Tujuh Belas

Other Completed 44787

Cinta akhirnya ditempatkan didalam ward biasa selepas 7 jam bertarung nyawa. Apa yang menyebabkan Thariq bertambah emosi, Dia menerima Panggilan semalam dari Zaril menyatakan HyQarl ditangkap atas kes Khalwat bersama sepupunya.

Namun dia tak kisah. Kes tu lagi menguatkan Cinta dapat menuntut perceraian.

Thariq memohon cuti untuk menemani adiknya Cinta. Cuti diberikan selama dua minggu oleh Ghaffar.

Dia masih duduk merenung wajah lebam adiknya.

"Kenapa. Kenapa Love bertahan hingga Love diperlakukan macam ni." Kata Thariq lemah.

"Love dah tak sayangkan Abang dan Hilal ke? Love memang nak tinggalkan Abang dan Hilal ke?" Thariq mula teresak melihat tubuh kaku itu.

"Dulu ayah. Sekarang suami. Sungguh tragis penderitaan kau Dik." Kata Thariq.

"Abang dah cakap, Abang tak percaya dengan mereka ni. Tapi Love taknak Abang dapat susah. And now, Abang tak susah, Tapi Love yang tanggung semua." Kata Thariq lagi tak dapat nak ditahan esakan yang mula menjadi.

Dinda datang dari kamar mandi dengan membawa air dalam besen kecik dan tuala untuk membersihkan tubuh Cinta.

Dinda memegang bahu suaminya.

"Abang kuat ye." Kata Dinda.

Thariq hanya mampu membenamkan wajahnya kedalam genggaman jemarinya yang menggenggam jemari Cinta.

"Apa yang dia tahu Sayang. Dia terlalu menderita. Sejak kecil hingga sekarang, Abang gagal. Gagal menjadi pelindung buat Cinta." Tangisnya.

"Kita juga tak minta Cinta jadi macam ni. Kita terima Qada dan Qadar Allah. Mungkin lepas ni akan ada cahaya yang menyinari mendung dikehidupan Cinta." Kata Dinda memberi kata penguat pada suaminya.

Dinda mula mengelap tangan Cinta. Perlahan namun boleh dirasakan oleh Cinta kesejukan yang menjalar dari tangannya.

Dia membuka matanya perlahan. Terlihat wajah Thariq membuatkan Cinta teresak tak terbendung.

"Abang. Hiks hiks hiks hiks." Tangisnya mula membuatkan hati Dinda dan Thariq mula sebak.

"Shh.. Shh.. Love jangan nangis. Abang ada kat sini. Abang takkan lepaskan Love kembali pada Qarl lagi." kata Thariq.

"Sakit sangat. Dengan perasaan yang mula tumbuh, Namun dia perlakukan Cinta sampai macam ni." Tangis Cinta bergema.

"Ye akak dan abang tahu. Sakit rasanya bila sayang yang mula berbunga dan tumbuh mekar dikhianati hingga jadi seperti ini." Kata Dinda.

"Cinta tak sanggup. Tolonglah jauhkan Cinta dari lelaki tu." Kata Cinta.

Dia ingin memeluk Thariq namun dia merasa kesakitan dibawah perutnya.

"Awww." Cinta menahan sakit yang mula menjalar ke tubuhnya.

"Cinta jangan banyak gerak." Kata Thariq.

"Sakitnya Abang." Hingga mengalir airmata menahan rasa perih dibawah perutnya.

"Cinta kena sabar. Apa yang jadi semua Allah dah tentukan." Kata Dinda.

Cinta yang tak faham melihat wajah sedih abangnya dan juga kakak iparnya.

"Separuh rahim Love dibuang akibat rosak disebabkan oleh pukulan dari HyQarl." Thariq memberitahu perkara sebenar.

"No. Abang tipu kan. Akak, Abang tipukan." Kata Cinta meminta kepastian.

Dalam masa yang sama Layla dan Fakhrul masuk ingin melihat keadaan Cinta.

"Abang tak tipu Sayang." Thariq ingin memeluk Cinta namun Cinta menepis.

"Apa guna Cinta hidup lagi!!" Teriak Cinta.

"Jangan cakap macam tu Cinta." Dinda cuba mengawal emosi adik iparnya.

"Takde guna Cinta hidup kalau cinta tak dapat nak lahirkan Zuriat lagi." Kata Cinta menangis teresak.

"Tapi Cinta masih ada Abang, Akak dan Hilal." Kata Thariq.

"Kenapa Abang suruh doktor selamatkan Cinta. Cinta sanggup mati. Cinta tak sanggup." Kata Cinta mula mengamuk dan mencabut jarum yang ada ditangannya.

Layla membantu Thariq dan Dinda menenangkan Gadis itu.

"Shhhh. Cinta dengar kata Akak Layla." Kata Layla yang memegang kedua belah pipi Cinta.

"Ingat betul separuh dari rahim Cinta dibuang itu bermakna tak semestinya Cinta tak boleh mengandung." Kata Layla.

"Banyak cara nak dapatkan anak sekarang. Tak semestinya mesti ada rahim penuh baru boleh mengandung." Kata Layla lalu memeluk Cinta dan menenangkan Gadis itu.

"Siapa kita nak melawan takdir. Andai ini dah tertulis, Cinta harus redha. Berdosa melawan takdir Allah." Kata Layla.

"Maaf telah menyusahkan awak berdua." Kata Thariq oada Fakhrul.

"Takpe seharusnya kami berterima kasih pada adik awak sebab dah selamatkan Sarah." Kata Fakhrul membalas.

Cinta terlena didalam pelukan Layla. Walaupun Cinta bukan sesiapa namun Layla tahu dia dah terlalu menderita.

"Siapa jaga Sarah?" Tanya Dinda.

"Adik saya Luth yang jaga sekejap." Kata Layla.

Dia meletakkan kepala Cinta diatas bantal yang ada dibelakang Layla.

"Jangan main emosi mereka ni. Dan jangan tinggalkan dia dalam masa terdekat ni. Saya lihat dia seorang yang nekad." Kata Fakhrul.

Mereka berlalu selepas berbual sekejap. Thariq melihat wajah Cinta yang terlihat sembab.

"Abang balik dulu. Biar Dinda jaga Cinta." Kata Dinda meminta suaminya pulang untuk berehat.

"Tak. Abang nak disini temankan Love." Kata Thariq.

"Kalau macam tu Dinda kecafe kejap, Cari untuk Abang makan." Kata Dinda.

Thariq menarik lengan isterinya sebelum siisteri pergi.

"Terima kasih Sayang ada disaat Abang dan adik-adik Abang terpuruk." Kata Thariq.

"Abang kini Syurga Dinda, Dinda sentiasa ada bersama Abang." Kata Dinda.

Dia menapak keluar bilik dan berlalu ke Cafe.

-PEJABAT CEGAH MAKSIAT-

"Saya tak tahu. Yang saya tahu, Saya ada dekat rumah family saya." Kata HyQarl.

"Habis tu macamana awak boleh ada dekat kondo tu bersama perempuan ni. Dalam keadaan Bogel pulak tu." Tanya pegawai itu.

"Aku tak tahu dan aku tak ingat." Kata HyQarl.

"Sebaiknya kita nikahkan je mereka ni Imam." Kata seorang pegawai.

"Tak. Aku lebih rela bayar denda dari kahwin dengan perempuan ni." Kata HyQarl.

Mariana ang baru saja datang melayangkan penampar diwajah HyQarl.

"Kau dah kenapa?" Tanya HyQarl.

"Memalukan. Kau buat isteri kau hingga masuk dalam ward, dan kau buat maksiat dalam kondo tu." Kata Mariana memulakan lakonannya.

"Kau tak payah nak masuk campur." Kata HyQarl.

"Sebaiknya kau nikah dengan Syu. Kalau tak aku akan pastikan kau akan dikeluarkan dari warisan." Ugut Mariana.

Nak atau tak, HyQarl tiada pilihan, Dia terpaksa akur dengan keputusan Kakaknya daripada dia tak dapat satu sen pun harta warisan.

Petang itu juga dengan bersaksikan pegawai cegah maksiat dan kakak dan adiknya, HyQarl akhirnya sah menjadi suami kepada Puteri Syuhadah.

"Syu nak Qarl lepaskan perempuan tu." Kata Syuhadah.

"Aku takkan lepaskan Cinta." Lalu pergi meninggalkan Syuhadah disana.

Dia ingin meminta kampunan pada Cinta atas apa yang telah dilakukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience