Bab 1

Short Story Series 16004

Kepak kepak kepung kepung kepak kepak kepung kepung
Selamat Pengantin Baru
Selamat berbahgia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera…

Sepasang pengantin yang baru bernikah kemarin sedang duduk diatas pelamin. Tersenyum bahagia pasangan tersebut meraikan hari bahagia mereka. Setibanya pada sesi pemotongan kek pengantin lelaki mahu menyuap pengantin perempuan tiba-tiba terdengar bunyi ketukan yang semestinya bukan bunyi kompang

"DEYNA UQASHA bangun solat subuh kau mimpi apa lagi selalunya kau yang awal bangun." kata Hazirah sambil mengetuk pintu bilik Deyna.

"Ya aku bangun dah kau pergi solat sana." Deyna tolak selimut dan bangun mahu pergi ambil air sembahyang sambil berjalan sambil mengomel "kacau la minah suku ni aku tengah syok mimpi kahwin ngn crush dia sibuk ketuk pintu. Tak boleh tegok kawan dia bahagia langsung." pintu bilik air pun ditutup oleh Deyna.

Selepas menunaikan kewajipan umat islam serta bersiap untuk pergi ke tempat kerja Deyna terus turun kebawah mencari Hazirah yang berada di dapur menyiapkan sarapan.

"Hei good morning cik terbantut lambat bangun harini mimpi apa malam tadi tak mau share ka." sambil tangannya sibuk mengacau air didalam teko.

"Hmm morning minah suku. Tak dak mimpi apa sebab sebelum tidur aku baca 3 qul dengan ayat kursi jadi syaitan tak boleh masuk." balas Deyna sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"HAHAHAH sentap sangat." balas Hazirah sambil juling mata ke atas.

Selepas habis makan serta kemas dapur mereka pon berlalu keluar untuk pergi kerja.

Ouhh yaa Lupa nak perkenalkan nama aku Deyna Uqasha Dan yang tu kawan aku Hazirah Husna, umur aku dengan dia baru 22 muda lagi ehek, aku tinggal dengan Hazirah sebab kitorang kerja sekali dekat cafe western dekat saja dengan rumah jadi sampai sini saja kot pengenalan kita.

Setibanya dicafe aku dengan Hazirah terus ke dapur sebab bidang kitorang buat air saja.

"Deyna aku dengar ada kedai baru nak buka selang beberapa kedai dari cafe kita ni."kata Hazirah sambil memakai apron dibadan.

"Mana kau tau. Laju ehh kau buat kerja." balas Deyna Sambil mata tajam melihat Hazirah yang tersengih seperti kerang busuk.

"Hehe aku ternampak ada orang ramai dekat kedai itu lepastu terus aku tanya akak Zira tu kenapa ramai dekat depan tu. Lepastu Akak cakap ada kedai baru nak buka memang la macam tu." balas Hazirah sambil mengelap cawan-cawan yang basah.

"Deyna meja 15 order air cappucino panas 4." kata Amir iaitu waiter.

"Alright Amir, kejap lagi Deyna hantar dekat meja tu." balas Deyna sambil mata sibuk mencari serbuk cappucino.

Amir hanya membalas isyarat jari kepada Deyna dan terus berlalu pergi.

Selesai meletak air diatas dulang Deyna terus menuju ke meja 15. Sampai sahaja dimeja itu Deyna terus meletakkan air dia atas meja.

"Have a good day."ucap Deyna kepada empat orang lelaki dimeja tersebut kerana itulah yang selalu disebutkan oleh pekerja-pekerja di cafe western tanda hormat kepada pelanggan.

Keempat-empat lelaki itu terus tersenyum kepada Deyna tetapi hanya seorang sahaja yang Deyna lihat kerana seseorang itu mempunyai rupa yang Deyna kenal. Deyna terus berlalu pergi.

Sampai sahaja didapur Deyna terus menghendap empat lelaki tersebut sambil berkata "Kenapa lelaki sorang tu macam aku kenal tapi siapa?" penuh tanda tanya dalam kepalanya.

"Ehh Deyna buat apa dekat sini. Terkejut akak nampak Deyna berdiri dekat sini."kata Akak Zira sambil mengurut dada kerana terkejut.

"Ehh Akak sorry buat akak terkejut pula. Deyna saja tengok sebab macam tak ramai pelanggan ja." sengih Deyna dekat Akak Zira.

"Macam-macam la kamu ni Deyna. Dah pergi masuk dapur." kata Akak Zira sambil menghalau Deyna pergi.

"Baiklahh Akak." Deyna berlalu pergi ke dapur sambil kepalanya penuh dengan muka lelaki itu.

Sampai sahaja disebelah Hazirah baru Deyna teringat sesuatu.

Deyna mengetuk kepalanya apabila dia baru teringat tentang lelaki itu.
"Ya Allah macam mana aku boleh terlupa yang tu muka crush aku yang dulu tu, Aidil Haziq." Deyna menekup mulutnya menahan senyum.

"Sabar Deyna jangan jerit,jangan jerit."ucap Deyna dalam hati sambil mengulang ayat yang sama.

"Hoi! kau dah kenapa? Sakit ke?." kata Hazirah apabila dia melihat Deyna menekup mulut. Kotlah Deyna nak muntah ke.

"Tak ada apalah. Sambung la kerja tu." balas Deyna sambil sambil memegang bahu Hazirah.

TBC

Saya masih belajar macam mana nak guna novelplus ni.

Follow,vote and comment to unlock new chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience