PROLOG

Romance Completed 101167

Beberapa kuntuman bunga mawar yang sudah siap digubah menjadi jambangan bunga kecil disua kepada si gadis.Riak ceria terpancar pada wajah si gadis.Jambangan bunga itu dihidu.Bau haruman bunga mawar segar itu mampu membuatkan dirinya merasa tenang.Bibirnya mengukir segaris senyuman.

"Yasmin,sudah-sudahlah bau bunga tu.Akak tahulah bunga dengan Min memang tak boleh berpisah.Tapi Min tak bosan ke setiap minggu Min beli bunga yang sama je."

"Mana boleh bosan Kak Kat.Dah memang bunga kesukaan Minkan.Oklah.Min nak gerak dulu.Nanti lambat jumpa kekasih hati Min."

"Ooh...yalah.Dia balik hari nikan.Patutlah senyuman Min tu berkali ganda lebarnya.Kekasih hati dah baliklah katakan..."

"Tahu tak apa.Tempe tak nak."

"Ishk,Min ni.Sempat bergurau."

"Oklah,Kak Kat.Min gerak dulu."

"Baik.Hati-hati."

Yasmin Hana melangkah keluar dari kedai bunga itu sambil bernyanyi kecil.Jambangan bunga kecil di tangan dihidu lagi.

"Sedapnya bau...mesti abang suka!"

Sedang asyik melayani perasaan tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang.Jambangan bunga kecil terlepas dari tangan.

"Aduh,sakitnya!"

Yasmin Hana menggosok bahunya.

"Maaf,saya tak sengaja.Saya leka dengan handphone tadi."

Yasmin Hana menoleh memandang gerangan yang melanggarnya.Jejaka itu mengorek senyum sambil bibirnya tidak lepas dari memohon maaf.Yasmin Hana turut melakukan hal yang sama.Dia juga leka dengan jambangan bunganya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Tak apa.Saya pun salah juga."

Jejaka itu tidak berkalih memandang wajah si gadis di hadapannya.Raut wajah gadis itu betul-betul membuat dirinya terpegun.Wajahnya manis dan ayu.Suaranya lembut.Orangnya juga kelihatan sopan.

"Aduh,bunga!!"

Jejaka itu yang leka merenung Yasmin Hana terkejut mendengar rintihan Yasmin Hana.Pandangannya dibawa ke arah jambangan bunga kecil yang sudah berada di tangan Yasmin Hana.Kelihatan kelopak bunga mawar bertaburan di atas lantai.Raut wajah Yasmin Hana kelihatan begitu sedih.Terdetik rasa bersalah di hati si jejaka.

"Maaf,saya dah rosakkan bunga awak.Tak apa.Saya gantikan yang baru."

"Eh,tak apa.It's ok.Lagi pun saya dah lambat nak jumpa orang."

"Alah...sekejap je.Awak tunggu.Jangan pergi mana-mana."

"Eh,tak apa.Saya..."

Belum sempat Yasmin Hana menghalang jejaka itu sudah pun masuk ke dalam kedai bunga.Jam di tangan ditelek.

"Aduh,mana pula mamat ni.Aku dah lambat ni."

Yasmin Hana menjengah kepalanya di dalam kedai.Melihat sahaja kelibat jejaka itu keluar dari kedai,cepat-cepat Yasmin Hana kembali berdiri di tempat asalnya tadi.

"Sorry lambat.Saya tunggu kakak tu gubah bunga ni untuk awak.Nah,ambillah."

Sejambak bunga mawar disua kepada Yasmin Hana.Yasmin Hana yang melihat jambangan bunga itu berkerut kening.

"Bunga ni untuk siapa?"

"Untuk awaklah.Sayakan dah rosakkan bunga awak tadi.Jadi saya gantilah balik."

Yasmin Hana melihat jambangan bunga itu seakan tidak percaya.Bunga mawar kesukaannya tu.

"Ambillah.Saya ikhlas.Saya minta maaf sekali lagi."

Yasmin Hana berkira-kira untuk mengambil jambangan bunga itu.Namun setelah didesak akhirnya Yasmin Hana mengambil juga jambangan bunga mawar itu daripada tangan jejeka tersebut.

"Terima kasih.Tapi jambangan bunga ni besar.Yang saya punya tadi kecil sahaja."

"Tak apalah.Ini hadiah tanda maaf dari saya.Awak terimalah."

"Terima kasih lagi sekali."

Tiba-tiba telefon bimbit di dalam beg tangan Yasmin Hana berbunyi.

"Maaf,sekejap ya."

Yasmin Hana mengambil telefon bimbitnya keluar dari beg tangannya sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Ya,Hana lambat sikit.Abang dah sampai rumah mami ke?"

"Dahlah sayang.Hana dekat mana tu?Cepatlah... abang rindu...."

"Ishk,abang ni.Hana pun.Kejap lagi Hana sampai.Hana dekat kedai Kak Kat ni."

"Tak habis-habis dengan bunga dialah tu."

Yasmin Hana sekadar mengorek senyuman manis.Si jejaka yang berada di hadapannya hanya memerhati tingkah Yasmin Hana.Senyuman Yasmin Hana membuatkan jantungnya berdegup laju.Dadanya dipegang menahan debaran.

Setelah beberapa ketika akhirnya panggilan ditamatkan.Yasmin Hana menyimpan semula telefon bimbitnya.

"Maaf ya.Kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu.By the way thanks for the roses."

"Tak apa.Saya ikhlas.Hati-hati."

"Ya.Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam.."

Yasmin Hana terus berlalu untuk pulang.Si jejaka hanya mampu memerhati susuk tubuh Yasmin Hana yang semakin jauh meninggalkannya.Satu keluhan halus terbit di bibir si jejaka.

"Harap kita dapat bertemu semula si gadis manis."

****************

"Wah,cantiknya!Padai abang pilih."

"Cantikkan.Tengoklah siapa yang pilih.Sayang tunggu abang tempat biasa.Kejap lagi abang gerak."

"Abang,apa.kata esok je kita jumpa.Lagi pun abangkan baru balik dari Perlis.Penat pun tak hilang lagi."

"Ala....abang oklah.Abang rindu nak jumpa tunang abang.Sejak dah start kerja ni kita jarang dapat jumpa.Abang tak sabar nak tengok sayang pakai rantai tangan ni."

"Abang nikan.... Yalah.Hati-hati drive.Jangan laju-laju."

"Ya,Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam.."

Talian dimatikan.Yasmin Hana hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Arif ke,Min?"

"Ya,mama.Siapa lagi."

"Bukan sekejap tadi mama dengar dia dah telefon?Ni video call pula."

"Mama macam tak kenal bakal menantu mama tu.Kalau boleh dua pulah empat jam dia nak bergayut dengan Min."

"Untunglah ada tunang sayang..."

Yusri yang baru pulang dari pejabat menyapa mereka.

"Lambat along balik hari ni?Bukan along half day ke?"

Yusri yang keletihan bersandar di dada sofa.

"Biasalah tadi along kena jumpa client dekat luar.Tu yang lambat.Kak long mana?"

"Kak long dekat atas tengah tidurkan Aish."

"Kalau macam tu along naik dululah."

Yusri berjalan ke arah tangga sambil tangannya sempat menggosok rambut Yasmin Hana.Terjerit Yasmin Hana kerana rambutnya rosak dibuat oleh Yusri.Mendengar jeritan Yasmin Hana membuatkan Yusri berlari naik ke tingkat atas.

Puan Zaidah yang mendengar jeritan anak perempuannya menjengah ke ruang tamu.

"Kenapa ni Min terjerit macam nampak hantu?"

"Along tu,mama.Tengok rambut Min kusut dibuatnya."

Yasmin Hana merapikan semula rambutnya.Puan Zaidah yang mendengar kata-kata Yasmin Hana hanya menggelengkan kepala.

"Malas mama layan kamu berdua ni.Dah besar panjang pun perangai macam budak-budak."

Puan Zaidah kembali semula ke dapur menyambung tugasnya yang tergendala.Yasmin Hana turut bangun dari sofa dan berlalu ke tingkat atas untuk bersiap.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya,Yasmin Hana turun ke tingkat bawah.Semua mata yang berada di ruang tamu memandang ke arahnya.

"Kenapa semua pandang Min?Kenapa?Tak pernah nampak Min cantik macam ni ke?"

Yasmin Hana sempat berseloroh.Namun raut wajah keluarganya membuatkan senyuman Yasmin Hana mati.

"Min,sini sekejap sayang."

Puan Zaidah memanggil Yasmin Hana ke ruang tamu.Yasmin Hana yang mula merasa tidak sedap hati hanya menurut.

"Ada apa ni,mama?Papa?Along,along jadikan hantar Min jumpa abang Arif?"

"Min,sini duduk dulu.Ada perkara yang papa dan mama nak cakap."

Yasmin Hana duduk di sebelah Puan Zaidah.Wajah ahli keluarganya dipandang silih berganti.

"Min,Min ok tak?"

Yasmin Hana yang mendengar pertanyaan daripada Yusra hanya berkerut kening.

"Min ok je.Ada apa ni,angah?Cuba terus-terang dengan Min.Jangan buat Min berteka-teki boleh tak?"

Tangan Yasmin Hana dicapai dan digenggam kemas.Puan Zaidah mengeluh kecil sebelum memulakan bicara.

"Min,Min dengar sini.Mama nak Min sabar dan reda.Min kena bertenang,boleh sayang?"

"Reda?Bertenang?Tapi kenapa?"

Degupan jantung Yasmin Hana semakin berdetak laju.

"Tadi mami call mama.Arif,Arif....dia..."

"Kenapa dengan abang Arif,mama?Apa dah jadi?Abang Arif ada perempuan lain ke?"

"Bukan,Arif tak ada perempuan lain.Dia sayang sangat dekat Min.Min pun tahukan."

"Kalau bukan pasal tu pasal apa?Macam nilah.Minkan nak jumpa Abang Arif kejap lagi.Jadi biar je Abang Arif yang beritahu.Along,jom kita gerak."

Yasmin Hana sudah berura-ura untuk bangun.Namun dengan pantas Yusra menahan Yasmin Hana dari bangun.

"Min,sekejap.Dengar sini baik-baik.Kami belum habis cakap lagi."

"Ok,Min dengar.Cepatlah.Nanti Abang Arif tunggu Min pula."

Puan Zaidah sedaya upaya menahan sedih.Wajahnya dipalingkan dari melihat Yasmin Hana.Kini Yusra mengambil alih tugas Puan Zaidah untuk menerangkan hal sebenar kepada Yasmin Hana.

"Min,Min tahukan ajal maut,jodoh pertemuan di tangan Allah."

Yasmin Hana hanya menganggukkan kepala.

"Min,angah nak Min tabah bila angah beritahu berita ni pada Min.Angah tahu Min kuat.Angah tak nak Min sedih.Boleh?"

"Insya Allah.Angah cakaplah.Penat tau Min tunggu dari tadi."

"Min,Arif...Arif dah tak ada.Dia kemalangan masa dalam perjalanan nak jumpa Min.Arif meninggal waktu dalam perjalanan ke hospital.Allah lebih sayangkan dia."

Bagai terhenti detak jantung Yasmin Hana.Kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Tak,angah saja je nak prank Minkan.Arif baru je call Min petang tadi.Tahniah.Angah dah buat Min macam nak percaya angah.Tapi sorry prank angah tak berjaya.Dah Min nak gerak."

Yasmin Hana sudah pun berdiri.Namun Encik Halim terlebih dulu menghalang tingkah Yasmin Hana.

"Min,apa yang angah cakap tu semuanya betul.Takkan hal macam ni kami nak buat main-main.Arif memang dah tak ada.Dia dah meninggal."

Encik Halim berkata tegas.Dia tahu anak bongsunya cuba untuk berdalih dari mempercayai kenyataan yang sebenar.

Yasmin Hana terduduk kembali.Air matanya berlinangan di pipi mulusnya.

"Tak,Abang Arif dah janji nak jumpa Min.Kenapa semua orang nak halang Min."

"Min,buat bersabar.Mama tahu Min tak boleh terima semua ni.Tapi Min kena reda."

Tiba-tiba telefon bimbit Puan Zaidah berbunyi.Tertera nama kenalannya di screen telefon bimbit.Punat hijau ditekan.Terdengar suara Puan Sarimah di talian.

"Ya,Sal.Jenazah dah sampai ke?"

"Dah.Zai,Min macam mana?"

"Macam tulah.Dia tak percaya.Dia belum boleh terima.Ni kami tengah pujuk dia."

"Tak apa.Zai bagi telefon ni pada dia.Biar Sal cakap dengan dia."

Puan Zaidah menyuakan telefon bimbitnya kepada Yasmin Hana.

"Min,mami nak cakap."

Yasmin Hana mengambil telefon bimbit di tangan Puan Zaidah.Air matanya dikesat kasar.

"Hello,mami..."

"Min...sabar ya nak.Allah lebih sayangkan Arif.Min kena reda."

"Mami....."

Yasmin Hana hilang kata-kata.Ayat apa lagi yang harus dia gunakan untuk mendustakan kebenaran.Kini sendunya semakin kuat.Telefon bimbit diserahkan semula kepada Puan Zaidah.

"Sal,bila waktu kebumian?"

"Mungkin pagi esok.Semua hal urusan jenazah pihak hospital dah uruskan."

"Sabar ya Sal.Kejap lagi kami ke sana.Salam takziah Sal."

"Yalah,Zai.Kau tengok-tengokkan Min tu.Zai tahukan mereka berdua rapat macam mana.Sal risau."

"Insya Allah Min ni kuat.Sal janganlah risau.Sal tu pun kena bersabar dan reda,ya.Sal jaga diri.Nanti kami sampai sana."

"Yalah."

Talian ditamatkan.Kini semuan mata memandang ke arah Yasmin Hana.

"Min,Min tukar baju.Kita ke hospital.Mami dan baba tengah tunggu kita."

Yasmin Hana hanya diam membisu.Air mata yang masih mengalir dibiarkan sahaja.Melihat keadaan Yasmin Hana,Yusra mengambil keputusan untuk membawa Yasmin Hana naik ke bilik untuk menyalin pakaian.Yasmin Hana hanya menurut.Mereka yang lain hanya diam membisu sambil mata mereka mengiringi langkah Yasmin Hana dan Yusra yang menuju ke arah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience