BR 08

Romance Series 4386

Pagi nan indah dan nyaman itu diceriakan lagi dengan kicauan burung-burung yang ada disekitar kawasan kolam kecil di sebelah bangunan tersergam indah itu.

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Bangunan yang menyimpan pelbagai maklumat dan ilmu untuk para pelajar Universiti Malaysia Terengganu timba. Kesunyian kawasan itu tercemar apabila bunyi deruman daripada Skuter Ikon yang memasuki kawasan perpustakaan itu.

Selesai meletakkan skuter, Mia dan Bella meniti tangga menuju ke pintu automatik PSNZ. Kad pelajar mereka diimbas bagi membenarkan mereka masuk ke dalam PSNZ.

Kelihatan segelintir insan tekun meneliti setiap info yang ada di dalam naskhah di hadapan mereka. Suasana sepi dan aman menyapa mata yang memasuki dunia tersebut. Buku–buku yang tersusun rapi mengikut klasifikasi yang ditetapkan.

Perpustakaan. Tempat kegemaran bagi para ulat buku dan mereka yang rajin menimba ilmu dengan lebih mendalam. Namun tidak bagi Mia. Bagi Mia, menjejakkan kaki ke perpustakaan adalah perkara yang paling malas dilakukannya. Bukan kerana dia seorang pelajar yang teruk mahupun bagus tetapi suasana di perpustakaan itu sendiri. Sewajarnya, mereka yang memasuki perpustakaan perlu beretika dan tidak berbuat sesuka hati. Malangnya, Mia lebih suka belajar dalam keadaan selasa dan bebas seperti berbaring, bercakap dan buat apa sahaja yang dia suka tanpa mengganggu privacy orang-orang disekelilingnya. Jadi, Mia kagum dengan mereka yang boleh belajar di perpustakaan.

"Weh perlu ke pepagi buta di hari cuti nan indah ni kita ke library." rungut Mia yang di paksa rela itu.

"Kejaplah Mia, temankan aku cari bahan." Bella berpusing-pusing di rak buku kategori Kimia. Mia hanya menurut sahaja langkah Bella bagai lembu dicucuk hidung.

Mata Mia semakin memberat. Rasa mengantuk mula menyerangnya. Sudahlah malam tadi dia tidur lewat melayan si Syahira marathon drama korea 'Her Private Life'. Nasib mereka hanya menonton sampai pukul dua pagi. Itu pun telah menyebabkan mereka berdua hampir terlepas waktu subur pagi tadi sekiranya tidak dikejutkan oleh Bella.

Melihatkan Bella yang masih mencari-cari buku yang diingini, Mia meliarkan matanya mencari port. Bagus...tak ada orang sangat ni, girang benak Mia.

Di suatu sudut, Mia duduk di atas lantai sambil merapatkan kaki ke dadanya dan memejamkan mata dengan harapan dapat mengurangkan rasa ngantuknya.

Bella yang sedang gigih mencari bahan rujukan berhenti sejenak apabila merasakan dia keseorangan. Mana Mia? Lantas dia tersenyum melihat telatah Mia yang sudah terlelap di sisi kawasan rak yang agak terselindung.

"Mia....Mia kalau dia dah kata dia ngantuk dia tidur aje kat mana–mana." getus Bella yang masih lagi dalam pencarian buku Biochemistry.

"Manalah buku ni? Ke aku salah tempat eh?" Merasakan dirinya tidak dapat mencari, Bella mengorak langkah ke kawasan komputer yang membolehkan pelajar mencari kedudukan buku secara atas talian.

Mia yang sedang lena di tepi rak buku itu didekati oleh seseorang. Perlahan-lahan agar gerak-gerinya tidak menyedarkan Mia ke alam nyata. Dia cuba mengintai-ngitai wajah Mia namun wajah Mia terlindung dengan lengan Mia. Dia mencangkung sambil menongkat dagu dihadapan Mia apabila dia yakin yang Mia masih terlena apabila kedengaran dengkuran halus.

Apalah yang awak buat malam tadi ya sampai tak cukup tidur ni? Soal hatinya. Bibir mula mengukir senyuman apabila rasa lucu menjentik tangkai hatinya. Berani pula tidur kat sini, hatinya berbicara lagi.

Tanpa sedar jarak antara mereka hanya beberapa inci sahaja. Mata si dia ralit memerhatikan bahagian ubun Mia yang dilitupi tudung yang dipakai Mia. Bagaikan ada magnet yang menarik, wajah si dia menghampiri ubun Mia.

Dung

Kedengaran bunyi buku jatuh daripada rak.

Tidak sampai beberapa saat.

"Aarghh!!" Mia menjerit perlahan namun cukup untuk membuatkan Bella lari ke arahnya.

"Oh I'm sorry. I didn't means." Suara macam kenal.

Setiba di kawasan rak yang Mia tidur, Bella bingung melihat situasi di hadapannya. Mia yang masih terduduk di kawasannya lena tadi tetapi wajahnya agak cuak manakala ada insan lain di hadapannya yang juga kelihatan cuak. Dua-dua badan itu rapat ke rak buku yang bertentangan. Okey kita siasat dahulu. Bella segera mendekati Mia dan membantunya bangun.

"Mia apa yang berlaku?" Mata Bella mengerling ke arah orang di hadapan mereka.

"Aku pun tak pasti."

"Habis kau jerit kenapa?" Ish memain minah sorang ni. Bella tidak puas hati.

Kelu lidah Mia nak berkata-kata kerana apa yang berlaku tadi agak kabur difikirannya. Itulah tidur merata-merata lagi. Kan dah jadi masalah pula.

"Weh Emir, kau nak buat apa hah dekat Mia?" soal Bella kepada orang dihadapan mereka. Macam persalah sahaja gayanya. Payah sangat nak cakap Mia ni.

"Hey chill. Aku tak buat apa-apalah." bengang pula dituduh berkelakuan tidak sopan.

"Dah tu kenapa kau orang dua cuak?"

"I heard something falls. Aku ingat kawan kau ni pengsan. So, I came closer to take a look." jelas Emir.

"Lol...okey. Sorry sebab main tuduh aja. Hee...peace." Nasib Bella tak buat kecoh lagi.

"Mia kau okey tak?" Mata Bella dan Emir terarah kepada Mia pula.

"Aku okey. Terkejut je sebab bila aku bukak mata tetiba gelap. Kabur." Mendengarkan jawapan Mia, Emir segera berpaling pergi.

"Eh, bla camtu je mat saleh ni. Mia betul kau okey ni?" tanya Bella untuk ke berapa kalinya.

"Tapikan Mia, bunyi apa yang Emir dengar ya sampai dia ingat kau jatuh pengsan?" Ish bunyi-bunyi yang seram nih....betul ke hidok.

Mia memerhati sekeliling mereka.

"Tu kot." Mia memuncungkan bibirnya ke arah lantai belah kirinya. Ada sebuah buku yang agak tebal yang terdampar di atas lantai.

"Macam mana buku tu boleh jatuh?" Bella mula merasa seram sejuk memikirkan kemungkinan yang berlaku. Hantukah?

"Mia, jomlah. Takut pula aku." Tangan Mia ditarik menjauhi tempat itu.

"Buku dah jumpa ke?" Teringat Mia akan tujuan asal mereka ke perpustakaan.

"Haahlah! Ada tapi aku terrrrletak dekat troli rak tadi aku rasa. Kot."

"Dah tu, tak nak gi amik semula ke? Penat-penat cari, tinggal."

"Apa kata kau yang pergi amik. Aku takut laa nak pergi sensorang kat situ balik."

"Ish dasar penakut. Belanja aku sarapan eh!"

"No problem." Bella mengangkat ibu jarinya.

"Mia kau se-group dengan Emir kan dalam lab K. A. (Kimia Analisis)?" soal Bella tanpa diseru.

"Hurmm. Kenapa?" acuh tak acuh.

"Kau okey ke?" berkerut Mia mendengar soalan Bella.

"Takde apalah. Abaikan soalan aku." Segera Bella mengorak langkah ke kaunter pinjaman buku.

Selesai meminjam buku. Mia dan Bella bergerak meninggalkan PSNZ dan menuju ke kedai Pok Din di tepi kawasan pantai untuk membeli sarapan. Nasi Dagang laa apa lagi. Inikan Ganu kito!

Lega rasanya situasi dekat PSNZ tadi tidak kecoh ke pelajar yang ada di sana tadi. Kalau tidak mesti kecoh di Fac universiti nanti. Tidak pun di Confession UMT.

•••

Kelihatan para pelajar tekun menjawab kertas kuiz masing-masing. Pelbagai gelagat yang ditonjolkan oleh mereka demi menjawab tiap-tiap soalan yang terdapat dalam kertas soalan tersebut. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang menandakan masa menjawab kuiz telah tamat.

"Baiklah masa telah tamat. Sila pastikan nama dan nombor matrik anda ditulis dengan betul. Sila hantar kertas anda ke hadapan." jelas Dr. Khairi.

"Warghhh!!! Menyesalnya aku tak baca betul-betul semalam. Kalau tidak mesti dapat jawab." rungut Syahira.

"Nak buat macam mana... Dah lepas pon." balas Khaira bersahaja sambil menepuk bahu Syahira.

"Mia, kau jawap apa soalan nombor dua tadi?" soal Humaira yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Baru sahaja Mia hendak membuka mulut, Syahira menegah "Mia! Jangan jawab sebab aku tahu jawapan aku mesti salah punya. Sudahlah takyah bincang. Kita pergi makan jom. Aku lapar." Syahira mendahului rakan-rakannya dengan langkah longlai.

"Dahlah, jom balik kita cari makan." ajakkan Mia memaksa yang lain mengangkat punggung mereka.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience