BAB 8

Humor Completed 6307

Jam berginjak ke angka empat, Asyraf dan Hanna masih lagi bercerita soal Madiha. Alangkah terkejutnya Hanna apabila dia mengetahui bahawa orang yang cuba melanggar dia adalah Madiha. Rupa-rupanya, Asyraf mendapat pesanan ringkas dari Madiha, ‘ itu bru sket.. kalu setia dgn dia bnyk lgi..’

“Sayang, jangan menangis. Benda dah lepas. Bie pon tak tahu kenapa dia jadi macam tu? Sepanjang Bie kawan dengan dia, Bie rasa dia okay je. Bie tahu dia suka bie, tapi nak buat macam mana Bie dah sayangkan sayang.”

” Sayang terkejut, dia sanggup buat benda yang salah demi nak dapatkan Bie.”

Bibir Hanna suda mula biasa bermain-main dengan perkataan ‘Sayang’ dan ‘Bie’.

“Sayang, jom tidur. Nanti pukul 6 nak kena bangun solat.”

************

Hidup ni macam bola. Adakalanya kita ada di atas dan sebaliknya. Begitulah jua hidup aku bersama dia. Ada manis dan juga pahitya. Aku cintakan dia tapi mengapa aku juga terkadang merasa aku begitu membenci dia. Ya Tuhan, rasa apakah ini?

“Sayang, are you okay? Pucat sangat ni. Pergi klinik nak?”

” Tak nak la. Bie ni busuk la, jangan dekat-dekat dengan orang.”

Asyraf tidak hiraukan tegahan Hanna. Asyraf mengeratkan lagi pelukan.

“ pergi la sana, I hate you.”

“Kenapa dengan sayang ni?”

“Nothing!”

“Sayang, Bie nak makan la. Sayang masak apa ?”

“Tak masak makan luar nak tak ?” lembut sahaja Hanna minta makan di luar.

“Apa-apa la sayang Bie.”

**************

“Tahniah, Puan Nurul dan Encik Naashif tak lama lagi akan ada ahli baru dalam keluarga Encik dan Puan.”

Asyraf yang begitu gembira sehingga dia pengsan di dalam bilik doctor tersebut.

“Bie ni lawak la. Ada ke pengsan dalam bilik doctor tu. Terok la.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience