Bab 18

Fantasy Completed 13895

Awal pagi lagi jane sudah bangun. Dia tidak mahu terlewat untuk hari pertama dia bekerja.

"nak kejut dani ke?" jane berfikir. Haish! Dia tu mesti tengah tidur lagi. Pantas Kakinya dihalakan ke bilik sebelah.

"dani dani" tuk tuk tuk..
Tiada sahutan.

Aik tido mati ke? Baru tangannya hendak mengetuk pintu sekali lagi, namanya dipanggil dari belakang.

"jane!"

Pantas gadis itu menoleh. Eh? Dah bangun.

Dani yang sedang memegang cangkul tersengih memandang jane. "baru bangun ke?"

Jane mengecilkan matanya. "aku bangun awal okay" pintasnya.

Dani ketawa. "okla kak jane. Saya nak pergi letak cangkul ni jap.

Jane mengekori langkah dani.

" eh akak ikut ni dah kenapa? Pergi masuk sana lah" halau lelaki itu sambil memuncungkan bibir ke arah rumah banglo.

Cis budak ni halau aku. "yela!"
___________

Jane menolak pintu hadapannya perlahan-lahan. Takut sebenarnya. Matanya memandang segenap ruangan di kawasan itu.

"yang kau berdiri kat situ lagi kenapa?"

Haish! Pantas jane menoleh ke arah suara yang menegurnya. Si kerdil!

Si kerdil menggelengkan kepala. Itu pun terkejut ke? "baiklah. Mulai hari ni kerja kau sebagai pembantu rumah. Kerja kau hanya mengemas. Kemas ruangan bawah sahaja! Jangan naik ke tingkat atas kecuali di suruh. Faham?"

"tapi.. Siapa yang masak nanti?"

"ade lagi sorang pembantu rumah. Kejap lagi dia datang" ujar si kerdil. Matanya seperti biasa merenung tajam ke arah jane.

Clak... Pintu di buka agak besar. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandang si kerdil.

Mata jane terbuka besar memandang manusia di hadapannya. Sarah?!

Sarah memandang jane tidak percaya. Perempuan ni? Apa pula yang dia buat dekat sini?! Terus mati senyuman di wajahnya.

"hai.." tegur jane.

"si kerdil.. Aku masuk dapur dulu" ujar sarah meminta diri tanpa mempedulikan jane.

Si kerdil hanya mengangguk. "hei budak" panggil lelaki kerdil itu lagi.

"err ye?"

"kat dalam rumah ni, ade puan besar dan tuan muda. Tapi tuan muda tak ada jadi aku tak nak kau masuk bilik sesiapa sesuka hati faham?"

Jane mengangguk lagi.

"dah pergi buat kerja"

Jane tersenyum. Baiklah kerja pada hari pertama. Jom!
_________________

Tepat pukul 9 baru kerja gadis itu selesai. Berpeluh jugalah nak mengemas sebab kawasan  rumah ni terlalu besar. Nasib baik tak suruh kemas tingkat atas.

Dani buat apa eh sekarang? Jane melangkah keluar dari rumah. Sengaja nak tengok apa yang lelaki itu buat.

"mana dani ni?" puas gadis itu cari namun tidak nampak batang hidung dani pun.

Kakinya melangkah menuju ke pintu belakang yang terbuka luas. Tempat sarah. Sarah.. Em.. Dia marah dengan aku ke?

Kepala jane mengintai dari pintu dapur. Apa?! Kelihatan dani sedang seronok makan sambil berbual bersama sarah.

"hai.." jane menegur.

"hei kak jane. Meh sini" dani yang sedang makan memanggil.

"eh tak apa la"

Wajah sarah terus berubah masam. Sibuklah perempuan ni!

"akak!" pantas dani bangun dan menarik tangan jane yang masih berselindung dari balik pintu.

"hei dani!"

"jom makan. Kak sarah ni baik betul tau kak jane. Dia bagi dani makan. Sedap" ujar dani kebudak budakkan.

"er.. Hai sarah.." jane menundukkan kepala. Gadis itu mengambil tempat di sebelah Dani.

"kau nak makan ke?" tanya sarah dengan suara mendatar.

Hah? Eh tak apa. Jane pantas menggeleng.

Sarah terus bangun dan mengambil makanan dari dalam periuk yang baru sahaja dia masak.
"kalau kau nak makan datang dapur. Si kerdil kata korang boleh makan kat sini"

Jane mengangguk. "terima kasih" perlahan-lahan makanan di sudu ke mulutnya.

"kak jane, macam mana kerja? Seronok?" ujar dani sambil tersengih.

"seronok" balas jane ringkas.

Sarah memerhatikan tingkah laku jane dan dani. Asal rapat semacam je ni..  Timbul rasa cemburu di hati gadis itu. Dia tahu umur dani muda setahun darinya tapi kenapa lelaki itu terlalu mesra dengan jane? Sarah memandang wajah dani lama. Tampan... Wajah lelaki itu jelas menunjukkan kematangan walaupun sifatnya agak kebudakkan.

"akak jane.. Akak tak ada keluarga ke? Hari tu masa saya datang rumah akak tak ada orang pon" tanya dani sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.

"tak. mak dan ayah aku dah mati. Tapi Aku ada sorang bapak tiri.. Dia. ."

"aah mak bapak kandung dia memang dah mati tapi kau nak tahu sebab apa dani? Sebab bapak tiri si jane ni yang bunuh" pintas sarah pula.

Hah? "betul ke jane?" tanya dani menginginkan kepastian. Kesiannya..

Perlahan-lahan jane mengangguk. "sekarang aku tak tahu mana bapak tiri aku pergi"

Dani mengusap bahu gadis itu perlahan seolah memberi semangat kepadanya.

Mata sarah rasa nak tersembul keluar. Geramnya aku!  Semua lelaki yang aku minat perempuan ni nak sapu. "oh ye jane.. Kau bukan dengan kai ke? Mana kai sekarang?" ambik kau perempuan!

Huk huk.. Jane terus tersedak sebaik sahaja Sarah menyebut nama 'kai'.

Dani mengerutkan dahi. "siapa kai?" mata merenung wajah jane meminta jawapan.

"hah.. Kalau kau nak tahu. Dulu kat sekolah diaorang ni bercinta. Tapi sekarang entahlah" ujar sarah selamba. Lantas gadis itu bangun menuju ke ruang tamu. Hahaha padan muka kau jane!

Masa bila pula kitaorang bercinta? Wajah jane berubah. Berani betul sarah ni menipu!

"kak jane! Siapa kai?" soal dani dengan nada tegas. Pakwe jane ke?

"tak ada siapala dani. Dah aku nak sambung kerja dulu" ujar jane lalu bangun meninggalkan lelaki itu.

Terus mati selera makannya. Dani membasuh tangan dan keluar. Aku tetap nak tahu siapa kai!
____________

Sejak sarapan pagi tadi hingga senja jane tidak nampak batang hidung dani. Entah ke mana budak tu pergi dia pun tak tahu.

Jane baring di atas katil yang agak empuk di biliknya untuk merehatkan badan. Perlahan-lahan matanya ditutup.

Tuk tuk tuk..

Aduh! Sekarang juga la kau nak ketuk! Jane merungut. Aku baru nak lelap sekejap. Gadis itu bangun dan membuka pintu luas.

Tersembul wajah dani yang sedang tersengih memandang gadis itu. "hai akak"

"kau nak apa? Aku baru nak rehat" ujar jane malas sambil memeluk tubuh.

Dengan selamba lelaki itu masuk dan duduk bersila di atas katil. Tercengang jane melihatnya.
"hoi. Ni bilik perempuan la dani. Tak manis la kalau orang nampak" 

"tapi orang tak nampak kan? Meh sini jap kak. Saya nak tanya sesuatu" balas dani sambil tangannya menepuk tilam menyuruh jane duduk di situ.

Haih. Gadis itu mengalah. Dibiarkan pintu terbuka luas, takut apa apa jadi kang lagi susah, bukan boleh percaya si dani ni.

"apa benda?"

"saya tanya akak kena jujur tau."

"yela apa dia cepat sikit aku penat ni" balas jane malas. Macam macam la budak ni.

"siapa kai?"

Jane menepuk dahi. Tak habis lagi ke pasal kai.
"asal kau sibuk sangat ni dani? Kalau aku bagitahu kau bukannya kenal pon"

"bagi jela tahu.. Akak bercinta dengan dia ke?" ujar dani serkap jarang.

"cinta? Dia tak suka aku la dani. Kau jangan dengar sangat cakap si sarah tu."

"habistu akak suka dia la ni?" tembak dani lagi.
Matanya merenung mata gadis di sebelahnya.

Jane tersentak. Suka? "entahlah"

"jane.. Kau ade jumpa dengan kai ke baru baru ni?" tanya dani dengan nada yang agak berbeza.

Hah perangai pelik dia datang lagi. "dani kau ni buat aku seram la"

"jane kalau dia tak suka kau, aku ada dengan kau.." ujar dani perlahan. Redup matanya memandang wajah jane.

Jane terkebil kebil. Hah? Apa dia? Apa yang budak ni merepek. "kau ni okay ke tak?" gadis itu menjarakkan diri.

"hahahah ok la kak jane saya keluar dulu tau bye" ujar dani sambil tersengih. Lelaki itu bangun dan keluar setelah menutup pintu.

Kenapa dengan dani ni sebenarnya? Jane menggaru kepalanya. Baik aku tanya makcik tina esok.
_____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience