Bab 12

Romance Completed 207871

"Er... Kita nak ke mana ni? Rasanya ni bukan jalan nak ke kedai motor. Kalau lambat nanti kedai tutup" soal Intan lalu membuang pandang pada Caden di sebelah.

"Motor awak Carlos dah ambilkan dan hantar ke rumah sewa" terang Caden tanpa menoleh.

"Eh, kenapa hantar ke rumah pulak" soal Intan pelik.

"Sebab saya yang suruh" jawab Caden sambil memandang Intan sekilas.

"Dah tu, hantar saya balik rumah je la" pinta Intan.

"Still early" ringkas jawapan Caden.

"Memang la awal lagi. Tapi saya nak balik rumah. Penat kot tadi banyak bilik kena kemas" balas Intan.

Kita dah la penat, nak tercabut pinggang ni. Ingatkan boleh balik la awal nak baring-baring. Eh.. Dia ni buat lawak pulak petang-petang ni.

"Tuan Caden.. nak bawa saya ke mana ni?" soal Intan tak puas hati.

"Why? Takkan takut" Caden senyum senget.

Aish! Dia ni.. Hilang sabar aku, kena juga nanti.

"Jangan la marah. Saya nak ajak teman saya makan rojak dengan cendol. Dengar staf sembang, katanya tempat kita nak pergi ni memang sedap." selamba je dia cakap.

Cendol dengan rojak ye.. Ada juga yang aku cendol dan rojakkan dalam kereta ni sat lagi.

"Lah.. Kenapa tak ajak Carlos, tak pun girlfriend Tuan Caden ke. Ada pulak ajak saya, buat apa" kata Intan. Geram betul.

"Saja" eh..

"Saja? Biar betul" jawab Intan tak percaya.

"Awak rasa ada ke kawan-kawan yang nak ikut saya makan gerai tepi jalan macam tu?" soal Caden.

Terdiam Intan dengan kata-kata Caden.

"Lagipun saya baru lagi balik ke Malaysia. Kawan-kawan saya tak ramai di sini. Sebelum ni pun saya sekejap-sekejap je ada di sini" tambahnya lagi.

Ye lah.. Lupa. Diakan baru balik dari luar negara. Alang-alang dia bercerita ni baik aku tanya korek sikit-sikit. Mana tau boleh dapat apa-apa.

"Awak nak tanya apa?" soal Caden. Macam tau-tau je..

"Mana tau saya nak tanya?" Intan pula bertanya.

"Saya tengok muka awak pun dah tau" jawab Caden selamba.

Tidak lama Caden menghentikan kereta dan memakir di tepi jalan. Ada beberapa gerai di seberang jalan sana. Ada jual cakoi, laksa, mee kari. Wah.. Kenapa tak tau tempat ni ada. Macam sedap je..

"Jom" ajak Caden sebaik enjin dimatikan.

Caden dan Intan turun dari kereta lalu menyeberangi jalan menuju ke gerai cendol dan rojak.

Setelah pesanan dibuat, Caden dan Intan duduk di sebuah meja bulat berhampiran pokok.

"Apa soalannya?" soal Caden sambil wajah Intan dipandang. Manis bertudung ditambah pula dengan tahi lalat di dagu.

"Pandang apa?" soal Intan tidak selesa.

Bahaya betul la misi kali ni. Boleh goyah hatinya.

"Nice view" jawab Caden dengan mata yang masih tidak berkalih.

Sudah.. Jangan gitu Caden. Awak tak kenal siapa saya. Kalau awak kenal, bukan begini layanan yang akan awak beri.

Baru Intan mahu bertanya, pekerja datang menghantar cendol dan rojak. Macam sedap.

"Makan la." ajak Caden.

Caden dan Intan menikmati cendol dan rojak dengan tenang, ditambah pula dengan angin yang bertiup. Macam kat kampung pulak rasanya..

Intan sesekali memandang Caden di hadapannya. Memerhati wajah itu. Kening lebat, mata menggoda, hidung mancung, bibir.. Hm.. bibir seksi. Hahaha.. Intan ketawa dalam hati.

Caden yang tadi kusyuk makan, tegak memandang Intan.

"Kenapa?" soal Intan bila menyedari Caden memandangnya tak berkelip.

"Tiba-tiba senyum. Apa yang seronok?" soal Caden pula.

"Saya senyum ke? Mana ada" jawab Intan.

Aku senyum ke tadi. Kau ni kan Intan, kalau dengan Caden selalu macam ni. Sukakan buat pasal.

"Ye lah. Buat apa saya nak tipu." jawab Caden sambil meneruskan suapan cendol.

"Manis" jawab Caden lalu mengambil tisu dan mengelap bibirnya.

"Apa yang manis?" soal Intan tak faham.

"Cendol.." selamba Caden jawab.

"Oo.. Haah" Intan mengiyakan.

Tiba-tiba terdengar Caden ketawa halus.

"Silly" ucap Caden perlahan.

Setelah Caden membuat bayaran, kedua-dua mereka berjalan dan mahu melintas jalan. Tiba-tiba datang sebuah motorsikal mahu meragut beg tangan yang Intan pakai di bahu. Kebetulan Intan tidak silangkan beg ke badan kerana jarak kereta dan tempat makan tadi dekat.

Dua orang lelaki menaiki motorsikal menghampiri Intan dan salah seorang mahu menarik beg tangannya. Intan yang dapat mengagak perkara tersebut, terlebih dahulu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Pembonceng belakang kemudian telah menarik beg tangan Intan tetapi belum sempat direntap, Intan menendang bahagian belakang motorsikal menyebabkan penunggang hilang pertimbangan lalu merempuh pokok di tepi jalan.

Pada waktu itu Caden yang berada di tepi jalan terkejut dengan tindakan Intan. Bukan semua orang boleh bertindak begitu.

Pantas Intan berlari ke arah penunggang motorsikal tadi. Belum sempat Intan sampai, kedua-duanya telah lari meninggalkan motorsikal dan beg tangan Intan yang sempat diragut tadi di situ. Beberapa orang pelanggan yang menyaksikan kejadian tersebut juga terpaku. Jarang berlaku perkara seperti itu.

Caden yang melihatnya, pantas berlari ke arah Intan.

"Awak okey?" tanya Caden sambil Intan diperhatikan.

"Saya okey.." jawab Intan sambil mengangguk pada Caden. Lalu Intan menunduk mengutip beg tangannya.

"Ambik kau. Ada hati nak ragut beg aku. Silap orang la. Nasib baik tali beg tak putus." bebel Intan marah.

Terkejut Caden melihat sisi Intan yang satu ini.

Seakan tersedar. Intan laju memandang Caden.

"Er.. Jom lah kita balik. Dah lewat ni" ajak Intan.

Caden seperti orang kena pukau. Mengikut sahaja Intan ke arah kereta.

Sebaik membolos masuk ke dalam kereta, enjin kereta dihidupkan dan seat belt dipasang tetapi kereta masih tidak bergerak.

Menyedari Caden masih belum memulakan pemanduan, Intan pandang ke sebelah. Dilihat Caden tegak memandangnya.

"Awak belajar di mana cara untuk bertindak macam tadi?" soal Caden dengan wajah ingin tahu.

Aduh.. Macam mana nak jawab ni. Takkan nak jawab masa LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) kat IPK.

"Er.. Jadi sendiri. Tindakan refleks kot" jawab Intan. Tenang Intan.. Tenang..

Caden masih lagi tegak memandang Intan. Tidak lama, enjin kereta dihidupkan dan Caden memulakan pemanduan.

Dalam perjalanan menghantar Intan pulang ke rumah. Tiada suara yang berbunyi. Kedua-duanya hanya diam.

Apabila sampai di hadapan rumah Intan, dapati motorsikalnya telah tersadai di tepi pagar.

Intan lupa nak tanya, mana Caden tahu alamat rumahnya. Tapi tidak terkeluar soalan itu.

"Kunci motorsikal ada bawah seat" kata Caden tiba-tiba.

"Terima kasih Tuan Caden. Belanja saya makan dan hantar saya pulang" ucap Intan sebelum keluar dari kereta.

Caden hanya mengangguk pada Intan.

Sebaik Intan turun, Caden terus berlalu.

Hai la.. Ni semua salah peragut bengong tadi.

Intan membuka kunci pintu pagar lalu menolak motorsikal masuk dalam kawasan rumah.

Yeay, esok pergi kerja naik motor. Boleh la gerak lambat sikit.

Share this novel

liyana
2021-02-13 10:31:07 

caden pon kena hati hati silap hari bulan kau kena macam mana peragut tu kena


NovelPlus Premium

The best ads free experience