Bab 91

Romance Completed 78329

Luqman melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan panas hatinya. Dipanggil nama Gia sekuat hatinya. Sakit hati dan panas hatinya tak dapat lagi dibendung.

Ungku Maria yang ada di dapur bergegas mendapatkan anaknya di ruang tamu. Dah kenapa pulak dengan anak aku yang sorang ni? Balik-balik je terus panggil Gia macam tu. Ada apa masalah pulak kali ni?

“Ma! Gia mana ma?!”

“Gia masuk toilet kejap tadi. Kenapa ni Luq? Ada masalah apa dengan Gia?”

“Luq dah tak boleh tahan ma! Selama ni dia tipu kita dengan kebaikan dia!”

Ungku Maria mengerutkan dahinya. Tak faham apa yang cuba disampaikan anaknya. “Apa maksud Luq?”

“Dia orang yang dah langgar Dariya mama! Dia orangnya tapi dia tak mengaku selama ni! Kononnya dia jadi victim lah apa lah! Luq bodoh ma sebab percayakan dia!!!”

Gia yang terdengar suara riuh Luqman di ruang tamu bergegas keluar dari tandas menghampiri Luqman dan Ungku Maria di ruang tamu.

“Ada apa ni? Luq? Kenapa ni?”

“Kau tanya aku kenapa?! Kali ni aku betul-betul kecewa dengan kau sebab kau tipu aku!”

“Saya tipu awak apa Luqman?’

“Ni!” Sampul surat coklat itu dibaling kepada Gia.
“Dalam ni ada bukti rakaman CCTV yang kau langgar Dariya dulu! Kau mengaku dekat aku sekarang yang kau orangnya yang langgar Dariya kan?! Kan?!”

“Ya Allah Luq…sabar Luq…jangan ikutkan
perasaan marah tu.”

“Luq tak boleh sabar lagi ma! Selama ni dia tipu kita ma kononnya dia tak bersalah tapi yang sebetulnya memang dia bersalah! Dia ni pembunuh!!! Aku memang dah syak dari dulu kau yang bunuh Dariya tapi aku jadi berlembut hati sebab apa?! Sebab kau dah berjaya yakinkan aku yang kau bukan pembunuh Dariya dan kononnya kau ni mangsa keadaan!!! Sekarang ni kau nak tipu apa lagi dengan aku Gia! Kau nak tipu aku apa lagi?! Aku benci kau!!!”

“Luq…saya…”

“Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau lagi! Cukuplah selama ni kau dah tipu aku, mama dengan ibu! Aku takkan percaya satu sen pun yang keluar dari mulut kau! Aku nak kau berambus dari hidup aku! Aku tak nak tengok muka penipu kau ni lagi! Pergi!!!” Air mata Gia dah mula banjir di pipi.

Ya Allah…hati aku tak kuat ya Allah…di saat aku mula ingin rasa bahagia, bahagia ni direntap macam tu saja.

“Luq! Benda ni kita boleh settle elok-elok. Jangan buat macam ni! Luq dengan Gia baru je kahwin.”

“Luq menyesal kahwin dengan dia!”

Bagaikan guruh berdentum dalam dirinya bila Luqman cakap dia menyesal kahwin dengannya.

“Jadi, kenapa awak nak kahwin dengan saya Luq kalau akhirnya awak halau saya keluar dari hidup awak?”

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak balas dendam je! Kau ingat aku betul-betul cintakan kau ke hah?! Cinta aku pada arwah Dariya masih lagi utuh sampai sekarang! Aku saja cakap aku cintakan kau supaya kau kahwin dengan aku then aku senang nak balas dendam dekat kau!”

Hati Gia seperti dihiris dengan pisau belati. Sakitnya memang tak terkata bila Luqman cakap macam tu. Tak percaya Luqman boleh berubah dalam sekelip mata hanya sebabkan rakaman video CCTV tu je.

“Kau tunggu apa lagi! Berambus!!!”

“Ya Allah Luqman…Gia…jangan pergi. Emosi Luqman terganggu. Mama mintak Gia jangan pergi ya?” Kesian dia melihat Gia yang dari tadinya menangis dan berdiam diri dimarahi Luqman.

“Tak apa ma…bukan sekali Gia kena macam ni dengan Luqman. Dah banyak kali dan Gia tak terkejut pun kalau satu hari nanti Luqman buat Gia macam ni lagi. Tak apa mama…mama jangan risau pasal Gia. Gia pergi kemas barang dulu,”
Gia melangkah ke arah tangga menuju ke bilik Luqman. Barang-barang yang dibawanya semalam semuanya dikemas dan diletakkan ke dalam beg bagasinya.

Zahirah pula memandang kakak iparnya dengan pandangan sayu. Kenapalah abang Luq selalu serang tanpa bertanya dulu.

“Kak Gia…” sapa Zahirah. “Kak Gia…Ira mintak maaf dengan perangai abang Luq.”

“Tak apalah Ira. Ira tak ada salah apa pun dalam hal ni. Benda ni masalah antara akak dengan abang Luq je. Mungkin jodoh akak dengan abang Luq setakat ni je. Ira jangan risau. Kalau Ira nak jumpa dengan akak ke apa, Ira call je.”

“Betul ni?”

“Betul.” Baju dan barang-barangnya sudah siap dikemas. Kunci keretanya diambil dan dia menuruni tangga ke bawah. Dia berdiri di hadapan ibu mertuanya lalu tangan itu diciumnya. Air mata masih lagi tak berhenti mengalir keluar dari kelopak matanya.

“Gia mintak maaf ibu…”

“Gia…” lemah Ungku Maria dibuatnya. Baru semalam saja mereka berkahwin dan hari ni dah bergaduh besar.

“Luq…saya mintak maaf kalau selama ni saya tipu awak. Terima kasih untuk segalanya,” Gia mengangkat beg bagasinya dan melangkah keluar dari rumah. Begnya diletak ke dalam bonet kereta.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Dia memandu keluar dari perkarangan rumah keluarga Luqman. Jarinya naik menyeka air matanya yang masih lagi tak ada tanda-tanda nak berhenti mengalir.

Dia dah buang aku dari dalam hidup dia maknanya tak ada lagi ruang untuk aku di dalam hatinya. Ingat Gia…dia dah buang kau dan mustahil untuk dia terima kau lagi. Jangan pandang ke belakang lagi Gia. Kau kena kuat.

Keretanya diparkirkan di tempat parking kawasan tanah perkuburan. Tudung selendang yang memang tersedia di dalam keretanya diambil dan dililit di kepalanya. Dia keluar dari kereta tanpa enjin kereta dimatikan dan lock pintu kereta. Dia melangkah ke kubur Dariya.

Sampai saja di depan kubur Dariya, dia melabuhkan punggungnya di atas tanah. Biarlah kotor bajunya pun. Dia tak kisah. Rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur Dariya dicabut sambil air matanya yang tadinya mengering kembali turun lebat.

I am sorry Dariya for everything that happened to your family. Saya mintak maaf sangat-sangat dan saya tak mintak pun semua ni jadi. Setahun lebih awak pergi tapi perasaan bersalah saya pada awak masih tak hilang sampai hari ni. Saya tahu saya dah buat keluarga awak dan keluarga Luqman sedih terutama sekali Luqman yang paling terkesan dengan kehilangan awak. Tapi, percayalah Dariya kalau malam tu saya boleh elak dari kejadian macam ni berlaku, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengelak tapi saya tak boleh.

Saya tak sengaja langgar awak malam tu Dariya. Saya pun tak tahu apa yang kena dengan diri saya malam tu. Tapi, result doktor cakap saya hanya kekurangan air dalam badan. Saya tak tahulah Dariya…saya buntu dan dalam masa yang sama saya tak boleh reveal the truth sebab banyak orang yang saya nak kena jaga dari ancaman Danial.

Saya tersepit di tengah-tengah Dariya. Antara family dan kebenaran. Saya betul-betul buntu waktu tu sampaikan rasa macam nak naik gila dengan diri sendiri. Sekarang, Luqman dah betul-betul bencikan saya and I deserve that. Saya tahu dalam hati Luqman masih lagi tersemat nama awak. Dia takkan pernah mampu cintakan saya macam mana dia cintakan awak dengan sepenuh hati dia. Saya tahu saya tak layak untuk dia dan saya tak sebaik awak Dariya.
Saya rela undur diri dari terus sakitkan hati dia.

Gia menangis dalam diam di kubur Dariya. Dia bertekad dalam hatinya untuk pergi dari hidup Luqman. Kalau aku stay pun tak ada gunanya. Dia akan membenci aku jugak.

LOCENG rumah ditekan. Rasa malas nak bawak keluar kunci rumah dari beg tangan. Perasaannya dah jadi tak tentu hala sekarang ni. Matanya pun dah bengkak penangan menangis lama tadi.

Pintu rumah dibuka dari dalam. Puan Aminah memandang Gia dengan pandangan pelik. Mahunya tak pelik bila tiba-tiba Gia balik ke sini sorang-sorang tanpa Luqman. Dengan mata bengkaknya lagi.

“Gia? Kenapa ni? Luqman mana?” Tak tahulah kenapa dia rasa tak sedap hati tiba-tiba.
Jangan-jangan Gia dengan Luqman bergaduh? Tapi bergaduh sebab apa?

“Gia nak masuk bilik dulu…” Gia melangkah masuk ke dalam rumah tapi sempat dihalang oleh Vitalika.

“Akak kenapa ni? Kenapa menangis sampai mata naik sembab macam ni? Tell me what happened?”

“Tak ada apa…”

Vitalika terpandangkan sampul surat coklat dipegang kakak kembarnya. Sampul surat itu dirampas dari tangan kakak kembarnya dan memerhati isi dalamnya. Ada surat yang bertulis macam dibaca oleh Luqman tadi.

“Jangan cakap CD ni…”

“Ya…dah…akak pening, sakit kepala semua cukup. Akak nak pergi rehat kejap,” Gia melangkah naik tangga ke biliknya. Malas nak bercakap dengan sapa-sapa waktu ni.

“Kristine! Bring me your laptop please! I need to see this video!” Laung Vitalika.

“Wait!” Kristine bergegas naik ke biliknya dan turun kembali dengan laptop di tangannya.

“Thank you,” laptop di on dan CD dimasukkan pada optical drive. Rakaman dimainkan.
Vitalika dan Kristine melopong besar melihat rakaman tersebut. Siapa yang hantar rakaman ni?!

“Ini mesti kerja Danial! Mesti dia suruh orang-orang dia hantar benda ni!” Geram Vitalika dibuatnya. Tak habis-habis betullah si Danial ni! Memang nak makan kaki jawabnya!

“Mesti Gia bergaduh besar dengan Luqman tadi.” Vitalika mengangguk bersetuju.

“Ya Allah…”

“Sepatutnya dari dulu kita bagitahu benda yang betul dekat kak Gia supaya kak Gia ada strong evidence untuk defend diri dia sendiri. Tak ada lah kena tuduh macam ni.”

“Betul tu…salah kita jugak Vi sebab kita rahsiakan benda ni dari dia.”

“Korang berdua rahsia apa dari aku?” Tiba-tiba suara Gia menyampuk perbualan mereka. Sejak bila pulak Gia turun ke ruang tamu?

“Errr…” Kristine dan Vitalika sama-sama memandang antara satu sama lain.

“Aku tanya ni! Korang berdua sorokkan apa dari aku?!” Dengan emosi Gia yang tak stabil sekarang ni memang cepat dia melenting.

“Akak…” Vitalika bangun dan menghampiri kakak kembarnya. “Akak tenangkan diri dulu. Vi ada benda nak bagitahu akak.”

“Bagitahu je sekarang! Tolonglah! Akak dah penat nak tanggung semua ni lagi! Cakap! Bagitahu benda yang sebenarnya!”

“Sebenarnya…kami tahu apa yang jadi dekat akak malam tu. Result doktor dulu cakap akak just kekurangan air dalam badan and so on tapi sebenarnya akak kena spike dengan ubat jenis scopolamine.”

“Hah? Scopolamine?”

“Ya…ubat tu actually diorang guna untuk cegah nausea dengan muntah from motion sickness atau anesthesia during surgery. Tapi, sebabkan ubat ni terlebih dos, jadi akak loss memory kejap haritu before akak ingat everything balik kan?”

“Ya…tapi kenapa tak bagitahu akak before this?! Kenapa nak rahsia macam ni?! Korang memang suka tengok akak macam ni eh?!”

“Tak…bukan macam tu…”

“Kalau bukan macam tu, macam mana?! Korang memang sengaja nak rahsiakan benda ni dari aku kan?! Korang ingat benda ni seronok ke hah?! Selama ni aku betul-betul fikir aku yang cuai sampai langgar Dariya! Tapi rupanya, aku dibawah pengaruh ubat!”

“Gia…sabar…”

“Kau nak suruh aku sabar macam mana lagi Kris?! Aku sakit Kris! Korang pulak simpan rahsia besar ni dari aku! Tak fair untuk aku tahu tak?! Kalau aku tahu selama ni aku tak salah, aku dah lama pergi buat report defend untuk diri aku sendiri! Sumpah tak lawak benda ni!!!” Gia menggenggam rambutnya. Emosinya mula terganggu bila satu-persatu rahsia mula terbuka.

“Mummy puncanya.” Madam Valona yang dari tadi mendiamkan diri di luar pintu terus menyampuk dan masuk ke dalam rumah bersama Jericho.

“Mummy yang tak bagi diorang bagitahu Gia sebab yelah dulu mummy terikut sangat dengan rancangan si Danial tu. Mummy mintak maaf Gia. Gia jangan marahkan Kristine, Vi dan Jericho. Mereka tak salah. Mummy yang salah. Gia salahkan mummy sorang je dan mummy janji mummy akan tebus semua kesalahan mummy.”

“Aku nak mintak maaf dekat kau jugak Gia sebab aku rahsiakan kejadian malam tu dari kau. Pasal kereta kau ditukar malam tu, aku tahu dan aku ada dekat situ.” Lagi satu kebenaran terbongkar.
Maknanya, Jericho dah tahu sebelum aku tahu kereta aku sebenarnya ada dekat gudang syarikat daddy?!

“Mummy…” tangisan yang cuba ditahan dari tadi akhirnya keluar jugak. “Kenapa…kenapa semua orang buat Gia macam ni? Kenapa mummy? Kenapa Gia dijadikan mangsa tebusan dan mangsa kepada kesalahan orang lain mummy? Gia baru nak happy dengan Luqman tapi sebab benda ni…Luqman dah buang Gia dari hidup dia. Gia tak kuat mummy…Gia tak kuat…” Gia melorot jatuh ke atas karpetnya. Penat…akhirnya segala rasa penat yang ditanggungnya selama ini dilepaskan di hadapan semua orang.

Selama ni dia cuba berlakon kuat tapi sampai satu tahap dia dah tak mampu tahan lagi. Puan Aminah menyeka air matanya. Walaupun dia tak faham apa yang dicakapkan Gia dengan Madam Valona tapi keadaan Gia sungguh menyayat hati tuanya.

“Mummy ke yang hantar rakaman tu dekat Luqman?”

“Sumpah tak! Mummy tak buat macam tu Gia! Tapi, mummy boleh agak semua ni kerja Danial!”

“Tak tahulah mummy…Gia dah penat nak tanggung kesalahan yang Gia tak sengaja buat.”

Puan Aminah mendekati Gia lalu bahu Gia dipeluknya erat. “Gia nak ibu cakap dengan Luqman pasal ni?”

“Tak payah ibu. Gia tahu macam mana sekalipun nak terang dekat dia, dia takkan boleh terima. Tak payah buang masa cakap dengan dia ibu. Di mata dia Gia tetap salah.”

“Tapi…”

“Tak apa ibu. Gia boleh handle benda ni. Pasal rumah ni tolong jangan bagitahu dia. Boleh ibu?”

Puan Aminah tak menjawab. Dia tak pasti sama ada dia boleh simpan ke tak rahsia yang satu ini. Lambat-laun Luqman kena tahu jugak pasal ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience