DIA 08

Romance Completed 131781

Langkah Lara terhenti apabila melihat Hanis yang sibuk menilik dirinya di hadapan cermin. Kening diangkat dan tersenyum sinis. Lara menyandar bahunya pada pintu. Hanis langsung tidak perasan.

"Ehem ehem!" Lara berdehem.

Terkejut Hanis.

"Amboi cantik-cantik ni nak ke mana cik kak oi?" Soalnya kemudian melabuhkan punggung di atas katil Hanis.

"Nak keluar, Nazrul ajak jumpa." Riak wajah Lara berubah. Dia berpura-pura tersenyum gembira.

"Wo--Wow! Baguslah. Lagipun kau memang dah lama tak jumpa dia kan? Tapi, kenape dia tiba-tiba ajak jumpa pulak?" Ujar Lara.

Hanis angkat bahu.

"Tapi dia kata nak bincang pasal pertunangan kitaorang." Balas Hanis.

Riak wajah Lara berubah lagi.

"Oo... Okaylah aku nak masuk bilik dulu. Enjoy your day."

Lara bangun lalu keluar dari bilik Hanis. Hanis mengerutkan dahi. Apa kena dengan dia?

---

Ernie dengan perutnya yang sudah memboyot berjalan mendekati Hazzar yang sedang menantinya.

"Hazz... Kenape U tinggalkan I? Kenape U tak cari I? U tak... Sayang anak kita ke dear?" Ernie cuba menyentuh tangan Hazzar tetapi Hazzar menepis kasar.

Ernie tak terkata melihat perbuatan Hazzar.

"Kan aku dah kata aku tak pernah sentuh kau! Kenape kau masih nak kata tu anak aku. Aku tak pernah sentuh kau! Kau pekak ke tak faham bahasa?" Tengking Hazzar.

"U tak pernah sedar bila U mabuk. U pukul orang, U buat ape sekali pun U memang tak akan sedar Hazz. I kenal U." Ujar Ernie dengan nada sayu.

Hazzar merengus kasar. Wajah Ernie ditatap lama. Tiba-tiba Ernie mengeluarkan pisau sesuatu dari belakangnya. Membulat mata Hazzar melihatnya.

"Kau jangan buat kerja Ernie!" Larang Hazzar.

Ernie membuat wajah kasihan seolah-olah mengejek Hazzar.

"Kalau U tak perlukan dia, I pun tak perlukan dia. Jadi buat ape I nak simpan dia. Dia hanya akan mengusahakan I je nanti. Betul tak?" Tiba-tiba Ernie ketawa kecil dan semakin lama semakin membesar.

"Kenape kau nak korbankan budak yang tak bersalah? Aku merayu dekat kau, jangan bunuh budak tu." Soal Hazzar.

Dia cemas takut-takut Ernie akan mencacak perutnya sendiri. Ernie tersenyum sinis melihat Hazzar.

"Oh... U merayu. Merayu lagi. I suka dengar U merayu. Macam kali pertama U merayu dekat I bila U nak I jadi girlfriend U dulu."

Ernie berundur beberapa langkah. Pisau tadi naik ke awangan lalu mencacak perutnya sendiri. Ernie masih tersenyum bagaikan tiada apa-apa yang terjadi. Perutnya dicacak beberapa kali.

Darah mengalir dengan banyak sekali. Setelah puas mencacak perutnya, Ernie membaling pisau tersebut ke arah Hazzar dan Hazzar sempat mengelak.

Ernie mengangkat tangan kanannya sehingga paras mata. Matanya beralih memandang Hazzar. Tangannya diseluk ke dalam perutnya. Hazzar terpaku melihat perbuatan 'gila' Ernie.

"Kau buat ape!? Kau gila ke!?" Marah Hazzar.

"Ye memang aku gila! Sebab kau aku gila!" Ernie menarik keluar bayi dari dalam perutnya.

Ernie memegang bayi tersebut secara terbalik. Bayi tersebut menangis sekuat hati. Dengan tali pusatnya yang masih tersambung. Akibat rimas dengan tangisan bayi tersebut, tangan Ernie menampar bayi tersebut beberapa kali.

"Ernie!!" Langtang suara Hazzar menjerit.

Ernie berhenti. Matanya beralih kepada Hazzar. Ernie mendekatinya. Ernie mendekati wajah Hazzar. Hazzar menutup matanya.

"I sayang U." Hazzar membuka matanya.

Bingkas Hazzar bangun. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Matanya mengerling jam yang berada di sebelahnya. Sudah pukul 11.

"Kalau Ernie ada, sebelum pukul 8 dia dah call aku." Terus dia serabutkan lagi rambutnya.

"Apa bod*h mimpi macam tu?" Marahnya.

Tiba-tiba ada panggilan masuk. Tangannya mencapai telefon dengan malas sekali. Tanpa melihat nama si pemanggil, dia menekan butang hijau.

"Hello?" Sapanya.

Matanya yang tadi mengantuk terus menjadi cergas.

"Ikram hilang? Mana pulak dia pergi?" Soalnya.

"Manalah bonda tahu. Kalau bonda tahu takkan bonda telefon Hazz. Cari dia." Arah bondanya.

"Yelah... Nanti Hazz carilah dia. Bonda jangan risau. Ik tu dah besar pandai-pandailah dia jaga diri dia sendiri." Ujar Hazzar sambil mengorek lubang telinganya.

Hazzar menamatkan panggilan.

"Hish budak ni. Kau hilang aku jugak kena cari. Bonda ni pun satu, dia dekat bawah pun sibuk nak telefon aku. Panggil jelah." Bebelnya.

Hazzar bangun lalu menuju ke bilik mandi.

---

Hanis berlegar-legar di taman tempat dia dan Nazrul janjikan. Dari tadi dia berjalan ke sana ke sini tapi tetap nak nampak batang hidung Nazrul. Hanis berhenti duduk di atas sebuah bangku kayu.

Dia melihat ke kiri ke kanan, tetap tak ada. Akhirnya dia bertongkat dagu dan memandang ke bawah. Seorang lelaki mendekati Hanis.

"Hanis?" Panggilnya.

Segera Hanis bangun dengan menguntum senyuman manis tapi hambar. Bukan Nazrul yang menegurnya. Seorang lelaki berbadan sederhana.

"Saya kenal awak ke?" Soal Hanis.

"Saya pun tak kenal awak. Saya cuma nak sampaikan surat ni." Ujarnya sambil menghulurkan sepucuk surat.

Surat tersebut Hanis tenung lama dan anak matanya kembali memandang wajah lelaki tersebut.

"Dari siape?" Soalnya.

"Saya tak tahu nama dia, dia cuma arahkan saya untuk sampaikan surat ni?" Balas lelaki tersebut.

Hanis mengangguk kemudian mengambil surat tersebut. Sejurus selepas itu, lelaki tersebut terus beredar meninggalkan Hanis disitu. Hanis membaca kata-kata di hadapan surat.

' Untuk awak, Hanis Adawiyah '

Hanis mengerutkan kening lalu kembali duduk di bangku tersebut. Lembut sahaja tangannya membuka sampul surat tersebut. Hanis membuka surat tersebut.

Assalamualaikum Hanis,

Maaf saya cuma hantar surat. Saya tak tahu macam mana nak bersemuka dengan awak. Susahkan bila awak berhubungan dengan saya. Saya langsung tak call atau text awak. Awak rasa geram, fikir yang bukan-bukan. Tapi itu dulu Hanis, sekarang awak takkan rasa macam tu. Hanis sebelum itu saya nak minta maaf kepada awak. Saya, tak nak bertunang dengan awak. Saya tak boleh tipu perasaan saya lagi, Hanis. Saya tak cintakan awak. Saya cintakan wanita lain dan awak tak setanding dengan dia. Saya minta maaf Hanis Adawiyah, saya doakan awak akan jumpa yang lebih baik dari saya dan bahagia bersama si dia. Assalamualaikum Hanis.

Nazrul Ashraff.

"What? S*al lah mamat ni! Aku dah agak mesti ada benda yang tak kena. Tiba-tiba je dia nak jumpa." Bebel Lara.

Hanis hanya membiarkan Lara membebel. Malas dia mahu fikirkan.

"Wei! Kau boleh diam je? Dia bagi kau surat macam ni, putuskan hubungan macam tu je. Tak gentleman langsung." Sambungannya lagi.

"Biarkanlah dia. Itu kehendak dia, takkan kita nak halang pulak. Aku terima seadanya." Balas Hanis perlahan.

Lara berpura-pura menghela nafas geram mendengar ujaran Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience