Selepas 3 jam..
Beep beeppp.. tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbitku kehabisan bateri. Elok lagi beberapa selekoh nak sampai ke kampung halaman nenek, aku terlihat susuk tubuh yang biasa aku lihat. Misi Jamilah! Ya Misi Jamilah…sedang berjalan seorang diri. Macam pelik, bagaimana Misi Jamilah boleh sampai situ. Dia naik apa, dia nak pegi mana? Tanpa aku buang masa, terus aku berhentikan kereta dan mempelawa dia naik kereta ku. Aku tak tahu kenapa dengan dia aku tak ada rasa langsung perasaan curiga atau takut. Rasa selamat je.
Nak dijadikan cerita, Misi Jamilah tiba-tiba sahaja menangis dan meraung sekuat hati ditempat sebelah pemandu. Kali ni bukan sahaja bulu roma aku tegak, segala macam bulu pun turut sama tegak. Dah kenapa Misi Jamilah ni. Kot ye pun sedih, janganlah sampai menangis macam tu. Kita kan orang Islam. Dia tiba-tiba bersuara, ‘Setiap kali aku berkawan dengan sesiapa sahaja, pasti orang itu tinggalkan aku. Aku Cuma nak berkawan!!’
Aku terdiam! Misi Jamilah bersuara lagi dan kali ini memandang tepat ke arah ku meminta simpati. ‘Faridah nak kawan dengan saya tak?’. Renungannya sangat menakutkan aku, dan tiba-tiba, Buuuummmmm…!! Kereta aku berpusing dan terlanggar pokok besar disimpang jalan kampung nenek.
Sedar-sedar aku sudah berada di sebuah klinik kecil bertemankan papa, mama, mak long dan adik bongsuku. Aku tidak mampu untuk menceritakan apa yang berlaku ke atas diriku sebelum kejadian terlanggar pokok itu berlaku. Terasa trauma dan mengerikan!!
Selepas beberapa hari emosi aku terkawal, aku mengupah penyiasat persendirian iaitu pakwa aku untuk menyiasat apa yang berlaku. So far, pakwa aku jela yang tau pasal cerita aku ni. Apa yang pakwa aku tahu menurut dari sumber yang boleh dipercayai, Misi Jamilah merupakan bekas staf di hospital tempat arwah nenek ditempatkan. Namun, dia dilaporkan hilang secara misteri dan tidak dijumpai sehingga kini. Dia merupakan jururawat yang terbaik dan disenangi ramai pesakit. Yang menghairankan staf lain dihospital itu, setiap kali ada berlaku kematian pesakit, waris pesakit tersebut seringkali bertanyakan tentang Misi Jamilah kepada mereka. Oh Misi Jamilah, tolonglah jangan muncul lagi dihadapanku..
Share this novel