Isha bingkas bangun setelah jam menunjukkan pukul 6.35 pagi. Dia terlewat bangun lagi hari ini. Dia mencapai tuala di tingkap biliknya dan tanpa menghidupkan lampu bilik, dia berlari menuju ke bilik air yang samar-samar kelihatan itu. Tiba-tiba dia terjatuh dan merasa kesakitan di dahinya. Seperti ada cecair panas yang mengalir di dahinya itu. Ya. Darah. Ibu dan abangnya pantas masuk ke biliknya setelah mendengar seperti orang terlanggar sesuatu. “Apa bising-bising tu?” kedengaran suara ayahnya dari bilik bawah. Setelah membuka lampu bilik, kelihatan Isha sedang terbaring di lantai sambil memegang dahinya. “Ya Allah!” ucap ibunya dengan nada terkejut. Begitu juga abangnya. Mereka mengangkat Isha dan membawanya ke kerusi. Ibunya terus ke ruang tamu untuk mengambil first aid. “Isha buat apa dalam gelap ni? Sampai luka habis dahi ni!” soal abangnya cemas melihat darah semakin banyak mengalir. Kepala Isha sudah mula pening. Dalam separuh sedar dia menjelaskan apa yang berlaku. “Isya nak cepat tadi. Isya lari jelah masuk bilik air. Isya dah lambat ni nak pergi office.” balasnya dan bangun untuk ke bilik air. Abangnya pantas menariknya duduk kembali di kerusi sementara menunggu ibunya mengambil first aid. “Jangan nak degil Isya! Hari ni tak payah masuk office. Nanti abang cakap dengan Zamil.” tegas Aizal padanya. Aizal berkawan rapat dengan Zamil sejak sekolah menegah lagi. Zamil merupakan bos kepada adiknya di syarikat itu. Isya akhirnya akur dengan arahan abangnya. Aizal membawa adiknya ke klinik berhampiran dan Isya menerima tiga jahitan di dahinya. Doktor di klinik tersebut juga tersenyum menahan ketawa setelah mendengar cerita dari abangnya tentang insiden yang terjadi pagi itu. Sepanjang perjalanan pulang dia dibebel oleh abangnya. Aizal memang mengambil berat tentang adik-adiknya jika berlaku sesuatu. “Kalau cerita dekat si Izza, mesti dia ketawa.” Kata Aizal sambil diiringi tawanya. Isha hanya menjeling pada abangnya.
Isya menerima panggilan daripada Akmal setelah berita kemalangannya di bilik itu disampaikan oleh abangnya. ‘Aku dah agak mesti abang yang cerita ni. Memang nak kena Aizal Izrash ni!’ omelnya dalam hati. “I dengar you langgar bucu almari dalam bilik you sampai luka dahi tu. Betul ke? You kalau sehari tak buat I risau tak boleh ea?” soal Akmal pantas. “Er.. Aah. Tapi sikit je. Tak sakit pun” Isya cuba meredakan kerisauan Akmal. “Sikit? Tak sakit? Yeke? I dengar Abang Aizal cakap sampai merah-merah muka you tahan sakit. Tak sakit konon.” balas Akmal. ‘Abang ni memang nak kena ni! Siap la dia kejap lagi’ bisik hatinya. “So? You trust him la?” Isya bertanya. “Absalutely yes! Sebab dia reporter I! Hahaha.” Kedengaran Akmal ketawa. Dia sengaja menaikkan kemarahan gadis itu. “I trust him. He won’t betray me!” tambahnya lagi. “What ever la Akmal Iskandar!” balas Isya ringkas. “Keluar makan jom? I belanja! Lagipun I ada hal nak cakap.” nyata Akmal. “Okey! You decide the place. Nanti I pergi sendiri.” balas Isha. “It’s okey honey! I’ll pick you up. Macam biasa.” ucapnya dalam nada yang ceria. ‘Honey? First time aku dengar. Berani betul dia panggil macam tu!’ katanya dalam hati. Lelaki itu sering tampil dengan kata-kata yang tak diduga. Dia semakin resah memikirkannya. ‘Lepas ni apa lagi? Sayang? Ah! Dia betul-betul buat aku tertekan.’ Bisik hatinya lagi. Dia masih belum bersedia dengan panggilan-panggilan itu. Lamunannya dibawa pergi oleh suara Akmal. “Hello? Hello? Are you still there? Will you answer me? Hello?” Akmal mengusik. “Hello! Ya. I’m here. Sorry. Tak sedar you cakap sorang. Sorry.” jelas Isha. Akmal hanya ketawa mendengar jawapannya. Dia semakin mengenali diri Isha. “I ambik you depan rumah pukul 10 okey? You tunggu tau! Bye!” Akmal mengakhiri perbualan. Isha hanya menurut kata-katanya dan pergi bersiap-siap. Dia mengenakan blaus bewarna biru muda dan diapadankan dengan seluar slack dan shawl bewarna kelabu yang menyerlahkan lagi kecantikannya.
Isha terus keluar apabila terdengar bunyi kereta di hadapan rumahnya. Dia terus membuka pintu kereta dan duduk disebelah Akmal. Akmal memandangnya tajam. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke dahi Isha yang bertampal itu. Lama juga dia memerhati. “Teruk jugak luka you ni.”Akmal bersuara. “Sikit je ni. Tak ada apa pun. Tapi I malu keluar macam ni.” Isha membalas. “Ala. You kan pakai tudung so orang tak perasan sangat. Okey?” balas Akmal. Dia tersenyum. Isha membalas senyumannya itu. Isha tidak sedar warna pakaiannya sama dengan Akmal. Mereka sama-sama mengenakan pakaian bewarna kelabu biru. Tetapi hanya Akmal yang perasan. Senyuman yang membuatkan Isha tidak senang duduk. Isha cuba berlagak tenang dan mengalih pandangannya keluar jendela. “Cantik you pakai macam ni.” puji Akmal. Isha malu dipuji begitu. Mukanya sudah merah padam. “Ops! Sorry, sorry, sorry! Muka dia dah merah dah.” seloroh Akmal. ‘Sudah! Dia perasan muka aku dah merah! Lepas ni kena pakai bedak tebal-tebal ni!’ hatinya berbisik. “Ha? Mana ada. Er.. perkara apa yang penting sangat sampai you nak jumpa I ni?” Isha cuba mengubah topik. Ternyata Akmal terlupa seketika tentang perbualan mereka tadi. “Nanti dah sampai I bagi tahu ya honey..” ucapnya sambil memperlahankan perkataan akhirnya. Tetapi tetap terkesan pada pendengaran Isha. Dia berpura-pura tidak mendengar. Setelah sampai di sebuah restoran, mengambil tempat di bahagian penjuru yang kelihatan agak lengang. Mereka memesan makanan dan berbual kosong. Setelah makanan sampai, Isha menikmati makanan tersebut tanpa mempelawa Akmal. Dia langsung tidak sedar bahawa dirinya direnung oleh sepasang mata yang tidak berkelip memandangnya. “Berselera betul you makan.”Akmal memulakan bicara. “You tak nak makan ke? Kenyang ke tengok muka I? Ke nak I suap?” balas Isya selamba. “Kalau boleh!”sambut Akmal pantas sambil tersenyum nakal. Ternyata dia terperangkap dalam situasi yang dicipta sendiri. ‘Menyesal pulak aku tanya!’bisik hati kecilnya.”So. Back to the topic. Apa yang you nak bagi tahu I ni?” soalnya. “Bila I boleh jumpa parents you?” soal Akmal jujur. ‘Apa? Jumpa ibu dengan ayah? Nak buat apa? Kenapa tiba-tiba je? Jangan-jangan..’ hatinya berbicara. Air mukanya mula berubah. Wajahnya kelihatan cemas dan bertukar merah. Jantungnya berdegup kencang. Dia yang kelihatan tenang tadi sudah mula gelisah. Perlakuannya itu terkesan di mata Akmal. “Why? Something wrong ke? You looked panicked suddenly.” Akmal cuba bertanya. “Tak ada apa lah. Biasa je. Mana ada panik.” Isha menafikan perasaannya. “Don’t lie to me! Your face showed your feeling. You know that well right? Muka you tu dah merah. So, there must be something. Will you tell me?” soalnya lagi. Isha akhirnya bersuara. “Jumpa my parents? For what?” Isha bertanya. Kata-katanya itu disambut dengan ketawa Akmal. “Tu ke yang buat you panik dari tadi? Sampai merah-merah muka? Seriously! Kelakar lah you ni!” balas Akmal. “Ala. Saja je I nak jumpa orang tua you. Kenapa? Tak boleh? Ke you belum ready? I nak berkenalan je. Lagipun samapi bila kita nak berahsia kan.” tambahnya lagi. ‘Betul katanya. Sampai bila hendak merahsiakan hubungan kami?’ soal hatinya. Bukan dia tidak mahu memeperkenalkan Akmal kepada orang tuanya. Tetapi dia masih belum bersedia untuk membawa Akmal berjumpa dengan ayahnya. “Yup! I tak ready lagi. Maybe next time. Boleh kan?” Isha membalas. “Okey! I hormat keputusan you. I takkan paksa you.”Akmal akhirnya akur dengan jawapan itu. Setelah selesai makan, mereka menuju ke pusat beli-belah yang terdapat di bandar. Mereka menghabiskan masa bersama dengan bermain bowling. Ternyata Akmal memang handal dalam permainan itu. Lelaki itu mengagumkan Isha. “I pernah wakil bowling masa dekat U dulu!” jelas Akmal. “Patut lah terror sangat main!” Isha menambah. Akmal hanya tersenyum dan mengangkat keningnya. “Can you stop making that face?” pinta Isha. “Why? You tak suka? Or.. by any chance.. Oh! I get it.. hahaha” balas Akmal sambil ketawa. “What?”soal Isha. “You melting kan tengok I buat muka macam tu? Kan?” balas Akmal nakal. Isha pantas membalas kata-katanya dengan membuat muka tanda protes. Ketawa Akmal semakin kuat. Mereka pulang ketika matahari melabuhkan tirainya.
Share this novel