Pengenalan kepada Pelajar 2 Bestari

Adventure Series 173

Sebelum memulakan kisah ini, kita perlu mengenali terlebih dahulu pelajar di dalam kelas 2 Bestari.

1)Saizo
-Ketua Tingkatan 2 Bestari yang fikirannya seperti budak-budak. Dia hanya ingin membuat orang lain tertawa dengan sifat lucunya.

2)Fauzan
-Seorang yang gemar mengganggu orang lain.

3)Amin
-Seorang yang mudah putus asa dan cepat merajuk. Tidak suka diganggu.

4)Kishen
-Seorang pelajar yang agak lambat pemikirannya dan mengambil masa untuk memahami sesebuah topik yang dibincangkan. Sering menjadi mangsa kepada Nash, Fauzan dan Noel.

5)Mi 9
-Seorang yang menjengkelkan. Sering membawa masalah tiap kali dia muncul.

6)Nash
-Seorang yang nakal dengan latar belakang yang amat menyusahkan. Mengagumi seorang wira yang bernama Zaitama

7)Kimie
-Seorang yang sering memberi semangat kepada rakan sepasukannya.

8)Zaim
-Seorang yang pintar dalam membina ayat dengan tujuan untuk menipu dan sebagainya.

9)Azri
-Seorang yang gemar bergurau tetapi sering menjadi bahan gurauan.

10)Noel
-Seorang yang suka mengganggu pelajar lain dan juga gemar memikat gadis yang menawan hatinya.

11)Daniel
-Seorang pelajar yang biasa, tanpa apa-apa sifat istimewa.

12)Iman
-Seorang rakan yang boleh dipercayai dan mudah untuk bergaul dengannya. Sentiasa menyokong dari belakang.

13)Ikmal
-Penggemar menonton anime.

14)Jia Sheng
-Seorang pelajar berbangsa Cina yang fasih berbahasa Jepun.

15)Jaanardthan
-Seorang yang baik hati dan sering membantu di kala ada masalah.

16)Amira
-Seorang ulat buku yang pendiam dan hanya bertemankan buku sepanjang masa.

17)Hidayah
-Seorang peminat fanatik K-POP sehingga segala jenis lagu yang dinyanyikan oleh artis K-POP dia hafal.

18)Balqis
-Seorang yang berpegang pada peraturan dan undang-undang di mana sahaja dia berada.

19)Min Chi
-Seorang yang pintar membuat keputusan yang tepat.

20)Hau Yee
-Seorang yang lemah lembut dan mesra dengan rakan-rakannya. Dia akan menjaga segala tata tertib dengan sempurnanya.

21)Jasslene
-Seorang yang mahir bermain ukulele.

22)Pashwinny
-Seorang yang bersifat keibuan dengan caranya yang tersendiri

23)Thurgashini
-Seorang yang berpendirian teguh serta gemar berkongsi maklumat dengan rakan-rakannya.

24)Kuganeswaari
-Seorang yang cintakan sesuatu yang comel. Itulah sebabnya dia seorang yang mesra dengan semua orang.

25)Salnia
-Seorang yang mesra dan gemar bergurau dengan rakan-rakannya.

26)Natasya
-Seorang yang ceria. Jarang bersedih di hadapan orang lain. Menyimpan rasa sedih di dalam hatinya. Bergurau untuk menghilangkan stresnya.

27)Izzah
-Seorang yang setia dan berpegangan teguh pada agama.

28)Eva
-Seorang yang juga merupakan peminat fanatik K-POP. Gemar menari. Muka manisnya mampu membuat orang lain terpikat.

29)Nuha
-Seorang yang baik hati dan sering menjadi orang tengah yang menghentikan pergaduhan.

30)Umairah
-Seorang yang pemarah jika diganggu. Tetapi di dalam hatinya, mempunyai hsti yang penyayang.

31)Anis
-Seorang yang pemalu jika berhadapan orang yang lebih hebat daripadanya.

32)Shafeeqa
-Seorang yang bersifat matang dan keibuan. Menjadi garang ketika menasihati orang lain.

33)Mizan
-Seorang yang sopan dan berfikiran terbuka. Merupakan anak seorang guru di sekolah tersebut.

34)Puan Hasniza
-Seorang guru kelas 2 Bestari yang pertama. Mempunyai masalah kaki yang tidak akan pulih. Walaupun beliau sudah berhenti daripada menjadi Guru Kelas, beliau sentiasa memerhati keadaan kelas 2 Bestari dari jauh

35)Puan Rohayati
-Guru Kelas 2 Bestari yang baharu selepas Puan Hasniza berhenti. Menjadi titik permulaan yang besar kepada pengembaraan 2 Bestari dan ingin mengubah masa depan anak muridnya terutama sekali, Saizo.

Itulah watak-watak utama yang terdapat di dalam siri ini. Masih ada ramai lagi watak yang akan muncul dan kisah ini bukan hanya sebuah kisah tentang persekolahan. Ini merupakan kisah tentang masa hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience