Bab 29

Crime Series 28563

Aku memandang langit yang tidak berbintang. Malam ini terasa suram dan kelam.

Tiada lagi wajah dia menerpa di ruangan mata. Mungkin mata aku sudah biasa menyapa dia setiap waktu.

Aku mengerling telefon bimbit. Qarl tidak menghubungi aku langsung. Aku tak tahu apa terjadi padanya.

Aku memeluk lutut.

Hati rasa gelisah. Macam mana kalau ada perkara buruk yang berlaku?

Qarl... Jaga diri awak baik-baik.

"Na, buat apa duduk kat luar sorang-sorang ni?"

Mak Senah menggeleng kepala melihat perilaku anaknya.

Sejak Qarl pulang tadi, Anna asyik termenung. Sungguh tak faham dengan budak-budak zaman sekarang bercinta.

Muka Anna monyok semacam. Makan pun taknak.

Anna masih diam tak menyahut.

"Anna... Tak dengar ke apa Mak tanya?"

Aku memalingkan muka.

"Sorry, Mak. Anna tak dengar."

Mak mengambil tempat di sebelah.

"Anna rindukan Lee ke?"

Aku menunduk.

"Mak ni dah lama makan garam. Mak tahu Anna rindukan Lee. Dia takde call Anna ke? Rasanya mesti sekarang dia dah sampai KL."

Kepala menggeleng laju.

"Dia sibuk kot, Mak."

Aku harap Qarl takkan lupakan aku di sini.

"Dah cuba call?"

"Dah. Tapi tak berangkat. WhatsApp pun tak reply."

"Dia lupa la kot. Kita doakan yang baik-baik untuk dia."

Rasanya berjuta kali mata aku memandang telefon bimbit. Rasa naik meluat memandang skrin yang tidak bercahaya.

"Anna sentiasa doakan dia selamat, Mak. Harap dia tak buat perkara bodoh lagi."

Mak kerut dahi.

"Perkara bodoh?"

Alamak. Aku terlepas cakap. Nasib baik tak kantoi.

"Takde apa la, Mak. Anna masuk dalam dulu. Tak solat isyak lagi."

Cepat-cepat aku melarikan diri masuk ke dalam. Taknak Mak tanya aku banyak soalan. Kalaulah Mak tahu semua sisi gelap Qarl, matilah aku. Silap-silap tak mengaku aku ni anak sebab sukakan penjenayah.

"Haish, budak bertuah ni. Ada-ada je."

Mak Senah jadi tertanya-tanya. Perkara bodoh apa yang Qarl dah buat?

Apapun, dia harap semuanya baik-baik saja. Belum pernah dia melihat Anna tayang muka monyok hanya disebabkan seorang lelaki.

Penangan cinta agaknya.
. .
. Qarl memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia hanya memandang mesej Anna yang masih tidak dibalasnya.

Anna... Maafkan aku.

Dia tidak pasti jika dia perlu menghubungi Anna atau menyepikan diri. Taknak Anna risau akan dirinya.

Fokus dia hanya satu sekarang, bunuh May. Atau berjumpa May untuk minta konconya dilepaskan.

Qarl perlu pasang strategi.

Dia taknak May memperdayakan dia sekali lagi.

Argh. Tak guna kau, May.

Setelah puas membelek telefon di tangan, Qarl menekan butang hijau. Melekapkan telefon di telinga. Menanti panggilan di sana berangkat.

Tut. Tut. Tut.

Aik. Tak angkat? Marah aku ke? Tolonglah angkat, aku teringin nak dengar suara kau.

Dia mematikan talian dan mencuba sekali lagi.

Eeii, mana pulak pergi minah ni?

Baru saja ingin mematikan panggilan, sayup-sayup suara dia bersambut di talian sana.

"Assalamualaikum."

Qarl tersentak mendengar suara Anna yang seperti baru lepas menangis.

"Wa... Waalaikumsalam. Anna, kau okay tak tu?"

Suasana jadi senyap.

"Anna... Can you hear me?"

"Saya risaukan awak. Kenapa baru sekarang call saya?"

Suara Anna serak. Takkan menangis sebab aku kot?

"Err... Sorry sebab ignore panggilan dan semua mesej kau."

"Awak kat mana, Qarl? Saya takut awak buat perkara bodoh."

Suara Anna makin meninggi.

"Aku okay. Jangan risau."

"Mestilah saya risau. Saya tak tahu apa jadi pada awak. Apa tindakan awak lepas ini. Apa yang awak plan. Semua saya tak tahu!"

"Sayang, sabar. Aku baru sampai KL. Ni pun kat tepi jalan lagi."

Anna terdiam.

"Kau dah makan? Tengah buat apa tu?"

"Baru lepas solat isyak. I'm waiting for your call. Saya berdoa tadi supaya Allah selamatkan awak dan halang dari lakukan perkara yang bukan-bukan."

Qarl mengeluh perlahan.

"Kau tak percayakan aku ke, Anna?"

Ini dendam lama dia. Anna tak berhak menghalang niat dia yang diperam sejak dari dulu.

"Saya cuma nak awak selamat. Tu je."

"Akukan hero kau. Aku takkan mati. Kecuali ajal yang menjemput."

"Baiklah, Qarl Lee. Buatlah apa yang awak suka. Tapi ingat, sebelum bertindak fikirkan dulu akibatnya. Saya tak tahu nak bahas apa lagi."

Suara Anna tegang. Tapi makin marah, makin comel.

"Kau sayang aku?"

Dia nak dengar pengakuan Anna berulang kali.

"Iya. Sayang. Sebab tu saya membebel."

Qarl senyum. Tak dapat nak tahan senyuman.

"Aku pun sayang kau. Jaga diri juga. Love you..."

Tut tut tut...

Aik. Terus letak macam tu je. Hmm, tengah marahkan aku la tu.

I promise. I'll be back. Tunggu aku, Anna...
. .
. "Bos... bila kita nak bertindak?"

Qarl sedang mengelap pistol kesayangannya. Satu lagi pistol yang baru dibeli daripada Mr. Raymond.

Pistol yang sederhana baru pula telah diberikan kepada Anna. Dia mahu Anna berwaspada dan pertahankan diri. May perempuan kejam. Sanggup lakukan apa saja demi mencapai kepentingan diri.

"Kita tunggu dulu rentak minah gila tu. Bila aku cakap ready, kau tahukan apa patut kau buat?"

Shark mengangguk.

"Satu lagi, kalau pape jadi kat aku, kau selamatkan Anna. Lindungi dia seperti kau lindungi nyawa kau."

"Kenapa bos cakap macam tu?"

Qarl masukkan isian peluru ke dalam pistol itu.

"Hati aku jadi tak sedap."

"Kita kan dah pasang strategi."

Shark tak pernah tengok Qarl jadi lemau macam ni.

"Kau tak kenal May. Aku je yang kenal dia. Tapi aku ni kelemahan dia."

"Maksud bos?"

"Ada di antara konco kita yang bongkar rahsia dan jadi sumber pada May. Aku nak tukar plan. Dan cuma aku sorang yang tahu plan tu."

Shark mengangguk tanda faham.

"Okay bos."

Qarl taknak Anna terlibat sama. Jadi, dia harus bertindak dulu. Dia tahu apa yang May mahukan sangat.

See you soon, May. My ex lover.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience