalah sarang lebah. Kali pertama dia melihat benda tersebut. Mujurlah, Jason datang pada masa yang tepat waktu itu. Kalau tidak, entah apa jadi pada dirinya. Kejadian itu telah membuatkan mereka pulang awal ke rumah masing-masing.
“Wei, cepatlah. Aku nak hantar kau pergi kerja pagi ni,” ujar Atiqah yang baru muncul di bilik Hanis. Matanya tepat memandang setiap gerak gerik wanita itu yang sedang mengikat rambutnya. Atiqah sudah pun bersiap terlebih dahulu. Maklumlah, dia bangun awal daripada jam loceng yang telah disetkan.
“Kau mimpi apa semalam tiba-tiba nak hantar aku pagi ni?” Balas Hanis dengan pelik. Mujurlah bibirnya sudah ditutupi oleh topeng muka. Ada nanti dia menjadi bahan tawa Atiqah. Semalam saja, bengkak bibirnya yang tidak seberapa, wanita itu sudah bantai gelak.
“Mana ada. Aku simpati pula dekat kawan aku ni. Mana taknya, sarang lebah pun tak tahu...” sindirnya sebelum tergelak melihat nasib rakannya itu.
“Apa kaitan pula dengan sarang lebah?” Hanis menjeling tajam.
“Tak ada kaitan pun. Cepatlah, nanti lambat. Aku tunggu dekat bawah,” ujar Atiqah sebelum beredar dari situ. Hanis mengangguk perlahan sebagai balasan. Bagus nasibnya hari ni, beberapa hari ni dia terpaksa menaiki teksi kerana motorsikal miliknya rosak. Maklumlah, pacuan dua roda itu sudah lama digunakan. Niat hendak membeli yang baharu, tetapi duit masih belum mencukupi. Biarlah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian hari.
“Bye...hati-hati bawa kereta,” pesan Hanis setelah sampai di hadapan sebuah cafe. Setelah kereta Atiqah bergerak pergi, dia mula melangkah masuk ke dalam cafe. Sempat juga dia melihat kereta milik majikannya yang telah terparkir di situ. Awal dia datang.
Setelah meletakkan barang pada loker yang disediakan, Hanis menuju ke pejabat majikannya. Nafas di tarik lalu di hembus perlahan.
Tok! Tok!
“Masuk,” arah suara itu dari dalam.
Hanis mengambil tempat di kerusi kosong berhadapan lelaki itu. Keadaan sepi menambahkan kegusaran dalam hati Hanis. Mana taknya, sepanjang perjalanan pulang kelmarin, lelaki itu langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Dia marah ke? Mestilah dia marah Hanis, oi! Tak fasal-fasal dia kena berlari mengelak dari serangan lebah. Namun pada akhirnya, dia juga terkena sengatan lebah itu.
“Kau dah kenapa pakai mask? Elok je udara aku hirup,” Suara Jason memecahkan ruang kesunyian itu.
“Tuan sendiri, kenapa guna kaca mata hitam? Tak silau pun tempat ni...” bidas Hanis. Mana boleh dia kalah dalam bab macam ni. Jason melepaskan keluhan lalu melepaskan kaca mata yang di pakainya. Terpancar jelaslah sepenuhnya wajah milik lelaki tersebut. Dan... Ya. Mata kiri lelaki itu bengkak. Mungkin di situlah seekor lebah memberikan ciuman manisnya.
“Gelaklah....” ujar lelaki itu sebaik sahaja melihat kepala Hanis tertunduk ke bawah. Hanis seraya menggeleng. Pada masa yang sama, dia tengah berusaha menahan diri daripada tergelak. Paha kiri dan kanan di cubit sekuat mungkin agar tawanya tidak meledak.
“Hari ni... kerja saya apa, Tuan?” tanya Hanis setelah berjaya mengawal dirinya. Namun, wajah lelaki itu masih tidak di pandang. Takutnya, tawanya meledak nanti.
Jason memandang dengan wajah datar. “Kau tak reti minta maaf ke?”
Hanis segera mengangkat muka memandangnya. Dapat di lihat dari pandangan wanita itu seperti sedang kehairanan. Minta maaf?
“Aku macam ni disebabkan kau tau! Boleh pula kau tak minta maaf, kan?” jelingan diberikan kepada wanita itu.
“Er... saya minta maaf, Tuan. Saya tak tahu pula yang saya baling tu sarang lebah. Saya minta maaf sekali ya, Tuan...” ujar Hanis seikhlasnya.
“Sgshsgshs... Apa kau cakap tu? Aku tak dengar. Bukalah mask kau tu,” arah Jason. Dia hanya mendengar perkataan 'tuan' sahaja. Selebihnya, seperti sedang berkumur. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, perlahan-lahan Hanis membuka mask itu walaupun bukan dengan kerelaan hati. Kau gelak, kau siap!
“BUAHAHAHA...” tawa Jason meledak tika itu juga. Tidak kuat dirinya melihat bibir Hanis yang sedang kembang mekar. Wajah Hanis bertukar cemberut bercampur pasrah. Ish, melampau betul dia ni! Namun, dia senang apabila melihat lelaki itu tertawa. Yalah, jarang melihat Jason seperti itu. Jangankan ketawa, senyum saja jarang.
“Aduh... sorry, sorry. Tak sangka kau lagi teruk dari aku,” ujarnya seraya mengesat air mata yang sedikit terkeluar ketika ketawa tadi.
“Tak baik tau gelakkan orang macam tu. Saya mana ada gelakkan tuan,” balasnya dengan sengaja nadanya dilontarkan sedikit perlahan. Nak bagi lelaki tu rasa bersalahlah kononnya.
“Aku kan dah minta maaf tadi. Lagipun ini semua salah kau juga, pergi baling batu dekat sarang lebah tu dah kenapa? Dah bosan hidup ke?”
“Manalah saya tahu tu sarang lebah. Saya tengok tu macam kulit-kulit kuaci...” terkumat-kamit mulutnya yang bengkak kemerahan itu mengatur kata. Jason sekadar tersengih. Ada lagi rupanya manusia yang tidak tahu sarang lebah.
“Dasar budak bandar!”
“Ish, apa-apa jelah. Hari ni memang kerja saya teman Tuan untuk berbual ke macam mana?” tanya Hanis tanpa peduli kata-kata lelaki itu lagi. Dia melirik ke arah jam tangan, sudah 16 minit masa berlalu. Buang masa betul!
“Banyak cantik nenek kau!” suaranya kembali dingin.
“Nenek saya dah tak ada...” Hanis tayang muka selamba.
“Kau bantu kemas-kemas cafe tu jelah. Sebenarnya, aku nak ajak kau ke kebun lagi. Tapi, biarlah. Hari ni kerja kau simple saja.Takut pula mulut kau jadi mulut itik,” perli Jason. Hanis tersenyum dalam geram. Ingin saja dia baling kerusi yang kosong di sebelahnya. Rasa nak marah, tapi kena sabar.
“Okay, Tuan! Saya keluar dulu...”
“Jangan lupa pakai mask kau. Tak fasal-fasal semua pelanggan lari nanti,” Selamba ayat itu keluar di mulut Jason. Hanis memberi senyuman tidak ikhlas. Bertubi-tubi dia terkena hari ni. Baik dari rakan serumahnya berlanjut pula dengan majikannya sendiri.
Dia melangkah keluar dengan hati yang membara. Pintu ditutup dengan kasar. Sangat melambangkan dirinya yang tengah panas itu. Dia memperkemaskan mask yang digunakan. Tiba-tiba, kedengaran dirinya di panggil. Dia menoleh ke arah pelanggan yang sedang duduk berdua di salah sebuah meja tersebut. Dadanya yang membara berubah menjadi debaran.
Dengan segala kekuatan, dia mula melangkah menghampiri kedua wanita yang sedang menunggu itu. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Hanis dengan tenang. Luar saja tenang, tapi di dalam hanya dia yang tahu.
“I nak tambah order I. Bolehkan?” Hanis mengangguk perlahan. “I nak tambah chocolate cupcake dua dan sandwiches cheese salad satu,”
“Baik. Itu saja? Banyak lagi menu dekat sini, mana tahu puan dan cik berkenan...”
“Oh, terima kasih. Tapi, setakat ni tu jelah dulu. Karang gemuk pula I,” ujar wanita yang seusia Hanis itu. Manakala, wanita separuh abad itu hanya tersenyum sambil memerhati Hanis yang berdiri di hadapannya.
“Kalau macam tu, saya minta diri dulu...” ujar Hanis. Kedua wanita itu sekadar mengangguk.
“Tingkah dia sama macam Hanis, kan?”
“Tulah, biasalah tu, Ibu.”
Hanis melepaskan nafas lega sebaik sahaja menjauh dari meja tersebut. Sempat juga telinga mendengar perbualan kedua wanita itu. Ada baiknya dia kena sengat dengan lebah. Kalau tidak, entahlah apa jadi. Sunggub tidak disangka dia akan berjumpa dengan manusia itu lagi. Lepas ni, dia kena lebih berhati-hati. Dia tidak dendam, tapi setiap perbuatan dan bait-bait kata mereka masig segar dalam ingatan. Itulah yang membuatkan dirinya agak gentar untuk berhadapan.
****
Happy reading ><
Share this novel