Chapter 08

Fantasy Completed 2854

Aku termenung jauh. Kai adalah orang yang pernah jatuh cinta dengan aku 5 tahun lepas. Ketika itu aku berusia 18 tahun. Aku menyambung pelajaranku di kolej swasta berdekatan dengan kampungku. Yelah, aku dulu dijaga oleh nenek dan datuk sehingga usia aku 18 tahun. Setahun kemudian serentak nenek dan datukku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Aku mengambil kos rekreasi dan penggembaraan. Aku memang suka menggembara. Tapi aku tak pernah nampak Kai. Mungkin aku dulu tak sosial seperti pelajar lain. Aku hanya lebih suka mendiamkan diri dan berseorangan.

"Jauh termenung..." tegur Kai. Aku tersengih. "Awak saya nak tanya boleh?" Kai menggangguk. "Dulu awak kolej dekat mana? dan macam mana awak kenal Levengelina Levine?" tanya aku. Kai terdiam. "Kolej Swasta NY Village... kenapa awak tanya pasal dia? Saya tak pernah bersama dia.. Saya cuma suka dia dalam diam. Dulu saya tiada kawan. Semua tak suka saya sebab saya...." Kai menghentikan percakapnnya. Mungkin tak nak mengingati kisah lama. Aku mengangguk.

"Maafkan saya..." ucap aku. "Kenapa awak minta maaf? Bukan salah awak pun. Mereka memang tidak suka saya." kata Kai lagi.

"Bukan sebab itu.." kata aku lagi. Kai mengerutkan dahinya. "Tapi apa?" Kai menggaru kepalanya.

"Maaf sebab tak balas cinta awak pada saya...." Kai tercengang. "Sayalah Levengelina Levine. Nama panggilan saya Eve." Kai terdiam seribu bahasa. Gadis yang pernah dia jatuh cinta sekarang berada di hadapan matanya. "Awakk... Tak tipu?" Kai seolah-olah tidak percaya.

"Ya awak. Saya satu kolej dengan awak. Sama. Sebab saya dulu bukan seorang peramah dan saya suka bersendirian. Mungkin sebab itu saya tak kenal awak. Maaf." sekali lagi Kai menarik aku masuk ke dalam dakapannya. "Doa saya termakbul. Saya dapat juga jumpa cinta hati saya. Awak gadis pertama yang membuka hati saya untuk menyukai awak. Sesebelum ini saya tak pernah rasa perasaan macamtu. 5 tahun saya tunggu selepas saya terpaksa pindah jauh pedalaman kampung. Saya rindu sangat dekat awak. Sekeping gambar yang saya berjaya tangkap membuatkan saya hilangkan rindu..." tangis Kai. Aku terharu. 5 tahun dia sanggup menunggu aku. Tahu-tahu pula dia aku ni jenis tak bercinta macam gadis lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience