19

Romance Completed 95763

Mereka mendekati seorang lelaki inggeris yang sedang berdiri bersama beberapa orang tetamu yang lain. Dari pandangan matanya, pemuda itu jauh lebih muda darinya.

"Excuse me. I'm Ikram Benjamin." Tangan dihulur. Pemuda itu menoleh ke arahnya. Mereka berjabat tangan. Kelihatannya pemuda itu mudah mesra dan peramah.

"Hi. I'm Jovian McFin. Oh, congratulation on your partnership. I...." Mereka masih dalam perbualan. Sesekali perbualan itu diselangi dengan gelak tawa.

Louis meminta izin untuk memberi ruang pada mereka berdua berbincang. Tugasnya sekarang adalah bertemu ramah bersama tetamu yang lain. Dia menapak menghampiri sekumpulan tetamu lelaki yang berkot. Belum sempat kumpulan itu dihampiri, matanya menangkap seseorang yang sedang melangkah dari pintu masuk utama Manaory Company. Gaya langkahnya saja sudah menunjukkan betapa femininnya dia. Oh, aura perempuan itu membuatkan mata-mata lain turut sama memandang ke arahnya. Dia menarik sengih. Laju saja kakinya melangkah ke arah tetamu itu.

"Wow, wow, wow! What a lucky day? Hello my beautiful, Meena Nelson!" Louis sudah mendepangkan tangannya untuk memeluk perempuan itu. Tetapi cepat saja badannya ditepis oleh Meena Nelson. Membuatkan lelaki itu beralih ke tepi. Pantang bertemu dengan perempuan berkaki panjang, hilang semua sikap lembutnya selama ini. Tiba-tiba saja muncul sifat kejantananya dihadapan perempuan itu. Dia mengekori langkah Meena Nelson menuju ke Ikram Benjamin. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan tetamu yang berada dalam kumpulan tersebut.

"Do you prefer a glass of juice, my beautiful lady?" Louis sempat berbisik disebalah telinganya. Tetapi yang ada jelingan tajam yang dia dapat. Bibirnya mencebik memandang perempuan itu. Tidak lama kemudian, matanya menangkap kelibat isteri ketuanya melangkah masuk pintu utama. Cepat saja dia membuka langkah ke arah Anggun Dahlia.

"Morning Mrs. Awal you sampai hari ini?" Riak tegang Anggun Dahlia dipandang dari tepi. Ah, perempuan itu mana pernah mempamerkan senyumnya. Berbeza sungguh dengan ketuanya, Ikram Benjamin. Macam manalah ketuanya itu boleh terpaut pada perempuan garang seperti Anggun Dahlia. Louis mempercepatkan langkahnya menyaingi Anggun Dahlia. Mereka menuju ke arah Ikram Benjamin.

"Excuse me. Err...captain..." Louis memanggil Ikram Benjamin. Jarinya terarah pada Anggun Dahlia. Ada riak terkejut pada mukanya. Seingatnya dia tiada memberitahu mahupun mengajak Anggun Dahlia ke majlis hari ini. Memandangkan perempuan itu sibuk menguruskan kafe Anggun Dahlia, mana mungkin dia mempunyai masa untuk turut sekali dalam majlis pada hari ini. Keningnya bertaut.

"Sayang. Kenapa tak bagi tahu abang nak datang ke sini?" Dia merapati Anggun Dahlia. Pandangan mata mereka bertemu. Dia mengukir senyuman buat perempuan itu. Dia masih lagi tidak percaya bahawa perempuan itu ada didepan matanya sekarang. Berbunga-bunga hatinya ketika itu.

"Come. Let me introduce you." Dia merangkul lembut belakang pinggang Anggun Dahlia. Perempuan itu hanya menurut saja. Mereka merapati sekumpulan yang sedang rancak berbual. kadang-kadang disulami gelak tawa mereka.

"Excuse me, everyone. Introduce this is my lovely wife, Anggun Dahlia." Dia memperkenalkan Anggun Dahlia kepada tetamunya. Mereka semua beralih memandang gerangan yang dimaksudkan.

Anggun Dahlia menundukkan sedikit kepalanya pada tetamu yang lain. Pandangannya jatuh pada setiap tetamu yang ada dalam kumpulan itu. Kemudian, dia memandang perempuan yang sedang berdiri disebelah Ikram Benjamin. Membuntang matanya memandang cara pemakaian perempuan itu. Taktala itu mereka bertembung pandang. Perempuan itu melemparkan segaris senyuman buatnya. Tetapi dia membalas dengan renungan tajam ke arah perempuan itu.

Dia mencebik. Sepatutnya dalam majlis yang melibatkan ramai orang-orang kelas atasan, etika pemakaian harus dijaga. Dia membandingkan pemakaian tetamu yang lain dengan perempuan itu. Dress yang dipakai pada tubuhnya terlalu seksi. Bahagian bahunya terdedah dan terdapat bukaan kecil pada belakang dressnya. Mendedahkan lagi belakang badannya. Kemudian, dia memandang ke arah kaki perempuan itu. Pada bahagian bawah dress terdapat belahan dari betis ke hujung kakinya. Tolonglah, jika mahu berpakaian seperti itu bukannya di majlis seperti ini.
Bagai tersedar dengan cara pandangan anggun dahlia, Ikram Benjamin mencuit sedikit puncak hidungnya. Dia merapatkan mukanya disebelah telinga Anggun Dahlia.

“Hey, kenapa pandang orang macam tu? Macam nak makan orang.” Ikram Benjamin mula bersuara. Dia memandang raut lembut itu. Dagu Anggun Dahlia dielus lembut. Hujung bibirnya menarik senyuman.

Pegangan tangan pada dagunya dilepaskan perlahan. Anggun Dahlia menggeleng kecil. Ah, bosannya dia rasakan pada waktu itu! Dia mahu menarik diri dari perbualan tersebut. Bukannya dia tahu pokok pangkal tujuan perbualan mereka. Ibaratnya dia sekadar tunggul kayu yang menunggu masa untuk ditebang. Dia membuka langkah menuju ke tempat makanan. Perutnya sudah mula berkeroncong. Tidak tahulah keroncong apa yang dimainkan. Mungkin keroncong emas.

“Sayang nak ke mana?” Tangannya ditarik lembut dari belakang. Dia menoleh ke arah suara lembut yang menyapa rongga pendengarannya. Mereka berbalas pandangan. Pegangan tangan masih belum dilepaskan.

“Dahlia nak pergi ambil makanan. Lapar.” Matanya dari tadi mencuri pandang pada bahagia buffet dihadapan sana. Dia menarik tangannya dari pegangan Ikram Benjamin. Tetapi pegangan itu dikemaskan semula.

“Excuse me for a while.” Sebelum meninggalkan kumpulan itu sempat dia meminta izin dari mereka yang ada disitu. Yang lain mengangguk faham. Kemudian, dia memandang ke arah Meena Nelson.

“Meena, aku pergi ke sana sekejap. Nanti aku join semula.” Seperti biasa hanya anggukan yang diberi. Perempuan itu hanya bersuara bila perlu saja.

‘Meena?’ Sebaik saja mendengar sebaris nama itu, Anggun Dahlia memusingkan badannya 90 darjah. Matanya meliar mencari empunya nama. Ya. Sudah pasti dialah orangnya. Satu-satunya perempuan yang menyertai sesi perbualan tersebut.. Renungan tajam dihadiahkan buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience