#6(Realiti)

Action Series 9059

Gadis itu membuka matanya dengan perlahan-lahan.Gadis yang baru saja sedarkan diri menghirup nafas dalam dalam ,sebelum melihat keadaan sekelilingnya.Zahira melihat kanannya,monitor jantung di sebelah katilnya dan kekura tangannya dicucuk dengan jarum IV drip.

Dia menutup matanya dengan perlahan.Cuba mengimbas kembali apa yang telah terjadi sehingga dirinya terlantar di katil 'hospital'.
Semakin lama dia berfikir, semakin sakit di bahagian kepalanya yang dibalut.Namun,dirinya tetap berusaha untuk mengimbas kembali walaupun keadaan dirinya sangat lemah.Tetapi gagal malah kesakitan dibahagian kepalanya makin bertambah .Dirinya hanya berdiam seketika dan berhenti berfikir sehingga kesakitan itu mula reda.

"Apakah ini sebuah mimpi yang ngeri?" Soal aku dengan lemah sambil mengatup kelopak matanya.


"Are you sure,sweetie?"
soal seorang pemuda yang segak berkot waist berwarna hitam.

Baru melangkah masuk ke bilik kontemporari yang mewah.Pemuda yang berkot waist itu melihat tebusan yang sudah sedar manakala gadis kecil itu terjeda dan terpaku.

Rasanya telinganya tidak tersalah dengan suara pemuda yang pernah dengar sebelum ini.Semua sedutan memori ngeri lalu datang ke kepala.

["Kau selamat dengan aku, jangan risau kau dalam zone yang selamat dengan aku , Ketua Mafia DragonRyan.Kau jangan takut dengan aku,Zahira.Aku takkan apa apa kan kau..."]

Ting!
Ingatan yang ngeri itu sudah kembali,membuat dirinya tersedar bahawa dia adalah...

MAFIA!
Pantas gadis itu menoleh ke pemuda yang sudah lama berdiri di depan pintu.Matanya terbeliak dan mula berkaca kaca.Dadanya sesak sekali,pedih.Air mata hangat mengalir ke pipinya dan tidak diusap.

"Don't scare,dear"
ujar Rayyan seraya cuba tenangkan gadis itu.

Kakinya melangkah ke katil Zahira yang tidak jauh darinya.Rayyan tahu,tebusannya masih dalam keadaan yang sangat lemah dan trauma.

"Pleaseee.. Hantar Zahira ..."rayu aku dengan perlahan.Hanya itu yang terkeluar dalam mulut aku.

"Shhh...Kau kena still dengan aku.I'm sorry sweetie"pemuda yang cintakan tebusan itu hanya membalas dengan ringkas sambil menghadiahkan senyuman tulus dari hatinya.

Namun,Zahira hanya mengeluh dengan perlahan,empangan air mata yang sudah pecah mengalir membasahi pipinya.Tangisan mula keluar lalu matanya dipejam dengan rapat sambil menoleh ke arah berlainan menghadap jendela.Dirinya dibalut dengan selimut kecewa.Tangan kanannya yang dicucuk dengan jarum IV drip mengelap air mata di pipi bersama tangisannya.Dirinya sungguh kecewa.

"I'm sorry, sweetie.Take a time,Zahira."ucap Rayyan,agak lirih,tetapi masih boleh didengari oleh tebusannya.

Tiba- tiba,telefon Rayyan berdering.Telefon pintar berjenama mahal dikeluarkan daripada poket seluar sebelum melihat skrin telefonnya.Zul, orang kanannya.Tanpa membuang masa lagi, Rayyan menekan punat hijau untuk menjawab panggilan Zul.

"Kenapa?"soal Rayyan yang tertanya tanya.

"Boss,polis buat kacau la..."balas Zul dengan nafas turun naik.

"What?Police?"sentak Rayyan.Raut wajah Rayyan mula tegang mendengar khabar polis mula memburu dan bertindak.

Mata aku terbuka luas lalu mengelap air mata yang mengalir di pipi.POLIS?Fikiran aku mula melayang layang.
Apakah bantuan akan tiba?Adakah polis akan datang selamatkan aku? Ye!
Aku patut keluar dari sini!Dalam apapun keadaan dirinya tetap ingin keluar .Fikiran hanya keluar dan mencari bantuan.Aku sempat mencuri memandang ke arah mafia sebelum aku...


"I'm sorry."

Rayyan memusingkan badannya memandang aku.Wajahnya berubah hairan dan tertanya terhadap tebusannya.Sedangkan tebusannya tidak membuat apa apa kesalahan sebelum ini.Mungkin...Rayyan tersenyum memandang Zahira yang terduduk sambil tundukkan wajahnya.

"I'm sorry"


"Why sweetie?Tell me."

PRANG!
Kepala Si Mafia dipukul dengan gelas kaca dari tangan Zahira Safiyya yang baru diambil,buah hatinya sendiri.

"ARGH!"

Tindakan kasar Zahira betul betul membuat Rayyan hampir jatuh dan hilang keseimbangan diri.Rayyan berdesis kesakitan dan sembat berpaut pada dinding.Kepala Rayyan mula disirami darah selepas dipukul dengan gelas kaca oleh tebusannya.Dirinya seakan akan tidak percaya dengan tindakan kasar buah hatinya.


"HEY! CALM DOWN!"

Aku terus menolak kuat badan Si Mafia yang datang menuju ke arah aku .Membuatkan Si Mafia kebelakang dan jatuh.

PAK!
Kepalanya terhantuk kuat di meja.Rayyan hampir pitam dan hilang suara.Kedua matanya terpejam dan tidak sedarkan diri lagi.

Aku terpaksa bertindak dengan kasar untuk selamatkan diri aku.Meski pun ianya salah dan berlebihan sekali.
Tanpa membuang masa lagi,segera aku mencabut jarum di kekura tangan aku lalu mencampakkan jarum IV drip di atas katil. Aku sempat melihat sekilas imbas keadaan Mafia yang berlumuran darah di bajunya dan tidak sedarkan diri lagi.Kaki aku dijatuhkan di lantai.Pandangan aku ke pintu keluar yang tidak jauh dari aku. Fikiran aku hanya mahu keluar,keluar dan keluar.Aku mesti keluar walau bagaimana pun,jerit aku dalam hati.Keyakinan itu lah doa aku.

Namun tidak semudah itu,keadaan aku masih tidak membantu.Tubuh aku sangat berat dan lemah. Hanya ALLAH saja tahu betapa sakitnya tubuh aku selepas kemalangan.Ada kesakitan yang tidak terhingga sekali membuat tubuh badan aku jatuh ke bawah semasa ingin berdiri pergi meninggalkan bilik ini.Seluruh tubuhnya merasai lemah.Aku tertunduk menekan perutku yang sakit.Aku mula berdesis.


"tidak!Aku perlu keluar...Ssss.."

Aku mengambil serpihan kaca yang bertaburan di lantai untuk menjadi senjata kecil aku dan untuk berjaga jaga.Meski pun tidak yakin dengan senjata kecil aku,serpihan kaca. Aku tak tahu berapa ramai anak buah Si Mafia di luar sana.

Aku berpaut pada pagar katil untuk berdiri dengan perlahan sebelum aku melangkah keluar dari bilik mewah.Aku menutup pintu tersebut dengan perlahan tanpa sebarang bunyi lalu melihat keadaan sekeliling.

"LINE CLEAR!"Syukur aku.

Tiada anak buah Si Mafia yang sedang bertugas di ruangan tamu yang luas dan mewah.Aku mula melangkah mencari pintu utama di Markas Si Mafia ini.Pada masa itu,diriku agak terpegun dengan ruangan besar markas Si Mafia.Ia umpama sebuah banglo mewah yang dilengkapi dengan perabot perabot mewah dan mahal. Chandelier kristal di atas berkilauan memberikan daya tarikan.Tambahan pula, cermin refleksi dari lantai ke syilling mengekspresikan dalaman yang meriah dan luas.Tanpa sedar,terukir senyuman di bibir Zahira melihat kemewahan markas Si Mafia.


"HOI!PERGI MANA HA?!"
Jerit salah seorang anak buah Rayyan yang baru saja keluar dari sebuah bilik.

Pantas aku mengalih ke arah lelaki tersebut.Anak buah Rayyan mula mendekati Zahira.Membuatkan Zahira mengambil langkah seribu untuk melarikan diri.Matanya terkalih ke sebuah pintu yang tidak jauh darinya dan berharap ianya pintu keluar dari Markas.Dirinya tidak sanggup menjadi tebusan Si Mafia itu lagi.Tidak sempat aku ingin memulas pintu,seseorang sudah membukanya.Mujurlah aku sempat berhenti.

"ZAHIRA?WHAT ARE YOU DOING?"Soal Holland yang hairan sambil melihat wajah zahira yang pucat .Bukankah tebusannya masih dalam tahanan?Dan mengapa Zahira di ruangan tamu?

"Holland ,tebusan larikan diri!"jerit salah seorang daripada anak buah Rayyan yang sedang menuju ke arah mereka.

"What!"sentak Holland lalu memandang semula Zahira yang sudah laju larikan diri.

Aku melajukan larian aku,entah ke mana aku pergi.Yang penting jauhkan dari mereka.Sampai akhirnya,aku berhenti berlari dan menekan kuat perut.Kesakitan mula menyerang.Aku rebah dan tertunduk menahan kesakitan.Aku berdesis kuat.Serpihan kaca digenggam dengan kuat sehingga darah dari tangan menitik keluar.


"JANGAN BAGI DIA LARI!"

#thanks siapa yang still dengan Novel TEBUSAN CINTA MR.MAFIA #teruskan membaca ya! #jangan lupa komen reaksi anda #enjoy the story

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience