BAB 9

Romance Completed 31277

Majlis perkahwinan Anas dan Fifa berlangsung penuh meriah. Mereka dihujani doa keluarga dan sahabat handai yang sangat bersyukur dengan pertemuan kedua-duanya.

"Awak, awak bangun sembahyang Subuh," tugas pertama Fifa sebagai seorang isteri adalah memastikan imamnya bangun.

"Awak panggil saya apa?" Anas tidak berpuas hati. Dia yang memang kaki usik tidak sudah menyakat Fifa.

"Abang, bangun sembahyang Subuh!"

"Terus bergegar katil kerana Anas baru sahaja melompat turun dari katil,"

Pulak, kesian laki aku. Hahahaha.

Selesai memberi salam, Anas toleh ke belakang dan menghulurkan tangan kepada isterinya. Tenang hatinya apabila melihat wajah Fifa. Betullah kata orang tak kenal maka tak cinta. Dah kenal susah pula nak lupa. Mujur dia cepat, kalau tak melepas ke tangan orang lain.

"Kenapa abang senyum?"

"Sebab abang dapat kahwin dengan sayang"

Jawapan Anas mengundang air mata Fifa.

"Hey, kenapa menangis pulak ni? Abang cakap benda yang betul. Kenapa sayang menangis?"

"Yelah, masa kita mula-mula kenal, sayang kejam pada abang. Sayang rasa berdosa,"

"Eh yang tu tak kira. Betul la tindakan sayang tu. Tak kan sayang nak bagi sesiapa je sandar tidur kat bahu sayang kan? Ingat lepas ni takde sesiapa pun yang boleh tidur kat bahu sayang tahu.

Bahu sayang, abang yang punya.

"Tok...tok...pintu diketuk."

Cepat-cepat Fifa membuka telekung dan menuju ke pintu bilik.

"Eh mama, kenapa?"

"Maaflah menganggu pengantin baru. Mama nak ajak sarapan ni. Jom turun, tak sabar mama nak makan semeja dengan menantu kesayangan mama ni,"

"Aik ma, mana boleh macam tu?"

"Apa pulak yang tak boleh"

"Kalau Fifa menantu kesayangan, Anas ni macam mana?"

"Haih kamu ni Anas! Kamu tu selamanya anak kesayangan mama dunia akhirat."

"Hey apa lagi yang you buat kat atas tu Suzana, I ni dah lapar," jerit datuk Rahim.

Lantas mereka bertiga menuruni tangga dan menuju ke meja makan.

"Kamu dah fikir nak berbulan madu kat mana Anas?"

Terus merah padam muka Fifa menahan malu. Dia teringat peristiwa semalam. Anas cuba memeluknya ketika tidur, mungkin disebabkan masih belum biasa. Anas di sikunya.

Anas juga yang teringat insiden semalam terus memegang perutnya.

"Apalah nasib dapat bini pandai kick boxing ni. Kita baru nak bermanja terus kena siku" sambil memegang tangan Fifa.

"Anas ingat nak bawak Fifa pergi Lombok. Dekat sana tenang,"

Fifa yang setuju terus tersenyum. Dia bahagia. Gembira kerana berjumpa dengan insan yang mencintainya sepenuh hati.

Menerima kekurangan dan kelebihan dirinya.Sungguh dia bersyukur kepada Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience