(malamnya)
Iskandar duduk diam di ruang tamu.Jam sudah pun menunjukkkan pukul 1.05 pagi namun matanya masih tidak dapat dipejam.Fikirannya mula memutarkan peristiwa yang berlaku di meja makan malam tadi.
"Kak bell dah nak kahwin,"bisik Irdina namun masih didengari.
"Shh,janganlah kacau kak bell!Kak bell nak makan,"kata Irwan pula.
"Orangnya hensem.Mesra pun mesra.Sebijik macam kak bell,"kata Irdina teruja.
"Irdina,kak bell tak buat keputusan lagi tu.Jangan kacau,"pesan Nek Ma.
Nabilla menunduk malu lalu pergi ke arah sinki selepas menghabiskan nasi berlauk ikan lemak itu.Iskandar pun pergi dan dapat dia melihat Nabilla yang sedang membasuh pinggan sambil merenung ke luar tingkap.
"Basuh pinggan tengok pinggan,bukannya luar,"kata Iskandar secara tiba-tiba dan itu membuatkan Nabilla terkejut.
"Hahah,"katanya,tawar.
"Laa,haiwat?"tanya Iskandar,melihat Nabilla yang sedang menunduk itu.Nabilla hanya menggeleng.
"Takdak papa,"
"Iyaka?"
Nabilla mendiamkan diri."Hang takut ka?"
"Takdakla.Kak bell okay ja,"Iskandar memandang Nabilla yang sedang menunduk.Dia tahu benar gadis itu tidak senang.
"Apa yang hang fikir?"
"Kak bell tak tahu.Kak bell takut.Macam mana kalau dia.."
"Kak bell,biar apa pun yang berlaku,kita kena ingat kita ada Allah.Hang mohon petunjuk dari Dia.In Shaa Allah,semuanya akan baik-baik,"
"Andai kata perkahwinan kak bell roboh,paksu akan ada dengan kak bell?"
Fikirannya tersentak apabila dia mendengar sesuatu di ruang tamu.Dia pun lekas berdiri,melihat siapakah gerangan yang berada di ruang tamu tersebut.Dapat dia melihat seseorang yang sedang mengengsot berjalan ke arah sofa.
"Sapa tu?"tanya Iskandar.Tangannya mula memegang kayu yang berada di sebelah televisyen.
"Paksu,"Iskandar mengerutkan dahinya.
"Kak bell?"tanyanya.Nabilla mengangguk.Malam tadi dia mengalami haid dan inilah akibatnya apabila ubat tahan sakit tidak dimakan.
Iskandar pun pergi ke arah Nabilla dan dapatlah dia melihat Nabilla yang tidak bertudung.Terdiam dia seketika.
"Paksu.Ubat angin,"kata Nabilla.Dia tahu Iskandar akan terkejut.Tidak dia sangka Iskandar masih belum tidur.
Iskandar pun mengambil ubat angin di atas meja tersebut."Nak aku.."
"Sakit.."tidak sempat Iskandar menghabiskan ayatnya,Nabilla sudah mencelah.Iskandar menarik nafas panjang.Dia mengambil keputusan untuk mengangkat gadis itu pergi ke arah biliknya.
"Haiwat hang tak minta tolong aku?Mesej ka?"
"Sakit,"kata Nabilla,perlahan.Suaranya dikecilkan dek kerana sakit yang perlu ditahan.Iskandar terdiam.Dia memandang tepat ke arah mata Nabilla.Hatinya mula berdegup laju.Telinganya mendengar bisikan nafsu.
Dia pun memberikan minyak panas kepada Nabilla lalu lekas berlari keluar daripada bilik tersebut.Dia perlahan-lahan duduk di sofa.Berharap agar mindanya berhenti membayangkan wajah gadis itu.Malangnya nasib dia,wajah Nabilla itu segar bermain di mindanya.
"Ya Allah!"jeritnya.Cuba menahan diri daripada bisikan yang ada.
(esoknya)
Iskandar menghembus nafas lega.Selamat dia pulang ke rumahnya sendiri.Terasa kekok apabila melihat Nabilla pagi tadi.Hatinya berdegup kencang sekali!
Tiba-tiba,sebuah kereta berwarna putih datang menghampiri rumahnya.Dia mengerutkan dahinya.Adakah gerangan yang ingin dia jumpa telah pun tiba?
"Assalammualaikum,"
"Waalaikummussalam,"jawab Iskandar,tersenyum melihat bapa dan ibu mertuanya.
"Kenapa datang tak bagitahu?Kalau bagitahu tadi,boleh Is bancuh air,"
"Takpek,kami datang pun saja-saja ja,"Iskandar mengangguk perlahan.Matanya menangkap kelibat isterinya yang sudah seminggu tak jumpa.
"Tangan okay?"tanya mak mertuanya.
"Okay je mak.Mak jangan risau,"
"Mak kena risaukan menantu mak sebab anak mak sendiri tak risaukan suami dia,"kata mak mertuanya lagi sambil menjeling Natasha.Natasha membuat tidak endah.
"Tasha,suami kamu dah ada dekat sini.Kamu kena buat apa?"tanya bapa mertuanya pula.Iskandar memandang Natasha yang tidak memberikan perhatian sepenuhnya.Sempat pula Natasha menjelingnya.
"I nak minta maaf pasal apa yang I dah buat dekat you.I tak sepatutnya buat macam tu dekat you,"kata Natasha.Iskandar tersenyum sinis.
"It's okay.Sikit je.Mak,abah,masuklah dulu.Is buatkan air ye,"kata Iskandar,tersenyum.
Nabilla membetulkan jubahnya.Dia mengerutkan dahinya.Apa yang dikatakan oleh saksi sungguh tidak masuk akal!Sekejap kata itu sekejap kata ini.PENING!
"Apa yang kau serabutkan sangat ni?"tanya Ika,kawannya.
"Saksi nilah!Kejap A kejap B!Peninglah!Dari dulu sampai sekarang asyik dengar benda yang sama je!"
"Sabarlah.Mungkin.."
"Yang polis pun,susah sangat ke nak cari penderanya?Mestilah dia tinggal berdekatan je dengan si mangsa.Duit yang depe dapat pun,mesti tak cukup nak ke luar negeri,"
"Nabilla,sabarlah.Jangan cakap macam tu.Dalam kes ni,semua orang buat kerja,"
"Kerja apa?Ada poster tampal-tampal sini sana?Berita?Ada diorang buat pengumuman,ancaman ke ada?"
"Nabilla,sabar.Kerja kita just kuatkan bukti je.Tanya si mangsa,dapatkan bukti yang kukuh,"kata Ika.Tiba-tiba,telefonnya berbunyi menunjukkan panggilan masuk.
"Helo?"jawab Ika.Nabilla mengerutkan dahinya apabila melihat rakannya itu juga turut mengerutkan dahinya.
"Kenapa?"
"Diorang kata diorang dah jumpa penderanya,"kata Ika.Nabilla tersenyum lebar.AKHIRNYA!
Baru sahaja mereka ingin bergerak,tiba-tiba datang pula seorang lelaki bertopeng muka."Assalammualaikum.Nabilla ke?"tanyanya.Nabilla mengerutkan dahinya dan hanya mengangguk.
"Ada orang bagi,"
"Siapa ye?"
"Tak tahu,"Nabilla pun mengambil dan tersenyum."Bayar ke?"
"Tak,dia dah bayarkan,"
"Okay,terima kasih,"lelaki itu pun pergi.
"Uu,makanan free,"
"Setiap hari weyh,"
"WHAT?SETIAP HARI KAU DAPAT?"
"Iyee.."
"Siapa bagi?"
"Aku pun tak tahu,"
"Untungnya,"Nabilla tersenyum tawar.
"Nahlah sikit,"
"Yeay~"
Share this novel