H19

Crime Series 45700

Malam itu seusai membersihkan diri, Ezhar masih berada dibiliknya. Mentelah pakaiannya masih disitu.

Kain pelekat berkotak serta T-shirt berwarna kelabu polos disauk kebadan.

Mata melirik kepada Karsyad yang sudah berpulas tidur di tilam miliknya.

3 minggu sebelum perkahwinan Ezhar dan Dafika, anak lelaki itu sudah dipujuk untuk tidur berseorang tanpa Ibunya. Lagipun sudah tentu Ezhar akan berada dibilik Dafika selepas ini.


Errggh.
Memikirkan yang dia bakal tidur bersama Dafika, terus abdomen Ezhar merasa sebu. Bermacam perkara difikirkan.

Ezhar digelar sebagai Mamat cekaroi a.k.a mat tebu pahit, mat pit, mat ganja, kepala dajal! Tapi sebenarnya dia lemah untuk berada disisi wanita.

Apa yang berlaku 7 tahun lalu, adalah tindakan separuh sedar. Dan bukan kehendak Ezhar sepenuhnya.


Jadi malam ni harus kah di teguk arak semata-mata nak buang sifat malu bersama perempuan?

Ah! kau jangan jadi bodoh Har! Benda haram macam tu bukan penyelesai masalah. Kerana arak lah, hidup Ezhar merana.


Gulungan pelikat dikemaskan di pinggang kentalnya. liur diteguk sebentar sebelum Ezhar melangkah keluar dari bilik dan menuju ke bilik Dafika.

Mujur tiada sanak saudara yang duduk di rumah ni selepas majlis berakhir siang tadi.

Tan Sri Iskandar juga baru sahaja pulang taktala Ezreen memujuknya untuk balik ke bandar.

Walhal Ezhar tahu kenapa Ezreen beria-ria nak balik seusai majlis berakhir.

Tok! Tok! Tok!

Daun pintu bilik Dafika Ezhar ketuk walaupun masih teragak-agak.

Sreek..

Sebentar kemudian, pintu dibuka dan tersembul wajah Dafika dengan tudung segitiga yang masih membalut kepalanya.

"Boleh aku masuk?"

Eh eh berhemah nya Ezhar tanya soalan?


Dafika senyum segaris, kepala diangguk sekali sebelum langkahnya menapak kebelakang dan memberi ruang untuk Ezhar masuk.


Bila sepenuhnya tubuh mereka didalam, perlahan pintu kamar ditutup kembali.


Dafika membuka tudungnya dan menyangkut di paku dinding. Serta-merta rambut hitamnya mengurai jatuh menampar belakang wanita itu.


Glup!
Baru sesaat masuk, Dafika dah mula mengoda aku?
Ah! alunan rambut wanita itu sahaja dah cukup membuatkan tubuh Ezhar kaku memandang isterinya.


Dulu rambut itu sering ditatap hingga membuatkan dia muak dan langsung tiada perasaan. Namun semenjak Dafika memakai tudung, entah kenapa hati Ezhar membuak untuk melihat helaian rambut itu.


Benarlah aurat itu menutupi keindahan makhluk.

"Err.. awak nak minum dulu ke? Saya ambik kan.."


"Takpe Fika, aku tak haus.."

"Err.."

Dafika melabuhkan punggung dibirai katil.

Jantungnya dah rasa macam empangan yang bakal nak pecah. Lajunya sehingga rasa senak di epigastrik.


Ezhar turut melangkah perlahan seraya duduk sebelah wanita itu.
Wajah Dafika yang tunduk dipandang.


Perlahan, dagu kecil Dafika diangkat dengan jarinya sehingga mata mereka bertemu.

Malam ni baru Ezhar perasan bola mata Dafika yang sedikit coklat dan besar menyebabkan kelopak matanya menjadi bulat. Sungguh cantik.


Pandangan Ezhar jatuh pada hidung kecil Dafika yang sedikit rendah di tengah mata, namun tinggi dan tajam dihujung. Indahnya..


Sekali lagi lirikan Ezhar sampai ke bawah, bibir Dafika yang agak kecil tertapi tebal diulas bawah, menyebabkan liur Ezhar kembali tersangkut.

Bibir nipisnya dibasahkan sebentar. Benak hatinya terasa ingin menakluk ulas bibir Dafika.

"Har.."


Ulas bibir Dafika terbuka ketika menyebut nama Ezhar menyebabkan dia mengangkat wajah dan kembali merenung anak mata bulat milik Dafika.

"Err.. saya belum bersedia.."


Liur yang tersangkut tadi, Ezhar telan dengan rakus. Masih keliru dengan ayat Dafika.

"Maaf Har... saya belum bersedia untuk bersama awak"


Kali kedua penerangan Dafika, baru lah Ezhar melepaskan jemari di dagu wanita itu, kepala diangguk sekali.


"Fika.. kau masih trauma atas apa yang aku lakukan pada kau dulu?"

Teka Ezhar setelah agak lama mereka membekukan diri.


Ye Har... saya trauma, Seluruh tubuh saya sakit ketika saya dipaksa. Maruah saya diragut ketika saya belum bersedia. Trauma itu membuatkan saya takut untuk bersama dengan lelaki lagi.

Hati Dafika menyumpah. Soalan Ezhar dibiar tanpa jawapan.

"Aku faham... Aku yang buat kau jadi macam ni, Takpe lah.. Kau ambik je la berapa lama masa yang kau nak. Aku takkan paksa."

Merajuk?
Ah! giler Ezhar tak merajuk. Sedang urat sarafnya berdiri, tiba-tiba Dafika menolak. Boleh sakit kepala ni!

Sabar Har...

"Maafkan saya."


Mata sayu Dafika, Ezhar titip. Lantas dia mengukir senyum.

"Tidur lah, aku tahu kau penat. Aku masuk kebilik aku semula."

Ezhar bangun dan mula untuk membuka langkah, namun terhenti ketika lengannya disauk oleh jemari kecil Dafika.

"Har... tidur lah kat sini, takut Wan dengan Atok perasan."


Tidur sekatil? Tanpa lakukan apa-apa?
Nak ke Ezhar setuju?

"Hrmm.."

Akhirnya Ezhar mengangguk kepala.

Dafika naik ke atas katil sebelum melabuhkan kepalanya dibantal, selimut nipis ditarik menutupi sebahagian tubuh sebelum dia mengiring membelakangi Ezhar.


Sekali lagi katil bergegar ketika Ezhar turut membaringkan diri. Keluhan ingin dilepaskan namun tersangkut.

Haruman yang keluar dari rambut panjang Dafika terus menyentap naluri lelakinya.

Boleh kah Ezhar bertahan sehingga pagi?

Arrgh! Nafsu, sila pergi menjauh!


Saat Ezhar berperang dengan perasaannya, Dafika turut mengigit bibir.

Tipu jika dia tak mahu belaian Ezhar, namun hati masih sangsi.

Walau Ezhar dibelakangnya namun bau lelaki yang keluar dari tubuh Ezhar membuatkan diri Dafika dilamun nafsu sendiri.

Dia inginkan Ezhar, dia mahukan belaian lelaki itu. Dan Dafika teringin baring didalam dakapan lelaki itu sepanjang malam.


Hah! luka itu masih parah..

Ya Allah.. kau berikan kekuatan untuk aku menjadi isteri yang tidak berdosa ketika terus mengelak dari bersama suami..


Walaupun agak lewat Dafika melelapkan mata, Namun sudah menjadi kebiasaan, dia tetap akan bangun sebelum azan subuh berkumandang.

Ketika matanya dibuka, telinga menangkap dengkuran halus disebelah.Terlupa seketika bahawa malam tadi dia tidur bersama dengan Ezhar.

Seperti permintaan Dafika, Ezhar benar-benar boleh dianggap lelaki sejati. Kerana tidak sedikit pun menyentuh dia walaupun jarak mereka hanya beberapa jengkal sahaja.


Perlahan Dafika memusing tubuh. Badan Ezhar sudah berpulas menghadapnya. Dan bantal yanh sepatutnya diletak dikepala, kini beralih di pelukan.

Senyum Dafika sebentar, lupa akan sifat Ezhar yang suka memeluk bantal ketika tidur. Terlupa juga untuk dia berikan bantal lebih kepada lelaki itu.

Dalam samar cahaya melalui liang dinding kayu, mata terus melirik pada wajah lelaki itu. Wajah yang sering membuat hatinya luruh ketika melihat.

Wajah yang membuatkan Dafika mengenal erti cinta sejak dibangku sekolah.

Malahan ketika dia dipaksa bertunang dengan Nasir, Dafika terasa ingin membunuh diri. Dia tak mahu Nasir, dia hanya mahukan Ezhar.

Dan ketika maruahnya diragut paksa, Dafika hilang arah. Wajah Ezhar terus ditepis dari terus mengisi benak fikiran.

Namun takdir Allah, dia akhirnya bersama lelaki itu jua.


Wajah Ezhar ditatap lagi, tak puas. Kening tebal lelaki itu ingin disentuh namun jemari Dafika ditarik kembali. Kelopak mata yang tertutup teringin Dafika cium dengan bibirnya namun segera akal nakal itu ditolak ketepi.

Mata Dafika turun pada hidung Ezhar yang agak tinggi, dan kemudian melurut pandangan ke bibir lelaki itu.

Lirikan Dafika terhenti, liur ditelan. Kali ni tanpa sedar jemarinya diangkat untuk menyentuh bibir lelaki itu.

Pak!

Tindakan Dafika terhenti ketika lengannya disambar oleh Ezhar.


Mata Dafika dibesarkan ketika memandang Ezhar yang sudah merenung kearahnya.

"Har.. errr.. sakit.."

Dafika cuba menarik lenganya yang sudah terasa perit digengaman Ezhar.


Ezhar tersedar, pantas lengan Dafika dilepaskan. Tubuhnya didudukan diatas katil.

"Sorry Fika.. err aku tak sengaja... aku terkejut."

Ezhar mengaku, sedar tindakan reflek dirinya masih kuat seperti dulu.

Sudah lama dia tinggal di penjara. Memang Ezhar terpaksa berjaga-jaga walaupun ketika tidur.


Mmm.... tapi kenapa Dafika terlalu rapat dengan dia? Bukan malam tadi wanita itu membelakanginya?

Dalam keadaan yang masih samar, Ezhar pandang wajah Dafika.


Wanita itu perasan lirikan si suami, segera dia turun dari katil.

"Kau nak kemana?"

Eh! Apa benda soalan kau tanya ni Ezhar?

"Err.. saya nak solat.. dah masuk waktu subuh."

Tanpa menunggu jawapan, Dafika menyauk tudung sebelum keluar dari bilik.

Kalau dibiarkan dirinya masih dikatil bersama Ezhar dah tentu darahnya makin mengalir laju keseluruh tubuh.

Tapi tak salah kan terangsang dengan suami sendiri?

Aishh! apa kau fikir ni Dafika?


Sewaktu Dafika kembali semula ke bilik, Ezhar sudah tiada dikatil. Kemana? dia pun taknak ambik peduli.. Elok juga Ezhar keluar, Kalau tak, tentu sembahyang Dafika tak kusyuk.

*****


Pagi itu mereka bersarapan bersama, mentelah lah Hajah Salhah menyuruh kedai makan ditutup. Katanya nak bagi peluang untuk Ezhar dan Dafika berbulan madu.

Huh! tiada istilah bulan madu pun. Ezhar tak pernah merancang untuk membawa Dafika kemana-mana. Duduk je lah kat rumah ni sampai bila-bila.

"Har.. Fika.. korang dah kahwin, lega hati Wan, lepas ni hidup baik-baik ye."

Hajah Salhah bersuara seraya menyisip kopi 'o' panas kebibirnya.


Ezhar dan Dafika yang mendengar hanya menganggukan kepala. Tak tahu apa jawapan yang mahu diberikan.

"Kalau boleh lepas ni Wan taknak korang pindah keluar, Wan nak korang berdua duduk disini selamanya."

"Eh. bila masa Har kata nak keluar?"

Kali ni soalan Hajah Salhah, Ezhar jawab lurus.

"Ye la.. mana tahu kot-kot korang nak rasa hidup berdikari sendiri."

Terang Hajah Salhah kembali.

"Takde nya Har nak keluar Wan.. Kalau Fika nak keluar pun Har tak izinkan, memang Har akan bakar rumah sewa Fika nanti."

"Har!"

Mendicit sedikit bibir Dafika ketika mendengar Ezhar memerlinya.

"Ish korang ni! Dah kahwin tu buatlah perangai matang sikit."

Muka kedua cucu dan cucu menantu, Hajah Salhah tatap bergilir.

"Papa!"

Karsyad yang sudah siap berpakaian sekolah berlari menghampiri meja makan dan kemudian mengambil tempat diantara Dafika dan Ezhar.

Papa..

Hampir sebulan gelaran itu diajar oleh Ezhar ketika mengetahui lelaki itu adalah darah dagingnya. Walaupun anak itu tak sah taraf, namun perasaan kasihnya sebagai seorang bapa tetap ada malahan makin mekar dari hari kehari.

Ezhar Iqbal amat menyanyangi Othman Karsyad.

"Arsyad dah siap? Makan dulu, nanti mama hantar ke sekolah."

Dafika menuang susu kedalam cawan plastik sebelum dihulur kepada anaknya.

"Taknak, Arsyad nak papa hantar Arsyad. "

Jawab Arsyad pantas sambil menyisip susu yang diberi oleh ibunya.

"Yela.. papa hantar.."

Ezhar menepuk lembut belakang Karsyad seraya kembali menyambung suapan mee goreng dihadapan.

Berkumpul bergini, membuatkan hati Ezhar sedikit tenang. Seolah-olah harapannya untuk bahagia, masih ada.

Sedikit sebanyak, sengketa lama cuba dihapuskan.

"Papa.. kenapa Arsyad bangun tidur tadi tengok papa masih ada kat sebelah, papa cakap malam tadi nak biarkan Arsyad tidur sorang."


Glup! Serentak suapan Dafika dan Ezhar terhenti ketika mendengar kenyataan dari Karsyad.

Kedua mereka menoleh kearah anak itu.
Aish! mulut budak ni! ada kena cili karang!

"Hah.. Har tidur dengan Arsyad ke malam tadi?"


Sudah... Wan pulak bertanya.. Apa nak jawab?
"Err.. mengarutlah Arsyad ni, Har cuma masuk bilik ambik baju je."

Ezhar bersuara sambil menyuap kembali mee goreng yang masih berbaki. Perasaan kalut cuba ditutup.

"La... kenapa Har tak pindah kan baju kat bilik Dafika? Bilik Har tu kecik, sebab tu Wan jadikan bilik Dafika sebagai bilik pengantin. Lepas ni korang guna je lah bilik tu."


Adess Wan.. boleh tak jangan bincang pasal BILIK?

Malu doh..

Ezhar terus tunduk menghadap mee gorenh dihadapannya


Seusai Dafika keluar pagi tadi, Ezhar turut bangun dan menyambung tidur dibiliknya bersebelahan Karsyad.

Makin lama dia bersama Dafika, takut semakin Ezhar tak dapat nak kawal dirinya.

Dah lah malam tadi hampir-hampir dia memeluk Dafika ketika merasakan wanita itu adalah sebiji 'bantal' Nasib isterinya tak sedar.

Kalau tidak, habislah Ezhar di tuduh merogol Dafika kali kedua. Sedang ketika ini wanita itu sah menjadi miliknya.

"Awak ni... Diorang tu masih baru, memang lah masih malu. Biar je la.. "

Bidas haji Bohari, sengaja mengenakan cucunya.

"Malu? Malu apanya.. Har tidur sebilik la dengan Fika malam tadi. Sampai pagi."

"Har.."

Dafika menepis kata-kata Ezhar. Takkan lelaki tu nak cerita secara terang?

Terus bibir Ezhar kemam, tak mahu berborak lanjut lagi.

"Yela-yela. terpulang lah apa korang nak buat pun, yang penting korang bahagia."

Hajah Salhah makin melebar senyum.

"Err.. Arsyad dah siap makan kan? Jom cepat papa hantar ke sekolah."

Ezhar bangun tiba-tiba menyebabkan semua mata terarah kepadanya.

"Tapi Arsyad belum habiskan susu ni."

Jawab Karsyad. Pelik dengan perangai bapa nya itu.

"Takpe..nanti papa beli kan susu kotak untuk Arsyad"


Tanpa menunggu jawapan dari Karsyad, Ezhar terus menarik anak itu hingga terkoncoh-koncoh Karsyad mengekor bapanya.

"Wan tak sangka cucu sado wan tu permalu rupanya."

Terkekeh Hajah Salhah ketawa ketika Ezhar dan Karsyad sudah keluar dari rumah.

Bukan dia tak perasan yang Ezhar sebenarnya pemalu.

Tapi betul ke Ezhar tak tidur dengan Dafika. Kenapa?


"Err Wan.. Fika nak kedapur ye, bersihkan tempat masak tadi."

Dafika turut bangun. Perut dah rasa sebu dengan perbualan mereka sebentar tadi.

"Fika.. "


Reaksi Dafika terhenti, renungan Hajah Salhah dilirik.

Jangan lah Wan nak tanya pasal malam tadi lagi. Apa nak jawab?

"Terima kasih sebab sudi terima cucu Wan. Wan harap Fika boleh ubah Har menjadi lelaki yang lebih baik."


Dafika mengangguk seraya meneruskan langkahnya kedapur.

Mampu kah dia mengubah Ezhar, sedang diri dia sendiri juga seorang pendosa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience