BAB 26: Amarah..

Drama Series 28608

" Saya balik dulu tau." kata Shahir.

Fatin tercengang. Pelik. Baru sampai sudah nak balik. Dahlah datang pun tak tahu apa tujuannya. Fatin berkerut.
"Aik? Dah nak balik? Baru je sampai kan?" tanya Fatin.

" Saya ada urusan untuk dibuat. Saya balik dulu." kata Shahir sebelum terus bergegas keluar daripada pejabat itu.

Fatin memandangnya semacam. Shahir bergegas itu nak pergi ke mana? Urusan apa? Fatin pun termenung sendiri memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

" Bahh!!!!"

Fatin terkedepan setelah ditolak oleh sesuatu. Fatin menoleh ke belakang dengan pantas. Matanya dikecilkan.

" Kau ni kan, buat terkejut aku je." kata Fatin sambil memandang muka Nairah yang sedang tersengih puas dapat mengenakannya.

Kecil besar, kecil besar saja dia nampak si Nairah itu.

" Ala, pagi-pagi macam ni, takkan bergurau pun tak boleh?" kata Nairah sambil menolak lembut bahu Fatin.

Fatin mula tersenyum sambil melihat gelagat sahabatnya itu.

" Apa kau nak nii? Pagi-pagi dah kacau aku." tanya Fatin.

Nairah tersengih sendiri.

" Aku nak tanya kau pasal plan kita sepanjang masa cuti ni. Menjadi tak?" tanya Nairah sambil mengangkat-angkat keningnya.

Fatin mencemek sendiri.

" Satu apa pun tak menjadi. Dasar plan tak boleh pakai." kata Fatin.

Nairah berkerut. Mulutnya menganga.

" Uiih. Takkanlah takde satu pun menjadi. Aku ambil plan tu daripada drama tau." kata Nairah dengan bangganya.

Fatin memandangnya sambil membuat muka. Ambil dari drama? Patutlah tak jadi. Nairah ingat plan seperti itu boleh menjadi ke di dunia sebenar?

" Itu drama. Ini dunia sebenar. Mana sama. Isy kau ni. Patutlah plan tu tak menjadi." kata Fatin sambil berkerut.

Nairah menyenget kan mulutnya. Matanya dipusarkan. Fatin juga yang setuju nak guna plan itu masa tu.

" Tapi jujur dengan aku. Takkanlah takde apa pun yang terjadi. Kan?" tanya Nairah sambil mendekatkan dirinya dengan Fatin.

Tangannya diletakkan di sekeling leher Fatin. Soalan itu dibisikkan di telinga Fatin. Fatin memandang ke tepi.

Tiba-tiba babak Shahir mencium dahinya bermain di kepala. Itu kali pertama bibir Shahir betul-betul menyentuh wajahnya. Hatinya berdebar kuat namun saat bibir Shahir menyentuh wajahnya hatinya seakan terhenti. Dia tidak dapat menggambarkan perasaan itu.

Bibir Fatin mengukirkan sekuntum senyuman.

"Eh.. Dah senyum ni. Mesti ada sesuatu kan?" tanya Nairah.

Pipi Fatin makin merah. Malu.

" Takdelah. Mana ada. Dah aku nak sambung buat kerja." kata Fatin sebelum menolak Nairah yang berpaut di lehernya.

Nairah berkerut seribu. Muncungnya didepakan.

" Kau nii.. Dahlah malas aku nak layan kau." pekik Nairah. Merajuk.

Fatin ketawa kecil melihat gelagat Nairah yang seakan budak kecil. Macam manalah budak ni nak nikah nanti?

Fatin memang tidak mahu menceritakan babak itu kepada Nairah. Biarlah ia menjadi kenangan indah yang hanya bermain dalam mimpinya dan Shahir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nairah mengemaskan mejanya yang sudah berselerak dengan kertas-kertas kerjanya. Jam menunjukkan pukul 5.00. Sepatutnya dia sudah balik setengah jam yang lalu tapi kerja-kerjanya menahannya dan memaksanya bersakit belakang untuk menyiapkannya. Akhirnya selepas setengah jam siap juga.

Beg tangannya yang berwarna hitam direntap. Kakinya melangkah keluar daripada pejabatnya dan melangkah ke pejabat Idlan. Langkahnya terhenti. Idlan kedengaran seperti sedang berbual dengan seseorang. Tapi siapa?

" Kali ni kau berjaya. Sheik. Tapi lain kali aku takkan benarkan kau berjaya. Aku akan gagalkan kau." kata Idlan sambil memandang fonnnya.

Nairah berkerut. Bermacam soalan bermain di kepalanya sekarang. Idlan memang seorang yang misteri sedikit tapi Nairah tidak sangka dia semisteri ini. Fikiran Nairah melayang jauh.

" Awak tunggu saya ke?" tanya Idlan.

Nairah tersentak. Idlan?

" Aaaa. Takde lah. Eh, Maksud saya aah saya tengah tunggu awaklah." jawab Nairah dengan senyuman yang kelat.

Idlan berkerut pelik.

" Awak ok ke? Tak sihat?" tanya Idlan.

Nairah memandang mukanya. Senyuman terukir di bibirnya. Takkanlah lelaki yang sempurna ini ada niat jahat. Nairah ketawa kecil.

" Taklah. Ok je. Jom balik." kata Nairah.

" Jap."

Nairah memandang Idlan.

" Ada orang dalam bilik Fatin." kata Idlan sambil menunjukkan bilik itu.

Nairah berkerut lagi. Bukan Fatin dah balik ke?

Mereka melangkah ke arah bilik itu. Nairah menjengah perlahan ke dalam bilik itu. Idlan ada di belakangnya tersenyum melihat gelagat Nairah yang nampak comel.

Kelihatan di dalam bilik itu Fatin sedang tidur lena di mejanya. Ternganga mulut Nairah. Ini kalau Idlan tidak perasan ni mahu sampai ke esok pagi dia ada kat sini lagi.

" Ya Allah. Budak ni kan." kata Nairah sambil melangkah ke arah Fatin.

Pipi Fatin menjadi sasarannya.

" Fatin. Ooh Fatin." kata Nairah sambil mencucuk-cucuk pipi Fatin.

Fatin membuka matanya perlahan. Nairah lega. Manatahu dah meninggal ke apa si Fatin ni. Dia ketawa sendiri.

" Dah pukul berapa ni? " tanya Fatin dengan suara yang serak-serak akibat tidur.

Nairah mengecilkan matanya. Budak ni tidur tak ingat dunia betul.

" Oo, pukul berapa.. Kau nak tahu pukul berapa.. Dah pukul 5.00 lah makcik Oii.. Jom balik.. Nasib lah aku perasan kalau tak memang tak balik lah kau kan? Cepat bangun." bebel Nairah sambil bercekak pinggang melihat Fatin yang masih mamai.

Mata Fatin membulat. Pukul 5.00? Lamanya dia tidur. Sudah sejam dia tidur tak bangun,bangun. Nasib lah Nairah ada.

" Ha, yalah,yalah." kata Fatin sebelum berdiri dan mengemas mejanya.

" Cepat sikit. Kitaorang tunggu kat bawah. Jom Idlan." kata Nairah sebelum melangkah ke pintu keluar.

Fatin hanya berkerut sambil memandang Nairah dan Idlan. Badannya diregangkan sedikit. Lenguh akibat lama tidur membongkok. Kertas-kertas yang berselerak disusun ke dalam satu fail dan diletakkan di rak. Terdapat satu ruang kosong. Pelik. Fatin berkerut memandang kekosongan itu. Memang kosong ke? Minda Fatin yang masih mamai mengendahkannya.

Beg tangannya dicapai lalu beredar dari pejabat itu. Kakinya berjalan pantas ke pintu keluar. Takut Nairah dan Idlan tunggu lama sangat. Tiba-tiba Nairah berlari di sebelahnya. Matanya membulat.

" Eh. Nairah kau.."

Namun Nairah terus berlari meninggalkannya. Fatin mengangkat bahunya sebelum melangkah keluar bangunan. Kelihat Idlan sedang menunggu.

" Nairah tu kenapa?" tanya Fatin sambil menunjuk ke arah Nairah.

Fatin tersenyum kecil.

" Dia tak tahan nak pergi tandas." jawab Idlan selamba.

Fatin menepuk dahinya. Kasihan Idlan kena melayan karenah budak kecil tu.

" Budak nii.." keluh Fatin sendiri.

Fatin bersandar di dinding bangunan itu. Kepalanya masih berpinar-pinar lagi. Mungkin tidak cukup oksigen. Fatin ketawa kecil. Fakta itu selalu diungkapnya jika dia berasa mengantuk sejak sekolah rendah lagi.

Namun makin lama mata Fatin makin memberat. Tiba-tiba gelap. Dia terasa seperti sedang jatuh. Namun belum sempat dia jatuh Idlan menahannya. Terus terbuka luas mata Fatin. Kakinya kembali berdiri teguh. Jarinya menggosok-gosok matanya yang mengantuk itu. Idlan ketawa kecil.

" Awak ni kalau nak tidur pun tunggulah sampai rumah." kata Idlan.

Fatin memandang Idlan sambil tersengih seperti kerang busuk. Pipinya merona merah.

" Dah jom." kata Nairah selepas keluar daripada pintu.

Idlan memandangnya sambil tersenyum sebelum berjalan ke arahnya. Mereka menoleh ke arah Fatin.

" Kitaorang gerak dulu tau. Bye" kata Nairah sebelum pergi bersama Idlan meninggalkan Fatin.

Fatin tersenyum sendiri. Sejak kebelakangan ini Nairah dan Idlan selalu pulang bersama. Sweet.
Fatin pun melangkah ke arah keretanya yang tidak jauh dari situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shahir menunggu Fatin pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 5.30 tetapi dia belum pulang lagi. Bermacam-macam kemungkinan bermain di kepala Shahir sambil dia duduk di atas sofa. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Kelihatan nombor yang tidak dikenali itu lagi. Entah kenapa Shahir merasa tertarik untuk membuka mesej itu.

Kening Shahir berkerut. Kelihatan gambar Fatin sedang meletakkan dahinya di bahu Idlan. Shahir terkedu. Marah. Geram. Namun dia tidak tahu mengapa dia merasa sebegitu rupa.

Shahir merentap jaket hitamnya dan kunci keretanya sebelum keluar daripada rumah itu. Dia sudah terlalu jauh daripada tujuan asalnya. Dia harus ingat siapa dirinya yang sebenar.

Enjin keretanya dimulakan. Dia pun membawa keretanya pergi jauh daripada rumah itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. Semuanya tidak berubah. Baunya, bunyinya. Hanya mengingatkan Shahir kepada benda yang dia ingin lupakan buat selamanya.

Shahir menghempas punggungnya di salah satu kerusi itu. Tiba-tiba Tiger duduk di sebelahnya. Shahir mengalihkan pandangannya. Takut kalau pandang lama-lama nanti tertimbus pula muka Tiger yang menjengkelkan itu.

" Nah." kata Tiger sambil meletakkan segelas air minuman keras di hadapan Shahir.

Shahir berkerut sambil memandang minuman itu. Dia mengalihkan pandangannya.

" Baik hati kau nak belanja aku hari ni. Apahal?" tanya Shahir sambil memandang tempat lain.

Tiger tersenyum sinis.

" Saja. Yalah. Kau kan tengah marah sekarang." jawab Tiger berbisik di telinga Shahir.

Mata Shahir membulat. Dia memusingkan badannya lalu merentap baju Tiger.

" Macam mana kau tahu, Ha?!! Kau kan yang hantar semua gambar bodoh tu?!!!!" jerit Shahir.

Tiger tersenyum sinis.

" Rilek lah bro. Bukan aku yang hantar gambar tu. Kalau aku yang hantar aku akan lebih kejam. " jawab Tiger.

Shahir melepaskan baju Tiger. Betul katanya. Tiger takkan hantar gambar sebegitu rupa.

Tiba-tiba Tiger mendekatkan mukanya dengan telinga Shahir.

" Kalau aku yang hantar aku akan ceritakan macammana pompuan tu cium jantan tu macam haiwan rakus. Macammana dia tarik jantan tu masuk bilik dan macam mana diorang.."

Shahir mencekik leher Tiger. Tiger merenung di ke dalam matanya sambil tersenyum sinis. Nafas Shahir tercungap-cungap. Kemarahannya membara. Shahir melepaskan leher Tiger. Gelas yang penuh dengan minuman keras itu dicapai lalu digonggong ke mulutnya sebelum meletakkan gelas itu kembali. Shahir berasa khayal. Puas.

Akhirnya dia minum, minum dan minum. Sehingga dia mabuk. Tiger tersenyum jahat. Masa inilah dia hendak mencucuk jarum.

" Nah. Kau tengoklah puas-puas. Pompuan yang kau sayang sangat ni melepaskan nafsu kat jantan lain." kata Tiger sebelum meletakkan telefonnya di hadapan Shahir.

Kelihatan gambar yang telah diedit oleh Tiger. Namun minda Shahir ketika itu seperti sudah tidak dapat berfikir lagi.

Dia menolak Tiger ke belakang sebelum melangkah laju keluar daripada kelab itu.

Tiger tersengih puas. Rancangannya telah berjaya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fatin menunggu Shahir di dalam bilik. Sudah pukul 10.00 malam. Namun Shahir masih belum pulang.

Setelah lama menunggu tekak Fatin berasa haus. Kakinya melangkah keluar daripada bilik. Langkahnya terhenti. Kelihatan Shahir ada di luar.
Badannya berbau busuk seperti alkohol. Fatin menutup hidungnya.

" Awak pergi mana? Kenapa balik lambat?"tanya Fatin.

Shahir berkerut sambil memandangnya. Perasaan gementar mula bercambah di dada.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME..
(ALIF SATAR)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience