Bab 5

Thriller Completed 884

Keesokkannya, Wana dibawa ke bilik bedah untuk membersihkan sisa-sisa keguguran dalam rahimnya. Semasa Doktor melakukan pembersihan rahim, Wana terasa seperti sesuatu sedang memakan isi perutnya. Wana masih terasa sakit walaupun telah disuntik ubat kebas. Kerana terlalu sakit, Wana meraung kesakitan sehinggakan Doktor terpaksa memberikan ubat tidur kepada Wana. Setelah selesai mencuci rahim, Wana dikejutkan oleh Doktor dan Doktor membawa Wana masuk ke wad biasa. Keesokkan harinya, Wana mendapati dirinya lumpuh. Lan pun bertanya kepada Doktor "Doktor kenapa isteri saya menjadi lumpuh?" Doktor pun menjawab "mungkin disebabkan suntikan (suntikan untuk mencuci dalam rahim) di tulang belakang isteri encik telah bocor". Doktor sarankan supaya Wana minum kopi untuk menyembuhkan tulang belakang yang bocor tersebut. Lan telah menghubungi saudara-mara dan semua rakan-rakan terdekat dengan memberitahu keadaan Wana.

Selepas itu, saudara-mara dan rakan-rakan datang melawat Wana termasuk Wati. Wana meminta tolong Wati supaya membawa air kopi untuk Wana minum. Keesokkan harinya, Wati membawa air tersebut . Selepas Wana meminum air kopi yang dibawa Wati beberapa kali, Wana dapat bangun tetapi Wana tidak boleh bangun lama sebab Wana terasa berat dibahunya seperti ada sesuatu di atas tengkuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience