Bab 4

Romance Series 59136

Aku tak boleh menidakkan, sejak pertama kali aku berjumpa Daniel, aku tertarik dengan dia. Senyumannya, suara yang bertutur dengan nada lembut, dan matanya yang indah. Aku paling suka melihat matanya. Setiap kali dia ketawa dan tersenyum, matanya seperti ikut tersenyum. Pelik? Itu yang aku perhatikan.

Dan sejak kantoi aku mainkan lagu ditulisnya, dia tidak marah. Malah dia makin rapat denganku. Kejadian tersebut merapatkan hubungan aku dengan Daniel. Dia sering cuba mencari topik untuk berbual dengan aku. Tunjukkan lagunya, berbual tentang masa kecil dia sampaikan tak ingat masa berlalu. Acap dan Aliya turut mengusik keakraban aku dengan dia ketika itu.

“Panjangnya alis mata Mia,” pujian yang diberikan secara mengejut saat aku sibuk membaca buku ku. Aku mengerling dia sedikit dan segera menunduk. Tidak berani memandang wajahnya. Aku memastikan tudungku melindungi wajahku. Tak pernah aku tahu dia memerhatiku sebegitu. “Malu?”

Aku tidak berani menjawab persoalan dia.

“Daniel,” aku memandang wajahnya. Cuba mengelak dari merenung matanya. “Pergilah lepak dengan dorang,” halauku.

Dia menggeleng laju. Tangannya menggapai buku yang aku baca sambil mencebek. Mungkin tidak berminat subjek tersebut. Kebanyakannya teori. Dia meletakkan merenung dan berkerut kepada setiap terma perkataan baru yang dibacanya. Pemuzik macam dia boleh ke nak minat subjek aku pelajari?

“Nak lepak dengan awak jer. Awak priority saya juga. Nak luang masa dengan kesayangan.”

Daniel menutup buku tersebut. Kini dia memandang wajahku dan tersenyum. Senyuman yang selalu membuatkan aku berdebar dan akan spontannya menundukkan kepala.

“Siapa kesayangan awak tu?” aku cuba mengenakan dia kembali.

Seperti tahu aku mahu mengusik dia. Dengan selamba Daniel menunding ke arahku menggunakan wajahnya. “Awak.”

Aku akui, hariku bahagia sejak dia mengakui perasaannya kepadaku. Secara senyap aku dan dia memulakan hubungan sehingga diketahui sendiri oleh Acap. Aliya? Peliknya dia tak pernah perasan. Mungkin dia tahu tapi buat tak tahu? Aliya sukar nak dibaca. Dari senyumannya setiap kali aku menyebut bertanyakan Daniel, mesti tersenyum menyakat. Cuma dia takkan menyakat melalui perkataan. Hanya dari renungan.
Bukan tak pernah ada hubungan sebelumnya, cuma dia berbeza. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan. Daniel buat aku percaya wujudnya masa depan aku bersama dia. Hati aku, perasaan aku dan sayang aku untuk dia sukar nak digambarkan.

Salah aku juga sebab terlalu sayang. Sebab tak semestinya langit akan cerah kan? Awan mendung akan ada menghentikan sinaran mentari kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience