Tiga Puluh Tujuh

Other Completed 44787

Sebelum bergerak ke klinik Cinta menghubungi Panglima Ghaffar meminta agar namanya digugurkan dalam misi kali ni atas sebab tertentu. Namun apa yang diterimanya adalah jawapan yang akan membuatkan hati Sarah dan Suaminya kecewa.

Cinta mula terfikir, dimana kesalahannya sekarang. Hingga Sarah dan Suaminya marah padanya.

Sedangkan Luthfi tahu tugas seorang pegawai tentera.

"Kenapa ni?" Tanya Luthfi melihat wajah kecewa isterinya.

"Hmm tak payahlah keklinik." Kata Cinta akhirnya.

"Kenapa?" Tanya Luthfi lagi. Yang melihat kedepan.

"Cinta ok je ni." Kata Cinta.

"Tapi pada Abang Sayang tak ok." Kata Luthfi semula.

Sarah yang duduk diseat belakang masih merajuk dengannya.

"Sarah nak pergi mana? Papa bawak lepas ambik Mommy." Tanya Luthfi.

"Sarah taknak Mama ikut kita." Jelas Sarah.

"Takpe. Abang turunkan Cinta kat bastop depan tu. Cinta naik grab pergi Pangkalan." Putusnya. Hancur perasaannya mendengar Sarah berkata begitu.

"Kenapa Sarah cakap macam tu? Apa salah Mama?" Tanya Luthfi mulai mengawal emosinya.

"Sebab Sarah benci Mama." Jawapan yang membuatkan lagi perasaan Cinta terluka.

Namun Cinta menahan agar airmatanya tak jatuh.

"Papa tak oernah ajar Sarah bersikap macam ni. Mama pergi bukan suka suka. Dah itu tugas Mama." Marah Luthfi.

Keretanya meluncur laju dijalan raya. Luthfi melihat seketika wajah isterinya. Cinta yang sedang menghapus airmata dengan jemarinya terlihat dimatanya.

Tersepit antara sayangkan isteri dan anak saudara. Luthfi membelok keretanya masuk keruangan Airport.

"Abang pegang Rissa. Cinta nak ke toilet kejap." Kata Cinta.

"Sayang jangan lama ye." Kata Luthfi.

Cinta berlalu meninggalkan Luthfi yang berada didapam kereta menanti kepulangan Layla dan Fakhrul.

Namun bukanlah tujuannya nak pergi ketandas namun dia masuk kedalam teksi dan mengarahkan agar membawanya ke Pangkalan.

Lama Luthfi menunggu isterinya. Tidak muncul semula. Layla dan Fakhrul telah tiba dan mereka memasukkan beg mereka kedalam bonet kereta Luthfi.

"Mana Cinta?" Tanya Layla selepas masuk ke seat belakang.

Luthfi menyerahkan Rissa pada Layla dan dia menghubungi Isterinya. Namun tidak disambut.

Dia membuka whatsapp dan terlihat pesanan yang dihantar oleh isterinya.

(CINTA DAH DEKAT PANGKALAN. ABANG BAWAK MEREKA BALIK. JANGAN RISAUKAN CINTA. CINTA OK.)

Luthfi mengeluh. Perasaan yang dirasakannya bersatu. Kesihan pada Sang isteri namuntak tergamak nak memarahi Sarah.

"Mana Cinta?" Tanya Layla lagi.

"Cinta dah dekat Pangkalan." Kata Luthfi.

"Bukan Luth cakap Cinta tak sedap badan ke tadi?" Tanya Layla lagi.

"Tanya Sarah. Apa dia dah buat sampai Cinta pergi ke Pangkalan." Kata Luthfi lalu memandu keluar dari Airport.

"Apa Sarah dah buat pada Mama Cinta." Tanya Layla.

"Dia bukan Mama Sarah. Dia penipu!!" Kata Sarah.

"Kenapa Sarah cakap Mama Cinta macam tu?" Tanya Fakhrul mula menahan emosi. Begitu jua dengan Layla dan Luthfi.

"Sebab dia mungkir janji. Dia nak pergi jauh dari kita semua." Kata Sarah dalam tangisan kerana diherdik oleh Daddynya.

"Sarah, Tugas Mama Cinta menjaga Negara dari pencerobohan. Mama Cinta tak minta tau dia jadi macam ni. Tapi sebabkan sikap orang sekeling yang terlalu pentingkan diri hingga jadikan Mama Cinta seperti sekarang." Kata Layla.

"Kalau bukan sebab Mama Cinta, Mungkin Sarah dah tak lihat Mommy dan Daddy." Kata Fakhrul menambah.

"Sarah tetap benci dia. Benci benci benci!!!!" Teriak Sarah.

"Sarah!!!" Tengkung Luthfi dari arah depan.

Sarah kecut perut mendengar suara Luthfi yang garang.

Ting...

Luthfi memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dia membuka Whatsapp dari isterinya.

(ABANG, CINTA MINTA IZIN. IZINKAN CINTA PERGI MISI DISEMPADAN TU HARI NI. KEJAP LAGI CINTA NAK GERAK DAH.)

(LEPASKAN CINTA UNTUK MISI NI. CINTA HARAP ABANG IZINKAN. SEBAB CINTA TAKUT INI ADALAH MISI TERAKHIR CINTA.)

Luthfi cuba menghubungi isterinya dan tiada jawapan. Lalu dia menaip dan menghantar pada isterinya.

(ABANG IZINKAN JIKA SAYANG ABANG NI JANJI AKAN BALIK KESISI ABANG LEPAS MISI BERJAYA.)

(CINTA AKAN BALIK KESISI ABANG. ITU JANJI CINTA. SAMPAIKAN MAAF CINTA PADA SARAH. CINTA TAK MAMPU NAK TUNAIKAN JANJI CINTA.)

(ABANG NAK SAYANG TAHU, ABANG AKAN SETIA MENANTI KEPULANGAN SAYANG.)

Cinta menghantar satu gambar tiket ke Legoland pada hujung minggu ni. Serta Tiket kapal terbang pergi dan Balik ke Sabah.

(ABANG BAWAK MEREKA HIBURKAN HATI SARAH. CINTA RISAU KALAU DARAH SARAH DROP LAGI.)

Cinta menghantar Video yang dia kini menanti dilapangan bersama teamnya disisi Kapal terbang tentera.

"Cinta Sayang Abang. Cinta akan balik itu janji Cinta!!!" Teriak Cinta didalam video itu.

"Allahuakhbar." Luthfi meraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.

"Kenapa Luth?" Tanya Layla.

Luthfi menyerahkan Phone kepada Layla dan Layla membaca semua whatsapp dari adik Iparnya.

"Semoga kau berjaya Cinta dalam misi berbahaya ni. Akak doakan kalian balik membawa kejayaan." Kata Layla.

"Sarah benci Mama!!!" Sarah merenggut rantai dilehernya dan dibalingnya kedepan.

Rantai yang dibelikan Cinta satu tika dulu putus dan terjatuh didepan dashboard.

Luthfi hanya mampu memendam rasa terkilan anak saudaranya bersikap hingga macam tu sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience