Bab 62

Romance Completed 207871

"Carlos, come in" panggil Caden di intercom.

Tidak lama kedengaran bunyi pintu pejabat dibuka. Caden masih lagi menunduk meneliti fail di tangannya.

"Tengah hari ni ada metting dengan client, ikut aku. Bawa fail yang aku minta tu sekali" kata Caden.

Tetapi masih tiada balasan dari Carlos.

"Kau pakai perfume baru ke?" soal Caden pada Carlos.

"Tapi kenapa bau macam Al.." terus tegak pandangan Caden ke depan.

"Alice!" tegur Caden terkejut

"Come può essere qui? (Macam mana boleh ada di sini?)" soal Caden terkejut.

"Where Carlos?" soal Caden sambil membuang pandang ke pintu.

"Fuori, rispondi alla telefonata. (Ada di luar, jawab telefon)" balasnya.

"Perché sei venuto qui? (Kenapa datang ke sini?)" soal Caden dengan suara yang tinggi.

"Ti invitiamo a tornare in Italia. (Jemput awak balik ke Itali)" balas Alice lalu melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Caden.

Mendengus Caden tidak puas hati.

"No need. I will go by myself" balas Caden lalu menyambung semula kerjanya.

"Se non fossi venuto, non saresti venuto" (kalau saya tak datang, awak tak mungkin akan ke sana) kata Alice lalu bangun nak berjalan perlahan ke arah Caden.

"I told you before, i will come. You just wait" marah Caden.

Tidak suka apabila arahannya tidak diikuti.

Alice kemudian terus merapati Caden di sebelah kirinya lalu memaut leher Caden dan mahu menciumnya.

Pantas Caden bangun dan menolak Alice.

"What are you doing?" merah padam muka Caden.

Carlos ni pun satu, pandai-pandai buka pintu bagi perempuan ni masuk dah kenapa!

"I miss you" ucap Alice dengan lengguk menggoda.

"Huh, I don't" balas Caden.

Kaki diatur semula menghampiri Caden yang sudah pun mula bergerak ke sofa di ruang pejabatnya.

Duduk dilabuhkan dan pelipis kepala dipicit.

"Come osi.." (sampai hati..) balas Alice dengan wajah yang dibuat-dibuat sedih.

"Why you come here?" soal Caden.

Alice kemudian melabuhkan duduk disebelah Caden dan menyilangkan kaki lalu menampakkan paha yang putih. Sengaja digesel-geselkan kakinya ke betis Caden.

"What I told you before, I miss you.." jawab Alice lalu merangkul lengan Caden.

Pantas Caden menolak Alice dan bangun menuju ke meja kerjanya semula.

Serabut!

"I ask you one more time, why you come here?" tinggi suara Caden.

"What do you think, of course to take you come back with me to Italy" jawab Alice dan bangun dari sofa lalu melabuhkan duduk di bucu meja kerja Caden di sebelah kanan.

Skirt yang pendek dan terbelah itu menyerlahkan lagi pahanya yang putih apabila kaki disilangkan.

"I have told you, I will go there by myself. You dont have to come here!" marah Caden.

Wajah Alice di tepinya dipandang tajam.

"Are you mad?" soal Alice.

Jarinya yang runcing berkuku panjang itu mengelus wajah Caden di sisinya.

Laju tangan Caden menepis.

"If you say so, I must tell him to come here and take me home because you dont want to follow me" ucap Alice lalu bangun dan menuju ke arah sofa.

Tangan pantas mengambil beg tangan dan telefon bimbit diambil lalu nombor seseorang didail.

"Shit! You dont have to call him. I will go with you" merah wajah Caden menahan marah.

Alice tersenyum menang. You are mine.

Telefon disimpan semula di dalam beg tangan lalu tubuh disandarkan ke sofa.

Tiba-tiba pintu pejabat terbuka dan terjengul wajah Carlos

"Kau pergi mana?" marah Caden pada Carlos yang baru masuk.

"Aku jawab call." balas Carlos jujur.

"Tak boleh jawab dalam ni ke?" soal Caden lagi.

Carlos dah pelik, dah kenapa nak marah sangat.

"Aku takut ganggu kau kerja" balas Carlos tak bersalah.

"Kalau dah tau nak jawab call, pintu tak payah buka bagi perempuan ni masuk" marah Caden.

Pandangan yang tajam dihalakan pada Alice yang berada di sofa.

Baru Carlos teringat, Alice! Bulat mata memandang ke tempat yang sama.

Alamak, macam mana boleh lupa pulak ni.

Mati.. Silap haribulan, boleh jadi puting beliung dalam ni!

"Sorry, dia cakap nak masuk jumpa kau, nak bincang pasal masalah tu" jawab Carlos lagi.

Tidak sangka pula Caden boleh marah pasal ni.

Alice buat apa dengan Caden.

Lagi mau tanya, macam tak tau apa yang Alice tu nak. Kau ni pun Carlos..

"She shouldn't come here, you know that!" marah Caden lagi.

"Hey, who said I shouldn't come here. I'm you fiance. Don't you remember?" sampuk Alice yang berada di sofa.

"Who said, we never got engaged!" balas Caden geram.

Bila masa bertunang entah. Ish! Panas hati betullah.

"We almost, almost. If not because that stupid old man, you are my fiance now!" jerit Alice marah.

Merah wajah putih itu menahan geram.

"Watch your mouth. That old man are my father. Non essere così cattivo! (Don't be so mean!)" marah Caden.

"Dont be mad honey. Okey.. My fault. Sorry" kata Alice lalu bangun nak menghampiri Caden.

"Ti fermi proprio lì, non avvicinarti più! (You stop right there, don't come any closer!)" tegur Caden sambil tangan kirinya naik tengak ke depan.

Seram dengan tingkah Alice. Bukan boleh, biar. Nanti lain pulak yang jadi. Kalau Afrina tak apa lah.

Afrina.. Jangan dia tau pasal Alice sudah!

"Okey.. Okey.." balas Alice lalu melabuhkan duduk di kerusi hadapan Caden.

Serabut wajah Caden dengan masalah yang satu ni.

"So, when we will go back home?" soal Alice dengan mata yang bercahaya.

"Give me time to settle all this" balas Caden dengan pandangan tajam pada Alice.

"Non impiegare troppo tempo. Non vedo l'ora" (Do not take too long. I can't wait) balas Alice dengan senyuman memenuhi bibirnya yang seksi.

"Carl, kau bawa Alice ke bilik dia dan jangan sesekali bagi password bilik rehat aku pada dia. Aku tak nak Afrina tau pasal ni" kata Caden pada Carlos.

"Afrina? Who's she?" soal Alice.

"She's your wife right?" soal Alice dengan wajah yang tidak puas hati.

Hebat sangat ke perempuan tu, nak juga di jumpa.

"Oh.. So is it true that the rumors say you are married?" Alice tersenyum senget.

"Alice, let's go" ajak Carlos.

"But it's okey. You can married more than one right?" balas Alice sambil ketawa dan terus bangun mengikut Carlos dari belakang.

"Argh...!" kuat Caden menjerit dan meja didepannya di tumbuk.

Apa yang dia nak sebenarnya! Tak guna.

Nampaknya terpaksa juga Caden mengikut Alice balik ke Italy.

Dia tidak mahu sesuatu yang lebih buruk akan tiba nanti.

Siapa yang tidak kenal dengan abangnya, Enrico.

Dia perlu cepat selesaikan perkara ini.

+++

"Wei, lama tak jumpa kau, sihat ke?" soal Shira lalu tubuh sahabatnya itu dipeluk erat.

"Alhamdulillah.." jawab Intan lalu melepaskan pelukan dan menarik tangan Shira ke sofa di ruang pejabatnya.

"Rindu aku kat kau" kata Shira sebaik duduk dilabuhkan.

"Aku pun rindu jugak. Rindu pada semua, rindu pada kerja" balas Intan.

"Eh, aku nak tanya ni. Tapi kalau kau tak nak jawab pun tak apa" Shira memulakan kata.

Hm.. Macam tau je apa minah ni nak tanya.

"Betul ke kau dah kahwin?" soal Shira.

Dah agak dah..

"Kau rasa?" soal Intan pula. Sengaja main teka teki.

"Main rasa-rasa pulak. Mana aku tau, aku belum kahwin. Kau ye la dah rasa" balas Shira sambil ketawa.

"Ee.. Kau ni, otak kuning" bahu Shira ditumbuk.

Mengekek kedua-duanya ketawa.

"Jadi betul lah apa yang gosip-gosip dok bertebaran ni?" amboi ayat Shira kemain.

Ketawa Intan mendengar.

"Ye la kot" balas Intan masih sembunyi.

"Kau ni, dengan aku pun nak sorok ke?" balas Shira tak puas hati.

"Ye.. Aku dah kahwin" jawab Intan.

Besar mata Shira terkejut.

"Serius la wei!" jerit Shira.

"Kot ya pun tak payah la jerit" marah Intan.

"Tapi siapa suami kau?" soal Shira lagi.

"Yang tu kau cari sendiri. Dah, sekarang ni kau keluar, aku banyak kerja nak buat" kata Intan lalu bangun nak menarik tangan Shira supaya keluar dari pejabatnya.

Ini kalau dibiarkan. Lagi banyak soal jawab.

"Kau ni.. Cerita suka separuh-separuh!" marah Shira.

"Dah-dah, aku banyak kerja. Bye.." ucap Intan lalu tubuh Shira ditolak perlahan keluar dari pejabatnya dan pintu ditutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience