BAB 39

Family Series 2595

Bagaikan dipukau, Fadzil melihat sahaja cara perempuan itu berjalan mara ke arah Fadzil dan Farhad.

“Awak Naz kan ? Nazirah nama awak ?” tanya Farhad kepada perempuan itu. Perempuan itu adalah Nazirah, gadis yang Fadzil dan Farhad dipertemukan semasa berbuka puasa di tepi lebuh raya.

“Macam mana you tahu nama i ? I pernah jumpa you ke ?” tanya Nazirah.

“Lah you tak ingat ke ? Masa iftar dekat tepi highway. You bagi i kuih sikit tadi” kata Farhad.

“Ya Allah you ke ? Hahaha tak sangka dapat jumpa kat sini. Kenapa dengan kereta abang you tuh” kata Nazirah. Tiba-tiba Fadzil mencelah.

“Erm sebenarnya you tayar kereta ni pancit. Terlanggar kayu tadi. Habis pecah tayar kereta nih. You ada jek kereta tak. Kereta i takde jek kereta lah tertinggal kot” kata Fadzil.

“Kau ni potong la Fadzil” kata Farhad.

“Ada you. Kejap eh i ambikkan” kata Nazirah lalu pergi semula ke keretanya untuk mengambil jek keretanya.

“Ad kau masukkan tayar dalam bonet kejap. Aku nak jumpa perempuan tu kejap” kata Fadzil.

“Kau dengan perempuan laju je mencelah. Kau ni pun” kata Farhad sambil menggolekkan tayar untuk masuk ke dalam bonet.

“Alahai aku nak ambik jek kereta dia lah. Ingat aku nak syok dekat dia ke ? Kau kan minat dia hehehe” kata Fadzil. Dia menuju ke kereta Nazirah.

“Apa apa jelah. Fuh berat tayar nih. Nasib la aku dah biasa. Eh kotak apa nih ?” kata Farhad sebaik sahaja menjumpai sebuah kotak kecil di celah bonet itu.

Farhad membuka kotak itu dan alangkah terkejutnya apabila di dalam kotak itu adalah sebuah tracker. Tracker itu masih menyala.

“Ni mesti kerja geng si Halim nih. Tak habis lagi ke diorang cari hal dengan aku” kata Farhad. Dia cepat-cepat memasukkan tracker di dalam kotak dan meletakkan semula di celah bonet apabila ternampak Fadzil dan Nazirah pergi ke kereta Fadzil.

“Lebih baik aku jangan bagitau dia. Biar lah aku sorang je yang menghadap dengan diorang. Aku dah penat lari dengan diorang” kata Farhad dalam hati. Dia memasukkan tayar ke dalam bonet kemudian mengemas barang-barang di dalam bonet.

“Hah Ad jum tolong aku pasang tayar spare. Kau okay tak Ad ? Muka kau pucat je” kata Fadzil.

“Eh takde apa pun Fadzil. Meh aku tolong kau. Mana jek kereta tu ?” tanya Farhad.

“Nah Ad. Baik-baik tau you” kata Nazirah sambil tersenyum manis kepada Farhad.

“Okay Naz” kata Farhad sambil mengambil jek kereta lalu menukar tayar ganti. Beberapa minit kemudian barulah tayar itu siap diganti. Fadzil dan Farhad duduk keletihan.

“Eh Naz i ingat you dah pergi tadi. You tengok kitorang buat ke ?” tanya Farhad melihat Nazirah sedang bermain handphone.

“Tak pun. Actually i nak kenal dengan korang sebenarnya. Kampung korang dekat Bagan Serai jugak ke ?” kata Nazirah.

“Ya betul la tuh. Kampung you pun dekat situ ke ?” kata Fadzil. Nazirah mengangguk.

“Ouh ya jadi kita pun satu jalan jugak la nih kan. Rumah siapa dekat sana ? Rumah parents you ke?” tanya Fadzil.

“I anak yatim piatu. Mak ayah i dah meninggal tiga bulan lepas. Accident dekat KL” kata Nazirah.

“Ouh yeke. Sorry sangat-sangat kitorang tak tahu” kata Fadzil.

“Takper. Kan kita baru kenal. Oh ya sebenarnya dekat sana ada rumah nenek i. Nenek i sihat je lagi. Rumah nenek i beberapa meter je dari masjid” kata Nazirah.

“Ouhh jauh pulak. Rumah nenek kitorang dekat padang awam tuh. Yang ada taman rekreasi tuh. Dari belakang rumah nenek i beberapa meter lagi ada sungai. Sungai tu boleh mandi. Air sungai memang bersih” kata Fadzil.

“Hmm i tak ingat pulak ada sungai yang boleh mandi dekat sana. Sebab i dah berapa lama tak balik kampung. Kerja banyak and….” Nazirah tidak sempat menghabiskan ayatnya.

“And apa Naz ?” tanya Farhad.

“Ad, i mintak maaf sebab i tinggalkan you macam tuh tadi. Sebenarnya i larikan diri dari boyfriend i. Masa tuh i dapat tahu yang boyfriend i ikut i sampai highway. Dia nak cari i” kata Nazirah.

“Kenapa you lari dari boyfriend you ?” tanya Fadzil.

“Bukan boyfriend lagi Fadzil. Dia dah jadi bekas. I memang benci sangat dekat dia. Dia tahi judi and kaki minum sebenarnya. Pagi tadi i dapat call dari boyfriend i. Dia call dia nak datang rumah i sebab nak mintak duit untuk berjudi lagi. Sebab tu i ambik pakaian and i larikan diri” kata Nazirah.

“I faham. Tapi macam mana ex you boleh tahu you lari sampai sini ?” tanya Fadzil.

“Dia ada banyak kenalan dia. Jadi dia upah kawan-kawan dia untuk cari i. Bila i dapat tahu i larikan diri, tu yang i tinggalkan korang macam tu je. Tapi korang jangan risau, harap-harap dia takkan sampai sini” kata Nazirah.

“Bahaya kalau you ada boyfriend yang jenis kaki minum taik judi apa semua. Maybe bila dia dah kalah teruk, dia akan mintak duit dengan orang yang dia kenal. You mungkin akan jadi sasaran dia” kata Fadzil.

“Banyak kali ke dia minta duit dekat you ?” tanya Farhad.

“Hm banyak kali Ad. I dah couple dengan dia dekat setahun. Dulu dia kerja sama dengan i. Kerja office. Dia memang sayang sangat dekat i. Tapi dia berhenti kerja sebab hal personal dia. I teruskan couple dengan dia and then i dapat tahu dia pergi berjudi sejak dia berhenti kerja. Betul cakap Fadzil. Bila dia kalah judi, dia akan pergi rumah i and dia mintak duit dekat i. Kalau i cakap i takde duit, dia akan belasah i” kata Nazirah.

“Ya Allah…dia belasah you ? Teruknya mamat tuh. Haih apa lah nak jadi dengan lelaki sekarang. Tapi tak nampak pulak lebam-lebam dekat you nih” kata Fadzil.

Nazirah menunjukkan lebam berwarna biru di pergelangan tangannya. Di bibirnya ada kesan calar sehingga menampakkan darah. Di sebalik rambut Nazirah, kepalanya menunjukkan tanda parut seperti tanda dipukul dengan benda keras. Selain itu di betis juga ada kesan lebam merah. Farhad menggelengkan kepalanya.

“Parut dekat kepala ni paling teruk. Kepala i kene hantuk dekat dinding. Masa tu ex i mabuk teruk sambil mintak duit dekat i. Dia tumbuk muka i lepastu dia tolak i kuat kene dinding. I pengsan and tersedar kepala i berdarah. I tak pergi hospital. I basuh luka sendiri” kata Nazirah.

“Teruklah mamat tuh. Elok sangat lah you lari dari orang macam tuh. Tu nasib baik boyfriend. Kalau dah jadi suami you, lagi susah you” kata Fadzil.

“I kena lari jugak. Kalau tak umpama i duduk dalam neraka lelaki tak guna macam tuh” kata Nazirah.

“Takper you. You selamat kat kampung nanti. Apa kata kita follow you sampai depan rumah nenek you nanti. Macam mana ?” kata Farhad.

“Boleh je. Erm tapi macam mana dengan tayar kereta tuh ? Takkan tak nak tukar dekat pekan nanti ?” tanya Nazirah.

“Takper esok boleh tukar kan. Banyak masa lagi. Baru je naik matahari nih. Lagipun kedai-kedai tak bukak lagi” kata Fadzil.

“Iyelah. Lagipun korang nak rehat. I pun nak rehat jugak. Dekat highway macam-macam benda jadi. Korang tahu kan” kata Nazirah.

“Haah betul tuh. Jom lah kita pergi. You jalan dulu kitorang follow kat belakang” kata Fadzil.

Fadzil menyerahkan jek kereta kepada Nazirah.

“Thank you sebab tolong i” kata Fadzil.

“My pleasure” kata Nazirah lalu pergi ke keretanya.

Fadzil dan Farhad mengemas peralatan dan masuk ke dalam bonet kereta. Nazirah memandu kereta dahulu dan kemudiannya Fadzil memandu kereta mengikut Nazirah dari belakang.

Semasa Fadzil memandu, dia memerhatikan sahaja adiknya Farhad senyap sahaja dari tadi sejak dia mengambil jek kereta dari Nazirah.

“Kau ni dari tadi diam je. Takdelah kau diam sangat. Riak muka kau macam pucat macam kau nampak hantu” kata Fadzil.

“Aik takdelah. Kau merepek apa aku nampak hantu pulak ni. Ish kau ni” kata Farhad.

“Takdelah pelik lah muka kau pucat je. Ada apa-apa ke yang kau nak sorok nih” kata Fadzil.

“Takde apa pun. Aku mengantuk tu je. Lagipun aku overthinking kalau apa-apa jadi dekat rumah nenek nanti. Tu je. Takde apa pun kau jangan risau” kata Farhad.

“Overthinking pulak ? Alah kau sabar chill okay. Kalau diorang nak marah kau ke marah lah. Janji kau dah mintak maaf dengan diorang kan” kata Fadzil.

“Ayah je yang aku risau. Kalau ayah aku tiba-tiba nak attack aku macam mana. Kau tahu lah ayah macam mana dia punya naik angin dia. Menggila jugak dari dulu masa kita kecil lagi” kata Farhad.

“Ayah takkan buat macam tu dah. Aku cuma takut ayah tu heart attack je nanti. Dia tak boleh terlalu marah and stress macam dulu” kata Fadzil.

“Ya Allah serius aku tak tahu pasal benda nih. Haih apa yang aku tahu aku larikan dari penyangak diorang tu semua. Lagipun nombor lama aku dah buang semua. Aku cuma fikir salah aku je. Family masih memerlukan aku lagi” kata Farhad sambil menghembus nafasnya.

“Jadi kau faham kan sekarang. Kalau apa-apa jadi dekat ayah, aku boleh redakan api kemarahan ayah tuh supaya tak jadi apa-apa. Masalah aku dengan Lina tu dia akan fikir jugak” kata Fadzil.

Farhad diam sahaja sambil melihat pelbagai rumah-rumah kedai di hadapannya. Mereka baru sahaja tiba di pekan. Beberapa kilometer lagi barulah mereka tiba di rumah neneknya.

“Aku harap semua orang tak tahu apa yang berlaku and apa yang aku jumpa tadi” kata Farhad dalam hati.

.

“Hah korang siap dah ke. Dah pukul 7.30 nih” kata Nek Tipah sambil memerhatikan Faridah, Alisha dan Adirah sedang mengerat lidi daun ketupat dengan laju.

“Erm rasanya sikit je lagi nih nek. Insyaallah before 7.45 siap dah ni nek” kata Faridah dengan yakin walaupun banyak daun ketupat yang tidak dikerat lidinya lagi.

“Sikit lagi konon. Macam banyak lagi je” bisik Adirah ke telinga Faridah.

“Eh suara apa ni menganggu je. Syuhh nyah dari sini” kata Faridah.

“Apa kau ingat aku kucing main syuh syuh. Ni tak habis kena denda jadi kuek kuek dekat rumah nih. Nak ke” kata Adirah.

“Ish senyap lah aku nak fokus nih” kata Faridah.

“Shhhh semua senyap. Aku dah nak siap hehehe” kata Alisha sambil tersengih. Tinggal 10 helai daun ketupat sahaja lagi di tangan Alisha.

“Lajunya kau. Tangan kau ni mesin ke laju betul kau kerat” kata Adirah ternganga.

“Eh kau nih buat sana. Cepat ler” kata Alisha sambil mengerat lidi daun ketupat itu.

Adirah dan Faridah dengan pantas mengerat lidi daun ketupat. Alisha sudah hampir siap. Tangan Alisha bagaikan mesin melakukan kerja dengan pantas. Peluh-peluh menitik di dahi Alisha.

“Siap dahh. Hahahha aku nak rileks kejap” kata Alisha. Faridah dan Adirah terkejut namun mereka meneruskan kerja itu.

“Tak acilah wei kau nih” kata Faridah. Alisha tersengih sahaja.

“Alalala meh aku tolong. Aku ambik kau punya sikit dengan Irah punya sikit eh. Baru cepat sikit siap” kata Alisha seraya mengambil daun ketupat yang tidak dikerat lagi lalu menyambung kerjanya.

“Hahh macam ni lah sepupu aku paling sayang” kata Faridah sambil tersenyum kelat.

“Amboi aku ni siapa Ida ? Takperlah kalau macam tu hmmm” kata Adirah sambil memuncungkan mulutnya.

“Lah merajuk pulak kau nih. Alaaa kau pun sepupu paling aku sayang. Kejap lagi aku peluk kau yaa aku dah nak siap nih hehe” kata Faridah tersengih. Adirah masih memuncungkan mulutnya.

“Cemburu ke kau Irah hahaha” kata Alisha. Adirah diam sahaja.

Beberapa minit kemudian mereka telah menyiapkan kerja mengerat lidi ketupat sebagai misi pertama mereka. Ketika itu Faridah melihat jam di telefonnya menunjukkan jam 7.43 pagi.

“Yeah siap pun kali ni. Mujur sempat” kata Faridah sambil menepuk tangan Alisha dan Adirah. Faridah memeluk Adirah dengan penuh mesra.

“Kau pun sepupu yang aku sayang. Alaaa jangan masam muka. Hilang seri muka kau nanti” kata Faridah.

“Alaaa aku saje je buat muka tadi heheh” kata Adirah.

“Ah mengadanya kau nih. Saje je nak bagi aku cemburu” kata Alisha.

“Alahai kembar bidadari nih. Gaduh je korang nih. Aku sayang korang sangat-sangat laa” kata Faridah.

Nek Tipah melihat gelagat tiga orang cucunya sambil melihat kerja-kerja yang telah siap. Lidi-lidi yang telah dikerat mereka telah susun di tepi.

“Bagus korang kerja kali nih. Lidi ni nanti korang buang kat luar ya. Rehat kejap dulu lepastu pukul 8.15 ada ujian seterusnya. Hehehe” kata Nek Tipah.

“Haaa biar lah ada ujian pun. Berpeluh gila ni nek. Lencun dah baju Irah ni nek” kata Faridah sambil berbaring di atas lantai kerana keletihan.

“Hahaha biasalah tuh. Selalunya tak berpeluh sebab ada orang tolong. Kali ni korang buat tanpa pertolongan tau. Hebat korang” kata Nek Tipah.

“Hebat ya…terima kasih nenek atas pujian tuh hehehe” kata Faridah.

Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita baru sahaja menuruni tangga kayu ke dapur melihat Faridah, Alisha dan Adirah berbaring keletihan.

“Wah hebat korang nih. Korang dah kerat lidi daun ketupat semua ke ?” kata Encik Shuhaimi.

“Dah ayah. Penat gila ayah. Huhuhu baru la kita boleh rehat kejap kan” kata Faridah. Adirah mengangguk.

“Lepas ni kerja kita lagi mudah lah. Selalunya kita tolong buat ketupat kan bang. Heheh. Tapi mak kenapa diorang berpeluh macam baru berjoging nih” kata Puan Yusnita.

“Mak bagi ujian kat diorang. Diorang kena kerat lidi daun ketupat selama sejam je. Kalau tak kena denda. Barulah diorang tak mengantuk. 8 ikat diorang habis semua sapu” kata Nek Tipah.

“Wah bagus mak buat ujian macam nih. Diorang takde pun rasa mengantuk. Hahaha” kata Encik Shuhaimi.

“Mak ni list dengan duit ke yang mak letak untuk kitorang nak beli barang nanti ?” tanya Puan Yusnita kepada Nek Tipah.

“Haah. Kalau tak cukup nanti pakai lah duit mak. Kalau lebih simpan lah. Kalau ada yang tak cukup nanti mak suruh Ida call ke” kata Nek Tipah.

Puan Yusnita mengangguk lalu terdengar bunyi mesej Whatsapp dari telefonnya. Mesej dari kawan Azralina,Syaa.

“Abang. Saya nak tolong start kereta boleh. Nanti saya tunggu abang dalam kereta” kata Puan Yusnita lalu naik ke ruang tamu.

“Okay sayang. Nah kunci kereta” kata Encik Shuhaimi lalu menyerahkan kunci kereta kepada isterinya.

Semasa Puan Yusnita berjalan keluar dari rumah, dia melihat mesej dari Syaa melalui telefonnya.

“Salam aunty kitorang baru lepas plaza tol tadi. Kitorang stay homestay kat sini. Nanti kalau Lina dah ready baru kitorang datang rumah mak aunty”

“Alhamdulillah” kata Puan Yusnita dalam hati. Dia berharap Fadzil akan terbuka hati untuk merujuk semula Azralina isterinya demi kasih sayang. Bukan mudah untuk menerimanya semula. Azralina memerlukan masa dan ruang untuk membuat keputusan.

Baru beberapa langkah menuju ke kereta suaminya, Puan Yusnita ternampak kereta Fadzil baru tiba di hadapan rumah Nek Tipah. Tetapi dia merasa pelik kerana ada seseorang bersama dengan Fadzil.

“Siapa kat sebelah dia tuh ? Kawan dia ke ?” tanya Puan Yusnita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience