bab 9

Other Completed 2434

setelah berminggu2 abang tan menghilangkan diri demi memuhasabahkan diri dan memikirkan kata2 hannah,dia kembali semula ke kolej dengan azam yang baru.

pandangan orang yang melihatnya dengan pelik dan terkejut tak dihiraukan. dia terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

dari jauh dia dah nampak kelibat alden yang sedang berbual dengan temannya di luar dewan kuliah. semakin dia mendekat,semakin dia jelas dengan reaksi alden yang turut terkejut dengan perubahannya.

dia menghentikan langkah tepat dihadapan alden yang masih memandangnya tak berkelip.wajahnya jelas kebingungan dengan apa yang dia lihat.

mengerti dengan keadaan,kawan alden meminta diri untuk beredar.

" kau.." alden tak terkata..

" aku dah fikir masak2 kata2 kau dan hannah.. dan aku dah buat keputusan.aku akan bagi kau peluang dan aku akan cuba untuk menerima kau..tapi kalau aku still tak boleh move on,im sorry.."

alden tersenyum kecil.

" tentang apa yang kau dengar pasal aku,aku harap kau boleh melupakannya.. aku taknak kau terima aku sebab kesiankan aku.."

" i will..aku akan bahagiakan kau selayaknya kau dapat.aku akan buktikan yang semua lelaki tak sama macam ayah kau..aku janji aku tak akan sakitkan hati kau.aku cuma akan sayang kau lebih dari segala2nya..terima kasih sebab bagi aku peluang.."

abang tan..ops bukan..intan..dia dah rasa wajahnya membahang kerana malu..

" cantik kau hari ni.." puji alden membuatkan intan tersipu malu.sejak bila pulalah dia reti jadi malu2 kucing ni?? habis hilang macho..kihkih..

" kau dah tak kejar hannah ke??" tanya alden menyakat.

" kalau aku kejar dia,takdelah aku depan kau sekarang..plus,aku dah sedar.sampai bila aku nak macam tu kan? lama aku fikir tentang semua tu sebelum aku betul2 yakin dengan kata hati aku.. aku tak patut ubah diri aku semata2 untuk mengelakkan diri. aku dah insaf..thanks to her sbab dah sedarkan aku.."

" sebab dia sayangkan kawan dia.."

intan senyum segaris..hannah memang teman yang baik dan penyayang.sebab tu dia 'sukakan' hannah..

" so...." alden angkat kening. intan kerut muka.

" what??"

" kita dah boleh official dating kan??" alden sengih nakal.

" kau..tak rasa cepat sangat ke??"

" cepat apanya? lama dah aku tunggu kau..aku taknak nanti kau ubah hati lagi..jenuh aku nak kejar.."

" kau menyesal ke??"

" tak.." jawab alden laju..tersengih2 dia sambil garu kepala.

" bagi aku masa.bila aku dah ready,aku akan bagitahu kau.."

" bila?"

" bila2 jelah.." intan jeling maut..

" alamak!" alden tiba2 pegang dada dengan muka berkerut.

" kenapa?" intan kalut dan terkejut.

" jantung aku.."

" haahh?? kenapa ngan jantung kau??kau ada penyakit ke??"

alden berdiri tegak dan tersenyum..

intan bingung kejap..

" aku rasa jantung aku nyaris terhenti bila terkena jelingan kau tadi.."

" whatt??" intan membuntangkan biji mata.. alden ketawa galak.

" lawa muka kau bila panik macam tu..risau juga kau kan?? "

" tak lawak ok??" marah intan dan terus buka langkah nak beredar.tawa alden kian kuat..

" tunggulah! takkan tu pun nak marah?? "
laung alden lalu mengejar langkah intan.senyuman tak lepas dari bibirnya yang kemerahan.bahang kebahagiaan dah mula terasa meski hubungan mereka belum pun bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience