BAB 30

Humor Completed 78146

SELEPAS makan malam bersama ahli keluarga yang lain,Aisyah masuk ke bilik terlebih dahulu.Tu pun setelah berbual panjang dengan Adella.

Adella yang dahulunya sombong kini lebih mesra melayan Aisyah sebagai adik iparnya.Malah dia berterima kasih banyak pada Aisyah kerana telah menolongnya mendapatkan anak angkat.

Alangkah bahagianya kalau mummy juga seperti Adella.Boleh terima Aisyah seadanya.Tapi semua tu mustahil sebab sesebuah perkahwinan tak akan bahagia tanpa restu dari kedua ibubapa.Adam kena faham yang itu.

Tadi pun mummy makan dalam bilik.Puas Adella pujuk ajak makan di meja besar tapi mummy berkeras.Kesudahannya Aidil masuk suapkan mummy dalam bilik.Mummy merajuk sebab Adella kini mula sukakan Aisyah.

Aisyah bentangkan comfoter yang telah dilipat dua.Badan dah rasa lenguh sebab dari sampai siang tadi dia belum dapat merehatkan badan.Lega dapat meregangkan otot-otot.Tudung masih dikepala pun tak sempat nak cabut.Bila kepala cecah bantal macam magic saja mata automatik terpejam.

Rasa baru sahaja dia pejamkan mata.Terasa seperti terapung di awangan.Tak larat Aisyah nak buka mata.Sepasang tangan menarik tudung Aisyah.Aisyah tidak membantah.Matanya berat sekali nak buka.

Adam tersenyum kecil.Pemandangan indah mahkota seorang isteri buat suami.Pandai Aisyah sembunyikan.Hingga baru sekarang Adam berjaya mendekati.Rambut Aisyah yang hitam pekat dibelainya lembut.

Sengaja dia tiup perlahan telinga Aisyah.Aisyah mengeliat kegelian sambil menolak dada Adam yang disangka bantal.

"Jangan kacau.Saya nak tidur..."dengan mata yang masih tertutup rapat.

Adam terus rapatkan badannya pada Aisyah.Kepala Aisyah di tarik dengan cermat ke atas lengannya.

Pertama kali tidur Adam begitu nyenyak sekali.Bibir tak henti-henti bersyukur.Di beri peluang mendekati Aisyah.Hidung turut menyedut haruman dari rambut Aisyah.Wangi.Tangan kiri di letakkan atas perut Aisyah.Aisyah memang tak sedar dah.Perlahan Adam mengusap perut Aisyah yang masih kempis.

Adam dah pasang niat.Siap dengan doa lagi.Dalam kesamaran lampu tidur Adam ukir senyuman kebahagiaan.Harap doa nya di makbulkan suatu hari nanti.

Aisyah terjaga bila terasa sepasang tangan memeluknya erat.Kepala Aisyah pula elok letak di dada Adam.

Perlahan Aisyah tolak tangan Adam yang melingkari pinggangnya sambil matanya memerhati ke muka Adam.Bimbang Adam terjaga.Dah hampir nak lerai,tangan Adam bergerak-gerak.Aisyah berpura-pura pejamkan mata.

Mata dibuka sedikit melihat Adam yang kembali tidak bergerak.Perlahan diturunkan kepalanya dari dada Adam.Sambil badan digerakkan menjauhi tubuh Adam.Lega bila Adam masih tak sedar.Cepat saja kaki Aisyah turun dari katil.

Baru beberapa langkah nak capai tuala,tubuh Aisyah dipeluk dari arah belakang.Terkejut Aisyah.Siapa lagi kalau bukan Adam.

Aisyah usaha untuk melepaskan diri tapi makin erat Adam peluk.

"Morning sayang.."ucap Adam sambil meletakkan kepalanya atas bahu Aisyah.

Pipi Aisyah dicium sekilas.

"Boleh lepas tak?saya nak pergi mandi ni.Subuh dah masuk."rayu Aisyah sambil tangan cuba leraikan ikatan tangan Adam di pinggangnya

"Abang tak dengar sayang cakap apa.Cuba ulang sekali lagi."usik Adam.

"Awak jangan peluk boleh tak?saya tak mandi lagi ni."separuh merayu dah suara Aisyah.

"Kalau abang tak nak lepas macam mana?"sengaja Adam mengusik lagi.

"Lepaslah.Nanti lambat nak solat ni.."

"Baik abang boleh lepas tapi dengan satu syarat."Terus Adam pusingkan tubuh Aisyah menghadap mukanya.

"Syaratnya sayang kena...."sambil jari menunjuk ke pipi kanannya.

Aisyah bulatkan mata sambil menggeleng laju.

"Kalau sayang tak nak yang tu.Kita mandi sama-sama."

Aisyah besarkan mata.Adam ni merepek pagi-pagi.

Aisyah geleng lagi.

"Sayang pilih yang mana satu.Abang okay saja kalau sayang pilih yang nombor dua."Adam gelak.Lucu tengok muka Aisyah yang bertukar warna.

"Awak jangan macam-macam saya jerit nanti."ugut Aisyah pula.

"Jerit saja lah.Kat atas ni tak ada siapa nak dengar.Kalau sayang jerit abang terus tarik naik atas katil tu."sambil dikerling ke arah katil.

Lupa pula Aisyah.Bilik mereka di tingkat tiga.Memang tak ada siapa di situ.Yang lain di tingkat dua.

"Awak lepaslah.Saya solat sekejap.Lepas tu kita sambung balik."Aisyah sengaja berkata begitu.Padahal dia nak lepaskan diri saja.

Adam senyum.Matanya bersinar.Tak percaya Aisyah akan cakap begitu.

"Baik.Sekejap lagi kita sambung balik.Sekarang jom kita solat dulu."Adam senyum leret sambil mata lirik ke arah jam.Solat kena utamakan dulu.

Lega Aisyah berjaya lepaskan diri.Masa solat tadi memang Adam imamkan dia.Tapi lepas salam tangan Adam berdesup Aisyah keluar dari bilik.Masa tu Adam masuk ke bilik air .Sekali lagi Aisyah terlepas.

Aisyah cuba sibukkan diri.Nasib dia ada bawa baju kotor turun sekali.Sementara menunggu mesin basuh siap mendobi,Aisyah duduk di ruang dapur membantu bibik memasak.Adam tak bagi bibik basuh atau sidai bajunya terapi dia nak Aisyah yang buat.Nak bagi Aisyah pahala katanya.Aisyah ikutkan saja.Memang itu sepatutnya tugas Aisyah kan.

Mencuka saja wajah Adam waktu makan tengahari tadi.Aisyah buat-buat tak nampak.Malas dia nak ikut kehendak Adam.Nanti entah apa-apa lagi yang Adam minta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience