Rate

Bab 6

Other Series 2135

Seharian Ardha berkurung di bilik tetamu rumah agam itu. Dalam hati, dia sendiri bencikan murungnya itu. Dia perasan walaupun dia amat merindui keluarganya , sedikit demi sedikit sebuah perasaan benci ,marah dan kecewa mula bercambah . Dia hanya inginkan keluarganya menghubungi dirinya sebelum dia tidak dapat menghalang perasaan negatif yang mula bertapak itu semakin membuak. Dia takut.ya takut sangat untuk membenci keluarga kandung , namun apabila teringatkan layanan yang diberikan lebih-lebih lagi setelah perempuan yang diangkat dalam keluargamya itu muncul, dia seolah-olah dilayan nak tak nak. siapa tak sakit kan?
Ardha bangun dari katil dan menilik wajahnya di cermin. 'lawa..' getus kecil hatinya. Dengan hidung comel yang mancung sedikit, dihiasi sebiji taik lalat yang kecil sekecil-kecilnya .. Bibirnya kemerahan, matanya sederhana bulat, sebiji lagi taik lalat di bawah mata kirinya terletak elok. Memang sempurna bagi dirinya. Di hadapan cermin besar itu, dia mengumpul kekuatan . "Ya, besok aku akan pergi ke rumah dan meminta maaf . kalau boleh , aku akan melutut asalkan diaorang maafkan aku. " kata Ardha sambil tersenyum mengumpul keberanian dan kekuatan serta meniupkan semangat kepada diri sendiri. Dia berharap agar keluarganya menerima dia dengan baik . Dia yakin tempoh hari, mama dan abahnya tidak sengaja mengherdiknya . dia perlu yakin untuk memulihkan hubungan keluarganya.

*************

Keeseokan harinya,
Setelah dihantar oleh Ibubapa Nazrul yang berkeras hendak menghantarnya ke rumah 'kawan' , Ardha akhirnya dapat melihat dengan penuh kerinduan dan kesayuan rumah dua tingkat yang diperbuat daripada kayu di tingkat atas dan simen di tingkat yang bawah. Dia rindu rumah itu. Rumah yang menyimpan banyak kenangan bersama keluarga . Pagi tadi, dia tidak sampai hati untuk menipu insan yang menjaga dirinya selama tiga minggu lebih itu. Bukan sengaja , tetapi dia terlepas. Apabila hendak mengatakan hendak ke rumah keluarga , satu perassan menepis . Menghalang daripada mengatakan keluarga itu . Itulah sebabnya mengapa dia mengatakan hendak berjumpa kawan. Dalamhati, dia rasa bersalah sangat.

Tanpa menunggu lama, dia memberi salam dari luar. Dari jarak tidak sampai lima meter di belakangnya, dia terdengar suara yang mengatakan "Eh , mengapa kamu pulang ? Ibu kamu bilang, kamu dah bahagia ikut jantan lari kat bandar. Kenapa?sekarang ni jantan kamu tu dah ada beli perempuan yang jauh lagi murah ke?" belum sempat pun hendak membuka mulut membidas , satu suara turut menyampuk ,"Eh kamu ni Mah. Kenapa cakap macam tuh dekat Si Ardha tu? Nanti di samannya kamu dengan duit dari jantan kaya tu , haaa aku ni takdak duit nak jamin kau tau. "
Ya Allah, waktu itu , mahu saja dia menampar mulut macik puaka tu. Mak Mah dan mak piah tu dari dulu sampai sekarang jadi penyiar radio secara live. Dia sendiri tidak berkenan. Tapi, benarkah Ibunya sendiri berkata macam tu? Kalau ya, Ardha rasa nak je lari masuk ke dalam rumah. Dia sudah tidak boleh bersabar. Kenapa seorang ibu yang prihatin dengan anak boleh memfitnah anak kandung sendiri?
Tidak lama kemudian , " Haa dah pulang dah betina ni. Kenapa tak lari terus ? Kalau boleh jangan pulang. Kau tu dah rosakkan air muka kami , bekas keluarga kau. Ingat tau BEKAS KELUARGA. bukan keluarga. kami takda rasa apapun bila kau tiada di sini. kecewa bukan main , anak yang selama ni aku banggakan , menjual diri dengan murah. " kata Ibu Arha lantang. Dikeraskan suaranya menyebut bekas keluarga itu tanda dia benar benar maksudkannya. Nakun, Ardha rasa terhina . Dia bukan murah. Dia tahu ibunya macam mana . Ibunya walaupun selama ini memang mengabaikannya , layan pun nak tak nak , tapi dia tahu setiap malam ibunya akan masuk ke bilik untul memeriksa buku buku pelajarannya dan mencium dahinya , begitu juga abah. Namun Ardha sendiri tidak tahu kenapa dia dilayan seperti samah. Mereka ego ka? Bagaikan peluru berpandu ketiga tiga wanita itu menghina dirinya , dan kini anak angkat keluarganya turut mengikuti pertandingan kata pedas untyk dirinya. Tidak lama kemudian , abahnya datang sambil membawa sebilah rotan yang dibiasa digunakan untuk merotan anak-anaknya yang membuat kesalahn besar . Tanpa melarikan diri, Ardha melutut dan membiarkan abahnya merotan belakangmya. Dia sanggup kalau itu boleh membuat abahnya puas. Sambil merotan dirinya, Ardha melihat Asaudara angkatnya senyum sinis manaakla ibunya tercengang. Tiba-tiba Ardha rasa dunianya berputar dan gelap gelita. Dia rebah . Dia pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience