Bab 1

Horror & Thriller Completed 4404

Atikah, Nuranis, Fathihah, Athirah, Afrina, Soaliaha dan Maisarah mempunyai kelas bahasa inggeris di perpustakaan selepas waktu rehat. Guru yang mengajar mata pelajaran tersebut ialah Cikgu Aida. Cikgu Aida adalah seorang cikgu yang sangat sibuk dengan kerjanya jadi dia selalu terpaksa meninggalkan kelas yang diajarnya untuk melaksanakan tugasnya.

Di dalam kelas yang bising itu, Mereka bertujuh mengalami kebosanan yang melampau. Mereka bertujuh diam membisu kerana tidak mempunyai topik untuk dibualkan. Atikah yang tidak selesa dengan keadaan itu mengajak rakan rakannya untuk bermain sorok sorok di dalam perpustakaan tersebut.

"Weh korang, jom main sorok sorok. Bosan do" ajak Atikah.

"Ha jom lah aku pun bosan ni." kata Fathihah yang bersetuju dengan cadangan Atikah.

Yang lain hanya mengangguk tanda setuju. Mereka sudah membuat keputusan dan sudah sebulat suara untuk menyuruh Fathihah mencari manakala yang lain menyorok. Fathihah bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience