BAB 3

Crime Completed 5579

Termasuk kali ini, hampir lima kali Nur Khalisah mengganggu perbualanku apabila aku sedang bercakap. Ah, mengganggu betul. Aku melihat dia menyerahkan fail hitam kepada Iman, dan berlalu pergi.

Bagiku Nur Khalisah memang pengganggu kehidupan orang, tetapi mengapa apabila dia berlalu pergi jiwaku seolah-olah memanggilnya kembali? Adakah aku menyukainya?

Tidak mungkin. Aku tahu dia menyukai Iman. Aku dapat melihat itu daripada pandangan matanya setiap kali melihat Iman. Iman seorang yang warak, pasti sesuai dengan Lisa.

“Bro, apa kau nak cakap tadi?” Hakimi menyoalku, dia pasti ingin tahu. Aku memerhatikan manusia di sekeliling sudah ramai yang beredar. Aku mencuri tangan kiri Iman dan melihat jam tangannya.

“Aku dah terlambat untuk kelas Sir Jaafar. Nanti lain kali saja aku ceritakan,” aku cuba berdalih. Mungkin ini bukan masa yang sesuai lagi untuk menceritakan hal yang sebenar kepada mereka berdua. Aku akan mencari hari itu.

***

Aku memerhatikan Bang Joe dari atas ke bawah. Lelaki berjanggut kumis itu kelihatan tekun mengira jumlah wang di tangannya. Bang Joe merupakan orang kanan bos.

Maksudnya, kalau aku rapat dengan Bang Joe, aku akan selamat. Tetapi bukan alasan itu yang membuatkan aku dekat dengannya. Bukan. Aku juga tidak tahu kenapa Bang Joe lebih mesra denganku daripada ahli-ahli kumpulan lain yang sudah lama bekerja dengannya. Tak tahu.

“Apa terjenguk-jenguk macam hilang anak! Nak cakap, cakap sajalah!” gertak Bang Joe kasar.

Memang begitulah gaya dia bercakap, tak pernah berlembut. Bang Joe menyangka aku sedang berkira-kira untuk mengatakan sesuatu padanya. Mungkin juga. Aku mengorak langkah ke hadapan, semakin mendekati mejanya.

Aku menarik bangku merah dari bawah meja dan melabuhkan punggungku di atasnya. Mataku cuma memerhatikan tangan Bang Joe yang mengira wang dengan bersungguh-sungguh.

“Kau nak pinjam duit?” Bang Joe menjelingku sambil melepaskan asap berkepul-kepul dari bibirnya yang hitam. Aku menggeleng.

“Mahu belanja makan?” Aku geleng lagi, kali ini sambil tersengih.

“Habis tu apa yang kau nak?”

“Saja berbual dengan abang. Kalau kau tak kisah aku tanya, dulu kau kerja apa? Maksud aku, sebelum Bang Joe buat kerja-kerja begini,” aku cuma mengorek rahsia.

Ku lihat Bang Joe memasukkan wang yang sudah selesai dikira ke dalam sampul berwarna coklat dan menyimpan di dalam poketnya. Dia memandangku tajam, mungkin sudah dapat mengagak percaturanku.

Bang Joe menghulurkan kotak rokoknya di hadapanku, tandanya dia mahu berbual-bual. Aku menggeleng. Aku tak merokok. Aku pernah juga beberapa kali mencuba untuk merokok.

Kata mereka yang lain merokok mampu melegakan tekanan kita. Entahlah. Kalau aku yang merokok, kepalaku akan pening. Mungkin tidak tahan dengan bau asap rokok yang dihembus keluar melalui mulut dan hidungku sendiri.

Ku perhatikan Bang Joe mengeluarkan pemetik api dan menyalakan batang rokoknya, kemudian menghisap rokok dengan penuh selamba.

“Aku dulu salesman,” Bang Joe memulakan ceritanya. Aku memasang telinga.

“Jual produk kesihatan, rumah ke rumah. Aku bukan budak kolej macam kau, aku tak pandai. SPM aku dulu pun hancur.

Enam bulan yang pertama aku bekerja, semuanya berjalan lancar. Walaupun kadang teruk dimarahi orang sebab mengganggu di rumah mereka, aku berjaya juga mendapat hasil jualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience